Friday, December 24, 2010

Kepincangan Talent Najib?

Talent Corporation Berhad dikatakan sebagai sebuah agensi di bawah Khazanah Nasional untuk melonggok tidak kurang 100 ribu graduan luar negara yang tidak sudi untuk pulang ke tanahair kerana fikir soal survival dan upah lumayan di Negara-negara maju.

Nampak misi ini bagus, tapi sedarkah Najib bahawa secara relatifnya Talent Corporation ini menafikan talent-talent yang siap siaga di Malaysia. Berapa banyak modal tahunan Talent yang sanggup bayar upah kepada 100 ribu mereka di luar negara? RM1 billion tak cukup Pak Najib.

Bentangkan ada tidak kurang 200 bidang yang masih diintai oleh Malaysia daripada 100 ribu manusia memiliki MyKad di luar negara. Antara yang kritikal ialah sektor Kesihatan Moden, sektor Teknologi Nano, Teknologi Angkasa, Teknologi Nuklear, Teknologi Atom, Teknologi Kejuruteraan Kejituan, Teknologi Animasi, Pakar Dalam Ilmu Saraf, Jantung, Kajian Makanan Nilai Komersil Tinggi dan sebagainya.

Wilayah Iskandar sedang dipenuhi oleh syarikat Singapura. ECER dan NCER sedang dipenuhi oleh rumput dan lalang retorik Sime Darby dan Petronas. Penciptaan kapasiti modal insan mesti dimulakan daripada semalam.

Pengumuman projek MRT yang dikepalai oleh syarikat prasarana negara, dipantau oleh SPAD, anchor kontraktor perunding ialah MMC-GAMUDA bernilai sekitar RM30 billion. Spin-off atau spill over economy dikarang sebanyak RM 11 billion setahun, apakah ini menjadi realiti?

Siapa yang bakal menikmati faedah? Anak Malaysia di KL sahaja. Kenapa tidak dilanjutkan trek MRT hingga ke Kajang terus ke UKM-Bangi. Mengapa dihenti hingga Balakong? Berapa ramai anak Melayu yang dapat untung daripada projek dan proses projek ini?

Apakah DBKL, MPKj, MPPuchong, dan sebagainya akan bertindak secara adil dan sama rata berasaskan P.153 dan P.5? Apakah kesan limpahan harga besi di pasaran? Harga bekalan bahan mentah di kawasan tersebut dapat dinikmati oleh anak Melayu? Berapa ramai usahawan dan kontraktor Melayu kelas F boleh dinaik taraf hingga Kelas C dalam projek MRT ini?

Siapa kalangan Kontraktor Kelas A boleh terlibat dalam tender terbuka projek MRT ini? Apakah jaminan kerajaan Najib tentang Talent Corporation dan projek MRT kepada anak Melayu? Atau anak Melayu hanya melihat anak Cina dan Keling terus kaya-raya.

Atau Najib dan Muhyiddin buat kerja untuk Melayu, tapi KSN dan KSU dan juak-juak PTD lain menjalankan tugas untuk bukan anak Melayu?

1 comment:

  1. Bro, aku memang tak setuju dgn TALENT DSN ni, apatah lagi kuasa yg diberi kepada PEMANDU. Anggota PEMANDU ni bukannya mendukung agenda nasional tetapi mereka terdiri dari golongan liberal melampau. Kononya utk tunjuk merka golongan elitis dan pakar dlm semua bidang. Semua urusan mesti lalu PEMANDU, kalu tak lepas memang tak ada projek la. Aku rasa sendiri dgn mereka, dalam hal getah dan sawit pun PEMANDU ni nak campur. Wahai DSN ini yg kau panggil TALENT ni tak ada otak DEB atau bangsa Melayu pun. Jahanam punah negara dan orang Melayu.

    ReplyDelete