Sunday, January 9, 2011

Amanat Panglima Ali


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memberi petunjuk kemenangan kepadamu dengan kemenangan yang kuat (Surah al-Fath, ayat 1-3)

"Katakanlah kepada raja anak raja, iaitu orang yang membuka pintu-pintu syurga dengan pedangnya yang telah melumpuhkan musuh.

Sentiasalah kau sebagai abdi kepada Allah, wahai pembela rakyat, wahai bertuahnya orang yang benar-benar menghendaki kebaikan kepada orang lain.

Kau bulan purnama, sumber segala petunjuk, telah datang kegembiraan bagi kami. Wahai orang-orang Islam kita telah meraih kegembiraan.

Inilah habuan besar sesiapa yang dapat meraihnya bermakna ia telah mendapatkan segala keuntungan, kepimpinan, dan segala pemberian.

Maka oleh kerana itu selesailah kemenangan yang bertarikh: "Kedah berjaya dengan kemenangan dan Islam" 1246H."

Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya (langit dan bumi) dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (Surah al-Baqarah, ayat 255)

2 comments:

  1. Salam,
    Mohon link ke blog tuan utk berkongsi perjuangan.
    TK

    ReplyDelete
  2. Semoga tanahair kita diwarisi oleh pemimpin yang mematuhi syariat Allah.

    ReplyDelete