Saturday, December 4, 2010

Negeri Pimpinan PR Bakal Terima Subsidi

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah mengurangkan nilai subsidi untuk beberapa bahan tenaga dan bekalan penting seperti petrol dan gula. Penarikan subsidi ini bermakna rakyat perlu menanggung sendiri keperluan hidup mereka pada harga yang lebih tinggi. Keadaan ini mengundang rasa tidak senang terutama bagi rakyat yang tidak mampu menilai rasional pengurangan subsidi tersebut. Ditambah pula dengan hasutan dari pihak pembangkang yang bermain politik dangkal.

Sungguh ironi apabila pembangkang dari satu sudut begitu rancak menyalahkan kerajaan kerana tidak menyediakan rakyat untuk lebih progresif dan berdaya saing, dan kononnya kerajaan tidak percaya kepada kemampuan sebenar rakyat. Tetapi pada masa yang sama menghasut rakyat untuk terus bergantung kepada subsidi kerajaan, mengharapkan tongkat untuk terus hidup, dan apabila subsidi ditarik, kerajaan telah berlaku zalim dan jahat. Itulah hebatnya 'auta' mereka.

Pembangkang kini sebenarnya makin tersepit kerana tindakan kerajaan mengurangkan subsidi, bermakna meningkatkan beban mereka. Beban yang terpaksa mereka galas untuk membuktikan mereka mampu memberikan yang lebih baik kepada rakyat berbanding kerajaan BN. Oleh kerana pembangkang telah melabelkan kerajaan BN sebagai penyamun, untuk menjadi wira, mereka seharusnyalah menyelamatkan rakyat dengan mengambalikan semula hak yang kononnya telah dirampas.

Apakah hak itu? Dalam kes ini, ianya nilai subsidi yang telah ditarik balik oleh kerajaan BN. Dalam erti kata lain, untuk membuktikan PR adalah wira penyelamat rakyat, melalui kerajaan-kerajaan negeri taklukan mereka, mesti membayar nilai subsidi yang telah dikurangkan oleh kerajaan kepada para peruncit yang menjual gula dan stesen-stesen minyak. Dengan itu, rakyat di negeri-negeri tersebut, tidak perlulah menanggung keperluan hidup pada kadar yang lebih tinggi. Namun sayangnya, mereka hanya memperbodoh rakyat dan hanya tahu menyalak, tanpa memberikan satu penyelesaian alternatif pun. Malah yang mereka buktikan tiada lain sebenarnya untuk hidup, mereka juga sangat bergantung kepada kerajaan BN.

Berbalik kepada isu pengurangan subsidi minyak dan gula, kita harus melihatnya dari perspektif yang lebih besar. Kesannya terhadap mutu kehidupan rakyat yang lebih mapan. Nilai tanggungan rakyat terhadap keperluan hidup mereka secara tidak langsung memaksa mereka untuk menjadi pengguna yang lebih berhemat dan rakyat yang bijak.

Dalam hal gula misalnya, nilai RM 2.10/kg akan memaksa rakyat Malaysia mengurangkan jumlah penggunaan harian/bulanan mereka. Ini pastinya baik dalam membantu usaha murni kerajaan mengurangkan masalah penyakit kencing manis dan obesiti yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Selama ini, kerajaan telah menanggung beban kewangan yang agak besar dalam menangani isu ini melalui perkhidmatan kesihatan, kempen hidup sihat, dsb yang dipandang enteng oleh majoriti rakyat. Rakyat yang bijak sewajarnya mampu melihat kesan domino terhadap pengurangan nilai subsidi gula ini.

Berkaitan subsidi bahan bakar pula, sewajarnya kita melihat kesannya bukan sahaja kepada rakyat, malah perlu melihat kepada efek yang lebih besar iaitu kepada Petronas yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada pembangunan negara dan kesenangan rakyat hari ini. Pengurangan ini bererti Petronas akan dapat menjana pendapatan yang lebih, yang mana akhirnya pendapatan ini disalurkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, penyelidikan dan pembangunan yang lebih mapan.

Sememangnya, dari sudut jangka panjang, pengurangan subsidi ini akan melahirkan rakyat yang lebih berdikari dan berdaya saing. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru seharusnya memberi peluang untuk rakyat menjadi lebih kompetetif di peringkat nasional malah antarabangsa. Pun begitu, apabila rakyat sudah menerima hakikat ini, pihak kerajaan juga harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan sistem penyampaian dan pelaksanaan dasar/polisi ditransformasikan secara menyeluruh. 'Dont just talk but cant walk the talk!'

Kerajaan pimpinan DS Najib mesti lebih agresif dalam memastikan mutu perkhidmatan awam berada di tahap yang tertinggi, sama efisiennya dengan agensi swasta. Karenah birokrasi jabatan/agensi kerajaan dan penyalahgunaan kuasa eksekutif mesti diberi perhatian serius, dan tindakan sewajarnya diambil secara tegas. Perbelanjaan kewangan negara harus lebih berhemah dan bersifat mapan dan bukannya mementingkan permintaan individu yang tidak layak yang mempunyai agenda peribadi.

DS Najib mesti ingat, rakyat kini sudah celik minda, apatah lagi kerajaan sendiri akui ini bukan lagi zaman 'government knows everything', maka kuasa rakyat jangan dipandang sebelah mata. Pemimpin-pemimpin harus ingat, adanya anda semua kerana adanya rakyat, dan sesungguhnya suara rakyat suara keramat, sebagaimana keramatnya suara mereka menjatuhkan sebuah kolonial bangsat lebih 50 tahun yang lalu.

9 comments:

  1. Penyudahnya..... rakyat juga menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. Memang tak boleh diharapkan PM kita ini utk kesejahteraan rakyat terutama org Melayu. Apa tidaknya MEB ini zero agenda org Melayu cuma utk seluruh org Malaysia. Jadi jelas hak kita dinafikan. Biasiswa ke Univ sudah dikongsi dgn org lain.

    Nak buat lah lagi Tuan Husin? Harga brg2 akan naik terus. Kalau minyak mentah bulan Jan 2009 turun USD36 per barrel, minyak petrol kita tak turun pun. Semua penjilat PM spt budak Kelabit, Idris Jala, penyamun gelap Nor M Yakcub dan ahli akedemik A Husni M Nanadzlah tak akan sama dgn pemikiran Tun Det.

    Tun Det berani pinjam duit utk kesejahteraan rakyat terutama org Melayu. Mungkin ramai 'argue' utk kroni dia ttp tempias tu ada ke masyarakat marhaen juga kan?

    Kalau PM kita memang 'play safe guy' secara politik dan pribadi dia tak akan 'gamble' takut2 'back-fired' Jadi buat apa nak pinjam takut KPI jatuh. Yg sengsara org Melayu nantinya. Kita akan jadi sama dgn Indonesia - org Cina yg 1.5% boleh kuasai ekonomi Indonesia dan sekarang cuba mengatur politik pula. Akan ada org bersuara org Indonesia pemalas sebab itu tak berjaya? Ini pemikiran 'neocolonialism' yg sengaja menjatuhkan kewibawaan golongan marhaen. Sama seperti PM kita hari ini menaikan Dato' Wee Yiaw Hin sebagai President of Exploration & Production Petronas. Beliau kelulusan Civil Eng. (bukan Petroleum) dilantik menjadi tonggak explorasi & pengeluaran minyak negara! Dia budak Shell marketing saja sezaman Tunku Mahalel malah Tunku Mahalel lebih bijak rasa saya! Saya syorkan ganti semua top executive Petronas dgn orang puteh lagi bagus kot? Macamlah org Melayu tak ada pengalaman dan kepandaian?

    Sebagai org Islam & Melayu kita harus berpegang kepada Al-Quran Surah Al-Baqorah ayat 120; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)."

    PM kita rasanya dgn memberi semua hak kita kpd org bukan Melayu, BN akan dapat undi dari org Cina and India. Begitu sempit otak PM kita lebih kurang sama dgn Pak Lah al Bodowi. Percayalah yg memenangkan BN dan UMNO dan PKR dan PAS adalah org Melayu sendiri. Tolong lihat matematik pilihanraya sebenarnya.
    Org Cina (majoriti) dari zaman Tunku Abd Rahman lagi tidak bersama kita!

    PM kita tengah syok sendiri setelah menang di Galas dan Batu Sapi lupa rakyat terutama org Melayu ingin bersatu menguatkan kedudukan politik tanahair. Jelas PM kita ini dayus jatidiri.

    Jadi MEB ini seharusnya ditolak oleh org Melayu........

    Bukan Rakyat didahulukan ttp Org Melayu dikorbankan oleh PM Najib Al Dayus ini..........untuk Pencapaian Pribadi diutamakan.........

    ReplyDelete
  3. Salam. KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

    Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

    Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

    Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

    Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

    Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

    Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

    RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

    Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.
    Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

    ReplyDelete
  4. tu yg orang2 susah masih lagi sokong UMNO hahaha
    Ketuanan Melayu mcm ni lah kita nak, biar rakyat susah asalkan Ketuanan Melayu terus kekal

    ReplyDelete
  5. salam mohon pautkan http://yuseriyusoff.blogspot.com/ saya telah memasukkan blog saudara di blog list saya.

    Terima kasih bro.

    ReplyDelete
  6. lu ingat ini negori PR jonis subsidi ko. Jangan ckp tentang subsidi tapi lu kasi itu kelantan wang royalti minyak Petronas dulu.

    ReplyDelete
  7. alasan ko dangkal. naik harga sebab nk turunkn kadar diabetes? fuck off!!

    ReplyDelete
  8. 1 kes siasatan 2 tahun. Kalau 24kes selebihnya akan ambil masa 2 x 24 = 48 tahun. Inilah legasi org kuat Mahaprak, bersih cekap amanah. Den teringat bekas perwaja dulu yg skrg di dlm kubur pernah menyatakan, jika dia tersabit dia akan dedah semuanya. End up dia didapati bersih spt sabun Fab. walaupun ternyata secara bertulis berjuta dipindahkan keakaun sbrg laut. Inilah yg dikatakan ketuanan Melayu, melayu sekular ketua keatas melayu kampung walhal macaoi tokeh Cha. Walaupun dah 53 thn merdeka, melayu ditakuk lama, rumah condong sujud kebumi, ketua negeri bergaji kurang lebih 17 K dpt beli Mansion 4 Juto. Sedangkan mentornya pun beli rumah hargo 1 Juto. Den kesian jugak kek PM kito yg hanya bergaji 20K. sampai di tuduh terpalit submarine. Eih, eih, eih den pun kesian kek idola Toyol Tomterkucil dan Gedoyak cuma nasihat den jgnlah tertipu walaupun ekau jonis subsidi atau emosi. Bersatu kito bersatu.

    ReplyDelete