Wednesday, January 12, 2011

Malaysia Sebuah Negara Islam

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada perlaksanaan syari‘ah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.

Dalam kertas kerja ini perbincangan akan ditumpukan kepada perkara berikut; pengenalan negara Islam, sumber autoriti pembentukannya, syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara, kerakyatan negara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan Islam.

PENGENALAN NEGARA ISLAM

Istilah Negara Islam "al-dawlah Islamiah" atau "al-Hukumah al-Islamiyyah" tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate". Sungguhpun begitu dalam Qura’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala'if dan juga istilah imam, yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam.

Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa, perkataan hukum atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur'an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang, istilah kaum yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah dan jamaah yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w. Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari'at atau perlaksanaannya.

Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al-sultaniyyah, al-siyasah alshariyyah. Nizam al-hukm fi al-Islam atau nizam al-siyasah fi al-Islam.

Dalam tulisan ulama tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah ciri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba memberi definisi tentang negara Islam. Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theo–democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syara'.

Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya berbuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang.

Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan sysrat-syarat yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan al-sunnah.

Abu Zahrah dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islam membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal antaranya pandangan Abu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:

1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak, judi dan babi.

2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah disegi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya Dar-al-harb.

3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan Muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.

Berdasarkan ini bagi Abu Hanifah berpendapat negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmi berada dibawah pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf, Muhammad dan setengah fuqaha' lain berpendapat bahawa penentuan negara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak kepada perlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ia negara Islam dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan mereka ialah hakikat pembentukan negara ialah daripada asas Islam dan kufur; dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam berkuatkuasa dan dinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islam dilaksanakan.

Berdasarkan huraian di atas Abu Zahrah membuat kesimpulan bahawa pentafsiran fuqaha' tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan iaitu:

1. Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.

2. Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara Islam awal, maka ia adalah negara Islam.

Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana.

Abu Zahrah lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Quran dan Sunnah supaya lahir diseluruh negara Islam supaya negara Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang fakih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat.

Berdasarkan pandangan Abu Hanifah beliau mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada Maghribi sebelah barat sehingga Turkistan dan Pakistan di timur.

SUMBER AUTORITI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM

Quran tidak menyebut secara langsung tentang pembentukan negara Islam. Sungguhpun begitu ulama cuba memahami ayat-ayat yang ada akitan dengan persoalan ini seperti kekuasaan Allah, undang-undang, nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan sebagainya dijadikan asas teori kepada pembentukan negara Islam.

Kebanyakan ulama' dalam membincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambil daripada Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa' Rashidun. Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan Mawardi ada menjelaskan ini katanya, "Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Khalifah Rasulullah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalaah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam". Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahl- Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara. Umat wajib mematuhi imam yang adil yang berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dan memerintah berdasarkan hukum-hukum syara' yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Qur'an dan Sunnah menegaskan tentang wajib kepada pemilihan ketua negara, antaranya firman Allah s.w.t. bermaksud: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin urusan kamu", demikian juga hadith-hadith sahih banyak yang memerintah supaya taat kepada ketua negara.

Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan oleh ulama menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara dan pemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat.

SYARAT KELAYAKAN KETUA NEGARA ISLAM

Ketua Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al-Mu'minin dan Imam.

Para ulama ada menentukan beberapa syarat untuk melayakkan seseorang memegang jawatan ketua negara. Syarat-syarat itu ada yang disepakati oleh mereka dan ada pula syarat yang mereka tidak sepakati pendapat. Syarat-syarat itu ialah:

1. Keupayaan jasmani; seseorang itu mestilah sempurna pancaindera dan selamat anggota badannya, tidak ada sebarang kecacatan yang boleh menghalang tugasnya sebagai ketua negara iaitu kecacatan seperti gila, buta, pekak, tuli, hilang dua tangan, dua kaki atau dua biji kemaluan.

2. Kelayakan undang-undang sempurna iaitu ia seseorang memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat. Tugas ini hanya dapar dilakukan oleh ketua negara Muslim.

b. Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan undang-undang.

c. Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan kaum wanita.

d. Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum syara' (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syara'.

3. Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ketahap mampu berijtihad.

Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang yang melaksanakan hukum Allah. Dia dapat melaksanakannya bila dia mengetahui dan tidak mungkin dapat dilaksanakannya bagi orang yang tidak mengetahui. Untuk itu dia hendaklah seorang yang mujtahid bukannya seorang muqallid. Kerana sifat taqlid adalah suatu kecacatan, sedangkan jawatan ketua negara memerlukan kesempurnaan dalam semua hal.

4. Adil; iaitu seorang yang tinggi budi pekerti dan akhlak nya yang merangkumi ciri taqwa dan wara'. Mawardi berpendapat bahawa adil disini ialah dia seorang yang bercakap benar, amanah pada zahirnya, bersih diri daripada perkara haram dan dari[ada perkara dosa, juga bersih daripada perkara yang meragukan, sentiasa tenang dan keadaan biasa dan dalam keadaan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam urusan agama dan dunia.

5. Menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Ibn Khaldun dalam memberi penjelasan dalam syarat ini berpendapat bahawa ketu negara (Imam) hendaklah menegakkan hukum Allah (hudud), mahir dalam peperangan , dapat memimpin di medan perang, mengetahui tentang kekuatan dan kelemahannya, tegas dalam membuat keputusan politik. Maka dengan ini semua dapat dia menjaga agama, berjihad menentang musuh, menegakkan syariat dan mentadbir untuk maslahat umat.

Mawardi pula menjelaskan syarat ini dengan kenyataan bahawaa ketua negara (Imam) hendaklah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran yang menjamin kemaslahatannya, berani, berupaya mempertahankan negara dan berjihad menentang musuh.

6. Keturunan Quraisy; Syarat ini diterima secara ijma' oleh jumhur ulama. Seseorang yang dipilih untuk menjadi ketua negara mestilah dari keturunan Quraisy, kerana syarat ini telah disetujui secara ijma' oleh sahabat dalam pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah di Saqifah.

Enam syarat yang disebutkan di atas adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama, tetapi memandangkan kepada perkembangan yang berlaku dalam sejarah politik umat Islam dirasakan oleh sebahagian ulama ada syarat-syarat yang tidak boleh diterima sepenuhnya kerana keadaan dan suasana masyarakat Islam telah berubah. Antara syarat itu ialah syarat keturunan Quraisy. Syarat ini telah ditolak oleh golongan Khawarij. Ibn Khaldun dalam memberikan pandangan tentang syarat ini berkata bahawa syarat ini dapat diterima selama kekuatan ada pada golongan Quraisy yang berupaya mengikat dan menyatukan umat ('Asabiyyah wa al-Ghalab). Kita mengetahui bahawa perkara ini Allah tidak menetapkan kepada generasi tertentu dan umat tertentu. Oleh itu orang yang disyaratkan untuk memimpin dan mentadbir urusan umat ialah orang yang mempunyai kekuatan dan keupayaan menguasai orang lain pada zamannya dan mereka itu tunduk kepadanya dan bersatu dengan pengawalan dan penjagaannya.

Selain daripada syarat keturunan Quraisy, syarat kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad juga diperbahaskan. Syarat ini dirasakan tidak mudah untuk dicapai. Justeru itu terdapat di kalangan ulama yang berpendapat seorang ketua negara tidak semestinya mampu berijtihad tetapi hendaklah dibantu oleh seorang yang mempunyai kelayakan ilmu smapai ke tahap ijtihad untuk menyelesaikan keperluan dan perlaksanaan hukum Allah.

PEMILIHAN KETUA NEGARA

Golongan Ahl al-Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihanraya. Pada pendapat mereka pemilihan Khalifah merupakan ikatan kontrak di antara Khalifah dan umat. Justeru itu istilah yang dipakai dalam kontrak ini "Bai'ah". Berdasarkan ini kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada umat, umat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara umat dengan ketua negara adalah ikatan "Kontrak Sosial".

Abdul Wahab Khallaf ada menjelaskan tentang kedudukan Khalifah dalam Islam, bahawa ketua negara dalam pemerintahan Islam adalah kedudukannya sama dengan pemerintahan negara-negara yang berpelembagaan kerana Khalifah mendapat kuasa kedaulatannya daripada umat yang diwakilkan kepada "Ahl al-Hal wa al-Aqd". Kedauatan itu kekal bergantung kepada kepercayaan mereka dan keupayaan dalam pemerintahan untuk menjaga kemaslahatan umat. Justeru itu ulama menetapkan bahawa umat boleh melucutkan Khalifah daripada jawatannya dengan sebab-sebab tertentu, kalau pemecatan itu boleh membawa fitnah kepada umat, maka ketika itu hendaklah dilihat mana yang lebih ringan mudaratnya.

Dalam pemilihan khalifah, terlibat di dalamnya tiga golongan manusia:
1. Calon Khalifah yang mencukupi syarat.
2. Anggota pemilih yang dipanggil oleh Mawardi "Ahl al-Hal wa al-'aqd".
3. Orang awam Muslim.

SYARAT ANGGOTA PEMILIHAN DAN TUGASNYA

Anggota "Ahl al-Hal wa al-Aqd" perlu memenuhi beberapa syarat untukmelayakkannya memilih ketua negara supaya pemilihannya tepat. Mengikut penjelasan Mawardi mereka perlu memenuhi tiga syarat iaitu:

1. Adil; sifat adil yang dikehendaki di sini ialah sebagaimana sifat adil yang diperlukan pada Khalifah.

2. Berilmu iaitu ilmu yang membolehkannya untuk menilai calon yang layak untuk memegang jawatan ketua negara dengan mengambil kira syarat-syarat yang diperlukan.

3. Kecekapan dan kebijaksanaan dalam memilih calon yang layak dan memilih yang lebih baik, lebih berpengetahuan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat.

Tugas mereka ialah memilih dan menentukan calon yang layak untuk jawatan itu. Apabila mereka bermesyuarat untuk memilih calon hendaklah meneliti syarat-syarat yang ada pada calon dan memilih serta memberi persetujuan terhadap calon yang lebih baik dan lebih lengkap syarat-syaratnya.

Bilangan anggota "Ahl al-Hal wa al-Aqd", ulama tidak sepakat. Pendapat Mawardi menjelaskan bahawa ulama tidak sepakat pendapat tentang bilangan anggota yang memilih ketua negara (Imam); ada terdapat beberapa pendapat; ada golongan yang berpendapat bahawa tidak sah calon ketua negara melainkan pemilihnya dipersetujui oleh semua anggota "Ahl al-Hal wa al-Aqd" dari setiap negeri supaya persetujuan itu berlaku secara menyeluruh dan penyerahan kuasa kepadanya secara ijmak. Pendapat ini bercanggah dengan apa yang berlaku dalam pemilihan Khalifah Abu Bakr. Dia telah dipilih oleh anggota yang hadir sahaja dan mereka tidak menunggu anggota yang lain lagi.

Ada pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya bilangan anggota yang memilih ialah lima orang yang semuanya sepakat membuat pemilihan atau seorang sahaja yang membuat pemilihan dan anggota yang lain bersetuju dengan pemilihannya. Pendapat ini bersandarkan kepada dua alasan; pertama cara pemilihan Abu Bakr yang dilakukan oleh lima orang kemudian diikuti oleh orang lain seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Asid Hudair, Bashir Sa’ad, Salim Maula, Abu Huzaifah. Kedua Umar melantik enam orang anggota syura supaya seorang daripada mereka memilih untuk jawatan Khalifah dengan persetujuan dengan lima anggota yang lain. Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakan fuqaha dan mutakallimin daripada ulama Basrah. Ada pendapat lain daripada ulama Kufah memadai pemilihan dilakukan oleh tiga orang anggota sahaja dengan seorang memilih dan dipersetujui dengan dua orang yang lain. Mereka dianggap sebagai seorang Hakim dan dua orang saksi, sebagaimana sah aqad nikah dengan seorang wali dan dua orang saksi.

Ada pendapat lain pula yang menyatakan bahawa sah pemilihan itu dibuat seorang anggota sahaja. Ini berdasarkan kepada Abbas yang berkata kepada Ali, "Hulurkan tangan engkau aku memberi kesetiaan kepada engkau." Orang berkata, "Bapa saudara Rasulullah memberi kesetiaan kepada anak saudaranya, maka jangan kamu mempertikaikan keduanya. Itu adalah hukum dan ia adalah sah."

Sah dengan pemilihan seorang anggota bukan bermakna calon yang dipilih telah sah menjadi ketua negara. Apa yang berlaku dalam pemilihan Abu Bakr kalau pencalonan Umar tidak dipersetujui oleh pihak lain, kelompok kaum akan bertelagah dan tidak dapat ditentukan mana satu golongan yang kuat dan mana pula yang lemah.

Justeru itu ikatan Imamah tidak akan berlaku, sedangkan syarat utama ikatan itu ialah perlu adanya kekuatan "Shaukah", kesatuan hati, kesepakatan zahir dan batin untuk itu, kerana tujuan tuntutan mewujudkan Imam ialah untuk menyatukan umat ketika berlakunya pertentangan kerana dorongan nafsu. Kuasa tidak dapat ditegakkan tanpa persetujuan majoriti yang diambil kira pada setiap zaman.

MASYARAKAT AWAM

Pemilihan ketua negara tidak terhenti setakat pemilihan anggota "Ahl al-Hal wa al-Aqd", tetapi ia memerlukan proses persetujuan rakyat umum terhadap calon yang telah dipilih oleh anggota "Ahl al-Hal wa al-Aqd". Persetujuan majoriti umat ini dilakukan secara terbuka sebagaimana yang berlaku pada pemilihan ini seorang calon ketua negara disahkan menjadi ketua negara Islam.

PENYERAHAN KUASA DARIPADA KHALIFAH KEPADA PENGGANTINYA

Pemilihan ketua negara Islam mengikut proses pilihanraya tidak selamanya berlaku, tetapi terdapat Khalifah menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar di kalangan fuqaha' menerimanya sebagai sah. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, "Adapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah. Kedua, Umar menyerahkan kuasa kepada anggota ahli syura, mereka menerimanya dan mereka adalah orang yang penting ketika itu dengan berkeyakinan bahawa penyerahan itu adalah sah, sedangkan sebahagian sahabat yang lain tidak termasuk anggota ahli syura." Justeru itu penyerahan kuasa demikian dikira sebagai ijma'.

Penyerahan kuasa ada juga berlaku dalam pemerintahan Islam dalam warisan apabila negara Islam menerima system beraja dalam pemerintahannya. Pemindahan kuasa secara warisan ini juga diterima oleh ulama sebagai sah. Demikan juga jika kuasa pemerintahan itu dipegang oleh orang yang kuat dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara, mengikut Abu Ya'ala al-Fara adalah sah dan meletakkan keadaan ini sebagai satu suasana dharurah yang mengharuskan membuat perkara yang dilarang.

Imam Ghazali juga ada memberi pandangan tentang ini. Beliau berpendapat bahawa apabila syarat-syarat yang diperlukan untuk kelayakan seorang menjadi ketua tidak dapat dipenuhi dan kuasa itu dipegang oleh seorang yang mempunyai kekuatan (shaukah) dan fasik, sesiapa yang melantiknya maka pemarintahannya sah sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughat).

KERAKYATAN NEGARA ISLAM

Kerakyatan negara Islam diasaskan di atas dua asas; pertama kepercayaan agama dan kedua ialah ikatan perjanjian kemasyarakatan di mana seseorang itu berada.

Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil "Aqd al-Dhimmah". Dengan perjanjian ini mereka menjadi rakyat negara Islam seperti Muslim yang mendapat hak dan menanggung tanggungjawab.

Adapun golongan bukan Islam yang datang ke negara Islam untuk mendapat perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil "Adq al-Musta'min". Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut ajaran agamanya.

Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya. Mereka boleh mengikut ajaran agamanya dalam bidang muamalat dan acara selama mereka tidak membawa masalah pertikaiannya kepada pihak Islam. Pemerintahan Islam berkewajipan melindungi mereka di segi nyawa dan harta daripada pencerobohan. Kalau mereka diceroboh, hukuman qisas dikenakan ke atas penjenayah, dibayar ganti rugi kepadanya jika berlaku pembunuhan. Jika jenayah melibatkan harta dibayar ganti rugi atau dipulangkan jika masih ada.

Pemerintahan Islam juga berkewajipan melindungi mereka daripada serangan luar. Mereka berhak mendapat tempat tinggal, hak bermaustatin, hak berpindah dalam negara Islam selain daripada Mekkah dan Semenanjung Tanah Arab secara amnya. Perempuan mereka dibenarkan berkahwin dengan lelaki Muslim dan sembelihan mereka harus dimakan jika mereka daripada golongan Ahl al-Kitab. Mereka boleh mewarisi harta di antara mereka dan saksi mereka diterima dalam keadaam darurah dan mereka dikenakan hukuman jenayah Islam. Mereka diminta supaya menjaga kedudukan masyarakat Islam supaya tidak terganggu, menjaga keamanan dalam negeri dan daripada gangguan pihak luar.

Mereka tidak dibenarkan memperdaya Muslim supaya menganut agama mereka atau menghalang kafir dhimmi daripada menganut Islam. Mereka ditegah daripada mendedahkan perbuatan mungkar dalam semua bentuknya, atau membina rumah ibadat lain daripada tempat yang dipersetujuinya.

Golongan kafir dhimmi ini merangkumi penganut Yahudi, Kristian dan Majusi. Demikian juga kaum musyrik selain daripada musyrik Arab. Ibn al-Qaiyyum dalam mengulas pandanagn mereka yang berpendapat bahawa orang musyrik termasuk dalam golongan kafirdhimmi katanya, Hukum tentang Ahl al-Kitab diambil daripada al-Qur'an dan hokum tentang semua golongan kafir diambil daripada Sunnah. Rasulullah mengambil Jizyah daripada orang Majusi yang menyembah api, dari sudut ini (kepercayaan) mereka tidak ada beza dengan golongan musyrik yang lain.

PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM

Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting

1. Prinsip Syura
2. Prinsip Keadilan
3. Kebebasan
4. Persamaan

1. Prinsip Syura

Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan" dan firmanNya yang bermaksud, "Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka."

Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan orang-orang Muslim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w. prinsip ini adalah dijalankan, baginda bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud. Demikian juga amalan para sahabat-sahabat, banginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad. Saidina Umar bermesyuarat untuk menyelesaikan tanah rampasan perang.

Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil tindakan mengumpul dan menyalin menyusun al-Qur'an. Jadi, amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.

2. Prinsip Keadilan (Justice)

Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi, keluarga, kelompok dan sebagainya, sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim. Allah berfirman maksudnya, "Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai keluarga. Janji Tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-mudahan kamu ingat." Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya." Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.

3. Kebebasan

Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu diberikan kepada semua individu. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak dan berpindah. Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syara' dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara. Jika pendapat itu tidak lagi diberi peluang, maka ia akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan falsafah negara, sistem politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap sebagai pengkhianat (treason).

4. Persamaan

Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dalam hak, kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undang-undang Islam. Dalam melaksanakan prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideologi negara tetapi patuh kepada pimpinan negara. Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum.

Allah berfirman maksudnya, "Hai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan.Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu dapat berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Tuhan ialah bertaqwa." Manusia tidak ada bezanya di antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan, warna kulit, bahasa dan kebudayaan, tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.

Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Kamu semua dari Adam dan Adam dari tanah,tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa."

Berdasarkan prinsip inilah Rasulullah s.a.w. menegaskan dalm perlaksanaan undang-undang dalqm sabdanya yang bermaksudnya, "Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong tangannya."

Dan nabi pernah melaksanakan hukum rejam kerana kesalahan berzina ke atas Muslim dan non-Muslim.

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan ciri Islam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin negara Muslim.

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KESULITAN MELAYU

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan pilitik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN BERLAKU DI ZAMAN PENJAJAHAN

Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-Undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan di negara ini.

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN

Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti Cina (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan "Perikatan" dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.

Berasaskan perikatan ini didapati penyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik Melayu, Cina dan India, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini, kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO dilabelkan sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam. Dengan adanya sensitiviti ini, didapati kedudukan Islam dan orang Melayu ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri.

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat.

Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan, sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum takzir kesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan, didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih.

Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Kooperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda.

SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM

Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan, maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka, tetapi yang tidak sesuai dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang.

Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya "divide & rule". Dalam percaturan politik yang berlaku sekarang ini, orang Melayu masih mengusai kuasa politik negara di peringkat pusat dan negeri, golongan lain dalam ikatan barisan masih berada di bawah kawalan kerajaan kecuali beberapa buah negeri seperti Penang & Kelantan yang dikuasai pembangkang.

Kalau diambil asas masa kini iaitu kuasa politik Melayu masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah "divide & rule" yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri.

Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan, kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan berikut:

1. Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama' tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qati yang menentukannya. Justeru itu ulama' berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan cirri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syari'ah sebagai penentu.

2. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama' yang membincangkan teori politik Islam.

3. Ulama' juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.

4. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama dari segi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).

5. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Islam yakni Melayu.

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim:

1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.

2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.

4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.

5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.

Demikianlah sedikit penjelasan mengenai betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kesinambungan kepimpinan Islam dalam negara ini. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti. Ayuhlah bersama menjayakannya.

-Penulis ialah Dr. Abd. Halim El Muhammady dari Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Sumber sini.

18 comments:

  1. Panjang Che Din, Den sarankan ekau poei belajar lagi kePondok Derang agar lebih memahami islam yg sebenar dan bukannya tafsiran Barat yg tidak melaksanakan hudud.

    ReplyDelete
  2. mende ko merepek ni..dia quote dari professor UKM la..baca xhabis ada hati nk komen..elok sgt la tu

    ReplyDelete
  3. Org pas mmg mcm tu. Membace dan menuntut malas. Bace x habis dan kecoh. Heboh belajar pondok yg tak taw sape gurunya dan latar belakang pendidikannye. Tu yg jadi sesat barrek tuh.

    ReplyDelete
  4. bagus paneh miang. sekurang2nya kita dapat tau pandangan yg tak memihak. Prof abd halim ni org yg tak menyebelah mana2. dia dikenali sbg org yg neutral. kalau ikut resmi pas, pandangan dia je betul. adat kita menuntut ni perlu belajar dr byk sumber bkn dengar sebelah pihak je. barulah kita boleh buat penilaian yg adil. ulama2 zaman silam dulu menuntut dr pelbagai guru sebab tu mereka bagus. org2 pas la ni belajar dr nik aziz dan hadi saja dah rasa diri hebat. takbur dan riak itu disukai syaitan dan syaitan itu musuh kita yg nyata. teruskan perjuangan paneh miang. aku tdk berparti tetapi aku suka blog ni kerana boleh buat org spt aku atas pagar ni berfikir.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin politik kaya raya, rakyat susah dan miskin..
    Zaman rasulullah pemimpin zuhud atau ala kadar, jurang dengan rakyat tak banyak beza..
    Susah nak dapat..negara macam ni.
    Tapi nampak gaya Republik Islam Iran ada sikit ciri-ciri pemerintahan zaman Rasulullah dan Khalifah rashdun..
    Lupakan kelainan mahzab yang penting "implementation"
    That's only my humble opinion.

    ReplyDelete
  6. Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persedian Berdirinya Negara Islam

    ReplyDelete
  7. mmg dia quote dari prof.UKM, saya pernah menuntut kat UKM dan ITM. Ada pensyarah berkaitan subjeks pendidikan Islam dan Tamaddun Islam, ekonomi dan perbankan berkelulusan Mesir, IPTA tempatan dan ada yang dari UK. Contoh dapat Phd dari UK spt Dato Yusof Nor bekas YB dan pengerusi Felda.

    Masing-masing ada hujah. Prof Dr Harun Din, Dr Daeng Sanusi dan ramai lagi dari UKM yg berada dalam Pas berpendapat lain pula. Ada pula pensyarah tak berparti atau sokong UMNO, itu cara mereka. Jadi pandangan mereka kira raikan bersama dan mereka jawablah depan Tuhan nanti kalau salah. Dulu ramai juga ulama ada ijazah tinggi sertai Anwar spt dari ABIM, mereka ada tujuan spt yang didedahkan oleh Ust Nakhaie Hj Ahmad. Pak Natsir dari Mashumi Indonesia minta tokoh Abim menyelinap dalam UMNO untuk program islamisasi ( mengislamkan umno)pendek kata parti ini perlu diislamkan!!

    Namun, program itu kira terbantut bila Pak Sheikh ditendang Mahathir. Anwar kata umno itu tong najis dan kumpulannya masuk nak cuci tong najis. Semua orang yang cenderung kpd islamic faham tugas itu bukan senang, bergelumang dgn najis. Mahathir pun kata, umno itu busuk hingga ke usus.. dahsyat betul kebusukan umno nih. Alhamdullilah tukang cuci itu akhir keluar dari kerja sia-sia itu. Dah keluar pun kena baling najis lagi spt yg ditanggung oleh brother anwar kita. Nasib dialah..

    Bebudak umno yang hingusan cuba kerja cuci tong itu tapi mungkin dia orang pakai helmet dan rain coat tebal untuk elak terhidu najis.

    Saya dah jenuh baca buku dan kertas kerja bab Negara Islam, byk sangat visinya. Saya rasa elok ambil pendekatan selamat iaitu jangan dekat dgn tong najis itu.

    ReplyDelete
  8. den totap tak nak pangkah dacing praya akan datang. Cukuplah.. muak nengok perangai pemimpin BN dan harga barang naik.. kok yo pulak PR boleh buat pembaharuan, why not? kita pakat-pakat ghaso angin perubahan.

    ghaso den tak huru hara negharo kito bilo PR perintah.. Pas dah terbukti berjaya di Kelantan dan Kodah. Pemimpin pas pun okey dan lobai-lobai.

    ReplyDelete
  9. umno tong najis? bagus gelaran tu. tong najis nilah sejak 1957 yg buatkan negara ini aman, makmur, mudah nak beribadah, mudah nak menuntut ilmu, meraikan kepelbagaian pendapat, bagi pendidikan walaupun akhirnya mereka dah pandai mereka hina dan hentam pulak tong najis, bebas keluar rumah tanpa takut, mampu keluar dari kemiskinan hanya satu generasi saja tanpa perlu tunggu 7 generasi macam di palestin dan bangladesh dan akhirnya terbentuknya sahsiah insan seperti penjual minyak attar hari ini.

    tanda akhir zaman, manusia sudah mula kufur akan nikmat dan tidak tau bersyukur. bersamalah kita nantikan bila semua nikmat ini akan ditarik.

    org susah zaman nabi dan sahabat pun wujud. sbb tu wujudnya baitulmal. itulah kelebihan Allah berikan kepada kita utk berfikir, ada yg kaya, ada yg miskin utk masing2 berperanan. kalau semuanya kaya, maknanya kiamat dah hampir.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. Tom Terkucil, Den nasihat ekau belajarlah dari Penjual minyak atar. Penjual minyak atar sudah belajar tinggi di 2 Universiti lagi. Juga dia dah jenuh membaca buku2 yg bersangkutan dgn visi negara islam. Pada org kg. yg kurang terdedah spt saudara juga terlalu mendedahkan diri dgn Media Meloya, adalah lebih baik ikut atau cuba memahami apa yg diutarakan oleh Penjual Minyak Atar. UMNO mmg tong taik dulu kini dan selamanya. Itulah sbbnya PAS menarik diri darinya. Walaupun kepala shit dah terpacul keluar, onar yg ditinggalkan termasuk fitnah sesama muslim, rasuah, raba sudah menjadi sinonim dgn UMNO. Den syurkan TomTem jauhilah dr Tong Najis ini dan jika ada masa lapang poeilah jumpa DSAI mohon ampun darinya diwaktu umur masih ada.

    ReplyDelete
  11. kakaka. hompuk dr dulu tak habis2 nak lagokan org. lago org tu, lago org ni. pastu balik2 apco rasuah, rabo, mahashit. hahaha. dah takdo modal ko? taktik lapuk la hompuk. kamon hompuk. u can do better than this. cari la modal lain yg lubih superior. org koba kok bondo yg selalu kito sobut makno eh kito pun selalu buek. kui kui kui. cari ideo lain hompuk. wa caya lu.

    ReplyDelete
  12. Sapa la yang bangang kata Pas berjaya kat Kelantan? Berjaya dari sudut apa? Berjaya jadikan Kelantan "Serambi Mekah"? Serambi Mekah semasa zaman jahiliah ada la.

    Sorang lagi Anon bangang. Pas tarik diri dari UMNO? Baco bebanyak lagi. Belajar di 2 universiti tidak automatik menjadikan kita lebih pandai dari orang lain.

    Penjual Minyak Attar memberikan pandangan dari perspektif politik juga. Anwar nak bersihkan tong najis. Last2 dia jugak yang bawak najis dan cari lubang najis buat pemuas nafsu.

    Please jangan sebut lagi kehebatan dan kezuhudan Anwar sebab aku dah muak dan jelak menjadikan dia sebagai idola aku masa Liwat 1 dulu. Dan jangan jaja nama Wan Azizah sebagai the only pemimpin wanita yang menutup aurat seolah2 bila dah tutup aurat it's ok untuk jadi bangang@bengong.

    akuantipr.

    ReplyDelete
  13. itulah kebangsatan yang diwarisi umno untuk ahli-ahli mereka. Sila baca bahawa nama-nama besar dalam umno yang bikin onar itu ialah Mahathir, Musa Hitam, Anwar, Najib, Pak Lah, Jamaludin Jarjis, Rahim Tamby Chik, Khir toyol, Fidah Aziz, Azalina lesbo, Isa Pendek, bla--bla... semuanya dari mahligai umno PWTC. Ada yang terus menjilat umno dan ada pulak ditendang kerana pelahap sangat atau cakar mencakar untuk merebut bangkai dalam tong najis.

    Hampir 50 tahun umno terajui negara. merdeka, membangun, jadi tumpuan pendatang asing.. yooo... 50 tahun bukan lamo di sisi kiraan Allah.. pemerintahan firaun-haman, Parsi dan negara polis Amerika dan soviet pun lagi lamo.. akhirnya sebahagian negara besar itu hilang dari muka bumi. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali. Kerajaan Islam Andalusia memerintah bumi barat lebih 500 tahun.. akhirnya tiada benih Islam ditinggalkan kecuali monumen sejarah yang ditangisi jenerasi islam kemudiannya. Ahli umno jangan sombong yee..

    adakah Nabi Musa jenih kufur nikmat bila derhaka kat bapa angkatnya Firaun? Tom Ghabak, nampak sangat hujah kamu nih kebudak-budakan spt jejuak umno kata, kalau tok sokong umno jangan guna jalanraya.. kat Thailand pun ada jalanraya dan lebohraya cantik tanpa tol.. tak pulak puak kafir sana ancam melayu pattani yang guna jalanraya tu. Hentikanlah buat statement bangang mcm nih.. ini bukan zaman Mak Enon oii...

    ReplyDelete
  14. Tom Tem bak = Tong Najis

    ReplyDelete
  15. kah kah kah. ada ke hang nak samakan diri dgn nabi musa? hang sapa poik? hang dpt wahyu suruh tentang kerajaan ka? kah kah kah. hang banding diri dgn nabi Allah? huhuhu. lawak...lawak. firaun tu zalim. hang lawan dia hang mati. dia mengaku diri tuhan. kerajaan bn ngaku tuhan ka? hang tulis panjang lebar kutuk, hina, caci maki bn, hang dan suku sakat hang ada kena tangkap hukum mati ka? pembangkang balun bn tiap hari ada yg kena hukum mati mandatori ka? kah kah kah. begitu baik kerajaan pun hang tak suka. elok sgt la bn kalah. senang hang duk bwh dap dan pkr plak dok lagu mana. masa tu kalo menyesal pun 5 tahun saja. buat analogi pun tak betui. hahaha...

    mmg andalusia pun hancuq. paneh miang pun ada tulis panjang lebar pasal andalusia dlm label sejarah. pi la baca kalu ada masa. mana la tau Allah bg hidayah. anon yg panggil aku tong taik tu apa ada hal. aku tuntut di akhirat ja nnt, guna ayat yg selalu pas guna.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  16. tom tom bak makyung de dehJanuary 14, 2011 at 1:24 AM

    Kau sembah jer lah UMNOgok tom ter tembak

    ReplyDelete
  17. gedoyok belacan dan tom ter tembak terkucil ni sebonar eh budak montah lagi ni,,lahir dari bako TONG TAIK NAJIS UMNOnGOK... Waa,,kahh,,kahh,kahhh... budak suruhan paneh la tu,,kahh,,kahhh,, che din ni polis pencen ko?

    ReplyDelete
  18. Malaysia negara islam?

    Goli hati den...

    Suruh Najib botokan (betulkan) rambut bini dio tu dulu...baru boleh cerito...buek malu oghang nogori yo siRosmah ni...

    Ptuihhh...

    ReplyDelete