Monday, January 17, 2011

Strategi JAHANAMkan BN

1. Menjanjikan harapan kepada rakyat. Realistik atau tidak semua janji tu, belakang kira. Yang penting buat janji agar rakyat terpedaya.

Antara contoh janji 100 hari yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang ialah memberikan imbuhan tambahan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap orang guru. Cuba kita buat ilmu hisab mudah. Jumlah guru sekolah rendah di Malaysia menurut statistik Kementerian Pelajaran adalah lebih 180,000 orang. Sekolah menengah pula ada lebih 140,000 orang. Dicampurkan keduanya akan jadi lebih kurang 320,000 orang guru. Jika setiap orang guru diberi imbuhan tambahan sebanyak RM500 sebulan, maka peruntukkan yang diperlukan adalah lebih RM160 juta sebulan. Dan pembangkang terpaksa memperuntukkan hampir RM2 billion setahun hanya untuk membayar imbuhan guru saja. Itu belum lagi dicampur dengan jumlah gaji pokok, insentif, elaun, bonus etc. yang jika dihitung, hampir RM9 billion setahun diperlukan hanya untuk membayar pendapatan guru semata-mata. Bagaimana pula dengan imbuhan pentadbir lainnya di Jabatan Pelajaran? Mereka pasti tidak berpuas hati kerana tidak dinyatakan sebagai penerima imbuhan. Dan berapa banyak pula rizab negara yang perlu dibelanjakan hanya untuk membayar imbuhan kesemua 1.2 juta kakitangan awam? Ini baru cerita bab guru, belum janji-janji yang lain lagi. Bab lain tu anda congaklah sendiri.

Pembangkang sebenarnya hanya ingin mendapatkan sokongan guru-guru kerana mereka tahu guru adalah penjawat awam paling ramai. Jadi apabila guru-guru ini mengundi pembangkang sehingga akhirnya pembangkang mampu memerintah persekutuan, maka pemimpin pembangkang akan memberikan alasan, "Imbuhan tambahan tidak dapat diberikan rentetan kekurangan rizab negara yang telah dihabiskan oleh kerajaan BN sebelumnya. Peruntukan imbuhan kepada guru-guru ini terlalu besar dan rizab negara tidak mampu menanggungnya."

Penyudahnya guru-guru ini akan tertipu sepertimana DAP menipu warga emas dalam manifesto pembangkang di PRU-12 yang lalu dengan menjanjikan elaun RM100 setiap bulan kepada semua warga emas Pulau Pinang. Natijahnya selepas 3 tahun berlalu, warga emas hanya dapat RM100, itupun selepas 2 tahun berlalu dan baru sekali elaun diberikan. 'Dipenjara janji' dan itulah yang akan berlaku kepada guru-guru jika terpedaya dengan Pakatan Pembangkang.

2. Pembangkang akan menyokong parti kawan dalam pakatan walaupun parti itu melakukan kesalahan.

Banyak contoh yang dah pun kita lihat. Antaranya apabila DAP mempertikaikan tulisan jawi, menolak negara Islam, menyuruh memperlahan atau tidak membenarkan azan, menarik balik peraturan agar bangsa Melayu dibenarkan bekerja di premis arak dan hiburan, mencabar Raja Melayu, memperlekehkan kalimah Allah, membuka ladang babi besar-besaran, membina gereja terbesar di dunia di Bukit Jalil, menghina bangsa Melayu, menghina Islam etc., dan orang Islam dalam PAS dan PKR akan senyap kerana takut kehilangan undi serta demi nafsu kepada kuasa. Apa saja silap dan salah, sama ada perbuatan dan tutur kata yang dilakukan oleh salah satu daripada komponen pembangkang, maka pemimpin dari parti lain akan diam seribu bahasa. Berbeza dengan BN, jika parti komponen berkelakuan seperti DAP, maka para penyokong UMNO akan 'membelasah' mereka habis-habisan.

3. Menyerang kerajaan bertubi-tubi dengan mengulang fitnah yang sama agar rakyat simpati kepada pakatan pembangkang.

Perkara yang sering kita dengar dan baca ialah Apco, rasuah, royalti minyak, Teoh Beng Hock, Altantuya...balik-balik Apco, rasuah, royalti minyak, Teoh Beng Hock, Altantuya. Itu sajalah modal mereka. Apabila sesuatu yang tidak benar diulang berkali-kali, maka akhirnya rakyat akan menerima ia sebagai benar. Teknik yang sama digunakan Amerika untuk meruntuhkan kerajaan Soviet Union yang akhirnya berpecah kepada beberapa negara. Itulah permainan Pakatan Pembangkang. Jika kehendak atau tuntutan mereka tidak dilayan, mereka akan mulakan siri demonstrasi. Teknik terbaru kini ialah solat hajat. Kononnya nak cari simpati rakyat dengan menggunakan solat hajat bagi memancing undi. Tuhan pun mereka nak tipu.

4. Cubaan melemahkan institusi asas negara seperti Mahkamah, Polis, SPRM, SPR etc.

Pembangkang secara konsisten akan memperlekehkan institusi-institusi asas negara bagi memastikan rakyat hilang kepercayaan terhadap undang-undang. Institusi yang selama ini dijadikan sandaran oleh rakyat bagi mengekalkan kedaulatan negara telah diserang bertalu-talu sehingga keluhuran perlembagaan mula diragui dan dipertikaikan oleh rakyat. Strategi yang sama pernah digunakan di Iraq sehingga kerajaan Iraq kini menjadi boneka kepada barat. Jika kedaulatan undang-undang yang menjadi asas ketamadunan sesebuah negara itu runtuh, maka mudahlah anasir luar campur tangan dalam menentu corak pentadbiran negara pada masa hadapan.

5. Prinsip keadilan merata, sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja. Tetapi realitinya...

Perkara 152 Perlembagaan Singapura menggariskan hak istimewa Melayu yang tidak pernah pun dipinda oleh Kerajaan Singapura sejak dulu. Tetapi realitinya, pemerintah Singapura tidak pun menguatkuasakan Perkara tersebut yang menyebabkan Melayu telah dinafikan hak dalam semua bidang di negara itu. Perlembagaan Malaysia juga memaktubkan hak istimewa Melayu dalam Perkara 153. Namun jika kerajaan Malaysia suatu hari nanti bukan lagi dikuasai oleh bangsa Melayu, maka tidak mustahil nasib Melayu di negara ini akan serupa seperti Melayu di Singapura. Kaum bukan Melayu yang menguasai pentadbiran Malaysia pada masa hadapan mungkin tidak akan meminda Perkara 153, tetapi mereka tetap berkuasa sama ada mahu atau tidak melaksanakannya. Contoh terdekat, sebaik saja ditabalkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan pemansuhan DEB. Itulah yang berlaku kini di Pulau Pinang dan Selangor di mana bangsa Melayu hanya diberikan kontrak di bawah RM100k, berbeza dengan bukan Melayu yang memperolehi kontrak bernilai jutaan ringgit. Rentetan itulah hari ini ramai usahawan Melayu sama ada besar atau sederhana di Penang dan Selangor telah lari ke Melaka dan Johor untuk mencari peluang pasaran baru.

6. Don't talk history.

Jika anda pernah membaca buku teks sejarah sekolah di Singapura, anda akan dapati sejarah yang ditulis hanyalah peristiwa yang berlaku selepas Singapura keluar daripada Malaysia. Maknanya, fakta-fakta sebelum itu, termasuklah peristiwa Singapura menyertai Malaysia tidak akan di ajar kepada generasi muda mereka. Agenda Singapura menafikan sejarah negaranya sendiri kini menjadi ikutan dan strategi pembangkang. Percubaan menulis semula sejarah mengikut perspektif pembangkang sedang giat dijalankan seperti menggelar Melayu sebagai pendatang, termasuk pertikaian kesahihan kontrak sosial yang asalnya dipersetujui oleh semua kaum sebelum merdeka. Strategi pembangkang sangat mudah iaitu, "Leave the past in the past, and enjoy the present of the present."

7. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul.

Sudah menjadi trend dikalangan rakyat hari ini terutamanya generasi muda telah diindoktrinasi menjadi anti-establishment. Maknanya apa saja yang dibuat oleh kerajaan, walaupun ianya baik untuk rakyat dan masa depan negara, maka ia akan ditentang habis-habisan. Contohnya kerajaan menggalakkan anak muda menumpukan usaha dan tenaga lebih kepada pelajaran dan bukannya politik, tetapi hasrat kerajaan ini akan dibantah habis-habisan. Kerajaan melarang demonstrasi kerana ia akan memberi impak buruk kepada industri pelancongan serta FDI, tetapi semakin banyak pula demonstrasi dilakukan pembangkang. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia bersatu padu, saling hormat menghormati dan cintakan negara, namun pembangkang menggalakkan kebencian sesama rakyat sehingga tergamak memburukkan negara sendiri di luar negara. Itulah antara contoh indoktrinasi pembangkang terhadap generasi muda sehingga mereka hilang pertimbangan dan tidak lagi mampu menilai yang mana baik dan buruk. Maklumat tidak benar akan disumbat ke otak rakyat sebanyak mungkin pada setiap ketika, agar rakyat menjadi bertambah keliru sehingga terbentuk perasaan benci yang meluap-luap terhadap pemerintah.


Sedarlah bahawa parti kedua terbesar yang menguasai Parlimen di Dewan Rakyat hari ini ialah DAP. Berdasarkan perancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu di PRU13 bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP kelak bakal menjadi parti dominan, bukan saja di Dewan Rakyat, bahkan mampu menjadi teraju utama dalam Pakatan Pembangkang. Jika itu berlaku, maka kaum manakah sebenarnya yang akan menguasai Malaysia pada masa hadapan?

Adakah kita sudah benar-benar bersedia ke arah itu?

No comments:

Post a Comment