Friday, January 28, 2011

MALA Ayam Laga PAS

N05, Tenang menjadi markas taktikal peperangan sengal PAS. Ayam laga PAS glamor dengan nick "MALA" ialah seorang guru, manakala suaminya seorang guru dengan gred jawatan bakal mendokong DG 52 tak lama lagi. Beginilah sadisnya manipulasi dan tindakan mengkucilkan kredibiliti ilmu oleh PAS apabila sudah hilang segalanya. PAS sanggup menjadikan "MALA keldai politiknya", maka rakyat khasnya pengundi akan mengundi "ayam laga" di kepok mati kelaparan, di air mati kehausan.

Mala cemerlang? Tang mana dia cemerlang. Dengan banyaknya dia ambil cuti rehat atau sakit, tidak mengizinkan dia mencapai status Guru Unggul atau Cemerlang. Apakah dia berjaya tarbiyah pelajarnya sehingga ke semua anak didiknya mendapat "Score A" dalam skema pengajian di sekolah? Berapa ramai anak-anak Melayu di luar waktu sekolah dia bantu untuk memastikan bahawa Mala layak di kelas sebagai cemerlang. Setakat umur 38 tahun, belum melayakkan dia diangkat sebagai Mursyid Sekolah Rendah. Mala pun bukanlah anak Labis, dia anak Muar. Orang Muar datang bermukim dan hijrah dengan suami. Kemudian ditebeng oleh PAS, kerana boleh makan kepalanya. Sedangkan sejak kecil, dia makan nasi suapan Rancangan Felcra. Demikianlah sadis, KELDAI POLITIK PAS.

Difahamkan laki Mala cuti panjang untuk bantu kempen PAS. Baik aja laki dia letak jawatan. Apa jadahnya lagi dia memberi khidmat untuk "Kerajaan Persekutuan Malaysia pimpinan BN". Letak jawatan, maka bolehlah anda berkempen sampai bengkok. PAS memang suka calon-calon yang dikeldaikan kalah, kemudian menjadi HAMBA SAHAYA PAS melalui proses kader maut ala "kunta-kinte". Jadilah anda suami dan isteri serta anak-anak sebagai BALACI KELAS PARIA dan HAMBA ABDI SURUHAN PAS. Diusung ibarat keranda batang bacang ke sana ke mari selagi mana anda sanggup mentekedarah duit PAS.

Inilah kesannya bila PAS mendapat sokongan, yang dimaklumkan akan mencapai 4000 orang pengundi. Head count ini tidak menghalalkan PAS menang di Tenang kerana PAS ambil sikap kurang ajar kepada mangsa banjir. Andai kampung dilanda banjir dipimpin oleh ortodok PAS dan PKR, yang akan jadi mangsa ialah anak-anak kariah kampung yang mendukung UMNO-BN. PAS cuma selesai perut 10 buah isi rumah yang ortodok kepada mereka. Yang lain, pegi jahanamlah sebab sokong UMNO. Apakah ini kualiti yang MALA ikuti? Rakyat harus tempelak sikap "berKerajaan Bangang PAS".

Tamparan maut apabila hanya tinggal 3 orang sahaja dalam PKR, iaitu 3A Idiots. PKR nak terajang Mustafa Kamil Ayub pula. Baguslah begitu selepas mereka diludah oleh pemilik no keahlian 000012 yang telah menjadi ahli MCA. Para pengasas PKR sudah tahu tembelang busuk PKR khasnya siapa Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan bagaimana Anwar Ibrahim "menjadikan Azizah Ismail sebagai anjing jalanan dan keldai dadah politik Freemason". Apakah kewujudan Pejabat Parti DAP serta PKR yang berkibar bendera selain PAS itu, relevan di Tenang dan tidak diambil tindakan pula oleh PBT kerana melanggar kaedah kempen? Hari ini isu berderetan manusia PKR keluar parti sedang disambut oleh barisan pimpinan ranting dan cabang PAS pula. Di fahamkan akan wujud gerakan 1500 orang pengundi tegar PAS yang akan keluar Bulatan-masuk BARISAN, termasuk Ketua Pemuda PAS. Kita tungguuuu...

Kalau rakyat Raja menjadi pengeluar, penternak, penanam, pembekal baja, benih, alat bertani dan infrastruktur, maka semua harga barang akan berada dalam kawalan Kerajaan Melayu. Isu ini bukan pokok, kerana yang menjadi masalah di Tenang dan sekitar Labis, serta Malaysia ialah Kuasa Penawaran itu bukan ditangan Melayu. Apatah lagi bila melibat barangan import, maka kuasa Permintaan Luar Negara sebenarnya lebih tinggi. Tiap kali PRK, maka pembangkang semua keluar cerita "tak untung...tak untung...tak untung". Kisah Isa Samad, juga dijaja sebagai sasaran PAS. Lain kali, pakaikan lebai kepada Isa Samad, maka dia boleh berhujah seperti hujah PAS. Pak Sedaro fikir, PAS amat miskin dan daif ilmu pengurusan hartanah dan organisasi. Siapa pun menjadi Pengerusi, bukan pengerusi punya kerja menggerak bisnes FELDA. Sebab itulah, hari ini 300,000 manusia mendapat nikmat dalam FELDA, sebagai peneroka, pekerja ladang, eksekutif dan sebagainya. Kerajaan PAS Kelantan pun ambik syer dalam kewujudan Felda di sana.

Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, berusia 200 tahun di ambil oleh Oasis untuk projek pembangunan komersil. Hari ini janji DAP sekutu PAS menjadi tanda tanya? 100 isirumah keturunan Telegu dan Nalayalam sudah menjadi PARIA di tanah pinjaman sendiri. DAP sudah menjadikan mereka "Homeless"...janji Emas Intan Permata dan kemewahan serta kehidupan adalah retorik DAP. Inilah pilihan silap rakyat di Pulau Pinang.

Terbukti 90% janji politik dan pembangunan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan masih belum tertunai dalam Manifesto Pilihanraya Pembangkang 2008. Paling ketara Selangor dan Pulau Pinang. Kedah disebabkan kehebatan seorang insan yang Allah pilih iaitu Sultan Abdul Halim Muaadzam Shah. Kelantan agak malang sikit kerana Nik Aziz makin nyanyuk dan dimamah zaman. Inilah kesan pemerintahan yang tidak bersyariatkan "fiddunya walakhirah", dan tidak mengambil pesan secocok dalam surah Rahman. Apakah Tenang sebagai medan membuktikan mereka KFS boleh bermaharajalela?

Merancak ekonomi di Tenang dan berjanji kononnya harga akan barang turun andai mengundi pembangkang menunjukkan PAS cakap pakai ilmu atau pakai tukul besi? Andai Pas hebat memakmurkan ekonomi, mengapa 45% anak Kelantan hijrah keluar dan bersepah di kawasan Pantai Barat? Mereka menjadi kaya raya di KL, JB, Shah Alam, Ipoh, Penang, Alor Setar serta membayar infaq zakat di tempat bermastautin dan bukannya di Kelantan. Kerajaan Kelantan yang diurus oleh PAS selama lebih 25 tahun makin merudum. Tiada motivasi dan begitu lesu longlai. Sudah mula bertongkat dan dimakan bubuk tongkat kuasa PAS di Kelantan. Kelantan kena sedar jika Sultan Mohammad V lambat ditabalkan, maka PAS akan menjadi petualang terhormat. PAS gagal dalam sejarah mengurus siasah hadarah Negara, PAS + DAP + PKR masih GAGAL mengurus Negeri. Mereka tiada ilmu dan tiada "bil-hikmah". Nilai "ummatan wasota" begitu lemah.

PAS hanya fikir perut tekak dan duit..duit..duit ikut selera SYIAH. DAP pengamal KOMUNIS, PKR pengamal ortodok Freemason, datang pula sekejap lagi KITA pengamal Liberalisme sebagai perajurit Freemason. MALA ayam laga PAS...Balik le rumah, jadi cikgu lagi baik.

4 comments:

  1. manusia bebal seperti paneh ni lah yang banyak memberi sumbangan kerosakkan fikiran rakyat malaysia... sebab sanggup jadi balaci..

    ReplyDelete
  2. anon 7.38, kenapa tak sangkal apa yang paneh cakap dan beri hujah-hujah yang bernas? kalau setakat perturun apa yang kau tulis tu, budak sekolah rendah pun boleh buat. takkan setakat itu aja yang kau mampu kata? macam mana parti kau nak maju macam ni, pemikiran terlalu sempit dan singkat. masih ditakok lama.

    CikMan

    ReplyDelete
  3. Abang Paneh cakap "PAS hanya fikir perut tekak dan duit..duit..duit ikut selera SYIAH. DAP pengamal KOMUNIS, PKR pengamal ortodok Freemason, datang pula sekejap lagi KITA pengamal Liberalisme sebagai perajurit Freemason. MALA ayam laga PAS...Balik le rumah, jadi cikgu lagi baik"

    apo ni paneh, kok yo pun tunggulah esok.. tak lamo bona pun. Pengundi Tenang akan buat pilihan secara tenang. Jiko pengundi milih calon dapat saman mahkamah mako itu sudah ketentuan Allah juo, kok kepalo anjing jadi calon BN oghang melayu pekat biru masih sayang kek dacing. Calon Pas cikgu Mala tu bukanlah ayam lago Pas tapi ketua bagi muslimat Pas yang dipilih berdasarkan sifat kemuslimatan dio. Kok ado betino umno menutup aurat dan menjago adab sopan gitu? cubo ekau bandingkan dongan Fidah Aziz, Rosmah, Dr Hasmah ko, lopeh tu apo kemogahan umno bongok terhadap Najib yang byk skandal tu? kek PD oghang tau kes dio dgn Ziana. Isa Pendek yg selamatkan dio.. Paneh, cukuplah menghamburkan kata nista tu.. tak poie mano pun.. kok monang Cikgu Mala dio pun melayu, molek dan istiqomah dgn agamo.. ekau kutuk ulama, seolah-olah ekau tak takut kek Tuhan.. Allah kata perang mano-mano oghang yang memusuhi ulama Allah. Manolah tau kok boto ulama yg ekau hino tu jenih itu.. kek mano nak humbankan bangkai ekau nanti.. bumi ni milik Allah! kok bangsat sangat berpado-padolah nak maghah tu. eden bagi nasihat yo..

    bye.

    ReplyDelete
  4. Sungguh cantik nasihat budak kampong lonek.
    Taniah budak kampong lonek kerana ada pengajaran yang berguna untuk kita hayati dari komen saudara.

    ReplyDelete