Friday, April 1, 2011

Jangan setakat lambak RM3.2 juta saja Muhyiddin...

Tahniah kepada PM dan TPM yang gigih turun padang demi memastikan kemenangan BN di PRU-13 nanti. Harap-harapnya usaha ini dicontohi oleh para pemimpin di peringkat akar umbi. Jangan cuma tahu nak mengampu, memenuhkan poket masing-masing atau menjatuhkan sesama sendiri sahaja.

Namun apabila TPM mengumumkan sejumlah peruntukan sebanyak RM3.2 juta (500k-SK Sijangkang, RM1.2 juta-SJKC Jenjarom, RM1.5 juta-SJKC Yoke Kuan Sekinchan) dan menyatakan ia adalah bukti komitmen kerajaan bagi memastikan aspek pendidikan sentiasa diberi perhatian serius...saya rasa kecewa.

Kecewa kerana isu utama pendidikan di negara ini bukanlah kerana ketidak cukupan dana untuk membangunkan infrastruktur fizikal, tetapi perkara yang lebih serius apabila berlaku perkara berikut yang memerlukan perhatian dan transformasi segera:
  • Salah sebuah SBP di Klang, mengasingkan perhimpunan mingguan di antara pelajar tingkatan 1-5 dengan pelajar tingkatan 6, dengan alasan mereka adalah dua kelompok yang berbeza. Malah guru-guru yang mengajar tingkatan 6 berlagak 'propa' apabila mereka enggan menyertai program-program pembangunan ko-kurikulum di sekolah, kerana tidak mahu setaraf dengan guru-guru lain yang dilihat lebih rendah kedudukannya. (Sikap guru yang PERASAN bagus ini perlu ditangani kerana ia tidak mencerminkan profesionalisme perguruan. Ini belum termasuk lagi dengan guru-guru yang meraba pelajar, ponteng kerja, menyalahgunakan kedudukan dsb).
  • Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dipaksa menghadiri kelas tambahan dengan alasan ia penting bagi memastikan sekolah mencapai sasaran lulus 100%. Di sesetengah tempat, kelas tambahan ini diadakan lebih 5 jam sehari. (Kita bukan mahu menghasilkan robot yang cuma tahu menghafal jawapan, tetapi kita ingin mengeluarkan modal insan yang bersifat holistik, sejajar dengan prinsip J.E.R.I., mampu berfikir dan memiliki 'common sense', menjadi pemimpin dan bukannya pak turut).
  • Diskriminasi guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI terhadap pelajar Bumiputera, yang masih kekal dengan mentaliti kononnya anak-anak Melayu adalah golongan yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris. Rentetan itu peluang untuk pelajar Melayu aktif dalam program-program debat BI, 'spelling competition', 'English drama', dll. telah dihad serta dikurangkan. (Bukti bahawa kebanyakan guru-guru bukan Melayu sebenarnya bersifat racist. Sepatutnya aktiviti-aktiviti ko-kurikulum berasaskan Bahasa Inggeris diperluaskan penglibatannya kepada semua pelajar tanpa mengira latarbelakang).
Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan gerak kerja transformasi pendidikan negara dengan melihat kepada "content instead of form". Pengertian 'content' bukan hanya merujuk kepada silibus pendidikan, tetapi ia perlu merangkumi proses pengupayaan guru-guru serta proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Yang lebih penting, pihak KPM perlu membuka minda, membuat anjakan pradigma, melihat keberkesanan dan mutu pendidikan di peringkat sekolah yang seharusnya melangkaui keputusan peperiksaan awam yang saban tahun hanya menyajikan jumlah A dan angka peratusan yang tidak memberi makna kepada perkembangan sahsiah pelajar yang sebenar-benarnya.

Maka ada baiknya Kerajaan Pusat menyelidik kembali sama ada dana yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah agama rakyat digunakan untuk tujuan yang ditetapkan; atau sebaliknya pihak kerajaan negeri hanya mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan duit rakyat semata-mata.

3 comments:

  1. nasihat saya: (1) dasar pendidikan negara hendaklah selaras / seperakuan dengan perlembagaan persekutuan (2) jgn gelojoh bila nak membuat sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan. (3) jgn mabuk dengan istilah / jenama / program kerana diujung2nya berlaku pembaziran. (4)study balik apa yang telah dibuat terhadap mempermodenkan sistem pendidikan kira2 35 tahun lalu - jadikan ia sempadan. (5)jgan jadi nafsu besar tenaga kurang - dlm sistem pendidikan guru mengurus manusia (dari murid smpai ke mak bapak)ia tidak semudah mengurus mesin atau komputer.

    ReplyDelete
  2. Darjah 7 Remove ClassApril 1, 2011 at 3:53 PM

    Are You Smarter Than A Standard 6?

    ReplyDelete
  3. x lupo juo buek guru bosar yg bungkor...asik nak tukarkan cikgu yo...salah guno kuaso dll.

    ReplyDelete