Thursday, April 28, 2011

Apahal baca doa bising sangat ni?

1. Tanggal 22 April 2011 (Jumaat) yang lalu merupakan sambutan Good Friday bagi orang Kristian. Selalunya kami tak peduli pun dengan sambutan Good Friday ni. Kecuali semasa di Sabah dulu, Good Friday diberi perhatian kerana ia dijadualkan sebagai hari cuti umum. Siapa yang tak suka cuti ya tak?

2. Namun sambutan Good Friday di salah sebuah gereja di Seremban baru-baru ini telah menyentak hati kami.

3. Pagi Jumaat, 22 April 2011, lebih kurang jam 9 pagi, terdengar suara seolah bacaan doa dalam bahasa Inggeris yang terlalu bising hingga kedengaran sampai ke padang Majlis Perbandaran Seremban yang lebih kurang 500 ke 600 meter jaraknya. Seolah speaker itu sengaja dihalakan ke tempat awam untuk semua orang mendengarnya. Bunyi doa itu jauh lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan suara khutbah setiap Jumaat di Masjid Negeri.

4. Sekitar padang Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 2 buah gereja iaitu Wesley Methodist Church dan Church of The Visitation Seremban.

Klik imej untuk paparan lebih jelas

5. Setelah disiasat, Wesley Methodist Church dijadualkan membuat sambutan Good Friday pada jam 6 petang pada 22 April itu, dan hanya Church of The Visitation Seremban saja yang meraikan Good Friday pada jam 9 pagi hari yang sama. Maka sudah tentulah Church of The Visitation yang membaca doa Good Friday mereka dengan kuat dan speaker pula seolah sengaja dihalakan ke tempat awam. Apa motif?

6. Kami dah lama memerhatikan Church of The Visitation Seremban. Kebanyakan pengikut mereka terdiri daripada kaum India yang sering dilihat berkumpul pada hari Ahad. Kawasan sekitar gereja itupun kini dah jadi macam Little India.

7. Walaupun kami pernah memandu melalui gereja itu beberapa kali ketika pengikut mereka berhimpun, tapi tidak pula kedengaran sebelum ini ceramah atau doa mereka dibaca dengan kuat hingga terdengar beratus meter jaraknya. Paling tidak pun bunyi speaker gereja itu hanya kedengaran hingga ke seberang jalan yang bertentangan dengan gereja. Jadi mengapa doa Good Friday kali ini dibaca dengan kuat? Sekali lagi mau tanya macha...apa motif?

8. Church of The Visitation Seremban kebiasaanya mengadakan perhimpunan (mass) mereka dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Tetapi pada hari Ahad jam 9 pagi, mass mereka disampaikan dalam 2 versi iaitu Inggeris dan Melayu. Malah pada hari Ahad minggu ke-5 setiap bulan jam 12 tengahari, mass gereja ini disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Wow...sekali lagi tanya boleh ka macha...APA MOTIF?

9. Adakah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan NGO Islam di Negeri Sembilan tahu akan perkara ini?

10. Untuk apa mass mereka disampaikan dalam bahasa Melayu? Mungkinkah kerana penganut mereka ramai dikalangan Melayu? Adakah Church of The Visitation satu-satunya gereja di negara ini yang mengadakan mass dalam bahasa Melayu?

11. Bacaan doa yang kuat oleh pihak Church of The Visitation Seremban ketika Good Friday 22 April 2011 yang lalu mungkin adalah petunjuk yang ingin disampaikan Allah SWT kepada kita.

12. Justeru, apa tindakan kita? Masih mahu tunduk dengan provokasi gereja? Apa gunanya Perkara 3 dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan? Apa relevannya kewujudan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh di setiap negeri BERAJA?

13. Bible dalam bahasa Melayu. Mass gereja pun dalam bahasa Melayu. Terima kasih 1Malaysia!

10 comments:

  1. NAK BUEK CAM NO PAK SEDARO, NAJIB/TAIB MAHMUD PUN DAH SETUJU NAK BAGI BIBLE DLM BM..LPS TU DIORG PUN NAK PERGI LBH JAUH LA, NAK DOA PLAK DLM BM...

    TU LA MELAYU ASYIK SEBOK YO BERKELAHI PASAL VIDEO SEKS LA, LIWAT LA...SAMPAI PERKASA PUN SEBOK DEMO PASAL MELAYU JUGAK, IAITU PASAL VIDEO MERENDAHKAN MARTABAT MELAYU, LIWAT YG MENGHINA KAN MARUAH MELYU..

    POINT NYA:

    TAK KIRA LAH APO KEPENTINGAN POLITIK, MELAYU MAKIN HANCUR DAN TAK BERMARUAH DGN ISU VIDEO DAN LIWAT... MANO ORG NAK RESPECT SAMO MOLAYU...

    ITU LA AKIBAT EH..

    BILO OGHANG KEJI KATO MEMBANGKANG PULAK..BILO OGHANG MOLAYU MELOYA DGN KISAH VIDEO/LIWAT KATA ORG MOLAYU MENENTANG PARTI RAKYAT RAJO..

    APO NAK BUEK AN...

    ReplyDelete
  2. Sebagai orang Islam saya tak kisah sangat. Kira OK la tu. Setahun sekali-dua. Kalau kita kecoh2, nanti depa kata pasal apa orang Islam boleh bising2 baca doa, guna bahasa Arab pulak tu. Siapa yang boleh faham bahasa Arab? Setakat azan, 5x sehari kira patut juga, walaupun zaman Sains & teknologi, bermacam cara kita boleh buat, kalau nak dengar azan. TV, radio komputer siap boleh programme, melalui HP.....dll.
    Bulan puasa lagi la. Siap guna tape recorder baca doa melalui pembesar suara. Ceramah agama, Ceramah politik di Surau pun guna pembesar suara. Macam mana depa tak menyumpah agama & Tuhan kita.

    Kita kena ingat, zaman Nabi muhammad PBUH, pembesar suara belum ada. Punca & cara mencari rezeki pun berbeza. Zaman sekarang ada kerja shift. Waktu masuk kerja & tidur berbeza-beza pulak tu. Zaman dulu orang naik kuda & unta. Zaman sekarang, kalau berjalan kaki, leceh la. Nanti orang kata sengkek pula. Mesti bawa kereta besar. Parking depan rumah orang pun boleh kut. Mesti tuan rumah tak kisah. Kita nak menyembah Allah.

    Kutbah Kristian dalam bahasa Melayu; kira bagus la tu. Kita kan nak mertabat bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bila orang bukan Melayu tak pandai berbahasa Melayu, kita marah. Takkan la iman kita begitu lemah hingga mudah terpengaruh. Tak percaya atau was-was dengan agama dan akidah? Doa kita dalam bahasa Arab mereka tak terpengaruh pulak, kerana tak faham. Kita pun bukan semuanya faham.

    Harap Maaf.

    RD

    ReplyDelete
  3. Apa ko merepek ni Anon.!! lebih baik mencegah dari mengubati..! Rata2 menganut tu berbangsa india atau cina sahaja. jd untuk apa nak mass dalam bahasa melayu..

    Kalau macam ko iman dah terlampau tebal tak per.. agaknya api neraka pun dah sejuk bila terjamah kulit ko.. yang dirisaukan adalah kalangan kita umat Muhammad yang nipis iman nya.. Apa laa itu pun tak leh pikir ka? -BH

    ReplyDelete
  4. JANGAN SALAH NAJIB DAN TAIB SAHAJA NIK AJIS PUN KATA ALLAH BOLIH DIGUNA OLIH SEMUA AGAMA, DAN DISOKONG OLIH PELAKON PRONO TERSOHOR, SO APA CERITA HANYA KUTUK NAJIB DAN TAIB SAHAJA. SEBENARNYA SEMUA KEPIMPINAN MELAYU BERSALAH DAN INILAH YANG JADI APABILA MELAYU ISLAM PAKAT BERKELAHI KERANA BEREBUT KUASA. SEHINGGA KEMURNIAN AGAMA ISLAM BERANI DICEMARI OLIH PENGIKUT AGAMA LAIN. BERKELAHILAH WAHAI PEMIMPIN POLITIK TANPA MENGAMBIL KIRA MUSLIHAT SI KAFIR HARBI SEHINGGA TIADA LAGI YANG TINGGAL PADA MELAYU DAN ISLAM.

    ReplyDelete
  5. 12:42

    NAK BUEK CAM NO..

    KAN 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN...

    KANG KO MARAH TAK 1 MESIA PULAK...

    ReplyDelete
  6. isy...ape bende ko fikir ni? xkisah? ini la kesannya nk berfikiran terbuka sangat..

    ReplyDelete
  7. kepada anon rd 1213 pm yang buta sejarah dan buta agama. sebelum merdeka, org melayu hanya setuju beri taraf warganegara kepada bukan melayu dgn syarat kaum pendatang ni iktiraf 5 perkara.

    1. islam agama persekutuan
    2. raja-raja melayu
    3. bahasa melayu
    4. hak istimewa melayu
    5. melayu sebagai penduduk asal tanah melayu @ rakyat raja

    mereka dah buat keputusan untuk iktiraf semua tu, baru kita bagi dia taraf kerakyatan.

    jadi apa kena mengena pulak org islam bising baca doa kuat-kuat, time puasa pasang kaset bla bla bla. itu hak umat islam di negara ni. kau faham tak apa maksud islam agama persekutuan. bukannya kristian agama persekutuan. bkn budha, bukan hindu agama persekutuan.

    ni la jenis manusia liberal tajaan nuar. pemikiran macam yahudi. penganut pluralisme. kau igt semua agama sama saja ke.

    suka la kau dengar ceramah kristian dalam bahasa melayu? atau kau ni bukan melayu? jadi kau tak kisah la anak cucu kau sok dengan iman setipis bawang akan terpengaruh bagaimana? (berdasarkan komen kau mmg sahlah anak cucu kau nnt jenis iman hancus).

    cegah benda ni sebelum parah.

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH UTK UMAT MELAYU ISLAM KHUSUS BAGI YANG TINGGAL DI KAWASAN SEKITAR BANDAR SEREMBAN,BOKOJO KAT BANDAR SEREMBAN..SATU MALAYSIA ..FAEDAH YANG KITA DAPAT,MAKIN DI ANJING OLEH ORANG KAFIR ,RAMAI BONA KO ORANG BANGSA MELAYU BERUGAMO SALIB..BAK KATO UCOP WILCHA..BAKO JERR..TAK BAKAR GEREJA, KITO BAKAR LAK PERASAAN ORANG KAFIR LAKNAT TU..ORAIT WHAT..KARANG KITO BUEK ,KITO SALAH..ORANG2 NI HINO KITO ,RAMAI KATO ..DIO X SALAH..KITO YG DI HINO YG SALAH..TAK CAYO , TANYO POLIS DAN KAT TOK MB KALI..BOLO BONA LAH ORG KAFIR DAN KOMUNIH KAT BANDAR SEREMBAN TOOOOO...LOL.

    ReplyDelete
  9. Kita sebagai orang Islam selaslu bercakap soal NAWAITU

    1. Apa NAWAITU kafir ni nak mass dalam bahasa Melayu?, walaupun setahun sekali, tak boleh!! Ini bukan caranya nak mendaulatkan bahasa Melayu!! ini bukan Indonesia yang sudah biasa diadakan upacara agama dalam bahasa Indonesia, baik kristian, hindu mahun buddha(satu bahasa iaitu bahasa Indonesia) atau sabah sarawak (ramai bumiputera yang bukan islam)

    2. NAWAITU nak kekalkan sekolah pelbagai bahasa, Keling,China, Inggeris dan Melayu. Kenapa tak adakan satu aja aliran sekolah yang berbahasa Melayu, kenapa mesti ada sekolah untuk keling, sekolah untuk cina dan sekolah untuk Melayu? Bukankah bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan ??

    3. NAWAITU nak bible dalam bahasa Melayu. Kalau ia pun ada bumiputera yang beragama kristian terutama di sabah sarawak, cetak sahajalah misalannya bible dalam bahasa iban, kadazan, murut, melanau atau apa sajalah suku, kan lagi munasabah, kenapa nak bahasa Melayu? apa NAWAITU mereka yang sebenarnya?? berapa kerat Melayu yang kristian?

    Aku mantan guru !! punyalah susah nak suruh sikolop ni semau belajar dan menghormati bahasa melayu, tapi bab NAWAITU "nak mengkafirkan Melayu"??? sibuk pula nak berbahasa Melayu

    Apa NAWAITU anon12:01 bercakap macam itu,, taib mahmud dan najib je ko yang berdoso bab bab agama ni???

    apa NAWAITU anon : 12:13 merepek ni,dalam Islam tidak ada perkara perkara merepek macam ni, cakap bab agama ni mesti berlandaskan AlQuran dan Hadis, bukan boleh pakai akal semata mata, rujukan mesti banyak, bukan rujuk ulamak politik yang berkepentingan je??

    oleh itu NAWAITU kita harus betul

    ReplyDelete
  10. sbn kini dikuasi dap sebab mereka menang pru lepas. bg lagilah dap menang. itu belum lagi berkuasa dah tunjuk kurang ajar. bayangkan kalau mereka ada kuasa mutlak.

    ReplyDelete