Wednesday, March 16, 2011

Rosmah 'Out-dumbed' Zoy!

Tahniah Rosmah Mansor!!! Buat kesekian kalinya beliau membuat kenyataan media yang kontroversi dan membuatkan rakyat mempersoalkan kebijaksanaannya sebagai wanita yang menggelarkan diri 'the First Lady of Malaysia'. Siapa sangka, dalam kekalutan dan kesedihan yang melanda rakyat Jepun, tampil pula dua rakyat Malaysia dengan pendapat dan pemikiran yang dangkal.

Dimulakan dengan Zoy dengan paparan lukisan kartun beliau di dalam Berita Harian
yang boleh disifatkan bodoh dan 'insensitive'. Kisah beliau mendapat liputan luas dunia termasuk CNN. Syabas!

Tetapi mulai semalam, Zoy boleh tidur lebih lena kerana rekod kedangkalan beliau telah berjaya dipecahkan oleh 'the ONE and ONLY Malaysian First Lady - Rosmah Mansor'....Yeay!!!

Dua ucapan tahniah wajar disampaikan kepada Rosmah Mansor. Pertama kerana buat julung kalinya beliau mendapat pengiktirafan sebagai 'First Lady' walaupun hanya diberikan oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri-Nazri Aziz. Kedua, pastinya kerana RM berjaya memberikan komen 'paling cerdik' setakat ini sebagai 'First Lady' terhadap tragedi yang menimpa Jepun.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apapun mereka nak buat ataupun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan 'climate change' dan 'green technology'...termasuk juga negara kita" ~temuramah Astro Awani~

Well our dear 'First Lady', while it is good to express your concern, attention and sympathy towards the people of Japan, we believe that it's better for you to reserve your comments on the cause of the tragedy and leave it to the experts to do the analysis. Only then you will gain the people's respect, that's, when you know your capacity in addressing the issue(s) and how to address it correctly.

P/S: Tahniah juga kami ucapkan kepada Rosmah Mansor kerana melancarkan Yayasan PERMATA dengan dana permulaan RM 4.4 juta. Keputusan ini memang bijak. Sebagai sebuah yayasan, maka ia tidak lagi berhak mendapat peruntukan kewangan kerajaan. Selepas ini bolehlah DS Najib mengutamakan keperluan rakyat marhain dalam menentukan belanjawan negara setelah mengorbankan RM 64 juta - RM 20juta (RMK 9) dan RM 54juta (RMK 10) untuk tujuan pembangunan program PERMATA!

8 comments:

  1. Sorry....tapi apakah soalan yang ditanya pada DS Rosmah sampai begitu rupa jawapannya? Kadang-kadang .. dalam kesebukan kita mencari kesilapan orang, kita terlupa mengambil perhatian mengenai soalan yang ditanya. Melihat dan mendengar dari sedutan klip komen DS Rosmah .. soalan yang ditanya telah tidak disiarkan sekali. Kenapa? Apakah mungkin soalan yang ditanya tiada mengena lansung?

    ReplyDelete
  2. Bab zoy tu satu hal lah, tp apa yg tak kena dengan komen rosmah ni? Kan ke bagus komen dia tu. Nasihat yg bagus. Go for it rosmah. Mmg ramai yg jeles dgn first lady kita yg bijak. Pembangkang jeles sbb first lady mereka si azizah ibarat tunggul kayu.

    ReplyDelete
  3. Anon..,
    Apa sekalipun soalan yang ditanya, tetapi jika mengaitkan bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi dengan kesilapan manusia adalah sesuatu yang tak masuk akal langsung bro..

    ReplyDelete
  4. kenapa tak de orang attribute kejadian di jepun sebagai turunnya bala daripada pemilik alam semesta ini. dah lupa kah yang gempa bumi merupakan salah satu daripada tanda2 dunia semakin dekat nak kiamat. self proclaimed flom punya comment tak langsung nak sebut tentang kebesaran Allah.. dah lupa ke?

    ReplyDelete
  5. Jeebond ... Kalau kita dengar betul-betul komen DS Rosmah, dia tak sebutpun Jepun. Komen dia adalah satu komen generik. Kalau diperhati betul-betul, skenarionya dia ditanya pada hari Ahad, 12hb Mac ketika larian amal (perhati t-shirt2 pada budak-budak dibelakang beliau)..sudah pasti bukan wartawan awani saja yang datang untuk acara ini..dan dah pasti banyak soalan yang ditanya - bukan saja mengenai acara amal ini tapi banyak lagi. Jadi, kenapa diedit bahagian soalan yang ditanya yang mana jawapannya sedemikian rupa oleh DS Rosmah? Kalau difikirkan bunyi jawapannya seperti ada kena mengena dengan pencemaran dan tiada kena mengena dengan tsunami, gempa atau mana-mana negara yang dilanda bencana. Itulah masalahnya dengan kerja-kerja cut & paste media. Rating penonton sebagai kayu pengukur untuk menunjukkan betapa popularnya dia dikalangan am. Mungkin juga kerana sekarang agak trendy untuk menghentam DS Rosmah dan semua mahukan sedikit aksi di bahagian itu. Sayang sekali sehingga memalukan beliau dan jikalau kebenaran terserlah, mungkin kita mampu untuk meminta maaf tapi apakah maaf kita akan diterima beliau selepas kita menghina dia sedemikian rupa? Mudah sungguh kita sekarang berlagak tuhan dan menghukum sesuka hati berbuktikan media yang di cut & paste. That my friend, is downright low & pathetic!

    ReplyDelete
  6. Soalan tu berkaitan dgn Nuklear...kan dah malu jer sbb tak check betui2..Kalu negara yg selalu kena bencana alam, tak yah la nk bernuklear tu..betui tak betui?

    ~Anon

    ReplyDelete
  7. DS Rosmah ni memang over dan bangang tapi stesen tv yang buat wawancara denganRosmah dan siarkan pulak tu lebih over dan lebih bangang lagi. kalau wartawan tv tak tanya Rosmah tak jawab. kalau stesen tv tak siar rakyat tak tau. so sapa yang lebih bangang? Rosmah ke stesen tv?

    ReplyDelete
  8. mcm engineer plk dia

    ReplyDelete