Saturday, November 6, 2010

DAH MASUK...LEMBIK...KELUAR BALIK? Apa Cer DS Najib?

'Masuk pejabat-lembik badan-lemah semangat-keluar pejabat' adalah gambaran biasa kebanyakan penjawat-penjawat awam sewaktu masa bekerja daripada jam 8pagi-5petang. Kronologi gerak kerja seharian mereka sangat mudah:

1. 8.00 pagi - masuk pejabat untuk kunci kedatangan. Tidak kiralah apapun sistem yang digunakan kecuali sistem cap jari, insiden menipu waktu kedatangan pasti ada. Sampai pejabat, buka komputer, check email, 'update' status fb (jalan jem ke tidak, maki orang sikit, meluahkan rasa sayang pada pasangan kerana malam tadi dapat hadiah, cerita menu apa nak masak malam nanti, keputusan bola sepak di eropah, tak puas hati dengan bos, cerita pasal anak, dll), ber'twitter'...and it goes on for at least half or an hour? Lepas tu barulah nak semak fail-fail kat atas meja...ini pun kalau dah sarapan

2. 9.00 pagi - bagi yang belum sarapan, bila semua 'geng' dah sampai, rombongan mak kiah lah beramai-ramai ke kantin/restoran berdekatan. Perut mesti kena isi, barulah bertenaga dan tak lembik hendak mengadap kerja-kerja sebulan lepas yang tak siap-siap tu. Nak dengar 'boss' membebel lagi, nak hadap fail-fail baru lagi. There goes another half to one hour of working time.

3. 11.00 pagi - apa lagi...'kita minum duluu!' tak pun 'keluar hisap rokok jap'...yang perempuan apalagi, tak boleh hisap rokok, gossssiiiiiip la...yang dah pekena nasi lemak tadi, rehat kejap sambil melayari youtube ke, laman gosip artis ke...menenangkan fikiran katanya...

4. 1.00 tghr - apalagi...makan tengahari la...cari ikan bakar ke, kari kepala ikan ke, masak lomak cili api ke...kalau hari jumaat, yang perempuan apa lagi, shopping la...waktu rehat kan lama 12.30-2.30...bagi peluang untuk solat jumaat katanya, tapi kalau pergi alamanda putrajaya tu, bersepah jugak lelaki-lelaki tak pergi masjid. Nak temankan pasangan shopping katanya, barulah kuat ikatan kasih sayang.

5. 4.00 ptg - Minum teh dengan karipap la...apa lagi? Lepas tu solat asar kejap bagi yang ingat tuhan...

6. 5.00 ptg - Tepat mesti kena punch-out. Demi masa, waktu mesti ditepati katanya...

Senario di atas bukan direka. Tetapi hakikat yang berlaku. Memang tidak semua kakitangan kerajaan melakukan perkara yang tidak amanah dan tiada integriti seperti di atas. Ramai yang masih sedar bahawa tidak halal gaji yang mereka dapat setiap hujung bulan jika waktu kerja mereka diisi dengan perkara-perkara peribadi yang menyebabkan kerja dan tanggungjawab tidak ditunaikan dengan baik. Namun masih ramai yang tidak sedar, bahawa setiap sen yang mereka perolehi itu akan dihitung, ditimbang di atas neraca keadilan.

Aspek mutu kerja kakitangan awam adalah yang paling lemah yang perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan negara. Lemahnya mereka bermaksud lemahlah kerajaan. Integriti dan 'efficiency' penjawat awam MESTI diperbaharui dan dipertingkatkan. Jika tidak mereka inilah yang akan menjadi duri dalam daging, menghancurkan kredibiliti kepimpinan kerajaan BN. Ini belum lagi termasuk dengan karenah BIROKRASI jabatan kerajaan yang sangat menyusahkan rakyat. Rakyat akan terus menilai dan hari ini rakyat lebih bijak daripada kakitangan kerajaan.

Nota: CUEPACS yang kononnya taring tajam cuma tahu ketuk pintu PM minta bonus. Layakkah mereka diberi bonus jika mutu kerja sangat rendah mengalahkan buruh kasar yang diimport dari Bangladesh/Indonesia? Dengan 'attitude' yang sebegini, saya yakin pembayar cukai tidak akan halalkan bonus yang penjawat awam dapat hasil dari usaha titik peluh mereka. Dan sewajarnya mereka tidak layak untuk mendapat bonus selagi TRANSFORMASI tidak berlaku.

26 comments:

  1. Salam ziarah..

    Wak setuju 100% dgn artikel ni. Nak2 lg bagi mereka yang bekerja dijabatan kerajaan dan kementerian. Terlalu banyak waktu relax dari waktu bekerja..Cukup tahun minta bonus 2 bulan gaji...mutu kerja mcm hampeh..

    CUEPACS sekarang sudah berfungsi sebagai kesatuan BONUS pekerja..Rosak mcm klu mcm ni.

    ReplyDelete
  2. Betul tu...saya sokong 100% kenyataan d atas...penjawat awam yg selalu kita jumpa memang begini...hujung tahun tau2 mintak bonus...kalau x bagi kata x nak sokong kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang beri makan dia n keluarga untuk hidup...kalau x naik pangkat kata kerajaan x adil lah...

    ReplyDelete
  3. mmg btul. klau pergi pjabat kerjaan bnyk btul yg suka dok bergossip dri buat kerja. yang rajin kerja separuh mati. dia la yg slalu kna buli yg pemalas buat bodoh je. tak ktuk tak gerak. membangkang lak tu kerjanya.
    padahal tiap2 bulan kerajaan bagi gaji kat dia

    ReplyDelete
  4. JANGAN LAh gitu,,, cian kami yang kerja elok elok ni,,,, awak takpe la,,, dapat bonus minima 2 bulan setiap tahun,,, gaji beso

    wasalam
    kalau anda semua ada union, kami ada jugak la kiupek,,,, kiupek jalankan kerja dia, union anda pun jalankan kerja depa,,,, contoh macam di bank,, apakah benar very efisen? tak lembab? tangkas? kecuali public bnk je yang very efisen tau,,,

    ReplyDelete
  5. Lama dah perkara begini berlaku. Silap siapa? Yang ataslah. Termasuk kepimpinan politik sendiri.

    Di peringkat sekolah pula gejala guru masuk kelas lambat dan keluar awal juga berlaku. Datang lambat balik awalpun ada. Ini penyakit munusia. Tiada amanah. Tak kisah rezeki yang diterima halal atau haram. Yang kisah tak berapa kerat.

    Dari segi disiplin memang tak berdisiplin. Dari segi agama Islam pula memang aqidah goyang. Manakan tidak? Tidak amanah, cuai tanggungjawab ada hubungan dengan aqidah.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni ramai Cikgu2 wanita "senior" mengeluh pasal bab cuti bersalin 3 bulan. "Senior" maksud saya tersirat...pikir sendiri la.
    Cikgu2 muda dapat enjoy cuti 3 bulan, sedangkan yang dah senior ni terpaksa berhempas-pulas nak gantikan kelas yang cikgu2 muda tinggalkan selama 3 bulan. Sedangkan kelas dia sendiri pun tak terkejar.

    Saya sokong saudara IbnAbdHalim pasal cikgu masuk lambat. Pengalaman rakan sekerja saya, katanya cikgunya dulu pulak kaki sms. Bayangkan tengah2 ngajar ni, Hphone bunyi, boleh gi layang sms dr boypren dia pulak. Ape kejadahnya?

    Setakat ni, alhamdulillah, doktor2 dan nurse2 yg berkhidmat di HSA, JB tempat mak saya selalu buat checkup, nampak ada perubahan. Layan baik dan berbudi bahasa. Harapnya, diteruskan nilai murni ini.

    ReplyDelete
  7. Salam sedaro semua.
    nak perbetulkan keadaan ni, Bukan semua cam yg tuan/puan cerita ni. ada gak yg jujur, amanah ber/tanggong jawab melaksanakan kerja spt saya ni.. hehehe... bagaimanapun tak dinafikan ada gak yg kaki auta yg mencemarkan k/tangan awam yg ikhlas, yg ni patut di kutuk.. dalam setandan pisang bukan semuanya buruk.. kan..kan..

    Sam 2010

    ReplyDelete
  8. salam
    saya ni org luar
    keje sendiri tapi selalu berada di DALAM kawasan keja org gomen
    tak semua macham tu
    banyak dah berubah

    tak baik tuduh semua nya sama
    pada hakikatnya dalam perhatian sya banyak yang beri komitment 200% pada keja mereka.
    kekadang kesian gak tengok beban kerja memang tak sepadan dengan kemampuan mereka

    kalau kita pergi mana kaunter perkhidmatan awam pun bukankah mereka ini sudah bertambah baik
    tak caya g buat ic di putrajaya ..48 jam siap
    pasport 4 jam siap walaupun targetnya 1 jam tapi itukan lebih baik dari 10 tahun dulu ..kena tunggu satu bulan,,

    ReplyDelete
  9. nak main surok-surok sobab tulah pejabat2 di putrajaya semuo berdinding ajo, tak tau apo dibuek dalam tu. dulunyo nampak sepo kek mejo, ni mejo pun tak nampak apo laei orangeh.

    alah nak canggih konon topi susah bonar nak cari pegawai. dahlah bilek dalam bilek kono pakai kad pulak. banyak ko rahsio atau duit nak surokan. tak sodar ko yang duit cukai guno bayar gaji tu duit rakyat!

    cubo poi komontorian pertanian, buku dalam perpustakaan nak baco pun tak do. sebolom nak pindah dari bangunan lamo (Jln Swettenham)buku2 lamo hancur dek hujan/banjir maupun bubuk. inilah kojo orang kerajaan. golap maso dopan.

    ReplyDelete
  10. Salam

    betul tu,sstgh penjawat awam d dlm sstu kementerian/jabatan perlu penambahbaikan.so jika melibatkan pemberian bonus sekalipun,perlu mengambil kira prestasi jabatan atau sstu kementerian.x ada berlaku masalah pemberian bonus sewenang-wenangnya.jd pemberian bonus bukan kepada semua org,especially karekter org2 yg disebutkan di atas.bonus di dasarkan atas siapa rajin berusaha,dia dpt.kajian beban tugas penjawat awam juga perlu dilakukan.yg mana terlalu kurang skop kerja,perlu menampung tugas staf yang mempunyai skop kerja yang lebih dan seterusnya..just 4 idea.proses pembuangan pekerja bermasalah utk disiplinkan penjawat awam pun boleh dilakukan jika perlu

    ReplyDelete
  11. cakap semua orang leh cakap.. buat pe pun org sentiasa cari salah kita.. lumrah alam..
    buruk penjawat awam semua nampak, baiknye sapa nampak??
    ado je yg keje teruk samapai ke malam, sampai bwk blk umah.. terpaksa demi tjawab.. tapi sapa nampak..
    klim berbulan tak bayar sapa nampak?? demi tjwb kojo laksana jua.. walaupun tak dapek klim..
    cakap jgn sedap mulut jer..

    ReplyDelete
  12. ano kat atas ni:

    1. sapa suruh keja sampai malam? kalau betol2 guna jam kerja 8-5 tu, takde perkunya nak kerja sampai malam.

    2. Claim tak masuk2 tu menunjukkan ketidak cekapan penjawat awam jugak dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan claim...so tak boleh salahkan orang luar.

    ReplyDelete
  13. sojuk,

    good point brother, yg anon atas lu xnak terima hakikat, kecik hati dan x mesra, gua penjawat awam gak (dari MNC, vendor gomen, glc ke pensyarah universiti awam)..and terus terang gua menyampah dengan kebanyakan orang2 gomen ni (dan GLC sekali seperi TM dan TNB), sama jek method kerja depa....

    tegur sikit nak marah...public marah bersebab, bukan suka2 nak marah brother!!!! yg sedih, bnyk yg buat perangai ni orang2 melayu, x kira la parti apa yg depa sokong..sedih2, x boleh kadang2 salahkan cina india depa komplen, sebab perangai bangsa sendiri memang bagi ruang utk kutuk!!!

    ReplyDelete
  14. kau cuba check balik siapa dia orang-orang pejabat yang macam tu, 80% aku yakin puak pembangkang, dia orang ni kerja memang ala kadar, kerja nak menjahanamkan kerajaan.. yang pkr memang dah sahlah, kerja memang haprak, tapi yang pas ni konon nak islam, tapi makan gaji buta, kalau bab duit ke bonus ke, dia orang ni lah ke depan

    ReplyDelete
  15. setelah 20 tahun bekerja dari pada jaga private sector, GLCs dan kerajaan, memang tepat la tulisan saudara.
    boleh katakan 65-70% penjawat awam cam tu.
    1. klinik kesihatan cthnya. dah la muka mcm pukimak, masuk situ mcm kita ni bala besar sedang dihadapi
    2. pergi imigresen (baik sikit la setelah kene tangkap KP dia kaki rasuah) ambik no. pukul 7:30pagi. kene layan 11:30pagi.
    3. pejabat pos, sorang je layan kita. tapi kat belakang ada 20 org duduk borak. kalau nak kene maki, pegi la tegur mereka.
    4. TNB. baca meter 3 bulan sekali. yg lain tu buat anggaran. bila tanya nape tak baca meter, dia ckp tak cukup kaki tangan dan kita yg kene faham masalah dia org. habis yg aku bayar ni, tak nak faham masalah ke.
    5. telekom. muka semua cam cibai. suruh potong line talipon sampai 7 bulan. kalau tak bayar nak bawak mahkamah. sial.
    6. jabatan air. kalau kerani awek, mmmm.. jgn tegur, bayar dan blah. kalau tak kene maki beb!
    7. MAS. kata layanan terbaik. memang la terbaik kat mat salleh je. kalau kat melayu miskin cam aku kelas ekonomi, hantar air dan makanan main campak je. lepas tu pandang aku mcm sampah. kalau mat salleh, berlari lari. cibai!
    8.Alam mesra. paling tak mesra! angkut sampah , pas tu, tong sampah pakai buang je. bila rosak kita plak kene pegi beli. kalau tegur dia org, satu geng lori sampah tak angkat sampah berminggu minggu.
    9. kat cyberjaya tu, hub halal registration tu, kalau cina & india nak register, perghhh.. layanan messra!!! aku masuk nak mintak sijil halal, pandang pun tidak. kene tunggu sampai pukul 3:30pm. alasan, dia org pegi sembahyang jumaat!!
    10. JPJ, ni lagi bahlol, queue sikit punya ramai (kat wangsa maju) kerani dia boleh main sms lagi. semua org pandang, dia buat selambe je.

    ReplyDelete
  16. Aku dalam perkhidmatan pendidikan @ cikgu, mmg diakui terdapat guru yg dtg lambat, wat bisnes time kejer, yg terlibat ngan dadah plak just ditukar2 skolah jerk.. yang dtg skolah skali-skal pun ada tapi KENAPA X DIBUANG SAMPAH2 NI...?

    ReplyDelete
  17. aku yg keje gomen pon malas nk deal dgn gomen sbb tau derang camner..yg terbaik mungkin JPA la..tp dia layan permohonan naik pngkat aku cam..(mls nk sbut..)..hai kena ada kaki je kalu keje gomen ni bru org pndng..aku ni di pandang sepi ajer..

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Saya setuju dengan artikel ini. Mereka semua yang berjawatan TETAP akan selalu melengah2kan kerja mereka. Buat benda yang tak sepatutnya.

    Yang menjadi terbeban adalah pekerja bertaraf SAMBILAN. buat kerja macam nak mati. Tapi gaji ciput je. Kalau kerja memain boleh kena pecat dengan serta merta.

    ReplyDelete
  19. Betul tu. Bila orang ramai benci kakitangan kerajaan, dengan tak secara langsung, mereka benci kerajaan....ini boleh menjejaskan undi pada pilihanraya.

    Kerajaan patut bertindak mengatasi hal ini.

    Nampak kecil tapi implikasinya sangat besar.

    ReplyDelete
  20. yang diorang tau cukup tahun mintak bonus..

    ReplyDelete
  21. kpd: Anonymous November 7, 2010 11:40 AM

    abis tu yang kau tu siapa? puak kerajaan? amboi, sedap2 mengutuk dgn mulut lahanat kerajaan ko tu, ko tak prsn ke masa ko mengutuk tu pukul berapa? ko tak kerja ke, atau ko dah berpangkat penjawat awam taraf dato' yg ko boleh melenggang memfitnah orang masa waktu pejabat?

    dasar pecacai! sampai kiamat takkan berubah, mcm sial!

    ReplyDelete
  22. saya kakitangan kerajaan.dulu saya pernah bekerja swasta.susah...beban kerja..jgn cakaplah.Berat.Nak curi tulang???huh!!!jgn haraplah.Pasal tu saya bersyukur sgt kerja dgn kerajaan.byk kemudahan.tp ramai yg x hargai.saya setuju dgn artikel ni.memang ada kakitangan yg komited dgn kerja mereka .itu tidak dpt dinafikan.tp lebih ramai yg curi tulang.kita beri khidmat pd orang awam tp kdg2 tu kita lihat kaunter awam byk x berpenghuni sedangkan org awam yg prlukan khidmat kita ramai yang masih menunggu.prihatinlah sikit.mcmana kalau ahli keluarga kita dilayan sebegitu?tentu kita marahkan?kdg2 ada kakitangan yg kerja nya berkaitan dgn kerja kita selalu curi tulang,ambik off dan mcm2 lg sampaikan mengganggu tugasan kita.kdg2 org atasan nampak perkara ini tp tiada tindakan diambil.bukankah ini mengganggu kerja kita yg betul2 komited???sesungguhnya kerja kita ni satu amanah dan merupakan ibadah.renung2kanlah.jgnlah kita cepat melenting bila org tegur kita kerana org menegur selalunya mereka ambil berat pd kita.wassalam.

    ReplyDelete
  23. kpd ANO November 8, 2010 8:43 PM

    kot ya pun nak marah, cek la tarikh tu!!! dasar pencacai jubburi, kalau dah ditulis pun 7hb, hari sabtu, mana ada org gomen keja ngok!

    ReplyDelete
  24. ala diorang sume sebenar nyer jeles..tak bebas kalau kejer swasta..yer laa kang nak kuar minum kang bos eh dah congeh kat depad pintu..oang keje gomen ni memang camtu..dah diturun temurun kan sejak azali..tapi keje tetap keje..minum tetap minum pagi tapi, KOJO BEREEESSSS..kalau kate keje tak beres dah lame benda2 yg u all mohon tak dapat2..dah lame tenda2 kontraktor ni tak jalan dan dah lame kontraktor2 yang link ngan gomen lingkup gulung tikar sobab payment banyak sangkut..same jer sebenar nye oang keje gomen ker swasta..kalau dah di namakan 'MELAYU' lah org nye..memang suke gosip2 ni..tu lah kite sebagai rakyat MALAYSIA kene ade "1st class thinking" dalam setiap diri masing2..so..u think about it...

    ReplyDelete
  25. agaknya kakitangan swasta yang paling perfect kot? iye ke?

    ReplyDelete