Thursday, October 21, 2010

UMNO N9 reject Pendatang

1. Sempena Perhimpunan Agong UMNO 2010, kami ingin mengajak pembaca mengimbau sejarah 'walkout' UMNO Negeri Sembilan, yakni satu-satunya Perhubungan UMNO Negeri yang enggan berkompromi dengan isu pemberian kerakyatan bukan Melayu melalui konsep 'Jus Soli' sepertimana yang dicadangkan dalam 'Penyata Reid'. Bahasa mudahnya, UMNO Negeri Sembilan MEMBANTAH cadangan taraf warganegara diberikan kepada orang bukan Melayu.

2. Cadangan mengenai taraf kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dalam 'Penyata Reid' iaitu satu suruhanjaya yang dipengurusikan oleh Lord Reid (hakim ternama dari Britain) bersama anggota suruhanjaya lain seperti Sir Ivor Jenings (Britain), Sir William Mac Kell (Australia), B Malik (India) dan Abdul Hamid (hakim di Pakistan). Syor mengenai 'Penyata Reid' mengenai kerakyatan ini dikemukakan dalam Persidangan Perhimpunan Agong Tergempar UMNO di Kuala Lumpur pada 28 Mac 1957.

3. UMNO Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Perhubungan, Dato' Raja Abu Hanifah menolak 'Penyata Reid' sebagai tidak relevan, disamping wajar ditangguhkan sehingga selepas proklamir kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. UMNO Negeri Sembilan berpendapat status yang ditakrifkan sebagai 'Melayu' dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 124, masih belum menjamin kedudukan orang-orang Melayu pada fasa ekonomi dan keperihalan pendidikan.

4. Seramai 10 orang wakil UMNO Negeri Sembilan mengambil tindakan keras dengan memboikot persidangan tersebut setelah pandangan mereka ditolak. Perwakilan UMNO Negeri Sembilan termasuk juga Ketua Pemuda, Tan Sri Abdul Samad Idris dan Ketua Wanita, Dato' Siti Rahmah binti Haji Kassim ikut sama bertindak 'walkout' meninggalkan persidangan. Ibrahim Mahmood dalam bukunya "Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu" pernah menulis perihal peristiwa 'walkout' perwakilan UMNO Negeri Sembilan ini.

5. Walaupun tindakan 'walkout' itu jelas melanggar disiplin parti, tetapi UMNO Negeri Sembilan sanggup menanggung risiko dan tidak peduli dengan sebarang ancaman. Peristiwa ini turut memaksa Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak untuk turun sebanyak dua kali ke Seremban bagi memujuk UMNO Negeri Sembilan.

6. Tindakan Tunku dan Tun Razak memujuk UMNO Negeri Sembilan akhirnya membuahkan hasil apabila Tan Sri Abdul Samad dan Dato' Siti Rahmah berjaya membawa Pemuda serta kaum Ibu agar menyokong keputusan pucuk pimpinan Pusat, setelah perwakilan UMNO seluruh Tanah Melayu meluluskan beberapa pindaan terhadap cadangan asal 'Penyata Reid'. Namun Dato' Abu Hanifah tetap bertegas dengan pendiriannya menolak 'Penyata Reid', yang dianggap sebagai mandat UMNO Negeri Sembilan yang perlu dipertahankan dengan tidak berkompromi. Kok terjun di langit ditampung, kok memusat di bumi dipijak.

7. Menyorot peristiwa yang dicetuskan oleh Dato' Raja Abu Hanifah itu, Ibrahim Mahmood dalam bukunya menulis, "...Peristiwa yang terbit daripada UMNO Negeri Sembilan itu hampir-hampir membawa kepada satu kegentingan yang amat jauh kesannya. Syukurlah perkara ini sempat diselesaikan beberapa hari sebelum keputusan Majlis Kerja Tertinggi terhadap UMNO Negeri Sembilan itu dijalankan."

8. Apabila pendiriannya ditentang oleh majoriti ahli UMNO di Negeri Sembilan, Dato' Raja Abu Hanifah mengambil tindakan meninggalkan UMNO bersama sebahagian penyokong kuatnya di Seremban dan Rantau. Maka, langkah Tan Sri Abdul Samad dan Dato' Siti Rahmah membawa Pemuda dan Wanita menolak sebarang provokasi dan sekaligus menyokong pendirian kepimpinan pusat telah menyelamatkan UMNO Negeri Sembilan daripada menerima tindakan tatatertib Majlis Kerja Tertinggi, yang memang berura-ura untuk mengambil tindakan terhadap kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

9. Begitulah hebatnya perwakilan UMNO Negeri Sembilan dahulu yang rela dihukum demi mempertahankan prinsip dan pendirian akar umbi. Adakah perwakilan UMNO Negeri Sembilan hari ini memiliki prinsip dan semangat yang sama? Nak diharapkan Ketua Pemuda UMNO dari Rembau tu...tak setaraf langsung kalau nak dibandingkan dengan Tan Sri Abdul Samad. Mengabihkan harto rakyat yolah yang dio pandai. Pi bertanding di Kepala Batas la ganti Paklah sok. Somak la orang Rembau nengok kau.

2 comments:

  1. Lord reid bg taraf kerakyatan sbb nk hapuskan pengaruh komunis pada masatu
    taktik dia adalah utk bagi kesedaran kpd bukan melayu yg mereka jg patut berjuang dan rasa "belonging" kpd malaysia

    sbb tu reid nih mtk perkenan sultan2 melayu ketika tu utk bg tarak warganegara kpd bukan bumi

    ReplyDelete
  2. Don't expect the 10million Ringgit Man to walk out for his allegiance is the country where he stached his money.

    ReplyDelete