Friday, October 1, 2010

"Rais Yatim bela Hantu Raya"


Dah ramai orang cakap macam tu. Bukan setakat orang kawasan Rais di Parlimen Jelebu saja yang tahu, bahkan seantero Malaysia pun sedia maklum betapa sayangnya Rais kepada hantu. Buktinya, sejak Hari Raya Pertama sehingga kini, televisyen kita tidak henti-henti menyiarkan drama dan filem hantu. Umat Islam yang raya ka atau hantu yang raya? 'Baguslah' kau Rais sebab didik anak-anak kita dengan pelbagai perkara tahyul. Maka akan bertambah cepatlah negara kita maju. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan jangan lupa pulak nanti buat jamuan raya untuk hantu belaan korang tu. Kesian depa penat keluar televisyen hampir setiap hari. Sesekali kena la jamu hantu dengan pulut kuning dan ayam golek. Takut sok hantu tu semua merajuk...susah pulak rakyat Malaysia nak tengok hantu beraya di televisyen lagi.

10 comments:

  1. Sobona eh Rais tak bolo hantu rayo. Sobona eh dio tu adalah hantu rayo.

    ReplyDelete
  2. rais yatim & hishamudin rais...duo-duo org eh bingai

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah,

    Raya bersama Hantu Raya..hehehehe..

    Mohon sesama kita link blog memasing. Http://gerakantimur.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Benar tulisan Tuan ini.

    Cerita-cerita yang melemahkan semangat sememangnya tidak wajar walaupun ianya agak popular.

    Kita perlu terapkan semangat waja dan berani kepada anak bangsa, bukannya jadi penakut dan tidak berani dalam mengambil apa-apa keputusan. Lihat sajalah Amaran yang tidak berkesudahan.

    ReplyDelete
  5. Peduka ni memang suka benda-benda yang ada bau biras'raya'.
    Lepas ni sambutan hari bunga raya .Katanya untuk membangkitkan semangat petriotik.Bukan nak bangkitkan hantu,lagi pun 5 pada bunga raya itu juga berhubungkait dengan rukun Islam katanya.
    Sekurang-kurangnya dapat tutup apa yang kurang.
    He3x(bunyi hantu)

    ReplyDelete
  6. Taktik menakut-nakutkan ni memang dah jadi budaya Rais Yatim dan suku sakat dia.

    Takutkan orang Melayu dengan Melayu akan hilang kuasa, takutkan orang Melayu dengan orang Cina, takutkan orang Melayu dengan makan ubi, takutkan orang Melayu dengan Singapura. Bila orang Melayu dah takut, mereka akan cari Rais Yatim mintak tolong.

    ReplyDelete
  7. Cerita apa yang baik untuk bangsa kita? JOM buka kelenkang HEBOH bila dah mengandung?, Cerita lawak tapi tak lawak mana pun? Lawak bodoh lah kira nya, atau pertunjukkan nyanyian yang asyik sangat sampai lupa dah masuk waktu bersolat? Dan akhir sekali cerita bercinta sakan? Cuba lah di sajikan cerita berbentuk pendidikan akhlak atau jejak rasul kemungkin ada lebih baik.

    ReplyDelete
  8. kementrian rais macam tak tahu apo yang pee em kato.
    pee em kato- rakyat di dahulukan.
    wak rais ingat rakyat nak lihat wayang tahyol. iyo=lah yang berduit donload
    wayang dari laluan pecut tm berokban.

    yang kurang kayo lihat pulak astro-tengok wayang banyak seks dalam hbo
    macam seks dalam city

    yang miskin tengoklah tv pree -tv3 suku spesial macam wayang hantu/ wayang tamil tahun lalu yang bes bes
    yang dibintangi si srikanth atau drama chingki [untuk mencinakan si melayu].

    toksahlah kondem si rais kerna kojo dio tu memang susah. melayu memang gilo hantu. Hanya melayu ajo kenal
    20 spesyi hantu. mano ado klasifikasi hantu dalam mandarain, bi
    atau tamil?

    Ilek!!! takde... nada

    lihat ajolah wayang apo yang jual juta
    juta untuk produser dio?

    >jangan pandang back
    >ponti anak sundal siang malam

    Dah lah tu, sipo pulak rais jadikan
    direkto kat finas?

    jawab: mestilah produser cito hantu-
    si chingki yang ikut bontot dio siang
    malam

    bukan aje kat tv ekau akan di suap
    dengan wayang hantu , kat luar pun
    melayu akan dapt cito hantu bersiri esok

    pontianak sundal malam 2, 3,, 4

    kan bangan si melayu yang undi rais jadi em pee kat jolobu.....

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Rais Yatim ni memang tak ambil peduli pasal RTM pun...... Apatah lagi tentang masalah kakitangannya. Semuanya terpulang kepada KSU. maklumlah..... orang negori jugak.......

    Kakitangan yg diarah buat tugasan keluar negara sepatutnya dibayar elaun mengikut kadar luar negara tetapi apabila tuntutan elaun dibuat, dibayar mengikut kadar dalam negara. Dah pegi kena pakai duit sendiri dulu. Bayangkan kalau pegi kenegara yg nilai matawangnya tinggi dan balik tututan cuma dapat kadar dalam negeri. Adakah Rais Yatim prihatin dalam perkara ini. Inikah maksud sebenar "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Atau pegawai2 dibahagian kewangan RTM tu ingat duit yang nak bibayar tu dari poket mak bapak dia org.

    ReplyDelete