Tuesday, December 28, 2010

Ramai pemimpin UMNO syok sendiri

1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau sinonim dengan nama UMNO telah 'terselamat' dalam kemelut politiknya disebabkan ramai wanita yang menjadi ahlinya.

2. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Wanita UMNO yang jarang diberi penghargaan dan pengiktirafan yang selayaknya.

3. Wanita UMNO adalah tulang belakang yang bekerja keras untuk parti itu selama ini. Tiada dalam minda Wanita UMNO untuk merebut jawatan sebagai Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, apatah lagi memburu jawatan tertinggi parti sebagai Timbalan Presiden mahupun Presiden UMNO. Yang mereka tahu, kerja...kerja...kerja...ikhlas untuk parti.

4. Tidak dapat digambarkan bagaimana hebatnya Wanita UMNO yang selama ini telah bertungkus lumus bekerja untuk parti mereka, selain melaksanakan tanggungjawab hakiki menjaga suami dan membesarkan anak. Malah pernah dikhabarkan, andai Rafidah Aziz itu lelaki, maka dialah yang selayaknya menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Maka bertepatanlah gelaran 'Iron Lady' diberikan kepada Rafidah, yang bukan hanya sekadar omongan kosong.

5. Di saat kaum lelaki dalam UMNO berlumba-lumba melobi merebut jawatan, atau sekurang-kurangnya ingin kekal sebagai calon di PRU-13, Wanita UMNO tanpa sebarang peruntukan, secara senyap telah mula bekerja semenjak 2 tahun lalu. Wanita UMNO telah memulakan kempen mendekati masyarakat, mendekati golongan muda, menganjurkan kursus dan seminar, mengumpul maklumat serta data pemilih, mengadakan siri penerangan, simulasi pilihanraya etc. Sekurang-kurangnya inilah yang dilakukan di Negeri Sembilan di bawah Dato' Norhayati Omar. Malah penubuhan Facebook Anak-Anak Negeri Sembilan yang menjangkau hampir 30 ribu orang peminat juga adalah hasil usaha ahli di kalangan Wanita UMNO.

6. Namun seperti biasa, peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO ini sering diperkecilkan, malah kadangkala tidak diberi perhatian langsung. Kaum lelaki dalam UMNO wajib sedar bahawa kuasa dan kedudukan yang kamu miliki hari ini tidak lain dan tidak bukan sedikit sebanyak adalah disebabkan 'kuasa' yang dimiliki Wanita UMNO sejak dulu. Kekalnya UMNO memerintah Kerajaan Persekutuan hari ini adalah kerana 'cairnya' pengundi dengan sifat keibuan dan keikhlasan Wanita UMNO dalam melaksanakan kerja-kerja parti.

7. Justeru kaum lelaki dalam UMNO perlu mencontohi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan Wanita UMNO dalam keikhlasan melaksanakan tugas.

8. Kelmarin Najib telah mengumumkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO di setiap negeri. Kami tidak pasti akan kisah negeri lain, tetapi di Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dilantik iaitu Shaziman Mansor tampak sangat tidak menyukai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri iaitu Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. Mampukah gandingan mereka ini menyatukan kembali UMNO Negeri Sembilan yang masih bergolak?

9. Malah Shaziman dilaporkan pernah mendesak agensi-agensi kerajaan seperti MKN, BTN, KEMAS, JASA etc. untuk menyatakan pendirian berhubung sokongan terhadap Menteri Besar. Proksi Shaziman adalah Ketua-Ketua Bahagian yang membenci Mohamad Hasan. Rasanya Najib tahu siapakah proksi tersebut.

10. Shaziman Mansor 'yang sombong' telah digosip bakal pengganti Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar, tapi suka kami ingatkan kepada Najib, jika itulah pilihan anda, maka amat malanglah UMNO Negeri Sembilan.

11. Masalah utama pemimpin UMNO hari ini ialah mereka masih merasakan diri masing-masing kuat dan berpengaruh. Mereka mengandaikan mereka pasti akan menang di PRU-13, kerana itulah mereka kelihatan tidak bersungguh mengatasi kekurangan atau cuba merapatkan jurang yang semakin jauh dengan rakyat. Dalam bahasa mudahnya, pemimpin UMNO hari ini ramai yang syok sendiri. Apa yang kebanyakan pemimpin UMNO tidak sedar ialah rakyat sudah semakin jelak dengan kepimpinan 'tua' yang sudah terlalu lama duduk di tampuk kuasa.

12. Nama-nama seperti Shaziman Mansor, Ishak Ismail, Rais Yatim, Hasim Rusdi, Khairy Jamaluddin, Ismail Lasim, Lilah Yasin, Hassan Malek, Isa Samad (sekadar menyebut beberapa nama) adalah pemimpin yang hanya popular dikalangan ahli UMNO, tetapi tidak digemari dikalangan pengundi di Negeri Sembilan. Adakah mereka ini akan dijadikan calon recycle di PRU-13 nanti? Maka tunggu sajalah musibah yang bakal ditanggung UMNO Negeri Sembilan.

13. Kami difahamkan Najib telah memberi kata dua kepada setiap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, "Sama ada kamu lakukan perkara-perkara ini, atau kamu akan digantikan."

14. Tapi percayalah Najib, mungkin hanya kamu saja yang sedar bahawa Barisan Nasional masih dalam bahaya untuk mengekalkan kerusi dan sekaligus kembali menerajui Kerajaan Persekutuan selepas PRU-13. Pemimpin-pemimpin di bawah kamu masih lagi dibuai mimpi indah dan mabuk akan kuasa yang disandang hari ini.

15. Jika BN mahu menang PRU-13, pemimpin-pemimpin has been ini perlu disingkirkan. PERUBAHAN BESAR wajib dilakukan. Pelapis baru perlu dicari, dan calon yang benar-benar bebas serta tampak 'bersih' perlu diberi peluang untuk membuktikan kebolehan walaupun mereka tiada sebarang jawatan dalam parti. Jika UMNO dan semua Parti Komponen lakukan ini, maka pasti rakyat akan kembali memberi mandat yang besar kepada BN, dan Pakatan Pembangkang bakal berkubur buat selamanya.

16. Persoalannya, beranikah Najib merombak besar-besaran calon BN di PRU-13 nanti?

19 comments:

  1. Syabas Paneh, berani menegur kepincangan dalam UMNO dan bukan blogger-blogger lain yang Pro-Umno yang kaki mengampu dan menjilat..
    Kenyataan yang bernas.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya N9 bakal kasi kat DAP lah kito

    ReplyDelete
  3. teguran yang membina..moga2 pihak yang berkaitan dalam hal ni ambik berat masalh ni...

    ReplyDelete
  4. Well, sebagai orang yang luar dari UMNO saya sokong 100%. Apa kata kita belajar dari Team Harimau Malaysia:-

    Revamp Everything. Sehingga Kita Rakyat Malaysia sendiri masih melopong akan Kejayaan yang dicapai oleh Skuad Harimau Malaysia.

    Kalau team Lama tu, hmm maklumlah Harihari MAU. tu yang problem ni.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, aku harap Najib akan membaca nukilan dari tuan ini. Satu pendapat yg bernas dan teguh dlm menceritakan akan kepincangan parti memrintah. Memang tidak di nafikan dan aku pun nampak kat tempat aku di mana wanita UMNo telah jauh mencari pengundi untuk PRU13.

    Malang nya yg lain lain masih di takok lama. Tunggu dan lihat aje. Akhir sekali lembu punya susu sapi dapat nama. Ini lah yg berlaku hari ini pada wanita UMNO. Aku nak tanya apa yg di buta oleh PEMUDA UMNO khusus nya KP mereka. Masih nak enjoy ke lagi. Masih nak masuk memperagakan pakaian ke. Buat Najib pada PRU13 nanti aku harap ramaikan lagi calun dari kalangan wanita yg di sukai oleh pengundi. Dan andaikata menang 2/3 agihkan jawatan menteri kepada wanita dan Timb nya berikan aje kat lelaki.

    Sememang nya untuk PRU13 ini Najib WAJIB memcalunkan mereka mereka dari golongan muda muda yg boleh berkerja. Tak payah lagi nak ambil calun tua yg dah nak scrap tu. Buat Najib bacalah artikel yg di tulis oleh PANEH MIANG ini agar Tok Najib dapat sumber sumber tambahan akan ahli ahli UMNO yg ada sekarang.

    ReplyDelete
  6. Salam Sdr Paneh,

    Memang benar UMNO perlu satu perubahan yg menyeluruh dan drastik jika mahu terus berkuasa selepas PRU 13 nanti.Itulah yg diharap dan dinanti-nanti oleh orang ramai,khususnya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi.

    Perubahan tidak akan terjadi tanpa usaha yg sepadu,dan arahan serta tindakan tegas dari pucuk pimpinan parti.Arahan tegas dan tindakan yg berani dari pucuk pimpinan parti tidak ada masih dinanti-nantikan sekarang.Melihat kepada apa yg telah berlaku sehingga sekarang barangkali kita akan terus merasa kecewa jika kita berharapkan perubahan dalam UMNO berlaku dalam masa terdekat ini.Untuk mengharapkan perubahan dalam UMNO dibawah pimpinan PM Najib ini termasuk didalam salah satu perkara yg sia-sia dan mengecewakan.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  7. memang betul dan tepat sekali kata kata paneh miang tu DS Najib nampak nya terlalu tak endahkan segala nya dia cuma sibuk dengan mencipta slogan slogan yang dia fikir rakyat marhaein nak puji dia dia tak tahu sebalik nya hal yang demikian kita biarkan dia dibuai mimpi slogan nya itu nanti dia tahu lah apa akibat nya kalau tek dengar pendapat orang orang yang nampak apa yang burok akan berlau sampai masa pru 13 nanti dia memang over confident dia menang di parlimen pekan tu di parlimen lain tak tentu lagi dan dia MENANG PUN HANYA DIA SAJA SEORANG MENANG jangan harap lah nak jadi pm jadi pembangkang dalam pwrlimen pun teruk lah dia kena /gulai kalu dia masih tak peduli orang bawahan dia dan lebeh lebeh lagi rakyat jelata kini rakyat dah muak dah dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan rakyat yang macam mane dia dahulukan ?????

    ReplyDelete
  8. biarkan peminpin umno syok sendiri syok lah bergembira lah ketawa lah semahu mahu nya hari ini hari dia tunggu lah nanti biarkan mereka ketawa dahulu rakyat marhaein yang dianiaya mereka ni akan ketawa kemudian kalu itu yang mereka ingin kan teruskan lah kita sayang umno tapi mereka tidak the last laugh is the best laugh ok

    ReplyDelete
  9. nak pilih siapa mana ada ahli umno yang berkaliber

    ReplyDelete
  10. sebenarnya ramai pelapis dlm umno yg berpotensi tapi dah disokat sojak dr pringkat cwgn lagi hggalah ke pringkat bahagian. ketua cwgn dan bahagian mabuk kuasa mako ramailah golongan pelapis ini diperap dan dipinggirkan. smuo kono akur dgn senioriti wlpn senior tu kontang idea dan perlu ditukar segera. apolah salah eh kok yg baru ni diraikan dan digandingkan dongan yg lamo. ni yg lamo bonar dok ateh ni tak sodar diri ko yg org dah nyampah. kurang2 eh paklah berani la lotak jawatan sobab tau org tak suko. ni byk lak ketuo cawangan dan bahagian yg tak sodar diri. ko baco botul2 apo yg si paneh ni cakap najib. amik ikhtibar. jgn asik dongar cakap org keliling kau yg hanya tau angguk beres bos, smua ok bos. sok kok telingkup.

    ReplyDelete
  11. DS Najib memang suka dengar orang keliling yang dah lama jadi kroni dia je tak payah lah kita nak beri pendapat lagi biar dia rasa nanti DS Najib cuma nak kan orang orang yang ngampu dan kroni dia yes man dia je yes sir alright sir you told my line you had it itu lah sebenar nya siapa lah kita rakyat marhein ni bukan dia peduli pun rakyat faham sendiri lah kalau dia perlukan rakyat sokong dia dah tentu dia ambil kira luahan rakyat marhaein ni

    ReplyDelete
  12. Tidak dinafikan antara kita semuanya anak2 keturunan UMNO.

    Hasil didikan mantap ibu bapa lalu lahirlah anak2 melayu yang sihat berfikir.

    Jadi kita tidak perlu takut untuk menegur andai kita sudah berjaya mencipta anak2 yang berani kerana benar.

    Peduli apa kita kalau UMNO kalah. Dah terseksa lama sangat dah melihat orang melayu ramai yang susah.

    Tak salah untuk kita beralih arah asalkan hidup diteruskan dengan berpandukan hadis dan Al Quran.

    Tepuk dada, tanya Iman.

    ReplyDelete
  13. cakap sonang jang! kalau dapek kat ekau jd macam mustapa salim lak. Jd ajo adun dah tunjuk kuoso sampai kono cokup sprm. tanyolah rakyat yg banyak dapek manfaat dari pemimpin yg bekojo. bukan yg ek sini ek sano naik keto bosar lagak ajo kojo tak jalan. memanglah ramai nak buek duit bilo jd org bosar tp biarlah bertgjwb dan halal dan rakyat suko. masalah kito kek ns dan tompek lain, yg kojo utk rakyat dipancung. jd yg tinggal memang hampeh. dato shaziman dan dato sahak memang celupar tp buek kojo dan jago rakyat. itu lagi baik dari cakap manis tp pikir porut sdiri ajo. yang lain seronok membodek dan ado lak jago pisang montel dio. ikut ekau lah jang...

    ReplyDelete
  14. sah ateh ni org sahak. sahak buek kojo? kah kah kah. ko jgn buek org golak jang. maju bonar lenggeng tu bawah sahak ko? ko nengok sahak kek somban bekain pelikat pakai baju pagoda. ko tak nengok gayo dio kek kl dan luar negori sembilan. mudah na kono tipu org sahak ni. yg dio tau org sano buruk, org ni tak botul. sumo kawasan org nak dikacau eh, sobab nak elak dari org koba pasal kawasan dio sendiri yg dari dulu tak maju2. sampai tahap dio tak bagi telco company pasang pemancar tepon rumah omak dio sobab nak lari kok org cari dan tak dapek call dio. tulah sahak yg ko sanjung. smuo org tau mustapha salim tu kono aniayo dgn sahak sobab sahak nak balik jadi adun lenggeng. org bukan bodoh jang oii. hanyo org umno yg sokong sahak yo yang buto. ramai laie org umno yg cordik pandai tau sapo yg aniayo mustapha tu. rakyat lagi cerodik dari sahak dan barua dio yg syok sendiri. dah2 la tu menongkat langit. ramai dah menyampah. mustapha monang ari tu adalah bukti yg rakyat lenggeng ramai dah tau auta sahak. shaziman member baik dio tu lak kaki tabur duit. tu pasal la org umno suko. rakyat tampin/gomeh lamo dah menyampah.

    ReplyDelete
  15. Salam Perjuangan...Harap dapat di link blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Kesimpulan yang boleh dibuat, jika UMNO menang sekalipun, ia tidak memberi apa-apa makna kerana nama-nama yang disenarai Blogger PanehMiang sudah pastinya akan tercalon jua pada Pru13 nnt. Tidak semua, separuhnya akan tersenarai. Begitulah hakikatnya.

    Dan lebih menyedihkan, demi selesa dan duduk lama ditampuk kuasa, pemimpin UMNO sanggup menjadikan nasib rakyat sebagai pertaruhan menang atau kalah dalam mana-mana PRu. Sementelaah penyokong dan 3 juta ahli UMNO pula, hanya mengikuti rentak"permainan" ini tanpa memikirkan langsung dimana rakyat ketika itu.Pemimpin yang bermain, penyokong yang menjadi "tukang alak" dan penontonnya. Nasib rakyat yang selama ini dipijak-pijak akan kekal "terpijak" untuk masa mendatang. Fantasikah ini? Tidak. Ia telah pun berlaku, dan akan terus berlaku selama mana UMNO BN memerintah Malaysia.

    Jika yang dimahukan pemimpin muda yang naik sekalipun,lambat laun mereka akan mengikut jejak perangai yang tua. Jika yang tua kekal, mereka akan menjadi seperti apa Blogger PanehMiang terangkan, iaitu "syok sendiri dan berada di zon selesa". Bukan sahaja nasib rakyat tidak kemana-mana, bahkan Malaysia akan kekal tanpa perubahan ketara. Dengan statistik kemiskinan yang tinggi,masalah jenayah yang membimbangkan, kadar pengangguran yang merunsingkan, Malaysia akan kekal ditakuk lama.

    Kenapa begitu? Kerana bukan soal siapa yang bakal naik. Tetapi soal "prinsip dan perjuangan UMNO". UMNO lebih mementingkan kebangsaan, lebih mementingkan Melayu, lebih mementing dunia melebihi agama. Biarpun UMNO berdalih mengatakan mereka juga perjuangkan agama, rakyat lebih reti menilai siapa UMNO, apa perjuangan UMNO, dan untuk apa UMNO perjuangkan. Jika UMNO tidak mahu meninggalkan perjuangan kebangsaan dan nasionalis yang dibawa dan kembali kepada perjuangan Islam, maka selama itu jugalah UMNO dan pemimpinnya akan terus lena dan syok sendiri. Selama itu jugalah rakyat Malaysia akan berterusan ditimpa nasib malang.

    Soalnya bukan sahaja masalah ekonomi yang dirundung malang, malah kita turut bersedih, kerana barah penyakit Umat Islam Malaysia hari ini, adalah hasil tuaian UMNO yang mengikis perlahan-lahan roh Islam daripada rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam, menyebabkan berapa ramai Melayu yang tersungkur dalam dunia bertuhankan hedonistik dan material.

    Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah rasulnya."

    Ketahuilah,segala kekusutan yang berlaku, segala masalah yang timbul, tidak kira menyentuh mengenai aspek kehidupan (politik, pentadbiran, kepimpinan), tidak akan selesai sekiranya tidak kembali kepada perjuangan berteraskan Islam.

    ReplyDelete
  17. paneh miang, walau mcm mano pon, den totap nak dato firdaus harun sbg calon dun paroi atau parlimen rembau, org kek paroi ni baru nak meraso dan balas budi dio langsung dah kono pancung kek mad hasan dgn khairy, dato firdaus disukai oleh rakyat setempat, kami mahukan beliau sbg calon, kalau x, kami undi yb taufek dari pas.

    p.s/ sumo pimpinan umno bhgian rembau elok lotak jawatan kalau dun paroi kalah kek pembangkang lagi..bangang

    ReplyDelete
  18. tuan pengerusi...mintak tolong terjemahkan makna sebenar erti makna sebenar politik utk rakyat mudah cerita fail meja..bkn cerita merapu sakan mcm tu

    ReplyDelete
  19. i like ur bog... walaupun npak pro bn/umno tp still bg komen kt bn.. bkn skadar mengampu... ni yg kite nak, jd lbih baik bkn lebih bruk.. dan x slah kite beralih sekadar utk sedarkan mereka2 yg da tlalu lama tlena.. sedih tgk keadaan yg da x lg tkawal..

    ReplyDelete