Thursday, April 7, 2011

Busuknya hati...

1. Pertamanya kami nak ucap takziah kepada keluarga Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun, yang disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi kelmarin setelah koma dipukul seorang ustaz merangkap warden asrama.

2. Keduanya kami nak ucap 'tahniah' kepada Pas Perlis selaku penaung Sekolah Rendah Islam Al Furqan di Jejawi yang sanggup memohon maaf di atas keterlanjuran ustaz gajian Pas yang 'hilang akal' seketika hingga tergamak mengikat serta membelasah anak murid sendiri hingga mati.

3. Tak kiralah memukul, membunuh, merogol, meliwat, berzina, berbohong, merasuah, menyalahgunakan agama etc., hakikatnya manusia itu punya pilihan sama ada mahu mengumpul pahala atau mahu menambah dosa. Kebiasaannya umara' dan ulama' akan dihasut oleh syaitan bertaraf jeneral atau panglima, maka tentulah godaan syaitan itu lebih dahsyat berbanding rakyat biasa.

4. Kami tidak berniat mempolitikkan kematian adik Saiful Syazani rentetan kes ini sudah dalam siasatan polis. Lagipun kami cuba menerima qada' & qadar Ilahi, tidak seperti kebanyakan pencacai Lelaki Y serta Pok Nik yang sering menolak qada' & qadar Allah kerana menganggap idola mereka maksum serta tidak pernah berdosa selamanya.

5. Cuma kami ingin sentuh berkenaan 'program hasutan' yang diamalkan oleh guru-guru di taska Pasti serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) milik parti Pas sejak sekian lama.

6. Umum mengetahui SAR milik Pas sejak dulu sering menerapkan elemen kebencian kepada pelajarnya terhadap Kerajaan Persekutuan. Pernah di ajar kepada anak murid mereka jika dilihat wajah Tun Mahathir di mana-mana, secara automatiknya anak murid itu akan menyebut "Mahazalim" serta ada dikalangan mereka akan memijak gambar atau poster yang terdapat wajah Tun Mahathir.

7. Selain itu, anak murid di SAR milik Pas turut di ajar bahawa warna hijau itu adalah warna Islam dan warna biru atau merah pula dikatakan kafir. Walaupun kita boleh persoalkan, jika warna-warna lain itu tidak Islamik, jadi mengapa Allah menciptakan pelbagai warna di muka bumi ini; namun ustaz ustazah Pas tetap mengajar anak murid mereka bahawa warna hijau itu sajalah kononnya Islam. Para sahabat Nabi mengatakan Rasulullah SAW tampak hebat, tampan dan gagah apabila mengenakan pakaian merah; tidak pula para sahabat memuji Nabi semasa mengenakan pakaian hijau.

8. Pernah berlaku sebelum ini, sedang leka berbual serta menonton televisyen bersama sanak saudara di kampung, anak sepupu kami yang berusia 5 tahun menjerit sambil menuding ke arah televisyen, "Setan...setan!" Rupanya anak saudara kami itu merujuk lambang UMNO yang kebetulan dipaparkan di televisyen sebagai 'wajah syaitan'. Bukan itu saja, anak kecil itu turut di ajar bahawa bendera cap keris adalah lambang kafir dan bendera cap bulan adalah lambang Islam. Sejak peristiwa itu, parents anak saudara kami itu telah mengeluarkan anak mereka daripada belajar di taska Pasti.

9. Sejak sekian lama Pas telah merosakkan minda serta menindoktrinasikan kanak-kanak di bawah asuhan mereka. Kanak-kanak ini dipupuk dengan sifat kebencian melampau serta dendam kesumat terhadap Kerajaan Persekutuan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

10. Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak terhadap taska serta SAR milik Pas. Guru-guru tidak terlatih, kandungan silibus yang tidak menepati tahap piawaian, persekitaran sekolah yang dhoif, pengkaderan 'tentera' Pas sejak zaman kanak-kanak, serta indoktrinasi kebencian terhadap pemerintah adalah strategi yang diamalkan Pas sejak dulu di institusi pendidikan persendirian milik mereka.

11. Itu belum lagi dikisahkan bagaimana sebahagian ahli Pas yang menguruskan SAR telah menyalahgunakan kanak-kanak untuk menjual barang serta mengutip derma hingga jauh malam yang jelas bertentangan dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

12. Walaupun mungkin Hishamuddin dan KDN tidak tahu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan isu Al-Kitab, tapi sekurang-kurangnya tanganilah masalah Akta Hasutan yang telah berlaku sejak sekian lama di sekolah-sekolah tajaan Pas.

10 comments:

  1. tang hishamuddin tu den nak komen sikit..apo bondo yg dio tau teh ttg sume nih..macam cibai..tak layak jadi menteri..pehni maso pemilihan sok sapo yg undi dio mmg gampang.pengkhianat sbb lantik org kurang upaya jadi pemimpin..otak lomah..takdo sensitiviti kemelayuan dan islam

    ReplyDelete
  2. lu cakap mengalahkan karpal sigh cakap tak nak politikkan kematian tapi ayat lu mengalahkan ahli politik tengah buat ceramah perdana... ap benda lah lu ni ahli politik boleh dok semeja pekena teh tarik lu yang tak der apa2 sibuk berkokok apsal.... berapa sen lu dapat karang artikel ni... tapi kalau lu ada kritik bab agama yang lu tak pasti baik lu istifar.... biarkan ahli politik dengan politik diorang lu jangan jadikan diri lu kambing hitam yang kononnya nak tegakkan kebenaran... istifar....keburukkan datang bersama kuasa memerintah... tak kira parti mana yang memerintah. kroni tetap kroni...jangan jadi anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh lu yang nyalak lebih

    ReplyDelete
  3. Ada otak...tapi tak berakal...
    PAS itu bukan ISLAM...

    ReplyDelete
  4. Anak-anak aku semua bekas pelajar pasti dan aku pun bukan orang pas, fitnah kau teruk, takpe la pahala ko dah banyak, teruskan.

    ReplyDelete
  5. ermm.. nak tumpang sekaki.. aku salah sorang yang pernah turun melawat semua sekolah SAR di Malaysia.. Aku melawati semua SAR di negeri perak.. daripada lawatan aku ada beberapa perkara yang aku rasa memang sewajarnya SAR ini ditutup terus. bukan nak menambah dosa atau mencari pahala. tp untuk berkata benar walaupun pahit bg mereka yang tak mahu menerima.

    1. Disekolah SAR semua semua kelengkapan pengajian tidak sempurna. ada sekolah yang hanya ada penunu bunsen shj di makmal sains (gas pun tak ada). dan dimakmal komputer pula hanya ada 2-3 unit yang boleh digunakan. so bayangkan kalau 6 murid kongsi guna atau belajar komputer dlm satu masa.

    2. Guru yang mengajar langsung tak berkelayakan. ada yang lepasan stpm atau sekurang-kurangnya spm sahaja. dalam lebih malang lg ada yang sudah terlampau tua untuk mengajar. bukan pengalaman yang saya tekankan mungkin pengalaman guru ini cukup luas dan hebat tp kalau GIGI TAK DAK.. cam ner nak ngajar..

    3. Kelengkapan asrama juga cukup daif. tanpa katil, tanpa dinding..!! tandas mandi pakai kolah.. tiada prasarana yang secukupnya.

    4. aku tak nak ckap pasal warna sebab memang warna dia memang dah hijau. cuma yang aku kesal.. di dinding ada pulak corak bulatan-bulatan putih. dan tak lupa juga di depan bahagian imam ada pulak bendera bulan. Habis cam ner..!!

    dan banyak lagi kalau aku nak senaraikan satu-satu. paling penting aku turun ke semua SAR adalah untuk mendapatkan kebenaran. dan kebenaran itu amat pahit untuk aku telan demi anak bangsa aku. sehinggakan ada juga pengerusi SAR ini saban tahun dapat tukar kereta tp tidak untuk peningkat prasarana SAR.. fikir2kan..

    ReplyDelete
  6. HABIS TU ORG MATI KAT SPRM SEMALAM KO NAK KATA APA PLAK?

    SPRM = SURUH PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  7. MACAMANA SAR TAK DAIF..KAN MAMAK KUTY YG MANSUHKAN DUIT SAR...MALU LA

    ReplyDelete
  8. mung ni bodo songor

    ReplyDelete
  9. mahathir tarik peruntukan sar sbb pengurusan sekolah sar salah guna peruntukan untuk berkempen politik dan menyuruh anak murid buat jualan lansung. bukannya guna duit utk penambahbaikan infrastruktur dan keperluan sekolah. ramai anak melayu dalam sar tu. kalu anak melayu dlm sar ketinggalan berbanding ska atau smka, buat apa teruskan sar. buat kasi hancur masa depan anak melayu je. lebih baik peruntukan tu disalurkan utk memperhebatkan sekolah agama kebangsaan.

    ReplyDelete
  10. laaaaaaaaaaaa... utusan malaysia, rtm, nak kene akta apa pulak...

    ReplyDelete