Tuesday, August 24, 2010

Semut pun faham...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Jawab semut, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku."

Lantas Nabi Sulaiman bertanya lagi, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Dijawab oleh semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Maka Nabi Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama sebulan.

Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya di makan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut, "Kamu berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah."

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah iman semut. Walaupun Nabi Sulaiman memberinya makan, keyakinan dan pergantungan pada Allah mengatasi segala-galanya.

Di zaman Imam Suffian pula, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja mengorek kubur orang mati bukanlah ganjil sebenarnya, kerana apabila ada orang meninggal, maka mayat perlu ditanam, oleh itu kubur perlu digali awal.

Tetapi apa yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah, dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat, sebaliknya apabila jenazah sudah ditanam, waris sudah balik ke rumah dan Munkar Nakir sudahpun menyoal; barulah penggali ini datang ke kubur untuk mengorek semula kubur tersebut. Tujuannya kerana dia nak tengok bagaimana rupa mayat setelah di 'INTERVIEW' oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur, hinggalah kubur yang ke-100.

Selepas itu, penggali tersebut pergilah kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya, "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku korek semula, 2 sahaja yang jenazah di dalamnya masih mengadap kiblat? Yang lagi 98 jenazah dah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian, "Di akhir zaman nanti hanya 2 daripada 100 umat Islam yang masih percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah dan 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki itu daripada-Nya".


Seringkali manusia lupa untuk bersyukur pada Allah S.W.T. atas segala nikmat yang mereka kecapi selama ini. Walaupun rezeki yang diperoleh sama ada beras yang kita tanak setiap hari, petrol yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan bagi berulang alik ke tempat kerja, subsidi sekolah anak-anak, biasiswa & yuran pengajian tinggi yang ditanggung, kemudahan jalanraya, elektrik, air bersih, yang memudahkan hidup kita seharian, tempat berlindung yang selesa, negara yang aman & makmur;...tetapi masih lagi kurang rasa syukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada kita selama berpuluh tahun ini.

Sebab itulah apabila umat Islam tak kiralah yang alim ke, yang jahil ke, yang separuh alim separuh jahil ke, apabila diuji dengan wang, harta & kedudukan, kebiasaannya iman mereka akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat daripada iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil, "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA. ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN. HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN."

Wallahualam.

5 comments:

  1. Begitulah keadaan dunia akhir zaman ini...manusia alpa dengan kekayaan dunia sedangkan ia akan ditinggalkan setelah kita mati!

    ReplyDelete
  2. Petikkkan N3 Paneh Miang
    "Jawab semut, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku."
    Persoalan kenapa si SEMUT (tak tahu pegangan ugama nya apa)yakin dan bertawakal kepada Allah SWT, kenapa PM 1 Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak yang berugama Islam tapi takut untuk melaksanakan Hukum Hudud . Di Malaysia yg tercinta ini kita ada ramai Ulama'tua UMNO,Ulama'Muda (40orang yg baru daftar,dan yg terbaru Imam Muda , takkan mereka ini semua tak tahu macam mana nak melakukan hukuman dalam HUDUD. Kalau bodoh untuk melaksanakannya , boleh di hantar mereka semua ini pi belajar kat negara Arab , jangan hantar kat Amerika atau Indonesia. Persoalannya kenapa Perdana Menteri Malaysia yg rata rata berugama islam tapi tak nak melaksanakan hukum Allah SWT . Samapi bila? Seperti mana empunya blogger PANEH Miang komen Semut yakin dengan rezeki dari tuhannya , si semut tidak berharap rezeki dari Amerika.

    ReplyDelete
  3. hai...menyindir nampak. tuju kat sape tu?

    kat 1.12 pm tu ke??

    ReplyDelete
  4. Anon 1.12pm:
    Fakta paling menarik untuk perhatian - dari 31.05.1955 Pas didaftarkan sebagai sebuah persatuan hinggalah hari ini orang Islam di Malaysia tidak pernah didedahkan dengan draft hudud Pas. Semua orang tahu Pas nak buat hudud tapi berapa ramai yang pernah baca buku tentang hukum hudud Pas ni. Sapa ulamak Pas yang hebat yang pernah menulis tentang hukum hudud Pas di Malaysia dan kaedah perlaksanaannya. Sapa orangnya pakar hudud Pas yang buleh jadi rujukan. Yang pasti Pas hanya tahu cakap tapi nak tafsirkan hukum hudud dalam Al Quran tak ada sapa yang tahu.
    Mungkin Anon 1.12pm ketinggalan bas sebab Pas sendiri pun tak nak laksanakan hukum hudud, DAP dah tolak, PKR pun sama tolak hukum hudud, habis sapa nak jalankan hukum dari Al Quran ni?
    Yang pasti UMNO sedang berusaha untuk melaksanakan Hukum Hudud bagi mengatasi masalah sosial yang teruk sekarang dan apabila berjaya dilaksanakan apa orang Pas nak kata???

    ReplyDelete
  5. Melaksanakan hukum hudud adalah tuntutan ugama. Samaada PAS berjaya atau tidak, itu bukan alasan untuk terus memandang negatif. Memang betul, tiada satu negara didunia ini yang mempunyai hukum hudud yang sempurna lagi sebelum ia akan disempurnakan sendiri oleh wakil Tuhan iaitu Al Mahdi(Imam Mahdi) bersama Nabi Isa yang akan diturunkan di Dunia nyata ini seperti termaktub dalam hadis-hadis yg, sahih.

    Kalau tidak mencuba, macam mana nak diperbaiki nya? Mencuba hingga sempurna.

    Pas pula perlu mempunyai "THINK TANK" terdiri dari para Ulama yang muktabar serta perlu kerjasama dengan intitusi Islam termasyur seperti Al Azhar atau sebagainya..

    Janganlah kita perlekehkan sebarang percubaan untuk melaksanakan hudud oleh PAS kerana ini dalah tuntutan ugama. Kita sepatutnya memberi kerjasama dan sokongan dan bukanya memandang serong.

    Jangan kita hanya beranggapan hukum hudud itu hanya memotong tangan sahaja, pengertian hudud begitu luas..Biarlah kita lihat model yang macam mana yang akan dilaksanakan oleh PAS.

    Bukan Islam pula tidak perlu gusar kerana selama ini hukum hudud digambarkan lebih menakut=nakutkan dari kebaikan oleh media Islam sendiri akibat cemburu POLITIK oleh Parti Lawan

    ReplyDelete