Sunday, October 31, 2010

Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu

Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.

Keropok Lekor, Terengganu.

Note: Di atas adalah beberapa peranggan komentar yang ditulis oleh manusia yang belum TENTU MELAYU atau juga gharar faham agamanya? Sedarkah manusia yang menulis dalam Harakah Online ini. Apakah generasi X dan Y, akan terus menjadi bangsa CELAKO, BANGSAT DAN PARIA? Apakah sudah kufur pertimbangan SEJARAH TANAHAIR ini, hingga para sejarahwan yang berkembang biak dalam masyarakat akan MEMBATU DIRI? Buku-buku ilmiah tentang Sejarah Semenanjung Emas, Sejarah Tanah Melayu, Sejarah Persekutuan Malaya dan Sejarah Malaysia mesti dibahas dan dihujah bentang dengan baik. Apakah Kerajaan Malaysia, sedang diiktiraf oleh PAS, sebagai Kerajaan Firaun? Atau PAS merasakan PAS boleh mengurus negara? Apakah PAS boleh memiliki Majoriti Lebih 2/3 di Dewan Rakyat? Apakah PAS sudah DAYUS isu dan hari ini, mengambil bahagian dalam perang psikologi kelompok marhean?

Di manakah komentar-komentar PAS+PKR+DAP yang berani memuntah hujah-hujah SESAT?

3 comments:

  1. Setuju dengan pandangan petikan di atas. Fakta sejarah banyak yang dipesongkan, memberikan kelebihan kepada parti pemerintahan iaitu UMNO dan sekutu mereka mendabik dada kononnya perjuangan merekalah satu-satunya yang memberikan malaysia kemerdekaan.

    Sedangkan perjuangan susuk lain yang lebih berkaliber seperti presiden PAS yang pertama. Dr Burhanuddin Al Helmy yang dipenjara akibat perjuangan itu ditolak tepi! Perjkuangan beberapa orang pejuang haluan kiri seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Rashid maidin dan Ishak Hj Muhammad serta beberapa lagi di tutup dari lipatan sejarah. malah mereka ini digelar pengganas pula!

    Hakikatnya pemimpin UMNo seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak pernah pun merasai penjara sebab mereka sentiasa berada di bawah telunjuk british tidak pula dibangkitkan. Siapakah sebenarnya pejuang dan siapa barua?
    Ingat kisah natrah? Siapa pengkhianat di sini? UMNO!

    Saya teringat ceramah Maulama Imran hussein, seorang pakar ekonomi terkemuka, juga penceramah bebea mengatakan, ada satu kuasa dari barat yang telah merencanakan selama beratus tahun bahawa dunia sebelah timur akan menjadi hamba mereka melalui proses berperingkat-peringkat. mereka akan menjajah dulu dan menanam benih sekularisma dan ekonomi menurut acuan mereka. Mereka memastikan pemimpin yang dilantik memerintah betul-betul mengikut fahaman dan rancangan mereka. Setelah berjaya barulah sesebuah negara itu di"bebas"kan.

    Percayalah, sebenarnya kita belum merdeka. Selagi bumi diperintah oleh golongan pak turut tadi dan memakai sistem ekonomi mengitar kertas sebagai matawang, selagi itulah kita masih menjadi hamba tuan sebelah barat.

    ReplyDelete
  2. Benar kata Maulana Imran Hussein. Boneka sebenar yg digrooming utk menjadi pak turut barat sejak dulu ialah Anwar Ibrahim & Nik Aziz. Maka marilah kita bersama berusaha utk memastikan dua insan ini tdk berkuasa di negara ini selamanya. Pemimpin Malaysia dr UMNO hari ini sering diburukkan oleh barat kerana barat tdk mampu mengawal serta membonekakan UMNO. Hanya Anwar & Nik Aziz melalui pkr/pas saja yg kini menjadi harapan barat utk meguasai Negara Islam yg digeruni yahudi iaitu Malaysia. Bersamalah kita menolak pkr/pas/dap kini & selamanya.

    ReplyDelete
  3. Kalau kat sarawak tak ada bezanya. Masih dijajah Malaya. sejarah orang malaya. Bukan sarawak.

    ReplyDelete