Tuesday, February 1, 2011

Maaf Tun...jangan disentuh Nik Aziz!

1. Che Det dalam posting terbarunya telah mengkritik Nik Aziz secara terbuka. Mungkin sudah terlalu lama Che Det memendam rasa terhadap perlakuan songsang Nik Aziz selama ini dan akhirnya beliau bertindak meluahkannya.

2. Cuma kami merasakan Che Det tidak perlulah membuang masa mengkritik insan bernama Nik Aziz itu. Lagipun Nik Aziz memiliki ramai pengikut 'mental block', jumud dan taksub tahap kronik yang sanggup mengiya dan mempertahankan apa sahaja yang keluar daripada mulut Mudalilul Ampas itu.

3. Nik Aziz bagi pemujanya umpama seorang 'nabi', 'wali', 'dewata', 'maksum', 'tok guru yayah', 'ularmak', 'ultraman', 'superman', 'angel', 'bionicman', 'spiderman', 'Hawai Five O', 'Glee', 'support gayman' etc. dan pentaksub Nik Aziz juga menganggap beliau setanding 10 nama yang telahpun dijamin Rasulullah saw ke syurga. Cubalah kritik sikit saja Nik Aziz ini, maka akan bersusunlah tentera penyembah yang akan mempertahankannya, seolah tiap-tiap malam Rabu, malaikat akan turun membasuh hati hitam Nik Aziz, dan menjadikan Nik Aziz seorang yang suci dari dosa.

4. Ketaksuban penyembah Nik Aziz ini sudah sampai ke suatu tahap sanggup memutar belitkan hukum dan ayat Quran, sanggup mengistiharkan syaitan sebagai sahabat, sanggup memandu dari Utara, Selatan dan Barat Semenanjung untuk ke Kelantan bagi meminta Nik Aziz mencukur jambul anak mereka, mendapatkan air jampi Nik Aziz bagi menyucikan hati, meminta Nik Aziz mendoakan mereka, menampal gambar Nik Aziz di rumah dan kereta, memakai capal dan baju berwajah Nik Aziz, termasuk menulis dengan besarnya di premis perniagaan di bawah gambar Nik Aziz dengan ayat "DENGAN BERKAT TOK GURU!" yang kononnya mampu melariskan jualan.

5. Cuma yang belum dilakukan pentaksubnya ialah berzikir dengan nama Nik Aziz dan menyembah gambar beliau. Namun ianya tidak mustahil berlaku pada masa hadapan jika keadaan sekarang menjadi tidak terkawal. Kubur Nik Aziz nanti pasti dianggap keramat oleh penyembahnya dan kita mungkin berhadapan pengulangan sejarah peristiwa kubur Ibrahim Libya yang dicurahkan minyak atar bertong-tong oleh pengikut taksubnya bagi membuktikan konon kuburnya berbau wangi.


6. Tambahan pula, berdasarkan respon semasa pemujanya, walau apa saja paparan kesilapan Nik Aziz dibuktikan kepada masyarakat, pasti mereka tidak akan dapat menerima hakikat kelemahan Nik Aziz itu yang seolah menganggap Nik Aziz hampir sesempurna sifat Nabi.

7. Justeru kepada mereka yang berhasrat menghentam Nik Aziz, maka lupakan sajalah. Pengikut dan pemujanya pasti tidak akan menerima rasional yang anda berikan berkenaan Nik Aziz dengan hati yang waras dan terbuka. Kecualilah Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mewartakan Nik Aziz sebagai PENGKHIANAT ISLAM yang SESAT.

8. Maka biarlah manusia keturunan gedebe bernama Nik Aziz itu hidup dalam dunianya sendiri. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan yang mengarahkan semua orang memanggilnya dengan gelaran "Tok Guru", adalah bukti bahawa Nik Aziz mempunyai krisis identiti yang serius sehingga tergamak memaksa orang memberi pengiktirafan "Tok Guru" di pangkal namanya.

9. Adalah lebih afdhal untuk kita berdoa dan berusaha agar bangsa Melayu berlainan ideologi di negara ini bersatu akhirnya kerana KESATUAN MELAYU itu bakal menimbulkan kegerunan kepada pihak musuh.

10. 1Melayu = 1Islam. Allahuakhbar!

26 comments:

  1. apa pun anggapan pengikut pas terhadap nik ajis..bagi saya nik ajis hanya seorang tua yang mula untuk menempuhi zaman nyanyuknya..
    dendam didalam hati menyebabkan perbuatan dan perkataannya tidak lagi selari dengan peradaban Islam.. yang tinggal hanya kata-kata dunia untuk dunia...wallahualam..

    ReplyDelete
  2. cakap orang tanpa didikan agama sepertilah jahiliah itu kena terima,kekadang melayu itu sudah pasti islamnya ke..kalau setakat lahir dari perut melayu.. tapi cara hidup langsung tidak berpandukan hadis dan alquran.. macam mana ye.itu sebab hari ini ramai orang kafir minat islam tetapi sebaliknya ramai melayu minat.....sedarkah kamu.bila orang ada pegangan agama nak berjuang tingkatkan islam ada saje melayu seperti kamu... mati esok kita akan dipersoalkan ..oleh Allah tapi bukan pemimpin umno boleh tolong.

    ReplyDelete
  3. Kamu momokkanlah Nik Aziz itu. mahathir yang sah mengaut wang rakyat yg berbillion untuk menyelamatkan Mirzan dulu sudah cukup yang Mahathir adalah pembelot.

    kita susah-susah berniaga, tiba-tiba Mirzan ambil wang Petronas berbillion ringgit untk menyelamatkan perniagaannya yang rugi itu. Bila rugi rakyat bayar bila untung sebat semua.

    Mana mungkin Mahathir lebih baik dari Nik Aziz.

    pemerhati

    ReplyDelete
  4. tapi yang nyata PAS == Al arqam je, sebab "tengok gambar dapat pahala" tu yang lekat bayangan n.ajis kat kereta.

    jauhilah pemikiran kolot macam ni, kalau derma bina masjid atau buat kebaikan ke paham le juga.

    ReplyDelete
  5. kedua dua sama bangang yang lebih parah menjadi balacai Dapig menjahanamkan perpaduan melayuislam.semoga malaysia menjadi republik bapa Preesiden pertama ialah Wali sleeper dari kelate.

    ReplyDelete
  6. Masa aku dekat U dulu dalam tahun 1991, aku ingat lagi ada sorang brader dari Kelantan cakap ada sorang mamat tu jatuh sakit sebab hinakan Nik Aziz.

    Aku pun terfikir, wuihh...tahap karamah tu. Tapi sekarang ni aku tengok berbakul2 sumpah seranah kat dia. Takde menda pun.

    Apa2 hal pun aku percaya hidup, mati, sakit, sihat tu semua ketentuan Ilahi. Frankly speaking, aku rasa yg Nik Aziz sekarang sedang hanyut dalam pesona seorang selebriti. Dia alpa dan merasa over confident apa yang diucapkannya akan dipatuhi 110% oleh pengikutnya.

    Aku akui "aura"nya hebat. Lebih hebat dari Anwar tetapi yang aku perhatikan, kebanyakan orang2 yang terpesona dengan "aura"nya ini terdiri dari orang yang mudah dikelepet dengan iklan "duduk goyang kaki di rumah tapi setiap minggu masuk RM 4 angka".

    Tak pernah aku tengok orang menjadikan Nik Aziz sebagai ikon kepada satu2 parti. Dari kipas angin, t-shirt, key chain, kepit kuku, sticker motor/kereta dan seribu satu macam memorabilia.

    Tun M yang begitu terkenal seantero dunia pun tak dijadikan ikon sebegitu rupa. Tapi aku percaya Tun M tidak mahu wajahnya menjadi memorabilia. Sedangkan ada usaha orang Langkawi untuk menamakan kompleks pekan rabu sebagai kompleks Che Det tapi Tun M berkeras tidak mahu. Aku tak pernah dengar Nik Aziz meminta pengikutnya berhenti dari mencetak wajahnya untuk dijadikan memorabilia.

    Di sini aku boleh membuat penilaian terhadap keperibadian kedua2 pemimpin. Seperti yang pernah diperkatakan "don't judge a book by it's cover". Islam itu bukan pada serban, kopiah, jubah, janggut dan beristeri lebih dari 1 semata2. Titik.

    akuantipr.

    ReplyDelete
  7. awat Tun Mahathir nak sentuh Nik Aziz...? da takda kerja lain ka...?

    awat macam jadi peribadi ja...?
    eh...ya ka peribadi...?

    Tun Mahathir ada 'gelar2'kan Nik Aziz ka...? ada cakap pasai perihal rumah tangga dia ka..? dak pun....yang Tun Mahathir cakap psal kepimpinan dia....psal halatuju tiap tindakan dia....perilaku dia...gitu rupanya...

    sebab kafir harbi PAP Kuan Yew(DAP Kit Siang) rupanya...

    tapi nak pelik apa ngan Nik Aziz and the gang ni...:

    1) depa kata depa beriman dengan Allah S.W.T...tiada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T...yang ESA
    ~kalimah Allah S.W.T tak dipertahankan sedangkan kalimah Allah S.W.T hanya milik agama ISLAM yang BENAR (akidah tu...)

    2) depa kata percaya dan yakin dengan Allah S.W.T....
    ~sumpah laknat dipertikai...serba serbi...walhal yang bersumpah meminta Allah S.W.T melaknat sekiranya tidak berkata benar...dengan kesaksiannya adalah Allah S.W.T yang Maha Mengetahui...yang Maha Adil...(bab 'baiah talak' dikatakan jihad....akuan sumpah yang kena kat kepentingan depa...pun depa terima...apa kes.?)

    3)hukum hakam yang JELAS....dikelirukan...dan mengelirukan....dengan sumber yang tidak konsisten...dengan pernyataan yang berbelit2 hanya untuk membenarkan perkataan dan perbuatan mereka....

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. Salam Paneh,

    Apa khabar semua warga Paneh? Harap sihat walafiat dan jangan main air musim hujan ini.

    Ini posting yang sahih. Kalau nak bergaduh dengan jiran senang je...komenlah pasal Tok Guru mereka yang jauh di Kota Bahru walaupun kami bermastautin di Shah Alam.

    Entah apalah istimewanya Nik Aziz ni Mak Cik pun heran. SATU pun belum ada apa yang Nik Aziz buat untuk kami di Selangor ini tapi pujian berbakul dia dapat. Masjid-masjid terbina pun sejak puluhan tahun dulu bila PKR belum pun ada lagi dan masa tun Khalid Ibrahim dok bagi ceramah mewakili PNB.

    Nak katakan dia Wali tak mungkin sebab HOT semanjang. Wali Wali Allah selalunya TENANG je, very calm, tak banyak cakap, banyak senyum dan suka membahagiakan orang lain. FITNAH langsung tak masuk dalam kamus para Wali. Mereka sentiasa MENYATU PADUkan jiran-jiran walaupun mungkin tak bergaul sangat sebab tak suka buka mulut banyak banyak, takut tersasul dan undang dosa tak tentu pasal.

    Tapi mungkin orang zaman moden ini ukuran Wali bagi mereka berbeza, mereka lihat dari luaran sahaja. Dari penampilan asalkan nama Alim. Pengisian tidak penting. Asalkan pandai dan hafal ayat ayat suci sudah memadai walaupun dalam hidup sendiri Ayat suci yang diutarakan siang dan maalam tidak langsung diamalkan. Seolah-olah ayat ayat suci hanya untuk orang lain dan tidak peringatan dan amalah diri sendiri, keluarga dan pengikut2. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  9. memang mudah untuk berkata..
    tapi pernahkah kita belajar dari sejarah Islam itu sendiri..
    manusia masih melakukan kerosakan yang sama...
    salah seorang dari mereka telah menaikkan martabat negara dan agama dimata dunia.. dan seorang lagi hanya memecah belahkan umat dengan dalil-dalil yang entah datang dari mana..
    bukan senang melakukan fardu kifayah..itulah jasa Tun..

    ReplyDelete
  10. Den setuju bonar dgn pemerhati 12.04pm. Tun juga sgt terkenal dgn berbagai gelaran Maha. Tun amat paneh bila TGNA angkat tgn good tunjuk pada LKY. Sekurang2nya LKY menyatakan dia tidak mencemuh pengantinya, bukan spt Tun yg 4 pengganti tumbang dibawah mata Tun sendiri. Fikirlah jgn taasub dan jika dah semua orang lain salah, adalah mustahil Tun yg paling benar. Pada aku sudah tentu amat beza kedua2nya yg mana TGNA arif tentang sunnah dan hukum wajib dlm islam tapi yg lagi 1 tu, lu pikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  11. Kalu TGNA confirm blum nyanyuk tapi yg ucap 1993 perlembagaan tentang raja tidak diubah!? lu kena pikir sendri ammak!

    ReplyDelete
  12. LKY tu kafir dan dia hanya dakyah utk menurunkan martabat islam dinegara yg diperintahnya, tak menghairankan terpulanglah rakyat islam kota singa menilaikannya. Yang amat menghairankan apo kejadah yang sanggup mengugut jika hukum hudud dilaksanakan dikelantan, dia akan bertindak untuk menghalang. TGNA amat arif dgn puak2 ni, bila terdesak ajak perpaduan bila dah segar sikit mulalah menekan memakan kawan melayu islam. Betul spt kata sdr tem mereka ini ibarat pisau mata dua, hunus makan, tarik pun makan ibarat dua alam, depan melayu lebih melayu dia dgn songkok tinggi, depan kafir, songkok tinggi tinggal dlm kereta dan terus melalak pas dgn negara islamnya.

    ReplyDelete
  13. apa yang gagal difahami oleh sebahagian komentar mempertahankan nik ajis dlm jis posting ini ialah penyokong kerajaan bukannya menentang dasar-dasar islam, tetapi mereka menentang pengurusan dasar islam yang bertentangan dengan islah islam itu sendiri yg diamalkan pas selama ini. dan yg paling kelakar melihat cara pentaksub nik ajis mempertahankan beliau ialah dengan menghentam kembali tdm. hehehe. tak bulih jawab, depa hentam semula org yg berkata dan konar tang lain. 'hebat' sungguh argument depa. tahap mentaliti beginilah yg senang kena tipu dengan nik ajis. kesian. kurang2 penyokong kerajaan tidaklah taksub buta dengan pemimpin depa sendiri.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  14. Ini cakap macam dajjal pendusta (org putih ckp twisted tongue), "penyokong kerajaan bukan menentang dasar islam tapi mereka menentang pengurusan dasar islam yg bertentangan dgn islah islam yg diamalkan". Dari kenyataan inilah ada mahadajjal yg melebelkan "islam pas ala pas" dan "hudud ala pas". Kenyataan inilah yg disogok oleh pemuka nasionalist agar islam terdapat banyak pelbagaiannya. Kemuncak kekeliruan adalah cubaan menyogok kefahaman islam hadari oleh pemuka nasionalis anak cucu ulamak lagi. jika di lebelkan islam ala UMNO sendiri pun amat mendukacitakan apabila hukuman rotan terhadap peminum arak pun gagal dilaksanakan meskipun dia seorang wanita. Mungkin anak benih nasionalist yg toghut dgn barat spt sdr diatas lupa atau tidak pernah tahu yg Rasullah pernah bersabda jika fatimah anakku sendiri mencuri, nescaya akan ku potong tangannya. Apa nak dibuat apabila negara dipimpin oleh yg jahil beragama dgn parti yg terang2 menolak dasar islam diberi peluang mentadbir dan mencorak negara dan akibatnya lahirlah insan malang yg hilang pengertian atau gagal memahami tentang apa itu dasar dan apa itu ciri islam yg satu yg syumul.

    ReplyDelete
  15. sian anon tak faham hukum hakam islam.

    "melepaskan 9 org yg ternyata bersalah itu lebih baik drpd menghukum seorang yg tidak bersalah" - intipati hudud by ismail kamus, ajk pas pusat.

    enakmen draf hudud pas kelantan kenapa berbeza dengan enakmen draf hudud pas terengganu? adakah hukum hudud islam itu berbeza ikut negeri?

    islam addin, pas parti politik.

    kalau tak pakar jgn byk cakap.

    kesimpulannya nik ajis bodoh.

    fin.

    ReplyDelete
  16. Dr M a senile critic says Azmin.

    ReplyDelete
  17. melepaskan 9 orang yg diragu kesalahannya adalah lebih baik dari menghukum seorang yg nyata kesalahannya. Ragu disini disebabkan ketiadaan bukti yg cukup spt ujud saksi yg fasik dsbnya. Jika 9 org yg dah nyata kesalahan, manakan sama dgn 1 org yg sudah nyata kesalahannya. Kenyataan ismail kamus bermaksud islam bukan berbudaya mengambil kesempatan menghukum tapi dlm islam hukuman adalah utk mendidik. Bebal betul rasanya, wcdma telah mengambil contoh intipati hudud nasionalis. Inilah bahana anak didikan Barat peninggalan pemerintah nasionalis British, gagal untuk memahami intipati islam sebenar tapi menuduh tok guru pula yg bodoh wal hal engkau tu yg baghal emosi. Kalau dah tak tahu nak memberi komen baiklah engkau baca komen org lain atau ekau masuk sekolah menengah rendah ulang belajar.

    ReplyDelete
  18. wahai tibai yg baghal. kau jawab soklan satu saja

    mengapa draf hudud pas kelantan berbeza dgn draf hudud pas terengganu? hudud islam ada dua jenis ke mcm draf yg pas buat?

    kau jwb tu jelah. kau kan pandai.

    ismail kamus tak cakap ragu. dia cakap, "melepaskan 9 org yg ternyata bersalah itu lebih baik drpd menghukum seorang yg tidak bersalah"

    tak payah kau nak putar belit. aku ada dlm kelas dia masa tu dan siap bertanya soalan lagi.

    pas sebenarnya yg nasionalis sejak awal tubuh. baca apa kata ahmad boestaman.

    kesimpulannya nik aziz dan tibai sama-sama bodo.

    fin.

    ReplyDelete
  19. melayu berpecah 3 akibat dari mamak.

    ReplyDelete
  20. tidak ada beza draf hudud kelantan dan terangganu. Jika ada sekali pun melibatkan soal furuk atau ranting sptmana penafsiran terhadap mazhab agama. sebagai contohnya hukum had atau denda boleh berlaku perbezaan yg bergantung kpd penafsiran hakim syarie.Walau bagaimana pun persoalan pokok spt hukum qisas tetap sama hukumannya. Cian wcdma, masuk dlm ceramah ilmu, telinga pasanglah elok2. Perkataan 9 org tetap salah itu masih dalam "open and closed inverted". Statement yg ismail kamus buat tu betul tetapi engkau gagal memahami. Stament yg kau buat seolah-olah ajaran agama islam dgn perundangannya tidak praktical atau gagal untuk dsilaksanakan. Inilah yg cuba ditanam oleh penjajah nasionalis British dan mereka berjaya apabila pemuka nasionalist melayu half breed mamak berjaya kelentong umat melayu KUNUN ujud hudud ala PAS. Wahai adik water closetdma, aku sarankan engkau teruslah mengikuti kuliyah agama supaya jiwa nasionalis baratkau terpadam dan kau bukan lagi tergolong dlm golongan islam baka. Pengetua Pas pertama Dr. Zulkiffli Muhamad bukannya nasionalis. Jgn kau bawa tentang DR Buhanuddin Helmi yg juga rakan sekampung DZM. Meraka lebih islamic dari mana2 nasionalis yg pro barat. alahai wcdma yg masih budak mentah budak mentah.

    ReplyDelete
  21. ”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci” - Dr Burhanuddin al-Helmy.

    pas perjuang melayu sebagai kebangsaan? bertapak atas ideologi islam? islam itu ideologi?

    sahlah perjuangan pas adalah berteraskan nasionalis barat sejak mula ditubuhkan.

    wahai anon tibai yg tukar2 nick sebab bacul. nick pun tak tetap, menunjukkan kau tidak layak menjadi saksi pun. maknanya apa kau cakap tak boleh dipegang. kau tu bukan budak mentah tapi budak belum masak langsung.

    heran aku org yg tak masuk kelas mengaku faham drpd orang yg mengaji dalam kelas.

    malang sungguh pas ada pengikut mcm kau.

    kesimpulannya kompom kau bodo.

    fin.

    ReplyDelete
  22. Dr Buhanuddin ka, Ahmad Bustamam ka mereka ini semua pejuang awal kemerdekaan. Setiap pejuang awal sudah semestinya punyai semangat Nasionalis. Tak kira Tunku ka Tun Razak ka sudah semestinya tebal nasionalisnya. Apa yg amat mendukacitakan ujudnya beberapa Tun yg juga termakan momokan penjajah barat yg KUNUNnya Pejuang Pas awal bukanlah pejuang kemerdekaan tanah Melayu. Puak benih barat dgn harapan untuk menutup kelemahan dan menuding jari kepada Pejuang Pas telah mendakyah yg pejuang UMNO saja yg berjuang mencapai kemerdekaan. Mereka sanggup menuduh pejuang dahulu spt Ahmad Bustamam sebagai Nasionalislah komunislah. Setiap parti ada semangat Nasionalisnya cuma bezanya semangat islam lebih addin dari semangat nasionalis. wcdma bornloser up to u lah jika nak ikut anak ketua nasionalis Sikunder kutty yg menghentam hukum hudud Allah dan menjadikan ajaran Nasionalist Lord Reid sebagai Addin, engkau punya pasallah wcdma yg ternyata Baghal. Jangan kamu kutuk Nik Azis bodoh sbb banding ekau dgn sianak kandar kutty ilmu ekau ibarat pantat laut, muka bumi dan tinggi langgit. Fullstop. Hujah aku pun ekau tak mampu nak kupas, nak kutuk TGNA KUNUN. Maaf Tun jgn disentuh Nik Azik, melayu pecah 3 disebabkan engkaulah tapi bisalah dispin tunjuk pd org lain. Apakira pun pergilah kau org UMNO tadah kitab dgn majlis ilmu syarahan ulamak islam PAS kalau dah ceramah ugama umno kamu penuh dgn cacimaki cipta fitnah.

    Kesimpulannya confirm enkau anak cucu hati gelap termakan shit Barisan Shit.

    ReplyDelete
  23. tuuu diaaa...pengomen2 'tegar' FTE (Fanatik, Taksub, Ego) @agenda sendiri yang bijak bistari...

    baguih lah macam tu...sat pakai logik akai...sat pakai 'fakta'....apa2 pun sentiasa lah berubah2 ikut relevan akai...ikut 'level' akai....

    apapun...

    1)depa dok laung2kan kalimah ALLAH S.W.T....tapi kalimah ALLAH S.W.T yang hanya milik agama ISLAM yang BENAR tidak dipertahankan malah dikeluarkan kenyataan yang keliru dan mengelirukan...~ini adalah soal akidah~

    2)depa dok kata keimanan depa kat Allah S.W.T....tapi depa pertikai serba serbi tang sumpah laknat yang minta laknat daripada Allah sekiranya yang bersumpah itu tidak berkata benar....dengan kesaksiannya adalah ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui...Maha Adil...depa tak percaya dan yakin ka...?

    "Maaf Nik Aziz....jangan diangkat parti itu sebagai agama....dan jangan sesekali disamakan agama ISLAM yang BENAR dengan agama yang lain..."

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  24. Sometimes facts sometimes logical thinking......heem... the way the great Tun lead the Malay moron who couldnt remember facts (forgetful)and to think logical way. What a pity.

    ReplyDelete
  25. mahathir bijak..PAS Parti Ajaran Sesat....tapi yang peliknya..UMNO yang perjuangkan Islam pernah diharamkan..dan UMNO yang ada sekarang adalah UMNO yg diasaskan Mahathir..sedangkan PAS tak pernah diharamkan pun,ekekekeke..

    takpa..mahathir kata zaman nabi takdak gillete,sebab tu kena simpan janggut..

    yang lebih penting...Mahathir bawak masuk GEORGE SOROS ke Malaysia...Pesawat Israel pula Mahathir bagi guna ruang udara Malaysia untuk ke Singapura walaupun ditentang Indonesia dan Brunei...macam mana tu??

    lepas tu pulak rakyat Israel dibenarkan menyertai perlawanan sukan di Malaysia walaupun ditentang rakyat.. Mahathir tetap berkeras jugak..

    Rakyat sekarang sudah lupa pasal apa yang Mahathir lakukan kerana disogokkan kesenangan,kemajuan,dan hiburan..

    Biar kurang pembangunan negara,jangan kurang pembangunan ummah..

    PAS bersatu dengan DAP,PKR...tapi MCA,MIC tu parti islam ka?

    berhati2 dgn sejarah..kadang sejarah ni boleh direka2 untuk kukuhkan pemerintahan negara...

    sekian..

    ReplyDelete
  26. mahathir bijak
    - ini 1000% betul ..dia genius..satu dunia iktiraf
    PAS Parti Ajaran Sesat
    - tambah lagi Parti Ajaran Syiah
    tapi yang peliknya..UMNO yang perjuangkan Islam pernah diharamkan..dan UMNO yang ada sekarang adalah UMNO yg diasaskan Mahathir
    - so dah haramkan buat la parti baru.
    sedangkan PAS tak pernah diharamkan pun,ekekekeke..
    - PAS tak perlu diharamkan sebab korang pemecah belah kesatuan melayu

    takpa..mahathir kata zaman nabi takdak gillete,sebab tu kena simpan janggut..
    - biasa la ni kutip dari haramjadah daily..ada transkrip tun cakap lagu ni?

    yang lebih penting...Mahathir bawak masuk GEORGE SOROS ke Malaysia...Pesawat Israel pula Mahathir bagi guna ruang udara Malaysia untuk ke Singapura walaupun ditentang Indonesia dan Brunei...macam mana tu??
    - ko ada tengok George Soros kat malaysia dengan pesawat israel lalu kat airspace malaysia?

    lepas tu pulak rakyat Israel dibenarkan menyertai perlawanan sukan di Malaysia walaupun ditentang rakyat.. Mahathir tetap berkeras jugak..
    - kurang pasti mana sumber anda..haramjadah daily lagi?

    Rakyat sekarang sudah lupa pasal apa yang Mahathir lakukan kerana disogokkan kesenangan,kemajuan,dan hiburan..
    - ye la abis tu anak2 melayu yang pergi oversea ramai2 tuh sapa sponsor? PAS? takkan selama2 nya nak duduk kat kampung kena tekan dengan tauke2 cina..

    Biar kurang pembangunan negara,jangan kurang pembangunan ummah..
    - bodoh..kalau umat islam tak mahir ekonomi teknologi sampai tu la kena tekan dengan orang asing..ada ke dalil kita ni kena belajar ibadat khusus je?

    PAS bersatu dengan DAP,PKR...tapi MCA,MIC tu parti islam ka?
    - PAS dulu kata UMNO ni kena ditolak sebab berkawan dengan MCA MIC, lepas tu jilat ludaah sendiri buat pakatan syaitan dengan DAP..apa ni wei..

    berhati2 dgn sejarah..kadang sejarah ni boleh direka2 untuk kukuhkan pemerintahan negara...
    - sila buktikan sejarah negara direka..kau buat la buku sejarah sendir quote dari haramjadah daily..bole la buat syllabus ceramah2 PAS, DAP, PKR

    ReplyDelete