Wednesday, February 16, 2011

Cina India pengundi haram?

1. Dalam sebuah seminar di ibu negara baru-baru ini, seorang peserta Cina berkata kepada penceramah di pentas, "Mengapa perlu dikekalkan hak istimewa Melayu. Itu cerita lama...dah jadi sejarah. Lagipun bukan kami atau generasi Cina hari ini yang tandatangan setuju untuk iktiraf hak istimewa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu hal orang dulu. Sekarang patut sama rata."

2. Jawab si penceramah, "Generasi Melayu hari ini juga tidak pernah tandatangan setuju untuk beri taraf warganegara kepada orang Cina. Dulu pun hanya Tunku Abdul Rahman seorang saja yang tandatangan iktiraf kerakyatan pendatang. Jadi adakah Melayu hari ini patut hapuskan juga taraf warganegara orang Cina?"

3. Wujud dakwaan bahawa Tunku tidak merujuk atau membentangkan kepada cendiakawan Melayu mahupun rakyat raja ketika mengiktiraf kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah Tunku secara bersendirian telah menandatangani penerimaan penyerahan Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Ogos 1957 tanpa merujuk sesiapa.

4. Justeru, hanya Tunku seorang sahaja yang terikat dengan perlembagaan tersebut kerana seluruh bangsa Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu tidak pun dibawa berunding serta tidak maklum akan isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebelum ianya diwartakan secara rasmi.

5. Malah pengiktirafan kerakyatan yang diberikan Tunku kepada pendatang ketika itu, tidak termasuk perjanjian bahawa bukan Melayu akan diberi kuasa untuk memilih (mengundi) atau dipilih sebagai pemimpin dalam Persekutuan; sebagaimana amalan negara China dan India sendiri yang tidak mengiktiraf 'kuasa memilih' pendatang yang diberi taraf kerakyatan melalui prisip Jus Sanguinis. Di negara China dan India, generasi ketiga pendatang yang berkahwin dengan pribumi di sana sahaja akan diberi hak untuk memilih dan dipilih sebagai wakil rakyat.

6. Kajian terperinci berkenaan hal ini perlu dilakukan segera. Adakah selama ini orang Cina dan India yang dijanjikan kerakyatan sebelum merdeka, turut sama dijanjikan kuasa untuk mengundi atau mentadbir negara ini? Adakah kaum pendatang di Malaysia merupakan pengundi haram selama ini?


7. Perkara 16: Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka); Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa tujuh tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lima tahun;
(b) bahawa dia berniat hendak berbuat demikian secara tetap;
(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu.

8. Namun hakikatnya ramai kaum bukan Melayu di negara ini yang masih tiada pengetahuan asas bahasa Melayu (semak dengan pegawai banci). Malah ramai juga kaum bukan Melayu di Malaysia yang memegang 2 kerakyatan yang jelas bertentangan dengan Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan.

9. Penganugerahan kerakyatan kepada kaum pendatang dibaca bersama pengiktirafan terhadap 4 perkara iaitu Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu. Jika salah satu daripada 4 perkara tersebut dipersoal ataupun dipertikai oleh mana-mana kaum pendatang, maka secara automatik taraf kerakyatan mereka akan gugur serta tidak lagi layak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dan berubah status kepada pendatang haram.

10. Lu ada batu lalam kapala luluk ka apek...macha?

7 comments:

  1. berdasarkan apa yang kau tulis ni paneh, bleh la kite simpulkan soi lek porno dan hampir semue pemimpin dap dah telucut kewarganegaraan meka dan elok diistihar meka sbg pendatang haram sbb meka ni la yg banyak soalkan kontrak sosial, raja melayu, islam, hak istimewa melayu. tu tak campur 4k india yang tak berdaftar tu sume. btul ke meka tu rakyat negara ni atau tikus mondok yg menyusup dari india sana. pemimpin melayu kita bila nak sedar yg nuar sodom dan nicky ajis tu pemecah belah umat.

    ReplyDelete
  2. satu analisis yang menarik dan perlu diberi perhatian oleh pakar-pakar sejarah di malaysia. kena tulis sejarah yg benar dan jangan disorok fakta demi nak jaga hati non pribumi. biar najib sorang saja yg terhegeh jaga hati cina. orang melayu lain mesti rapatkan barisan dan bersatu. barulah si kafir ni gerun.

    mat jan

    ReplyDelete
  3. KOMEN bahawa negara ini kepunyaan kaum Melayu dan kaum bukan Melayu perlu menghormati kekuasaan Melayu, kedengaran lagi. Secara umumnya, komen ini atau lebih tepat lagi hakikat ini tidak disenangi sesetengah pihak dalam kalangan bukan Melayu. Sehubungan itu, Semenanjung Malaysia yang sebelum ini dikenali dengan nama Tanah Melayu, bagi mereka ini adalah nama geografi semata-mata dan wujud dalam konteks sejarah lampau saja. Mereka mendakwa nama ini tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden ini, lebih-lebih lagi dalam Gagasan 1Malaysia.

    Politik, yakni pendapat dan kepercayaan mengenai salasilah negara ini, khususnya Semenanjung, yang berbeza-beza sepatutnya tidak timbul lagi, khususnya pada masa ini, selepas negara merdeka sejak 54 tahun lalu. Penduduk asal dan dominan rantau ini dan Malaysia, Indonesia dan Filipina sebagai wilayah terasnya, dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah dihuni dengan dominannya oleh rumpun yang dikategorikan sebagai Melayu.
    Oleh sebab alam Melayu lebih menerima budaya luar daripada memantapkan budaya sendiri pada era awalnya, mereka ini menganggap perkembangannya sebegini yang banyak dipengaruhi reaksinya terhadap pertembungan dengan budaya luar, khususnya di Semenanjung sebagai wilayah yang tidak mempunyai dasar Melayu yang kuat. Justeru, ia tidak boleh dipanggil Tanah Melayu.

    Tidak dapat dinafikan pertembungan dengan India adalah banyak sekali sehinggakan ia meninggalkan kesan budaya dan politik yang besar di rantau ini. Ia dapat dilihat pada pengaruh Hindu dalam struktur sosial dan politik alam Melayu. Sehubungan ini, bawah pengaruh Hindu, ketua dalam masyarakat Melayu feudal dijadikan raja, yang takhtanya diwarisi. Kosa kata bahasa Melayu ikut diserapi kata Sanskrit.

    Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu ini tidak sekali-kali menguasai struktur asas masyarakat Melayu, sama ada yang bersifat politik mahupun sosial. Pengaruh Hindu ini adalah lapisan budaya semata-mata dan tidak pun mengubah struktur feudal masyarakat Melayu dulu dalam apa jua cara. Ia masih wujud dengan utuh dalam tata tingkat raja dan rakyat.

    Islam tiba di rantau ini pada abad 11 dan didapati sudah bertapak dengan mantapnya pada abad ke-13. Pada masa itu, Pasai dan kemudian Aceh di Sumatera menjadi pusat penyebaran Islam yang masyhur. Walaupun Sumatera Utara adalah pusat pengajian Islam di Asia Tenggara pada bahagian awalnya, sesungguhnya Melaka adalah pusat di mana Islam tersebar ke seluruh alam Melayu kemudian.
    Sehubungan pengaruh Islam yang kuat di rantau ini melalui Melaka, ia menjadi pelabuhan yang dikunjungi pelbagai jenis pedagang. Walaupun banyak bahasa dituturkan di sana, bahasa Melayu ialah lingua franca yang paling banyak digunakan. Ia digunakan untuk tujuan komunikasi bukan saja antara penduduk tempatan dengan pedagang, tetapi sesama pedagang asing dari segenap pelosok dunia.

    Walaupun Melaka ditawan Portugis pada 1511, Kerajaan Melaka tidak terus lenyap. Sehubungan ini, seluruh empayar Melaka diperintah dari Johor sehingga ia dan lain-lain ditakluk Aceh. Dengan ini, seluruh Semenanjung Malaysia berada di bawah kuasa Aceh, kecuali Melaka yang diperintah Portugis dan kemudian Belanda.

    Kekuasaan Aceh diakhiri dengan penaklukan Bugis pada abad ke-18. Penaklukan Bugis dari Sulawesi ini berlaku dalam bentuk halus. Mereka tidak sekali-kali menggulingkan pemerintah di Semenanjung. Yang dilakukan ialah mereka menguasai beberapa negeri dengan meresapi struktur politik yang sedia wujud, melalui naungan di sebalik takhta. Antaranya ialah Kedah, Perak, Pahang dan Johor. Hanya di Selangor, mereka berjaya menduduki takhtanya.

    Bersambung...

    ReplyDelete
  4. Kemunculan dan kejatuhan kekuasaan Aceh dan Bugis ini sebetulnya memperlihat bangun jatuhnya pusat kuasa watan alam Melayu, khususnya di Semenanjung. Sebaliknya, kehadiran Portugis dan Belanda perlu dilihat sebagai semata-mata campur tangan di Melaka saja dan kawasan berdekatan. Di luar Melaka, di Semenanjung dan seluruh Nusantara, tamadun Melayu terus berkembang tanpa sebarang pengaruh Barat yang signifikan.

    Melaka adalah Kerajaan Melayu pertama untuk tempoh 1402-1511, sesungguhnya adalah kemuncak tamadun Melayu dalam alam Melayu. Selepas tempoh ini, ia berpindah ke Johor. Dari sinilah pengaruh dan kekuasaan Melaka terus berkembang ke seluruh Semenanjung dan di pantai timur Sumatera.

    Menjadi kesalahan besar untuk menganggap era kekuasaan Aceh dan Bugis di Semenanjung sebagai pemerintahan oleh kaum bukan Melayu, seperti didakwa sesetengah pihak. Masyarakat Aceh dan Bugis berasal dari Sumatera dan Sulawesi, adalah wilayah utama dalam alam Melayu. Justeru mereka bukan pendatang ketika berpindah ke Semenanjung. Mereka sebetulnya adalah watan alam Melayu dan peribumi Nusantara!

    Sehingga abad ke-18, kewujudan alam Melayu di rantau ini, khususnya secara dominan di Nusantara kecuali Melaka, berterusan tanpa campur tangan Barat. Hanya pada abad ke-19, keadaannya berubah melalui penjajahan Inggeris. Untuk beberapa abad lamanya, Semenanjung dihuni rata-ratanya masyarakat Melayu. Tetapi awal abad ke-20 memperlihat kependudukan alam Melayu ini bertukar secara mendadak dengan kemasukan buruh secara besar-besaran dari China dan India.

    Dengan latar sejarah yang sebegini jelas keMelayuannya, bagaimanakah Semenanjung tidak boleh dikaitkan lagi dengan nama Tanah Melayu pada masa kini khususnya dalam Gagasan 1Malaysia?

    Gagasan 1Malaysia yang walaupun menganjurkan keadilan sosial yang memastikan keterlibatan semua kaum, tidak boleh sekali-kali ditafsirkan dari segi kenegaraan, khususnya mengenai salasilah negara ini sebagai betul-betul satu fenomena moden yang langsung tidak mahu mengambil kira sejarah lampau.

    Penolakan unsur kesinambungan antara bentuk sebelum moden dengan yang moden oleh sesetengah pihak, yang menganggap nama Tanah Melayu itu tidak sesuai lagi digunakan pada masa ini, khususnya dalam pembentukan bangsa Malaysia dan negara moden Malaysia itu sendiri, adalah bukan saja sikap buruk. Tetapi yang lebih mudarat lagi ialah kesan buruk yang boleh timbul daripada sikap ini yang menafikan sejarah lampau negara ini sebagai jajahan Melayu.

    Sesungguhnya pembinaan mana-mana negara, walaupun pada zaman moden ini perlu dikaitkan secara eksplisit dengan bentuk sebelum moden dengan mengambil kira sejarah lampau, khususnya yang berkenaan dengan beberapa identifikasi politik yang penting. Sehubungan ini, Semenanjung adalah Tanah Melayu pada masa dulu, kini dan selama-lamanya. Ini adalah kenyataan nasionalisme Malaysia dan bukan etnosentrisme Melayu!

    Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    ReplyDelete
  5. untuk (c) dan (d) pun bukan melayu x patuh.selayaknya d gugurkan kerakyatan sebagai penduduk tetap sahaja.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn anon. depa ni perangai bukan baik pun. buat kongsi gelap, jual dadah, seludup., pelacur, rumah urut bla bla bla. lepaih tu dah kaya banyak lari dok luar negara. takdak sifat setia langsung.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  7. Starting point adalah dari pemerintahan kerajaan 3 beranak Tundun Bodohwi yang suka barang CINA yang tak potong.

    ReplyDelete