Wednesday, March 2, 2011

Bala...bala...

Saya menerima surat dari Pejabat Kesihatan Seremban bertarikh 1 Mac 2011 dengan No Rujukan Bil (25)PKS 51/508/1 Jld 4 yang menyatakan terdapat beberapa taman perumahan di Senawang kini adalah lokaliti wabak Denggi dan potensi wabak Denggi. Antaranya ialah Taman Satria dan Taman Alamanda.

Justeru itu adalah diharapkan semua penduduk di Senawang ini agar menjaga kebersihan dalam rumah, halaman luar rumah serta longkang.

Diharapkan juga agar Pejabat Kesihatan Seremban supaya memberi amaran ini bukan hanya melalui surat yang selalunya ramai yang tidak tahu, tetapi mengeluarkan amaran melalui akhbar, radio dan televisyen. Jika tidak rakyat akan mengambil sikap sambil lewa untuk menjaga kebersihan rumah, halaman rumah dan kawasan perumahan mereka sendiri. Rakyat disibukkan dengan kempen pilihanraya di Merlimau dan Kerdau dalam TV, di akhbar dan radio, mereka tak tahu pun ada BALA Denggi di kawasan perumahan mereka.

Nak harapkan peringatan melalui blog saya di http://waghih.blogspot.com/, tak ramai yang baca.

Diharapkan juga pihak Majlis Perbandaran Seremban mengambil tindakan yang lebih serius terhadap pembuangan sampah haram di tepi jalan, di kawasan perumahan oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak aduan telah dibuat, namun tindakan pro aktif tidak dilakukan seperti meletak penghadang besi untuk mencegah pembuangan sampah haram ini.

Diharapkan juga pihak Majlis Perbandaran Seremban lebih bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang membiarkan rumah mereka tidak berpenghuni, penuh semak samun, lalang dan pokok, mengenakan saman, menyita, mengambil tindakan mahkamah dan sebagainya.

Pihak Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran, janganlah mengharapkan gotong royong dari penduduk semata-mata, kerana sukar untuk mengumpulkan penduduk pada satu-satu masa, kerana kebanyakan mereka sibuk mencari rezeki nak bayar saman ekor, bayar bil elektrik, bil air, bil IWK, cukai tanah, cukai pintu, yuran sekolah dan macam-macam lagi.

Kalau buat gotong royong, muka 2–3 kerat tu sahaja yang datang. Kalau nak ramai kerahkanlah Pelatih PLKN untuk gotong royong.

Sumber sini.

3 comments:

  1. Salam Paneh,

    Ingin dikongsikan di sini bagaimana seorang sahabat saya TIADA DEMAM langsung tetapi keletihan sahaja dan bila buat ujian darah memang denggi. Jadi berhati-hatilah denggi memang amat merbahaya dan elok kita elakkan.

    ReplyDelete
  2. blog encik paneh dah den pautkan kek blog den timo kaseh... jroseshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Taman Alamanda tu taman den duduk. Bulan sudah den baru kono denggi. Alahai ni yang risau ni.

    akuantipr.

    ReplyDelete