Wednesday, December 29, 2010

"Garuda pasti menang..."

Itulah kata-kata seorang sahabat warga Indonesia.

Sey tanya kenapa dia kata begitu...jawabnya, "Secara teknikalnya Indonesia memiliki lebih 195 juta umat Islam berbanding di Malaysia yang hanya ada 17 juta umat Islam. Maka kamu fikirlah sendiri berapa ramai rakyat Islam Indonesia yang berdoa agar Timnas kami menang. Sudah tentu doa kami lebih ramai dan dimakbulkan Tuhan berbanding kamu sedikit saja yang berdoa."

Dalam hati sey...lor, itupun boleh jadi 'modal' ka. Lantas sey kata pada dia, "Tapi Malaysia ada Tok Guru Nik Aziz dan manusia anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Sudah tentu pasukan Malaysia boleh menang dengan 'berkat' doa mereka berdua. Pasti doa mereka boleh lawan doa 195 juta rakyat Islam kamu."

"Ha..ha..ha...", ketawa pulak minah Indon ni. Kata dia lagi, "Walau Pak Nuar yang berdoa, tidak akan juga makbul. Kalau makbul dah lama dia lepas kes liwat. Nik Ajis doa Pak Najib pecah perut...masih tiada berlaku apa-apa. Boleh pakai ka doa mereka? Ha ha ha..."

Sey jawab, "Ya tak ya juga. Sebab masa Anwar kena tuduh liwat 1998 dulu, berjuta rakyat Indonesia berdoa solat hajat agar bung Nuar terselamat dan dibebaskan...tapi akhirnya dia tetap disabit bersalah lalu dihukum. Nampaknya doa orang Indonesia pun tak makbul juga. Ha ha ha..."

"Grrr...", si minah Indon berlalu dengan muka masam.


Walaubagaimanapun, pertemuan antara Pasukan Malaysia vs Timnas Indonesia dalam Perlawanan Akhir Leg II Piala Suzuki AFF 2010 malam ini adalah pertembungan mempertahankan maruah antara dua negara berjiran. Hanya mereka yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. MALAYSIA BOLEH!

5 comments:

  1. hahaha. dalam bagi semangat pada pasukan negara sempat jugak kau balun nuar dan nik ajis kan paneh. hahaha. bagus. malaysia pasti menang dgn agregat 6-1. lebih skit dari indon masa pusingan pertama hari tu.

    ReplyDelete
  2. Congrats Malaysian Team. Proud to be Malaysian. Yahoo...

    ReplyDelete
  3. Salam Paneh,

    Mak Cik ucapkan Selamat menyambut 2011 pada semua warga Paneh..

    WE are the CHAMPION, we are the CHAMPION....

    Alhamdullillah, Syabas Malaysia, negara tercinta..

    ReplyDelete
  4. Sambil menyolam sambil minum air longkang, syabas Islah nukilan yg hebat hahaha, bagus.

    ReplyDelete
  5. BOLA MONANG 1 MALAYSIA BERCUTI RUGI HASIL KERAJAAN DAN SWASTA KIRO2 BANYAK JUTA GAK KOK SODOKAH KEK ASKAR LAIE ELOK MONANG BERPORANG DGN KOMINIS DAPEK JADI JAGA ALAHAI.....
    MEMANG CERDIK PM

    ReplyDelete