Tuesday, March 8, 2011

Baik kau setel cepat hal ni Najib!

1. Pada 17 Februari 2011, Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan dengan angkuhnya berkata, "Tempoh dah nak habis. Tempoh ini tidak akan disambung. Sekarang ada 11 hari lagi. Semuanya berkaitan disiplin. Jangan ingat kita mahukan duit. Pendapatan bukanlah keutamaan. Anda buat salah jadi anda perlu bayar. Itu peraturan. Kalau sudah makan nasi di restoran pun anda kena bayar," katanya.

2. Seterusnya, Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menegaskan kadar baru bermula 1 Mac 2011 bagi empat kategori kesalahan berbanding tiga sebelum ini, dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300, mengikut jenis dan kelas kenderaan, tahap keseriusan serta jenis kesalahan. Tempoh pembayaran pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60. Selepas hari ke-60, saman yang tidak dilangsaikan akan didaftar sebagai kes di mahkamah.

3. Namun Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz pula merayu, "Harap kalau boleh kerajaan tangguh perlaksanaan. Kita tak nafikan tujuan baik kerajaan tapi bila tengok jadual denda, takut kalau tegas sangat rakyat akan tanggung beban. Bila tak dapat bayar saman akhirnya diheret ke mahkamah, jadi bankrap...bagi enam bulan lagi...kita bukan nak halang kemajuan tapi takut rakyat tak sedia sepenuhnya," katanya.

4. Tup..tup bila masuk 2 Mac 2011 dan masih ramai lagi pesalah trafik buat derk saja, maka Hishamuddin pulak cakap, "Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini. Keputusan itu diambil bagi memberi lebih banyak masa kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman mereka."

5. Lepas 10 Mac nanti, jika masih ramai pesalah trafik enggan menjelaskan saman, maka apa pula tindakan Kerajaan Malaysia?

6. Rupanya kerajaan tidak peduli pun akan kuasa yang terkandung dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Malah JPJ, Polis dan PBT jelas tidak menghormati langsung kuasa mahkamah dalam kes "Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak" yang telah diputuskan pada tahun 2009.

7. Apa yang penting bagi Kerajaan Persekutuan ialah collection, dapat kutip 50% wang saman pun dah kira untung. Sehingga 4 Mac 2011, kerajaan hanya dapat kutip 7.9 juta saman. Masih ada 14.9 juta saman tertunggak yang masih belum dijelaskan.

8. Cuba kita bayangkan senario seandainya 14.9 juta pemilik saman ini masih buat tak tahu walaupun selepas tamat tempoh masa tambahan yang diberikan sehingga 10 Mac 2011. "Blacklist pun blacklist lah...peduli apa aku."

9. Pertamanya pemilik saman akan tetap memandu kenderaan masing-masing walaupun cukai jalan sudah tamat tempoh. Maka akan berlambaklah kenderaan tanpa cukai jalan di atas jalanraya. Apa yang mampu JPJ dan Polis Trafik lakukan ketika itu? Nak saman mereka lagi? Atau nak sita semua kenderaan tanpa cukai jalan? Nak simpan mana semua kenderaan tu?

10. Apabila pemilik kenderaan yang disenarai hitam tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan, maka perolehan JPJ melalui kutipan cukai jalan pastinya berkurangan. Pendapatan syarikat-syarikat insurans juga akan merosot kesan daripada ramai pemilik kenderaan yang tidak lagi peduli dengan undang-undang jobor sang penguasa.

11. Dan seandainya kenderaan tanpa cukai jalan dan insurans itu terlibat dalam kemalangan...siapa pula yang akan menanggung risikonya?

12. Rasanya semua pun boleh agak apa yang bakal berlaku seterusnya bila rakyat dah mula fedup dan berkeras menuntut hak mereka pula.

13. Adakah kerajaan hari ini sedar siapa sebenarnya yang lebih berkuasa?

12 comments:

  1. sebab tu rakyat2 Malaysia ni sekarang lemak & manja sgt2..abis tu bila dah wat salah nk suruh polis bagi saman cmne kat pesalah2 trafik tu? nak suruh ketuk ketampi mengikut tahap keseriusan kesalahan mereka? lu dah wat salah, lu kena denda, bayar je la..dah kalo tau xde duit, jgn wat salah..ade ke org x wat salah x pasal2 kena saman polis?

    ReplyDelete
  2. Anon 11.44

    Ada.
    http://myartismelayu.net/index.php?action=printpage;topic=10617.0

    apa macam?

    ReplyDelete
  3. Di UK juga menggunakan sistem yang sama seperti mana yang nak diperkenalkan oleh JPJ. Kalau nak bayar murah, bayarlah awal. Kalau lewat, bayar mahal dan kalau tak bayar langsung, jumpa di mahkamah. Sesiapa yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan, kereta terus disita dan di towing ke pusat penyimpanan kereta dan kena saman 200 pound. Setiap hari kena charge 30 pound untuk storage kereta yang disita. Kalau 5 hari baru nak setel kena bayar saman 200 pound + 150 pound (storage). Kalau lepas sebulan tak bayar saman dan tak claim kereta yang disita, kereta akan di lupuskan. Tetapi saman 200 pound + 30 pound sehari selama 1 bulan tetap kena bayar (30 x 30 hari = 900 pound). Sebab tu kat UK pemandu takut langgar peraturan lalulintas. Sebab kalau kena sekali mau habis gaji sebulan Tapi kat Malaysia boleh dapat diskaun 50% lagi dan masa bayaran pun dilanjutkan. Macamana pemandu nak disiplin sebab JPJ tak tegas dan ahli politik pulak nak mileage isu-isu macam ni.

    ReplyDelete
  4. Pasal kena bayar saman tu, aku setuju sangat angar tiada LANJUT-LANJUT. Sampai masa/tempuh, peraturan kena jalan!

    Tapi, pasal cara saman dikeluarkan tu, aku rasa tak setuju laa... Undang-undang lalulintas kita tidak selari dengan keadaan jalanraya kita. Kita nak meniru peraturan orang, tapi keadaan jalan kita tak serupa orang!

    JALAN STRET, KERETA TADAK, AKU PUN LARILAH 90, KENA SAMANNNNN!!!

    ReplyDelete
  5. anti birokrasi dan hipokrasiMarch 8, 2011 at 2:08 PM

    kita bukan cerita pasal peraturan atau undang2 tu. mmg la bagus undang2 yang diperkenalkan. tp kaedah perlaksanaan dan cara saman itu dikenakan adakah mengikut undang2. lgpun kau orang boleh bandingkan dgn uk tu apahal? pendapatan perkapita rakyat uk dgn malaysia jauh tu beb. mcm kata anon 1256 keadaan jalan raya di uk adakah sama dgn kita. saman ekor kat sana polis dia tak menyorok macam polis kita kat sini yg sanggup meniarap atas semak dan duduk belakang pokok semata2 nak tembak saman org. pikir logik la sikit.

    siapa yg letak papan tanda had laju pun biar la logik skit. kawasan lurus 3 line pun boleh letak 70km sejam. ada akai ka? pastu kwsn2 mcm ni la yg ditunggu oleh polis. drpd 110 tetiba boleh drop ke 90km or 70km tiba2. lepas tu plak kawasan menurun bukit dah tentu la laju, polis boleh tggu plak bawah bukit. itu mmg sengaja nak pedajal pemandu namanya.

    lgpun berdasarkan keputusan mahkamah, apa plak hak polis dan jpj nak blacklist org. syarat renew roada setahu aku di jpj ialah ada geran, insurans dan duit. mana ada ditulis mesti setel saman. akai ada ka yg buat peraturan ni semua?

    bodoh menteri pengangkutan. bodoh jpj. bangang tahap cipan.

    jom pakat ramai2 sertai kase - kumpulan anti saman ekor. kerajaan jelas nak mendajalkan pemandu di malaysia.

    ReplyDelete
  6. mcm mana dgn org asing yg dtg contohnya singapore yg kena saman adakah diorang di paksa clearkan saman sama mcm kita wargenegara kena.
    klu kita tengok kat highway diorang bukan main speeding lg, langsung tak takut kena saman.

    ReplyDelete
  7. aku yang tak pernah naik motor pun kena saman tak pakai topi keledar...itu yang pelik tu....

    ReplyDelete
  8. Apa bangang sangat nak saman2 ni....tak tau apa kesilapan kita tiba2 kena saman....kalau ini macam suruh je S Jibeng hantar saman.Lain kali kalau nak saman tu buat sistem betul2 bagi tau orang ramai macam mana dan apa sebab kita di bolihkan mendapat saman ok

    ReplyDelete
  9. cadangan aku...akta perlu diubah sikit...

    mana2 kes saman tak bayar yg di bawa ke mahkamah dan didapati wujud kesilapan berdasarkan alibi...macam takde moto kene saman meto...takde kete kene saman kete dan sabagainya...

    satu peruntukan khas / klausa khas yang memberikan hak kepada penerima saman untuk menuntut ganti rugi ekoran kekilafan pihak yang mengeluarkan saman...

    BARU ADIL

    ReplyDelete
  10. aku pun pernah kena saman sebab bawak lori, walhal aku takde lori. yg aku ada motor kapcai je. yg pelik saman tu dibuat kat tempat yg aku tak penah pegi...nun 300km dari tempat tinggal aku...gile ke?
    abg aku pulak kena saman ekor, tp bila mintak gambar, takde. semua bukti saman takde. tarikh dan tempat saman ekor waktu bekerja kat KL walhal masa tu abg aku tgh bercuti kat kampung..
    jadi adil ke utk rakyat?

    ReplyDelete
  11. orang yang disaman mesti terima notis saman dan tandatangan penerimaan saman. bukannya buat speedtrap sesuka hati, pastu hantar notis kat rumah dan sesuka hati je nak blacklist orang. aku dah mula tahap meluat dengan kerajaan ni. kementerian mana yg bodoh sangat ni. yb2 tu suma buta ke buat pekak badak rintihan rakyat ni semua. bingai.

    ReplyDelete