Thursday, January 27, 2011

Nobisha pun berminat?

UPDATE 28/01/2011

Kami menerima email daripada anonymous yang meminta kami membuat pembetulan mengenai salah seorang calon Ketua Pengarah Biro Tata Negara iaitu Raja Arif Raja Ali. Menurut pengirim email, individu yang pernah menuntut takhta Kesultanan Terengganu daripada Almarhum Sultan Mahmood, bukanlah Raja Ali ayahanda Raja Arif sepertimana dakwaan Forum Kedah Times. Individu yang pernah menuntut takhta Kesultanan Terengganu itu ialah Tengku Ali, yang tiada kena mengena dengan Raja Arif. Terima kasih atas maklumat berkenaan.

Nobisha juga telah menafikan penglibatannya dalam sebarang dakwaan sebagai calon KP BTN di ruangan komen artikel ini. Untuk pengetahuan saudara Nobisha, kami membuat tanda soal dalam artikel ini berkenaan Nobisha disebut sebagai calon KP BTN, kerana kami tidak pasti dengan maklumat yang diperolehi. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Nobisha kerana tampil memberikan penjelasan.

*********

ARTIKEL ASAL

1. Kami sebenarnya maleh sungguh nak menyentuh perihal Biro Tata Negara. Lagipun kami hanya berpengalaman menjadi peserta kursus anjuran BTN adalah dalam 2-3 kali masa zaman belajar lama dulu.

2. Apa yang kami tahu tentang BTN tidaklah banyak. Biro yang dahulu di bawah Kementerian Belia dan Sukan di awal penubuhannya, namun sejak 1981 dinaiktaraf ke Jabatan Perdana Menteri yang melapor terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

3. Kami juga maklum bahawa seorang billionaire Yahudi pernah menawarkan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak 2 kali untuk membeli BTN dan menswastakannya. Tapi Che Det sebagai PM ketika itu telah menolak tawaran tersebut. Sama juga ketika zaman Paklah, beliau turut menolak tawaran pembelian BTN daripada Yahudi yang sama. Tidak pasti pula zaman Najib ni ada atau tidak tawaran membida BTN. Mengapa billionaire Yahudi ini begitu bersungguh mahukan BTN? Apa agenda tersiratnya? Dan siapakah dalang sebenar disebalik tawaran Yahudi itu?

4. Kontrak Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang sedang disandang Shagul Hamid akan tamat tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan lalu, aktiviti melobi sedang giat berjalan bagi merebut kerusi panas BTN itu. Nama-nama seperti Raja Arif, Dr. Idris, Dato' Zakaria Nordin, Fuad Hassan, Aziz Shamsuddin, Rozai Shapian, Ahmad Fairuz Othman, Dato Nasiruddin, Shukur Desa, Hamsan dan Annuar Shaari telah disebut sebagai calon pengganti Shagul Hamid selaku Ketua Pengarah BTN yang baru. Malah Norizan Sharif atau lebih dikenali dalam dunia blogger sebagai Nobisha, dilaporkan turut berjumpa Ahmad Maslan di Janda Baik baru-baru ini, adalah untuk melobi jawatan yang sama? Wallahualam.

5. Kebanyakan nama yang disebut kini sedang rancak melobi, termasuk menggunakan pegawai khas Najib, memohon bantuan Ahmad Maslan serta para pegawai BTN, malah dikhabarkan ada yang turut meminta sokongan Zahid Hamidi. Tetapi dalam ramai-ramai pelobi itu, Annuar Shaari boleh dikatakan paling 'bijak'. Kenapa? Kerana dia seorang saja yang dikhabarkan sedang membodek Rosmah Mansor untuk jawatan KP BTN. Jadi agak-agaknya, siapa yang akan dapat jawatan tu?...dah sahlah Annuar Shaari. Hahaha....

6. Namun nama yang paling kuat kedengaran bakal menggantikan Shagul Hamid sebagai Ketua Pengarah BTN yang baru ialah Raja Arif Raja Ali. Menurut Forum Kedah Times, Raja Arif kini bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Pegawai Khas kepada Dato Tengku Mahmood. Beliau juga ketika ini adalah AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam DUN Bukit Tunggal serta dikhabarkan bercita-cita untuk menjadi calon pilihanraya. Raja Arif adalah anak kepada Raja Ali yang pernah menuntut takhta Kesultanan Terengganu daripada Almarhum Sultan Mahmood. Pandangan YDPA Tuanku Mizan perlu diambil kira seandainya Raja Arif terpilih sebagai KP BTN yang baru. Malah ada sumber mengatakan salah satu daripada punca kemurkaan Tuanku Mizan terhadap Idris Jusuh adalah kerana melantik Raja Arif di syarikat Top It yang merupakan salah satu daripada anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu. Selanjutnya di sini.

7. Semasa menjadi peserta kursus BTN dulu, kami pernah bertanyakan kepada penyelia kursus, "Apa sebenarnya hala tuju BTN ini?" Jawabnya, "Kami di BTN berpegang kepada 2 teras. Pertama, Kedaulatan Islam dan Kedua, Ketuanan Melayu (Institusi Diraja). Berpandukan 2 teras itu, kami bermatlamat menyatukan semua rakyat Malaysia berbilang kaum ke arah kecermelangan dengan memupuk semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara tercinta." Justeru tidak hairanlah mengapa DAP dan PKR begitu benci dengan BTN selama ini.

8. Bro Anwar Bin Ibrahim faham benar akan kelebihan BTN kerana dia pernah berada di dalamnya. Ramai maklum akan gerakan pengkaderan yang dilakukan Anwar melalui BTN sejak beliau dalam kerajaan. Ramai juga sedar akan 'kejayaan' Anwar memperalat ramai pengikut dan penjilat setia melalui BTN sehingga si Anu mampu naik dengan cepat ke hirarki Timbalan Perdana Menteri hanya dalam tempoh kurang 11 tahun. Namun kini Anwar juga sedar bahawa BTN bukan seperti zamannya dahulu. Anwar tahu bahawa agenda perpaduan BTN bakal meranapkan hasratnya untuk memecah belahkan rakyat. Apabila konflik tidak berlaku dikalangan rakyat, maka usaha Anwar selama ini untuk menjadi Perdana Menteri melalui krisis yang diciptanya pasti akan jadi sia-sia.

9. Kami berpandangan, siapa saja yang bakal menggantikan Shagul Hamid sebagai Ketua Pengarah BTN yang baru, WAJIB berpegang kepada 2 teras tersebut. Sementelah BTN kini sering menjadi sasaran pembelot dan pengkhianat yang benci dengan kredibiliti yang dimiliki BTN dalam menyatupadukan rakyat melalui kursus anjurannya.

10. Ketua Pengarah BTN yang baru WAJIB ada jatidiri Melayu yang kuat dan meletakkan Islam sebagai keutamaannya. Calon-calon yang sibuk melobi untuk jawatan itu ketika ini perlu ditapis sedalam-dalamnya. BTN tidak perlukan seorang KP yang punyai agenda peribadi dan tidak langsung memikirkan soal survival Islam dan Ketuanan Melayu. KP BTN yang baru WAJIB seorang yang bersih, cekap, amanah serta BERANI mengatakan "TIDAK" kepada mana-mana pemimpin sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang cuba merendahkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat. KP BTN yang baru WAJIB seorang insan yang sudah tertanam dalam jiwanya akan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi asas penyatuan negara bangsa.

11. Biro Tata Negara adalah satu-satunya institusi kerajaan yang consistent MEMPERTAHANKAN Perlembagaan Persekutuan selama ini. Namun jika calon-calon KP yang sibuk melobi kini tidak mampu menggalas beban BTN, adalah lebih baik mereka berambus saja...

6 comments:

  1. jangan sebut pasal islam dengan gerombolan... cakap tak ada berilmu payah... sesat nanti dibuatnya

    ReplyDelete
  2. mmg paneh miang boto.. calon umnonok menipu dan kono saman mahkamah sobab CUAI dan anak pelakon lucah MP Labis pulak menipu kes kedai arak. Kok tak terbukak jugak mato pengundi melayu Tenang tak taulah den nak cakap.. Osah botolah, oghang umno nih buruk perangai. dah sodap melahap bangkai mako tak makan pun dio cium jugak.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara, maklumat saudara tidak betul dan saya tak pasti apakah motif saudara mengaitkan nama saya dalam tulisan tersebut. Saya tak pernah sama sekali berbincang dengan sesiapa saja mengenai jawatan yang saudara sebutkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau menyebut perkataan "BTN" dengan mana-mana kepimpinan negara, termasuklah dengan orang dan di tempat yang saudara sebutkan. Saya harap dengan penjelasan ini, isu tersebut tidak berbangkit lagi.

    NOBISHA

    ReplyDelete
  4. tn dgr nya dah ada yg terpilih dr tganu..

    ReplyDelete
  5. artikel menarik.


    pinjam utk dilinkkan di blog Panglima.


    tq

    ReplyDelete
  6. BTN Hilang “taring” dominasi “Musang berbulu Ayam” merosakkan BTN?
    http://guashow.blogspot.com/2013/03/btn-hilang-taring-dominasi-musang.html

    ReplyDelete