Monday, January 24, 2011

Biar betul Ummi ni...

Pada satu malam, sepasang suami isteri sedang makan malam dengan romantiknya sempena menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Si suami, seorang ahli politik mula bercerita tentang nostalgia yang dilalui mereka suami isteri setelah sekian lama suka duka, susah senang hidup bersama. Si suami sangat menyanjung isterinya yang bernama Shida.

"Shida, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Shida. Tapi ada satu perkara yang asyik bermain di benak abang dan membuatkan abang sering tertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernahkah Shida curang selama ni?"

Shida kelihatan terkedu dan merenung muka suaminya. Lalu dengan penuh kekesalan, Shida menjawab, "Ya abang. Shida mengaku pernah curang dengan abang. Tapi hanya 3 kali saja!"

"3 kali?", tanya si suami agak terkejut. Tapi dia tak la marah. Lagipun dah tua dan si suami memang berniat memaafkan isterinya. "Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Shida?"

Dengan keluhan yang berat, Shida mula membuka lembaran cerita lama, "Abang ingat tak masa abang terlantar sakit dan kita tak mampu nak jelaskan bil hospital untuk rawatan abang?" Shida menyambung cerita.

"Ya, abang ingat", jawab si suami.

"Kalau macam tu mesti abang ingat masa Shida pergi jumpa 'seseorang' dan esoknya abang dapat teruskan rawatan tanpa dikenakan bayaran sesen pun."

"Oh Shida...walau perit hati ini mendengarnya, abang tetap maafkan Shida sebab apa yang Shida buat tu untuk masa depan kita dan kerana sayangkan abang juga. Kali ke 2 macam mana pula?", kata si suami.

"Abang ingatkan selang beberapa tahun lepas kahwin kita hidup susah."

"Ya...abang ingat zaman tu" jawab si suami.

Sambung Shida, "Abang mesti ingat pada satu petang tu Shida pergi jumpa 'seseorang' dan masalah kewangan kita selesai. Malah kehidupan kita bertambah senang selepas abang jadi setiausaha politik seorang Menteri."

"Huh.. sukar buat abang menerima kenyataan ni. Tapi abang maafkan Shida kerana apa yang Shida buat tu untuk masa depan kita juga", kata si suami. "Kali ke 3 pula?"

Shida menundukkan muka dan menjawab lemah, "Abang ingat tak masa abang bertanding jawatan Timbalan Prsiden dan abang perlukan 534 undi saja lagi..."

Si suami terus rebah dan pengsan.

Watak dan satira di atas tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan hidup. Cerita asal sini.

12 comments:

  1. Fuuyooo...stori mengancam..
    sambung lagi bro...sambung lagi.

    ReplyDelete
  2. idea ni recycle dari Husin Lempoyang kan ?

    Takde class langsung !

    ReplyDelete
  3. Ummi ni mmg betul tp yg tak betul tu umi "i m still a virgin padahal Baginda dah mengaku kat London toron si umi ni, ha ha ha ini baru real joke. Itu pun teringin nak debat! takpo nanti aku kasio kau mike kau buat la karaoke ka apa ka. PM kau pun takut nak debat!

    ReplyDelete
  4. Lawak la kau anon 201. Umi dah pun mubahalah nafi pasal baginda dan nala pun dah cakap baginda diupah. Kes mahkamah masa tu pun dah ketepikan fakta baginda yg bercanggah. Zul kulim peguam anwar masa tu pun dah mengiyakan pembohongan mat drebar sarawak tu. Baca kasi perabis dulu baru fikir nak makan daging saudara sendiri ke tak.

    ReplyDelete
  5. Kau percayai NalaPambu dari aku. Kenyataan Baginda dikala itu tak dinafikan oleh barisan pendakwa di sbbkan mereka nak ambil jalan neutral sbb UMI yg jadi saksi utama tidak ditekan barisan pendakwa. Itulah engkau masa itu baru sekolah rendah nak main serkap jarang wahai tamparan wanita. Zul kulim masa itu hanya jd peguam "hidung tak mancung pipi tersurung2". Hari dia dah jd kupang tembaga tak laku. Aku dengar dia sapu 15 k dari kawan dia sampai hari ini tak bayar lagi. Nalapambu masa itu menyokong penuh DSAI sampai aku tgk dia jd sayur kena mcm Munawir dan Sukma. Ekau tak tahu lagikah kes Munawr dan Sukma menjadi rekod dunia 2 jam bicara dah tamat. Bila Munawar dan sukma nak ulang bicara hari ini dah ditolak court. Aku ingat kau pun dh jd mcm Mahashit dah lupa.

    ReplyDelete
  6. Melayu real tak lupaJanuary 24, 2011 at 5:10 PM

    ini umi adalah spesis mcm khir toyo juga. Hidup dgn berbohong saja. terakhir dia kata dia serah pingat dato sri kpd sultan kununnya sbb integgritinya. begitu juga siumi ni tiap kali pilihan raya muncullah dia. dia ngaku masih dara tiba2 ada insan yg ngaku kat mahkamah umi dah kena tebuk. Brg ngaku dimahkamah benda serius sbb bila kenytataan disangkal boleh mengakibatkan terpenjara. Umi mubahalah bila pula. Ini manusia satu Msia tak terima kesaksiannya termasuk abgnya Azwan lasernya siumi ini. Yg terima kentataan Umi hanyalah siMahabelit. Bab mubahalah ini, org zaman ini tak takut pada Allah sbb iman mereka umpama buih kata Rasulallah. Tgk siepul mubahalah dimasjid, tetapi doktor yg periksa dia jumpa 3 DNA walaupun tak berak 3 hari hampeh disedut si malang dgn gelaran akuantipkr, ruak tuih najis.

    ReplyDelete
  7. hehehe... apo yang marah bona anon kek ateh ni? azmin agak eh.. tu pasa marah bona.. bukan payah bona mubahalah.. suh la madu ko tu mubahalah azmin.. hari ni mubahalah.. semalam eh den gerenti pecayo anwar punyo..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  8. Apalah pencacai-pencacai umno ni, takut sangat dengan Nuar, tak habis-habis citer pasal nuar. Takut dengan Allah kan lagi bagus.
    Next PRU, Umno/BN versus Anwar

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dgn kuasa illahi telah "menelanjang" kepura-puraan UMNO yg kununnya nak menegakkan kuasa raja dan tiada derhaka. Yang menghairankan kita, meskipun parti Cina DAP yg rata-ratanya cina sanggup bersatu hati dengan org Melayu dlm PAS dan PKR yg berusaha bersungguh2 "menutup aurat kembali" raja2 melayu yg pada tahun 1993 telah "di londeh" sepenuhnya oleh mantan PM UMNO. Bumi mana yg tak ditimpa hujan. walaupun majoroti wakil parlimen telah meminda kekebalan raja2 pd tahun 1993 akibat terpengatruh dgn mandaliar, Kitol dan Kutty, ini lah masanya utk membetulkan kesalahan dgn memberi sedikit kuasa memilih pd Raja terhadap 3 jawatan eksekutif diperingkat negeri. Inilah yg dikatakan satu rahmat illahi spt kata Rasullahllah "berlainan pendapat adalah satu rakmat pd umatku". Hari ini dlm sejarah termaktub diMsia, tanggal 24 january 2011, orang melayu dari parti UMNO telah menderhaka kpd Raja2 Melayu khasnya Raja Selangor Darul Ehsan.

    ReplyDelete
  10. Long live Mamak Bendahara, you have leave a true great legacy of only one Maharajah to rule Msia.

    ReplyDelete
  11. Heran juga bila tgk semlm tv tunjuk polis pun boleh ikut serta gerombolan tunjuk perasaan jalan 1 km lagi poei pej wisma negeri selangor.

    ReplyDelete
  12. Apo kono eh Jang. Bodohnya blogger ko dgn Anwar bleh pegi mampus cepat. Anwar takkan tolong ko punya dkt akhirat esok. cuma dia cakap bodohnya ko skg aku dulu. Bagus dok ada..

    ReplyDelete