Friday, December 17, 2010

Nik Aziz Beri Indikasi Setuju

1. Berpuluh-puluh tahun Nik Aziz dan pengikut taksubnya berjuang dalam politik menggunakan retorik agama untuk memenangi hati rakyat. Kononnya perjuangan mereka demi menegakkan Islam yakni melalui pelaksanaan hukum Hudud.

2. Namun sejak Parti Ajaran Sesat ini berpoligami dengan Parti Kencing Rakyat dan Dumb A** Party, tunjang perjuangan mereka dilihat semakin kendur. Tiada lagi laungan tegas janji bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud. Sedangkan jika mereka benar ikhlas mahu menegakkan hukum Allah, inilah masa dan ketikanya yang paling sesuai untuk menunaikan janji.

3. Kenapa sekarang? Kerana ketua mereka Anwar Ibrahim sedang nazak berhadapan dengan fitnah besar, dituduh melakukan liwat. Tuduhan melakukan liwat tanpa menampilkan saksi sama seperti tuduhan melakukan zina yang mana dalam hukum jenayah Islam ia dikenali sebagai Qazaf. Dan Qazaf ini adalah salah satu daripada tujuh kesalahan Hudud.

4. Namun melihat kepada sikap berdiam diri politikus PAS dalam hal ini, timbul beberapa persoalan. Pertama: Jika benar mereka perjuangkan hukum Hudud, dan jika benar Anwar difitnah melakukan liwat, kenapa tidak pula mereka lantang perjuangkan pelaksanaan hukum Qazaf? Kedua: Andai PAS mengiktiraf Anwar sebagai Ketua Pembangkang, mengapa bersikap acuh tak acuh sahaja dalam mempertahankan ketua mereka?

5. Apakah ini indikasi pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka sebenarnya menggunakan agama sebagai wadah memperalatkan rakyat? Sekaligus menunjukkan bahawa mereka tidak serius pun dalam hal pelaksanaan hukum yang berlandaskan undang-undang Islam. Apakah ini juga indikasi bahawa Nik Aziz dan konco-konconya sedar bahawa dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar bukanlah fitnah? Adakah ini juga bukti bahawa PAS hanya memperalatkan Anwar dan PKR untuk menguatkan benteng pembangkang sekaligus membantu mencapai angan-angan Mat Jenin mereka untuk memerintah negara?

6. Apapun persoalannya, yang jelas, keadaan Anwar ini seumpama senjata makan tuan. Manakala PAS pula membuktikan betapa matlamat menghalalkan cara, sedangkan kaedah ini amat bercanggah dan terkutuk di dalam Islam. Mana mungkin mereka akan mampu mempertahan dan menegakkan Islam di bumi Melayu ini tatkala cara mereka tidak sedikit pun berbeza dengan puak Yahudi dan Nasrani.

7 comments:

  1. woit, lu baek sket.. nk lakukan hukum hudud sekarang boleh, but kerajaan barang naik takut nk laksanakan, hukum hudud adalah hukum dr Allah s.w.t. bkn hukum rekaan semata2, dan xboley dipinda... kerana Allah maha mengetahui bahawasanya nilai kehidupan manusia itu kerana Dia adalah pencipta... lu harus bersyukur dgn kehidupan sekarang, lau bley laksanakan akn dilaksanakan tp para gerombolan umngok pengecut....-kucarkacir

    ReplyDelete
  2. salam,

    wahai orang beriman kenapa kamu cakap tak serupa bikin. sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang cakap tak serupa bikin. as-saff: 2-3

    perangai cakap tak serupa bikin pas kelak akan makan diri.

    ReplyDelete
  3. apa yg x serupa bikin nya. nak cakap pasal qazaf boleh je. anwar awal2 nak bawak kes 2 g mahkamah syariah, kena tolak. apahal? apa best sgt umno sampai ko iya2 nak sokong nih. sebab hub hiburan malam? or judi bola?

    ReplyDelete
  4. Jangan la begocoh pasal hudud.

    Kerajaan Pas Kelantan sudah bentang dalam dewan undangan negeri kelantan, tuanku sultan kelantan pun sudah tandatangan restu.

    Tapi Pas tak laksanakan lagi sampai sekarang.

    Tiba-tiba Pas kata UMNO tolak hudud. Yang UMNO tolak tu adalah hudud ciptaan Pas.

    Macam mana tak tolak...ikut kanun perlembagaan pas boleh liwat isteri.

    Lihat petikan dari deraf enakmen hudu ciptaan Pas itu:

    Liwat

    14. Liwat adalah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

    Bila ditanya persoalan ini kepada ustaz nik aziz, dia menjawab "kena tanya orang yang membuat deraf itu kerana mereka lebih tahu".

    Jawapan ustaz nik aziz tu memberitahu kita dengan jelas:

    1. nik aziz tak tahu pasal hukum hudud yang dia jaja merata tempat untuk dapatkan undi
    2. ada pihak yang mengarang deraf enakmen itu dengan bayaran tertentu (penulis tahu siapa dan berapa bayarannya-tapi biar kerana bukan persoalannya)

    Kembalilah ke pangkal jalan wahai sdra yang telah disesatkan oleh ajaran tarbiyah Pas.

    Walluhu a'lam

    ReplyDelete
  5. tuan punya blog, bair lah berhemah sikit, bahasa tu bair baik2 jangan jadi pak kadok , biar pro sikit , sedap orang membaca, biar ada class sikit.....

    ReplyDelete
  6. Saudara,

    Memang benarlah PAS hanya diperalatkan oleh segelintir manusia yg cacat otak berpolitik hari ini seperti Nik Aziz dan Abd Hadi Awang.

    Mereka rela diperbudakkan oleh Anwar I sehingga sanggup meremehkan perjuangan Islam yg asli.

    Masih sanggup kita jadi lembu, wahai saudara ku dlm harakatul, Islam, PAS?

    Mohon ditukar mereka dgn Ulamak2 yg muktabar seperti Ustaz Abu Bakr Chik, Harun Din dan lain-lain.....

    ReplyDelete
  7. xde maknenye nk pas nie..risau aku dibuatnya

    ReplyDelete