Wednesday, March 30, 2011

UMNO BAPAK KONSPIRATOR

1. Perisikan UMNO adalah yang terbaik seantero dunia. CIA, Mossad, KGB dan segala macam agensi perisikan di dunia ini pun tak mampu nak buat sebagaimana yang UMNO berupaya buat.

2. Hebatnya UMNO kerana mereka boleh pastikan Azizan digaji Anwar sebagai driver Azizah. Kemudian UMNO hasut pula Mior jadi tukang jahit baju Azizah. Seterusnya mereka rekrut pula Sukma untuk jadi adik angkat Anwar. Mereka ini adalah orang yang pernah dikaitkan dengan skandal liwat Anwar. Hebat betul UMNO hingga boleh mencaturkan mereka agar dapat menyelinap masuk ke dalam kehidupan peribadi Anwar.

3. Tak habis di situ, UMNO boleh paksa pulak bekas tokey judi si Nallakarupan untuk bersahabat baik dengan Anwar sehingga Anwar gembira main tenis setiap minggu dengan Nalla. Tak cukup dengan itu, Azmin Ali yang asalnya jadi pegawai khas Che Det, tetiba boleh pulak Anwar mintak izin Che Det supaya Azmin dapat bekerja bawah dia sendiri. Lepas tu UMNO ugut pulak isteri Azmin, si Shamsidar untuk selalu bergayut telefon dengan Anwar sehingga Shamsidar terlepas cakap mengaku dengan saudara mara sendiri yang Anwar itu boyfriend dia.

4. Nak tambah hebat lagi, UMNO boleh paksa Anwar ambil Saiful bekerja sebagai pembancuh kopi dan boleh pulak UMNO umpan Anwar untuk suruh Saiful ke Kondominium Desa Damansara, sebuah lokasi mesyuarat rahsia Anwar yang hanya 2 orang sahaja kakitangan pejabat PKR yang tahu tempatnya selama ini. Canggihnya UMNO kerana ada remote control yang boleh memastikan alat kelamin Anwar menegang sehingga terpancut air mani dalam dubur Saiful, di kondominium milik sahabat baik Anwar sendiri pulak tu? Siapa lagi yang boleh keluarkan air mani Anwar kalau bukan dia sendiri atau dengan kerjasama Azizah. Dan paling best UMNO boleh pulak paksa Saiful mengaku diliwat tanpa mempedulikan keaiban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga dan keturunan Saiful. Huh...kagum pulak dengan kehebatan UMNO ni.

5. Tapi yang paling hebat di antara yang terhebat ialah sejak 1998 hingga 2011, yakni sudah 13 tahun berlalu, semua orang yang kononnya telah diupah untuk merencana konspirasi terhadap Anwar selama ini, tetapi TIADA SEORANG PUN yang tampil kepada umum untuk mengakui bahawa ini semua semenangnya konspirasi rancangan UMNO dan Kerajaan. Kesemua mereka yang bekerja di mahkamah, pejabat Peguam Negara, anggota polis, kakitangan HKL, kakitangan Pusrawi, kakitangan pejabat KDN, pejabat JPM, pejabat Kementerian Kewangan, tukang sapu, pembancuh teh, posmen, telefonis telekom, pekerja syarikat telekomunikasi, jaga mahkamah, jaga kondo, jaga hospital, jaga Anwar dan segala macam jenis manusia yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kes Anwar, pasti sudah sangat MASYUK di bayar oleh UMNO selama ini sehinggakan mereka tidak berani membuka mulut walau seinci pun untuk mengatakan, "YA, KAMI MENGAKU TELAH DIBAYAR OLEH UMNO UNTUK BERKONSPIRASI TERHADAP ANWAR!"

6. Maha hebat sungguh UMNO sehingga berjaya mengunci semua mulut orang yang terlibat dalam rekayasa konspirasi selama hampir 13 tahun. Pasti mereka semua tu dah kaya raya dibayar oleh UMNO.

7. Ingatkan selama ini hanya CIA, Mossad dan KGB saja yang hebat. Tapi rupanya UMNO yang paling hebat serta layak diiktiraf sebagai 'Bapa Konspirator Dunia'. Hahaha...lawak..lawak!

8. Apa yang kebanyakan pencacai pengangkut najis Anwar tidak tahu ialah, semasa mula-mula kes Saiful sampai ke pengetahuan HKL, Polis, Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah, hampir kesemua kakitangan mengeluh, "Alamak...tak kan la kes ni lagi." "Aduh! Pening la macam ni. Kita buat kerja jujur macam mana sekalipun, rakyat bukan nak percaya." "Apahal la Nuar ni buat perangai lagi? Nanti kita jugak yang kena hentam...bukannya dia!"

9. Itulah antara keluhan yang terlafaz dari mulut kebanyakan kakitangan HKL, Polis, Jabatan Peguam Negara serta Mahkamah. Mereka tahu yang kes liwat ini susah untuk dibuktikan. Dan yang paling susah adalah untuk buat orang ramai yakin dan percaya. Lagipun mereka sendiri dah letih nak melayan tuduhan konspirasi pembangkang yang tak habis-habis nak memfitnah Mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Polis dan HKL selama ini.

10. Belum lagi cerita perihal Mat Sabu dan Karpal Pusingh selaku individu terawal yang menghebohkan kepada umum isu Menteri BN meliwat pada 1997; sampai sanggup memberi gelaran Anwar Al-Juburi. Tapi sekarang mereka pula yang beriya-iya membela si Al-Juburi.

11. Tak masuk lagi bab cecite...cecite video seks di Lanson Place. Orang lain yang sepahkan air mani, UMNO dan Kerajaan pulak yang dituduh berkonspirasi.

12. Mungkin Allah SWT memang nak bagi hidayah, tetapi kita pula sombong dan enggan berfikir akan petunjuk yang telahpun terbentang di depan mata.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

"Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang." (Ghafir:35)

Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

"Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain." (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)


Wallahualam.

14 comments:

  1. Baik punya cerita bro.. minta kebenaran utk link.
    Hebatnya UMNO.. dan orang Melayu ngalahkan semua badan perisik seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. Kebenaran akan timbul jua akhirnya tentang siapakah bapak segala bapak konspirasi. Orang yang suka menuduh orang lain konspirasi dan fitnah, orang itu lah yang selalu nya bapak segala konspirasi.

    Bukan sahaja pegawai pegawai yang di katakan terlibat dalam konspirasi 1 tidak membuka mulut tetapi menteri menteri yang didalam jemaah menteri pun apabila sudah bersara sekali pun tidak mengatakan yang ada nya konspirasi menjatuhkan DSAI, maka jelas lah DSAI mengamalkan strategi Sun Tzu " attack is the best form of defense " untuk menutupkan segala perbuatan sumbang dan perangai "pelik" nya.

    ReplyDelete
  3. Ghamai yg kaki kelentong ghupo eh!
    Torlobeh lagi budak2 yg omak apak eh anta kek kolej melayu kuala kangsar tu!


    Sapo zaman eh tahu ajo lah... kaki pungkok oh kaki pungkok!

    amacam budak2 hingus meleleh MCKK ada tolor?

    ReplyDelete
  4. huh susah juga pencacai penjilat jubur nuar nak balas apa yg hang tulih ni paneh. kalu depa jawab pun mesti depa dok pusing konar tang lain dok crita serang pemimpin umno plak. hompuk pun senyap? musykil ni.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Surat Terbuka bekas SAC II Datuk Mat Zain Ibrahim ( Bekas Ketua Pengarah Cawangan Khas ) Kepada Ketua Polis Negara
    Mat Zain bin Ibrahim,
    SAC II G/5776(Retired),
    Email:matzainibrahim@gmail.com
    Kepada,
    YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
    Ketua Polis Negara,
    Polis Di-Raja Malaysia,
    Bukit Aman,
    50560 Kuala Lumpur.
    Email:iho@rmp.gov.com

    YDH Tan Sri,
    PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
    MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
    Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
    2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
    2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
    2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

    LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
    3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
    3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

    ReplyDelete
  6. 3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
    4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
    4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
    5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

    ReplyDelete
  7. 5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
    5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
    5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.
    5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
    5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
    6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
    6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
    6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
    6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.
    7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

    ReplyDelete
  8. 7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.
    7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
    7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.
    8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.
    8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.
    9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.
    Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
    Yang ikhlas,
    Mat Zain Ibrahim
    28 March 2011

    ReplyDelete
  9. tau siapa sebenarnya mat zainMarch 30, 2011 at 4:17 PM

    kenapa tak cerita pulak kisah hubungan serta dendam terlampau mat zain terhadap ghani dan musa sehingga mat zain tergamak menulis surat sedemikian rupa. mat zain tetiba sekarang dah sokong pkr? nak di bongkar pulak siapa sebenar mat zain? hehehe. cakap siang pandang pandang.

    ReplyDelete
  10. bin ibrahim memang takleh cayaMarch 30, 2011 at 5:10 PM

    Hampir kesemua blog pembangkang memanipulasi penuh cerita mat zain ni. Anehnya dia seorang je cakap, takde yg nak backup cerita dia ke? Tak kan la seramai2 umat yg keja bawah dia dulu tak boleh backup story konspirasi mat zain ni?

    "Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut.

    Ahli perniagaan Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights dalam kenyataannya berkata Mat Zain, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

    Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.

    Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92."

    Mat Sain dah setel hutang bankrup belum? Banyak ke pkr tolong bayarkan?

    ReplyDelete
  11. cukup kenal siapa mat zainMarch 30, 2011 at 5:18 PM

    haha. mat zain pinjam 500k dengan cina? kenapa dengan cina? kenapa x pinjam bank? kakitangan awam kan senang nak dpt pinjam bank. tambah lagi pangkat sac II ketua pengarah cwgn khas. atau tu semua wang perlindungan aktiviti jenayah di kl ke? pinjam 500k nak buat rumah? siap janji nak bayar balik 500k dalam masa 6 bulan dengan cina tu. nampak mewah la pulak. x setara dengan pencen kakitangan awam. mana datang duit tu wahai mat zain? jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
  12. den ingat ado jam omega nuar yg ilang tu yo. ngupo eh ado gak kopok lekor omega3? leh ngaso ko?

    ReplyDelete
  13. Tom Cruise a/l Tom yamMarch 30, 2011 at 10:18 PM

    mana tak handal umno dia yang berkuasa penuh. semua dia control
    1)Polis
    2)SPR
    3)Hakim
    4)Media main stream
    5)SPRM
    6)Peguam negara

    Ini cuma dalam malaysia jer

    Kalau bagi hindraf kuasa pun dia boleh buat macam umno

    Itu mosad, CIA, KGB main peranan satu dunia bro..

    Mana ada standard Umno nak cakap lebih handal pada mereka. Dalam m'sia boleh lah, macam main bola ikut undang-undang sendiri
    Tiang gol lawan besar, tiang gol umno 2 inci
    Umno bawak bola boleh pegang dgan tangan, Team lawan tak boleh pegang bola.
    Referee Umno
    Penjaga garisan umno
    Penyokong umno boleh bersorak, penyokong lawan kena diam

    ReplyDelete
  14. Saya suka sangat baca cerita ni. Malaysia boleh. UMNO boleh. Terer betul UMNO ni, Mossad, CIA, KGB, MI6, Special Branch pun tak boleh lawan.

    Macam ni punya terer sepatutnya semua negeri sapu bersih kan? Tapi boleh jatuh gak ke tangan pembangkang.

    Dan yang herannya kenapa UMNO yang cukup terer ni tak dapat menghentikan akuan bersumpah tentang kes Altantuya? Terer pembangkang rupanya.

    akuantiPR

    p/s - baca dengan mood suka2 yea.

    ReplyDelete