Thursday, September 16, 2010

We have the numbers of curry puff?

Suatu hari tanggal 7 Syawal 1431H, sebuah kenderaan jenama Proton kelas serbaguna (MPV) kelihatan dipandu oleh seorang ahli BN menuju ke destinasi yakni sebuah rumah bernombor 13 bagi kunjungan hari raya. Dalam kenderaan tersebut, kelihatan anggota MKN, BTN, JASA, KEMAS serta beberapa orang lagi penumpang yang sedang duduk dengan selesa sambil menikmati pemandangan alam sepanjang perjalanan. Kereta dipandu dengan penuh berhati-hati oleh ahli BN itu sehingga cuaca yang asalnya cerah, telah berubah dengan turunnya hujan lebat disertakan kilat sabung-menyabung. Walaupun jalanraya mula ditakungi air, namun ahli BN selaku pemandu tetap meneruskan cara pemanduan berhemah.

Akhirnya hujan yang lebat kembali reda walaupun masih kelihatan hujan turun renyai-renyai. Walaupun destinasi rumah nombor 13 kian hampir, namun dengan tidak disangka, kenderaan yang dipandu ahli BN tiba-tiba mengalami masalah. Enjin yang pada mulanya tersangkut-sangkut, akhirnya terus terpadam. Tetapi mujurlah kenderaan yang dipandu sempat juga dibelokkan kebahu jalan. Ahli BN itu cuba berkali-kali untuk menghidupkan semula enjin, tetapi ternyata gagal.

Para penumpang lain yang mula menyedari kenderaan tersebut mengalami masalah, mula berbisik diantara satu sama lain. Tiba-tiba anggota MKN bersuara, "Aku rasa bateri kereta ni dah kong lah…"

"Eh..takkan lah", sampuk anggota JASA. "Tayar belakang yang bocor kot", ujarnya lagi. Para penumpang lain mula kecoh memberikan pandangan serta pendapat masing-masing akan situasi kenderaan yang mereka naiki bersama.

Akhirnya, anggota BTN pun mula bersuara, "Beginilah...ahli BN sebagai pemandu seharusnya keluar dari ruang pemandu, tengok serta cubalah baiki kerosakan kenderaan ini. Kami selaku penumpang sudah memberikan kamu pelbagai pendapat serta idea dan kamulah yang seharusnya mengambil tindakan sebagaimana yang telah kami cadangkan sebentar tadi."

Kisah perjalanan di atas merupakan pantulan kepada senario yang berlaku hari ini, terutamanya yang melibatkan agensi kerajaan berorientasikan politik. Biasanya agensi ini memiliki kepakaran dalam membuat analisis; dan adatnya, ada dikalangan mereka yang akan mendabik dada menyatakan bahawa merekalah yang paling tepat membuat analisa. Kesemua analisis yang dilaksanakan akan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk diimplimentasikan selaku penggubal dasar.

Pendekatan menggunakan agensi sebegini, semata-mata hanya untuk membuat analisa serta teori tanpa diberi mandat selaku pasukan bertindak, perlu dihentikan serta-merta. Agensi sebegini seharusnya diubah corak operasinya agar dapat terus menjadi badan penyelesai masalah rakyat dan sekaligus diberi tanggungjawab membantu mengukuhkan Kerajaan Persekutuan. Bukan lagi hanya sekadar berteori, sebaliknya badan-badan ini wajib ditambah bidang kuasanya untuk menyelesaikan sendiri apa saja dapatan analisa yang diperolehi, agar Kerajaan Persekutuan akan terus kukuh seiring dengan tuntutan semasa.

Pemimpin BN selaku parti yang mendokong Kerajaan Persekutuan pula, perlu meletakkan tahap ego mereka dibawah tapak kaki masing-masing; sekaligus belajar menghormati segala pandangan serta usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh agensi seperti BTN, MKN, JASA atau KEMAS. Agensi-agensi ini telah sekian lama berkhidmat bagi memperkukuhkan kuasa Kerajaan Persekutuan. Hargailah pandangan mereka dan bantulah setiap usaha yang dilakukan agensi terbabit kerana ada diantara anggotanya memiliki tahap kebijaksanaan serta kematangan yang jauh lebih hebat daripada Pak-Pak Menteri sendiri.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!


p/s: Anwar Karipap Berinti KYJelly akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 20___ (sila isi tempat kosong). We have the numbers? Huhuhu...

3 comments:

  1. orang2 umno ni kdg2 perasan bagus. xnk dengar pendapat org. pikir diri masih kuat. igt cara lama dia tu masih relevan. tu la masalahnya. bila ada yg dtg bagi idea baru, dihompuknya atas kepala hompuk sebelum dibuang dlm tong sampah. kakaka.

    eh mana si hompuk ni? ikut idolanya si aljuburinuarliwati tu pegi angkat sumpah jadi perdana menteri depan gambar agong ka? pukul berapa nak angkat sumpah? jam 8 ni berita utama akan siarkan nuarjubur angkat sumpah sbg pm ka? baca perutusan pm baru jam berapa? hahaha. 916 we got the numbers? kakaka. kaki kencing mcm aljub tu pun org boleh percaya lagi.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  2. DAP buat makan besar hari ni, hidangan sweet and sour FROG..

    Lepas jamuan, Amoy2 diterajui andaratu Kok dan Wong akan mengetuai perarakan lilin raksasa kelilingi Putra Jaya.

    Bota

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...

    Selamat Hari Raya dari wak

    ReplyDelete