Friday, April 22, 2011

Chee Chong Fun HARAM


Apabila diharamkan Chee Chong Fun iaitu sejenis masakan dan makanan kegemaran mudah kaum Cina warganegara Malaysia, sudah pasti Liong Tiong Lai akan kalah pilihanraya mendatang. Pasti MCA gulung tikar dan tukar kiblat politiknya.

Inilah kesan yang terkenan kepada 100,000 ribu pengusaha makanan NASI LEMAK yang 100% terdiri dari umat Melayu di Malaysia. Yang lain kita tak sembang sebab ada juga pengusaha makanan Nasi Lemak kaum Cina dan kaum India warganegara Malaysia.

Apakah bukti empirikal yang boleh dibentang dan dihujah oleh Menteri Kesihatan ini? Apakah bahan yang merosak dan melemahkan seorang murid sekolah dalam masakan Nasi Lemak?

Sedarkah Tiong Lai bahawa 90% Profesor, cendiakawan, baik Melayu, Cina dan India yang ada dan masih hidup hari ini pernah makan Nasi Lemak di sekolah juga.

Apakah sebenarnya mesej atau agenda tersirat yang cuba didendang oleh Tiong Lai ini? Apakah ini teknik untuk menelanjang kelemahan parti MCA secara halus dan sulit, berselindung dalam kelambu Nasi Lemak? Operator makanan di Parlimen juga hari-hari tawarkan NASI LEMAK?

Jika berhasrat untuk mengekang obesiti di kalangan pelajar sekolah, kaedah pertama ialah hari-hari dedahkan tentang bahaya obesiti kepada pelajar, bukan bab makanan atau masakan. Ilmu bahaya obesiti tidak diindoktrin kepada pelajar mahupun ibu bapa.

Ini penyakit orang senang dan lupa diri. Lihatlah Jepun, mereka melatih menu makanan di rumah. Nasi Lemak andai ditelan dengan cara buruk lantak setiap kali celik mata, maka mudaratlah ia. Makan apa pun, jika buruk lantak, tetap obesiti jua.

Pak Sedaro raso, ado orang yang tak UNTUNG dek kerano anak Melayu dijamu dengan Nasi Lemak Kopi O.

6 comments:

  1. Ada segolongan manusia yang berpegang pada prinsip bahawa manusia ini tahu membeza baik dan buruk dengan sendirinya. Tapi golongan ini hanya berpegang pada prinsip ini kalau ianya menguntungkan mereka. Contohnya dalam soal nak mengharamkan arak, mereka kata tak payah haramkan sebab manusia tahu beza buruk dan baik. tapi dalam hal nasi lemak, mereka lupakan pula prinsip itu. yang tertipu ialah Tipah Melayu jua. Allah telah ingatkan dalam Quran orang kafir tu memang sifatnya begitu, tapi ramai yang tak mahu percaya apa Quran cakap.

    ReplyDelete
  2. PROF YANG BUAT PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN TU PUN BEBAL JUGAK.. ADA KAH MENETRI GI TENGOK ANAK ATAU CUCU PROF YANG BUAT KAJIAN TU.. TENTU BUNTAL...TIM MENTERI KESIHATAN TU APA HAL PULAK BUNTAL.. LEH PANDAI JDI TIM MENTERI.. MAKAN NASI LEMAK /MEE GORING JUGAK.. MAKA BAPAK KINI BERKEJA...NAK MUDAH SEMUA ANAK MEKA MAKAN MAKANAN SEGERA.. KFC LA MC DONALD LAH.. AH MCM LAGI.. ADA YG SETIAP HATRI MAKAN MEE MAGGI..SEBAB MAK SIBUK ATAU MALAS GILA...MAK BAPAK PELAJAR GEMUK APA KOMEN PENYELIDIK BEBAL TADI...APA PUN BERMULA DARI RUMAH.. SEKOLAH KINI DA LAH MCM TONG SAMPAH.. PELAJAR TAK PANDAI TULIS NAMA PUN BELAJAR SAMPAI TINGKATAN 5...DULU LCE/SPR FAIL ..FAIL NAK BELAJAR GI SEKOLAH SWASTA..BN NI AKU RASA BUAT ORG MARAH...YG SUPPLY MAKAN KAT SEKOALAH ISTERI YG TAK BEKERJA BANTAU SUAMI CARI DUIT LEBIH UNTUK KELUARGA....

    ReplyDelete
  3. kajian kepala butut dia orang! prof tu dari kecik hingga tua ganyut menketedarah nasi lemak, sampai masuk U tetiba nak marah orang jual nasi lemak si sekolah? nasi lemak di luar apa citer plak? tak nak haramkan penjualannya ka? dia tak tahu ka itu makanan utama rakyat malaysia? sebut nasi lemak, siapa yg tak pernah makan?? dah berapa juta rakyat malaysia yg jadi obese bila makan nasi lemak? mp, adun, senator, doktor, lawyer, angineer hatta penarik beca sekalipun, tak marah ka tak boleh makan nasi dah lepas ni? ada spapa2 nak demonstrasi menentang peraturan ni?

    ReplyDelete
  4. TENGOK LAH CINO LEO TIONG LAY (LTL) MENTERI KESIHATAN, ORG MCA, DLM BN, YG ADO DI DALAMNYO UMNO, CUBO SECARO HALUS NAK MEMUNAHKAN ORG MOLAYU MENERUSI PERNIAGAAN MAKANAN...

    NASI LOMAK SUDAH SEBHGN IDENTITI MAKANAN ORG MELAYU..DAN BG PENIAGA MAKNAN MOLAYU, IANYA SUMBER PENDAPATAN...SUMBER EKONOMI PENIAGO2 MOLAYU BAIK KECIL2AN, KANTIN SEKOLAH, WARUNG2, KEDAI2 MAKANAN MAHUPUN PADO SKALA BOSA..

    MAKO...HEBOH LA MENTERI KESIHATAN CINO MCA NI NAK TONTANG OGHANG DAH GHAMAI GHOMUK TERUTAMA BUDAK2 SEKOLAH, ANAK2 KITO SUMO LAH...MAKO CINO MCA NI SECARO HALUS MENGAITKANNYO DGN MAKANAN NASI LOMAK PULAK...DIA TAK BERAPO NAK HIGLIGHT KAN KEK BONDO JUNK FOOD ATAU FAST FOOD LAIN SPT MAKANAN SEGERA SPT NUDGET, BEBOLA, SOSEJ, AYAM GORENG, MINUMAN KARBONAT, DLL, YG BERLAMBAK2 DLM PASARAN YG SBHG BOSANYA DR PENGUSAHA CINO YG BUEK...

    LIHAT LAH BETAPO LICIKNYO NIAT JAHAT LTLNAK JAHANAM KAN MOLAYU...TAPI PUAK2 LANUN UMNO MANO NAK NAMPAK...MATO LANUN2 NI DAH GHABUN DAN KOCUT BONA SOKONGAN CINO JATUH KEK UMNO/BN, MAKO UMNO BUEK POKAK YO...PADO HAL YG JADI MANGSO PENIAGO2 KITO...

    KENAPO LTL TK KATO MAKANAN SEGERA DAN JUNK FOOD NI LBH BAHAYO DR NASIK LOMAK? SOBAB PENGUSAHA DAN TAIKUN FAST FOOD DAN JUNK FOOD NI ORG2 CINO SENDIRI...

    SAMAPI MENTERI2 MELAYU UMNO PUN MASUK PERANGKAP...MEMANG LAH KAMBING BOTO...

    SUSAH UMNO NI...TAK PONAH NAK SODA2...


    ---UMNO PARTI JAHAT....

    ReplyDelete
  5. hompuk hanya mengulang apa yg blog ni cakap. nothing new. lambat. orang lain dah cakap dulu wlpun apa yg dikata ada kebenarannya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Τhankѕ for your mаrvelouѕ posting!
    I aсtually enjοуed гeading it, уou
    could be а great authог. I will makе surе to bookmark your blog
    anԁ wіll come back from nοw on.
    I wаnt to encοuгage you
    to dеfіnitely contіnue уοur great ωork, have a nіce weekеnԁ!


    Have a look at my web pаge - makes boobs bigger naturally

    ReplyDelete