Friday, March 18, 2011

Fuiyooo...RM2 trillion tu...

1. Tan Sri Zarinah Anwar berkata, modal pasaran Malaysia pada tahun 2010 melepasi RM2 trillion. Berapa banyak kosong yang ada di belakang RM2 tu...

2. Kesatuan Eropah (EU) pula menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia boleh meningkat sehingga 7.5 peratus pada tahun ini.

3. Petunjuk utama pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.21 mata untuk ditutup pada 1,484.14. Indeks Perladangan turun 109.35 mata kepada 7,554.78, Indeks Perindustrian kerugian 26.95 mata kepada 2,740.32 dan Indeks Kewangan berkurangan 102.09 mata kepada 13,424.73. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 92.601 mata kepada 10,143.80, Indeks FTSE Bursa Malaysia kehilangan 73.97 mata kepada 3,960.20 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia jatuh 114.851 mata kepada 10,826.27.

4. Perkara 3 di atas confirm tak ramai yang faham pun.

5. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan balik-balik dok sebut ETP...ETP...ETP (Program Transformasi Ekonomi)!

6. Apa...ingat rakyat golongan pertengahan dan bawahan peduli ka dengan angka tu semua?


7. Yang rakyat kisahkan apabila mereka bawa RM100 ke pasar basah atau kering, mereka dapat beli stok makanan untuk seminggu.

8. Apabila rakyat bawa RM100 ke pasaraya, mereka dapat beli pelbagai keperluan rumah untuk sekurang-kurangnya 2 minggu.

9. Apabila rakyat bawa RM10 ke restoran, mereka dapat bayar harga sarapan dan makan tengahari sekaligus.

10. Itulah sebenarnya yang rakyat dambakan.

11. Apabila pendapatan boleh guna rakyat rendah, maka sudah tentu keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Apabila keinginan tidak dipenuhi, pastinya kepuasan tidak tercapai. Dan apabila rakyat tak puas hati...mereka pasti akan terjemahkan kemarahan mereka melalui kertas undi.

12. Dan ketika itu tak kiralah isu liwat ka, jubur ka, DNA ka, karipap ka, mubahalah ka, hudud ka, judi ka, hatta liwat lagi 2-3 kali ka...rakyat akan kata "Persetankan itu semua."

13. Yang penting bagi rakyat pertengahan dan bawahan..."Perut kenyang, hati senang."

14. Justeru kalau adalah pak-pak menteri atau mana-mana individu yang cuba nasihat, "Rakyat perlu ubah cara hidup", setelah sekian lama rakyat diajar untuk hidup mewah dan selesa...maka itulah nasihat yang paling bangang pernah didengar.

15. Tapi ada ke yang peduli?

2 comments:

  1. RM 2,000,000,000,000.00.Bagi saya kat tgh2 itupn terlebih cukup dah...Tapi kalau kadar hutang negara cecah dgn hampir nilai tersebut akibat pinjam dan mengurus kerajaan dan rakyat bagi tahun2 mendatang..kamu simpan jer la buat tilam...betul ker nie..

    ReplyDelete
  2. RM 2,000,000,000,000,000,000.00...ini mcm daaa

    ReplyDelete