Thursday, November 25, 2010

BN boleh tumbang...

1. Hujung tahun ni ramai yang merungut kerana 'mati' cukai jalan kenderaan.

2. Dulu pernah kecoh seketika berkenaan isu saman ekor dan kerajaan berjanji untuk mengkaji serta meneliti isu yang menjadi kemarahan rakyat ini.

3. Sampai bila nak teliti dan kaji...tak tahulah.

4. Walau sudah ke tahap merayu, namun keputusan kerajaan masih samar-samar.

5. Penangguhan menyenarai hitam pemandu disebabkan saman ekor ke bulan Februari 2011 tidak akan menyelesaikan masalah. Malah keputusan itu menyebabkan kemarahan rakyat yang terpendam semakin membara dan tunggu masa saja untuk meletus.

6. Notis saman tidak sampai kepada pemilik kenderaan, kadangkala sampai berbulan dan ada yang bertahun-tahun tak pernah terima sebarang makluman berkenaan saman (satu pencabulan undang-undang?). Tahu-tahu dah disenarai hitamkan. Pemilik kenderaan pula yang bersusah payah untuk buat semakan saman sendiri. Bila pergi balai, minta bukti, kena bayar pula untuk dapatkan bukti bergambar. Mereka yang memandu 120km/j dikenakan kompaun maksimum, sama dengan mereka yang memandu 200 km/j. Kalau tak puas hati kerana dianggap teraniaya, maka disuruh rujuk kes ke mahkamah. Bayar legal fees lebih banyak dari bayar saman. Jadi mana adilnya? Kaedah perlaksanaan undang-undang lalu lintas yang lemah oleh polis?

7. Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280: "Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan."

8. Lagi bertambah hangat apabila dikhabarkan nilai saman ekor di seluruh negara telah mencecah billion ringgit, dan sasaran kerajaan adalah untuk mengutip sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah saman ekor tertunggak. Andai 50% daripada RM1 billion nilai saman berjaya dikutip, maka kantung kerajaan akan bertambah RM500 juta, hasil daripada keringat rakyat yang teraniaya disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan trafik.

9. Polis akan terus menyaman untuk memenuhi kuota. Selagi tak cukup kuota, tak boleh balik balai. Polis saman, JPJ buat senarai hitam. Dua bidang penguatkuasaan yang hakikatnya tiada kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas pesalah trafik. Mereka hanya penguatkuasa dan bukannya penghukum. Hanya hakim saja yang berhak menentukan sama ada pemilik kenderaan yang menghadapi tuduhan saman ekor bersalah atau tidak. Rasanya Polis dan JPJ keliru dengan kuasa yang ada pada mereka, menganggap mereka lebih superior daripada mahkamah.

10. Kata JPJ dan Polis, "Kami faham masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan yang disenarai hitamkan. Tapi kami terpaksa lakukan kerana ini adalah arahan kerajaan."

11. Nak ikut contoh negara maju menangani masalah trafik pun, biarlah bersesuaian dengan 'budaya' tempatan. Bukankah kerajaan pernah melaungkan, "Kita mentadbir negara mengikut acuan sendiri."

12. Acuan mana pula yang nak diikut sekarang ni? Acuan Pegawai Tadbir Diplomatik atau Pak Menteri?

13. Jangan kerana isu saman ekor menyebabkan rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengikut acuan sendiri hingga menumbangkan BN di PRU13 nanti.

8 comments:

  1. Aku sokong Paneh. Dengan Kos sara hidup yang tinggi, rakyat akan menanggung beban yang perit terutama sekali pada awal tahun apabila sessi sekolah bermula.
    Mana nak bayar saman, kalau tak bayar tak boleh memperbaharui cukai jalan. Rakyat amat menderita sekali, terutama orang melayu yang majoritinya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
    Mungkin kerjaan BN akan "bungkus" di PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  2. Bukan semua saman yang dikeluarkan itu betul. Saman itu sendiripun ada banyak kesilapan sehingga tahap tidak logik pun ada.

    Mamat dan saman BERekornya lagi

    ReplyDelete
  3. hahaha. apo nak buek. kuasa pak mentori dan ketuo pengarah jpj melangkaui kuaso mahkamah. mereko lobih power dr hakim. rakyat cam kito ni melopong yolah bayar saman. rakyat kono sodar hak kepenggunaan sendiri dan kerajaan jgn bodoh sombong bonar. mentori2 sumo tu bayar saman ko tak? atau namo dipadamkan ajo. kok nengok kek highway bukan main bodosop keto2 mentori, timb montori, exco kerajaan negori. camlah jalanrayo tu bapak dio punyo.

    ReplyDelete
  4. Memanglah paneh kalau kena saman lopeh melakukan kesalahan trafik. Janganlah nyokong buta. Pertama masyarakat Malaysia ni memang suko cabar undang-undang tapi kalo dah kono marah pulo. Sobek tu kemalangan dan kemalangan maut hari-hari berlaku kerano tak hormat undang-undang kerana selalu boleh terlepeh dari tindakan. Penguatkuasa pun kenalah bertindak dengan betoi jangan ambil rasuah. Fikir fikir lah jang.

    ReplyDelete
  5. Aku pernah kena saman ekor 4 kali di kawasan 60 kmj. Bayangkanlah speedometer bermula dari 20kmj. Nak maintain kelajuan 60 kmj cukup tertekan punya. Kena charge lari laju 78 kmj. Kompaun RM100 pada masa itu. Sekarang dah RM300. Kalau kena saman di kawasan 110 kmj aku tak kisahlah. Ada akai ka suruh lari perlahan dengan kereta berkapasiti besar. Pak menteri lari laju siap dengan outriders lagi tapi tak kena samanpun?

    ReplyDelete
  6. takkan sbb saman ekor pun Bn boleh tumbang. murahnya harga sebuah perjuangan..

    ReplyDelete
  7. boleh tumbang bn jika ia melibatkan 9 juta pemilik kenderaan yang marah kerna saman ekor. pemilik kenderaan tu adalah pengundi suma tu poik.

    ReplyDelete
  8. cadangan saya saman ekor nih kenpa tidak disertakan bukti baru boleh yakin bahawa kita melakukan kesalahan misalnya gambar dikangkap akan dihantar kerumah atau pun upload je kat website jpj/pdrm..

    ReplyDelete