Wednesday, September 29, 2010

Kreatif sikitlah Rais...

1. Kadangkala kami tergelak juga tengok iklan 1Malaysia. Bermula iklan animasi, hinggalah kepada tarian, kesemuanya tampak tidak realistik. Paling lawak apabila perpaduan kaum dikaitkan dengan tarian. Siap diberi nama lagi "Tarian 1Malaysia".

2. Setahu kami di negara ni dah ada macam-macam jenis tarian. Ada Tarian Inang, Tarian Gawai, Tarian Singa, Tarian Shuffle, bla..bla..bla. Tapi "Tarian 1Malaysia"?...Kelihatan sangat hipokrit, retorik serta tidak berpijak di bumi nyata. Adakah perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia ni hanya boleh digambarkan dengan menari?

3. Wey Rais...wake up! Kau ingat kita hidup zaman iklan BSN atau iklan bedak 'Kutikura' atau iklan 'Minyak Chap Gadjah' lagi ka?

4. Semua cameraman Kementerian Penerangan dan RTM makan gaji buta ka? Begitu banyak scene atau babak yang berlaku dikalangan masyarakat hampir setiap hari, yang boleh diabadikan dalam bentuk visual bagi menggambarkan perpaduan serta keharmonian kaum di Malaysia ni. Tugas kamu mudah iaitu merayau dan rakam saja detik peristiwa yang berlaku.


5. Kami bagi contoh kejadian yang pernah berlaku di hadapan mata kami sendiri;

Senario 1

Sepasang kaum Cina warga emas kelihatan sedang menolak troli dengan perlahan kerana sarat dengan barangan yang dibeli di sebuah pasaraya di Cheras. 2 orang pemuda Melayu yang baru turun kereta, berjalan ke arah pasangan Cina itu serta bersama menolak troli tersebut hingga ke kereta si pasangan Cina, seterusnya membantu memasukkan barang ke dalam but kereta.

Senario 2

2 orang pemuda Melayu penunggang motosikal telah dilanggar dengan sebuah lori di simpang traffic light di Seri Kembangan. Beberapa orang pemandu di kalangan Melayu, Cina & India memberhentikan kereta dan bersama membantu 2 pemuda Melayu tersebut sehinggalah ambulan tiba.

Senario 3

Sebuah kereta yang dinaiki 3 orang Melayu telah mengalami kebocoran radiator di tepi jalan bersebelahan Mega Mall. Sedang mereka terkial-kial mencari air, seorang wanita Cina memberhentikan kenderaan, lalu menghulurkan sebotol air untuk dituang ke dalam radiator yang kekeringan.

Senario 4

Kenderaan yang dimiliki sepasang kaum Cina telah terbabas disebabkan tayarnya tercabut di Jempol. Sebuah keluarga Melayu telah memberhentikan kenderaan dan membantu pasangan Cina terbabit dan seterusnya menghantar mereka ke hospital.

Senario 5

Seorang warga emas kaum India kelihatan sedang menangis di sebuah hentian bas di Shah Alam. Seorang lelaki Melayu yang kebetulan baru turun bas, pada mulanya hanya melihat dengan muka kehairanan ke arah warga emas India itu dan seterusnya melangkah ke arah lain. Tetapi kemudiannya beliau berpatah balik ke arah si India, berbual seketika dan beriringan menuju ke suatu arah. Mereka kemudiannya kelihatan makan bersama di sebuah kedai makan berhampiran.

6. Peristiwa seperti di ataslah yang LAYAK digambarkan sebagai perpaduan serta keharmonian kaum di Malaysia. Dan kami percaya lebih banyak lagi detik sebegini berlaku setiap hari yang boleh diiklankan kepada rakyat sebagai kempen 1Malaysia.

7. Adalah sangat tidak realistik andai perpaduan serta keharmonian kaum itu hanya digambarkan melalui tarian mahupun lagu dengan pelbagai bahasa. Cukuplah dengan hanya menggunakan bahasa kebangsaan...mengapa perlu dicampur-adukkan nyanyian lagu patriotik dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil, mahupun menari tarian Melayu, Cina & India? Apalah punya lemah kreativiti Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Benda semacam ini pun tak mampu nak fikir.

8. Kami berpendapat sudah tiba masanya setiap kementerian yang berurusan secara langsung dengan rakyat memiliki 'Unit Kreatif & Inovasi' mereka sendiri. Sudah terlalu lama kebanyakan kakitangan awam di setiap kementerian mengamalkan budaya kerja lama. Karenah birokrasi tak pernahnya nak selesai. Sekurang-kurangnya, dengan kewujudan 'Unit Kreatif & Inovasi' di setiap kementerian, maka akan bercambahlah pelbagai idea baru bagi memperbaiki mutu perkhidmatan serta budaya kerja kakitangan awam, agar relevan dengan perkembangan semasa.

9. Kerajaan Jepun pernah menyatakankan bahawa kemajuan sesebuah negara itu dicerminkan melalui kakitangan awamnya. Justeru kepada semua Menteri "TUA", jika anda sememangnya berhasrat untuk berkhidmat kepada rakyat seumur hidup...tolong kreatif la sikit.

13 comments:

  1. aku dah perasan lama dah..tp menteri ka kakitangan awam yang kerja makan gaji buta..bagi aku duadua sekali...baik iklan TM plak..
    ada lagi scane2 menarik..
    1.kat satu tempat aku tgk ada 3 melayu 2 cina 2 india main sepakraga tuju..gelak2 sekali..minum ayaq sekali..
    2. aku mai kerja pun tumpang kereta rakan sekerja aku org cina.
    3.kat kem plkn belambak scane2 menarik yang boleh dijadiikan teladan...

    ReplyDelete
  2. Itu lah masaalah senario politik di M'sia baik parti yang memerintah mahu pun parti pembangkang. Muka-muka yang dah berdekad-dekad diarena politik masih lagi aktif memegang jawatan-jawatan penting. Rakyat dah muak melihat muka-muka yang dah lapok ni. Zaman mereka sepatutnya dah berlalu. Si Rais ini jadi menteri dari masa aku bersekolah rendah lagi hingga aku dah nak pencen. Macam lah M'sia dah ketandusan pemimpin-pemimpin.

    Kita harus ikut trend negara-negara maju yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang muda sekitar umur lingkungan 40-50an.

    Yang dah bersara dari arena politik pula tak perlu nak menyibuk ambil tahu pasal politik semasa dan begitu juga akhbar-akhbar tak perlu pula menjadikan pendapat-pendapat mereka-mereka yang dah bersara ni sebagai tajuk utama mereka.

    ReplyDelete
  3. posting yg mmg baik.. mmg dh lama aku meluat ngan rais ni, satu mcm pnya skema rais ni..

    ReplyDelete
  4. Rais Yatim hidup di zaman dinasour, manalah dia tahu semua tu. Macam mana Najib boleh lantik menteri recycle ni lagi, aku pun tak faham.

    ReplyDelete
  5. Orang tua ni (Rais) patut dilupuskan je..

    ReplyDelete
  6. salam,,tumpang lalu yea,,cuma nak promote gambar yang menyatakan sesuatu,,
    http://anakkelantan57.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Apa nak buat? Itulah saja tahap otak dia. Yang dia pakar ialah bagaimana nak bodek PM supaya dapat terus jadi menteri.

    ReplyDelete
  8. rais? what heck!seme yg nama rais mmg mcm tuh...contohnya mcm rais yang nih...dan satu lagi spesisnya,si kaki arak hishamudin rais...sama je bungko nye...

    ReplyDelete
  9. taraf pemikiran yg merasakan rakyat berada di zaman batu... hahahaha

    ReplyDelete
  10. Konsep 1Malaysia, bagi saya, adalah lebih kepada "menjaja" (iklan promosi) negara ini kepada "orang luar", bukannya untuk "membina" (nation building) demi perpaduan yang melahirkan anak bangsa yang utuh.

    Kita tidak perlu menari naga, berpakaian cheongsam atau sari dan sebagainya itu kerana kita mempunyai banyak lagi nilai-nilai sejagat untuk kita berdiri di atas asas yang sama. Konsep 1Malaysia melaungkan "perbezaan" dari "persamaan" yang ada, yang menjadikan ia suatu konsep yang agak pelik, memberikan ilham kepada saya untuk menulis, Raja Bogel & Sotong Lembik

    ReplyDelete
  11. ... Justeru kepada semua Menteri "TUA", jika anda sememangnya berhasrat untuk berkhidmat kepada rakyat seumur hidup...tolong kreatif la sikit.

    Oh, saya sungguh suka ayat ini ... yeah ... dulu admin reformation guna privatization supaya pecahkan monopoli kerajaan dalam satu2 sektor dan kemudian increase performance, maka wujudlah rangkaian TV berbayar. Ingat boleh la RTM compete and increase performance... Masih juga macam itu ... Apa kena ni?

    Macam mana la nak pi bantai Menteri2 macam ni ... teringin jugak!

    PIJOT

    ReplyDelete
  12. itulah pasal.najib pun satu.Cukup cukuplah bagi peluang kat si rais nie.Kadang kadang sekali tengok rais nie macam taraf2 ketua pengarah aja.menteri jatuh pulak kat bini dia.Geli lah geli lah,,,bila bini lebih lebih pada laki.awat suka menyibuk sangat...gilah jaga cucu nenek ooiii.rais pun,antar lah surat pencen..bagilah peluang orang lain merasa..jawatan itu.pesanan sebelum pencen selesai selesaikanlah segala piutang di umno jelebu tu

    ReplyDelete
  13. aku cukup seronok baca posting nie..memang aku dah meluat sangat-sangat tengok menteri nie..nak mampuih kami nak capai KPI dia supaya najib kekal dia jadi menteri..ptuiiii!!

    terima kasih Paneh Miang..bantai lagi banyak..supaya dia sedar diri

    HantuJembalang

    ReplyDelete