Tuesday, October 26, 2010

Pendatang Melambak di Dewan Rakyat

Pak Sedaro menyelar Ahli Parlimen DAP, Batu Gajah dan sekutu-sekutunya kerana mereka tidak hormat erti, makna dan hikmah Perkara 152. Mereka masih bongkak dan begitu ghairah berhujah dan berbahas dalam Bahasa Inggeris. Pak Sedaro fikir golongan Ahli Parlimen yang masih goblok dan gomar guna Bahasa Inggeris sebagai Pendatang Dengan Izin atau "Legal Immigrant".

1. Apokah Perkara 152 tidak diangkat seadilnya dalam Dewan yang Mulia "Dewan Rakyat" dan "Dewan Negara"?

2. Lagak memasing seperti Monyet Dan Beruk Tunggal dalam berlawan hujah dan berbahas. Nampak sangat mereka berpura-pura kepada Rakyat.

3. Ada juga yang menggunakan teknik tai-chi Ahli Parlimen BN dan PKR+PAS+DAP yang memperlihat BANGANGnya nilai seorang Ahli Parlimen yang dipilih pengundi berdaftar yang sah.

Inilah medan pelajaran kepada bakal pemimpin pelapis dalam mana-mana Perhimpunan atau Majlis Persidangan tertentu. Namun apakah sikap AP bingai ini wajar diteladani dan dicontohi oleh generasi baru?

11 comments:

  1. Kalau tak cakap Melayu dalam urusan rasmi, tak payah nak mengaku rakyat Malaysia lah.

    ReplyDelete
  2. lepas ni siapa saja di tempat awam yg menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan, kita anggap saja mereka pendatang.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti, kalau di temuramah di TV pernah cakap melayu ke? Takan pendatang kot?

    ReplyDelete
  4. Gabenor BNM ke, Pengerusi BSN ke, Pengerusi CIMB ke, Bini PM ke, siapa juga yang ditanya dalam Bahasa Melayu atas urusan rasmi, tapi dijawab dalam bahasa bukan Bahasa Melayu, ialah PENDATANG. Sudah tiada masa untuk kompromi.

    ReplyDelete
  5. Sebab fikiran cetek oleh penulis di ruang ini menyebabkan perpecahana kaum di Malaysia.
    Kepala otak kamu semua.

    ReplyDelete
  6. saya faham apa awak cakap, tapi saya lebih suka kalau awak menggunakan bahasa kebangsaan..

    ReplyDelete
  7. pendapat = pendapatan

    alahai....

    ReplyDelete
  8. Dicadangkan mulai saat ini segala urusan tak kira la dalam bilik atau dikaunter dan segala urusan surat menyurat di jabatan kerajaan hanya menggunakan Bahasa malaysia. bahasa kebangsaan.Anggaplah tidak menjadi kesalahan seandainya kakitangan atau pengawai tidak melayan mereka yang tidak fasih/menggunakan bahasa kebangsaan. Malah kalau diperli atau terasa terhina degn sikap pegawai bertugas kerana kegagalan menggunakan bahasa kebangsaan anggaplah itu sebagai hukuman terhadap warga engkar ini. Agak menghairankan tuntut kesamarataan, minta kaji keistimewaan melayu tetapai syarat asas menjadi warganegara pun belum dipenuhi

    ReplyDelete
  9. Perkara 152: Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. [sesiapa yang masih tak tahu/keliru/pura-pura buat bodoh@gedebe@benggong tak faham-faham] JANGAN CUBA PANCING INTEGRITI BANGSA MELAYU. Tiada istilah Bahasa Malaysia. Kok tak nak faham, ANDAlah PENDATANG, mungkin PENDATANG HARAM.

    ReplyDelete
  10. U-United
    M-Malay
    N-National
    O-Organisation

    Pendatang kot...?

    ReplyDelete
  11. bagus tu anon 10:49 PM, patutnya umnop guna juga pertubuhan melayu kebangsaan, nampak cool cket, lebih cool dari perkasa.PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN.... pergh dahsyat! naik semangat beb.. hidup melayu... hidup UMNO! err... i mean PMK! hiashh... hey kursani mengalirlah dikau...bla2.
    ..mentera semerah padi..

    ReplyDelete