Sunday, April 3, 2011

Mengapa Kastam boleh terlibat rasuah?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

12 comments:

  1. bukan nak salahkan sesiapa dalam kes ini....masyarakat kena buka mata dan tanya kenapa semua ini terjadi....kita pun kena tanya kenapa ini semua terjadi dalam negara kita....bukan nak salahkan memana pihak...saya boleh perkatakan bahawa malaysia takkan menuju ke negara maju pada 2020....cuba kita ambil contoh negara yang semakain membangun dan nak kenegara maju...tak payah pergi jauh2....kita amik jirak terdekat kita...iaitu singapura....kita bandingkan average gaji malaysia n singapura...RM1000 dan $1000....kita bandingkan dengan restoren makanan segera....di Malaysia di Deli France berharga RM25 satu set...manakala di singapura $12....kita jangan tukarkan matawang tu....pK2 lah yek....pastu kita cuba bandingkan pula dengan alat telekomunikasi....contohnya IPAD....dimalaysia IPAD 16GB hanya wifi berharga RM1199 dan di singapura set yang sama berharga $548....jika disingapura kita boleh beli bila dapat gaji tapi di malaysia 1 bulan lebih baru kita dapat...adakah ini patut...kita juga jangan menuduh dengan sebarang bukti yang kukuh....seperti yang saya baca di artikel rakan saya itu dia ada menyebut kawan dia malu nak pakai baju kastam...kerana apa? KERANA MASYARAKAT MALAYSIA MEMANDANG SERONG....bukan semua pegawai kastam seperti itu....saya sokong dia amik rasuah....sebab skang nie....gaji ciput tapi sara hidup tinggi....barang dapur, petrol, anak2 sekolah dan macam2 lagi...semua tinggi tapi gaji yang diterima tidak setimpal dengan harga barang sekarang....seperti yang diperkatakan sebelum ini....RAMAI PENJAWAT AWAM YANG BANKRUP....bukan disebabkan diaorang boros...tapi pada masa kini dengan kemajuan teknologi diaorang suma hendak bergaya....kalo kita pk apa yang dikatakan oleh 'dia yang tidak boleh dinamakan' iaitu KITA AKAN MAJU PADA TAHUN 2020...adakah itu berjaya....pk2lah yek....mari lah kita buka mata seluas2nya....jangan pandang serong....masyarakat jangan hanya menuding jari...kaji dulu apa yang betul n apa yang tak betul....bukan memvavi buta je....

    ReplyDelete
  2. rasuah kerana nak bermewah-mewah patut ke? tengok kat tv tadi tengok la kereta apa dia orang pakai nafsu besar pendapatan pula tak padan.cuba fikir orang lain yg tak kerja kerajaan yg kerja sendiri yg masih bersyukur pakai kereta nasional second hand.Senang cerita tepuk dada tanya iman.bangsa kita memang tersohor nak bermewah tak kiralah macam mana cara ....

    ReplyDelete
  3. skang ni kan cite pasal kerajaan...jangan r bandingkan dengan orang yang keje sendiri...memang r lain....takkan r pengarah nak pakai second hand...jatuh standard r....dah pun yang kena tangkap tu suma dah keje lama....mesti nak pakai yang mewah2...best2...kalo tak dikira jatuh standard....tapi kalo kita pergi semula ke artikel tu....pasal gaji je suma nie terjadi....kalo gaji tinggi takkan terjadi punya r....

    ReplyDelete
  4. Rasuah…kenapa mesti dikaitkan dengan gaji….
    Gaji kecil atau besar bukan penyebab nya....
    Akhlah dan amanah yabg ada pada setiap orang ..
    Lebih lebih lagi kalau dia saorang muslim….
    Yakin ada hari akhirat...itu saja......
    Kalau dia Yakin dengan hari pembalasan….saya rasa ini semua tidak berlaku..
    Rasuah dimana mana ..daripada dirumah hingga ketempat kerja…
    Fikir fikirkan lah..

    ReplyDelete
  5. saya saya kurang setuju kalau faktor gaji nak dijadikan penyebab...

    besar gajinya maka besarlah keraknya...

    saya pernah kerja kilang...jadi pegawai rendah...dan sekarang pegawai pertengahan...

    saya masih mampu lagi hidup selesa...tiada rasuah...kawin pun tak buat pinjaman...kereta ala kadar ikut kemampuan...

    rumah beli time saving cukup utk keperluan tahunan/bulanan...

    ikhlas dan redha/doa insyaAllah...

    solat dhuha...

    ada pegawai kastam yg tak ambik rasuah...berdasarkan artikel tuan ni..so seharusnya pegawai kastam lain ikutlah kawan tuan penulisni...

    wallahu 'lam

    ReplyDelete
  6. 1. Ramai lagi penjawat awam bergaji rendah, cth..buroh, pemandu dll, tapi depa x ambik rasuah pun...sebab ditempat mereka x ada ruang utk berbuat demikian. Yang penting kita kena ingat kerja kita satu ibadah...kalau buat macam tu...dimana ibadah kita tu, bila ditangkap membawa padah!!!

    2. X kira KDRM atau PDRM atau lain2 penjawat awam semuanya kena keja dgn jujor baru org awam akan memandang tinggi terhadap penjawat awam. Sapa2 pun akan memandang serong kalau perkara macam ni berlaku dlm satu2 jabatan...kena nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  7. Rasanya,faktor gaji boleh dijadikan penyebab kepada pengambilan rasuah.Secara logiknya,kalau gaji seseorang itu berpatutan dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya,mana mungkin beliau akan mengambil rasuah memandangkan rasa syg akan kerja dan masa depannya.

    Mungkin kita merasa kita takkan ambik rasuah tapi tidak mustahil kita lebih korup daripada org lain seandainya kita berada di situ.

    Buruh,pekerja kilang,pegawai rendah,pegawai pertengahan mungkin tidak terdedah kepada gejala korupsi ini kerana mereka langsung tidak punya apa-apa kepentingan kepada para penyeludup.

    Apa-apa pun seandainya faktor gaji yang menyebabkan gejala rasuah ini berleluasa apa salahnya gaji mereka yang terdedah kepada risiko korupsi dinaikkan?Semoga ianya memberikan mereka satu dorongan untuk mengatakan tidak kepada rasuah.

    ReplyDelete
  8. BENARKAH RM 108 BILION DILESAPKAN OLEH SEGELINTIR PEGAWAI KASTAM?

    Tahniah dan syabas pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kejayaan mereka memerangi rasuah didalam operasi 3b baru-baru ini.
    Jikalau kita lihat kenyataan akhbar beliau pada 2hb. April 2011 didalam akhbar Mingguan Malaysia yang lalu, terang-terang Pengarah Siasatan SPRM tersebut menyatakan Negara kerugian RM 108 bilion akibat perbuatan segelintir Pegawai Kastam yang mengamalkan rasuah dan pada 4hb. April 2011 beliau sekali lagi telah membuat kenyataan akhbar dengan menyatakan jumlah kerugian RM 108 bilion bukanlah kerugian hasil disebabkan amalan rasuah oleh Pegawai Kastam sebaliknya jumlah kerugian tersebut adalah akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta dibawah SPRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kenyataan akhbar semula pada 4hb. April 2011 tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kenyataan akhbar Menteri Kewangan Kedua, Y.B Dato’ Seri Hj. Ahmad Husni Hanadzlah pada tarikh yang sama tersebut, yang mana Y.B Menteri Kewangan Kedua telah menyatakan mengikut rekod Kementerian Kewangan jumlah RM 108 bilion membabitkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang telah dilaporkan oleh kesemua agensi-agensi penguatkuasaan di Negara ini. Beginikah seseorang pegawai tertinggi didalam agensi kerajaan membuat kenyataan akhbar ikut sesuka hati beliau dan bercanggah dengan rekod yang sebenarnya terdapat didalam simpanan Kementerian Kewangan Malaysia. Sungguh tidak professional langsung walaupun kita sedia maklum jawatan beliau sebagai Pengarah Siasatan didalam teraju SPRM adalah didalam kategori profesional.
    Beliau seharusnya sedar kenyataannya akan menyebabkan orang awam atau pembayar cukai akan hilang kepercayaan pada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan memandang semua kakitangan-kakitangan didalam Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sebagai perasuah dan penghabis wang hasil Negara untuk kesenangan diri masing-masing. Kini kami berasa amat malu dan sedih dengan ahli keluarga, rakan-taulan, saudara-mara dan orang-orang kampung yang mengecap dan beranggapan semua Pegawai Kastam merasuah. Perlukah kami hidup sengsara begini akibat kenyataan-kenyataan akhbar yang teramat-amat memalukan kami semua. Sedarlah SPRM sudah puas hatikah kamu menjadikan kami semua mangsa didalam keadaan yang serba salah hasil dari mainan sandiwara kamu itu. Padahal sudah terbukti umum bahawa JKDM adalah agensi kerajaan nombor dua terbesar mengutip hasil cukai/duti/eksais untuk tabung pembangunan Negara dan tiap-tiap tahun hasil kutipan cukai/duti/eksais semakin bertambah bukannya berkurangan.
    Suka saya disini merujuk pada artikel yang ditulis oleh Norhaili Abd Latiff dari Rawang, Selangor didalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 5hb. April 2011 yang lalu, izinkan saya memetik beberapa rangkap ayat dari artikel tersebut. “Saya rasa penyelewengan ini sudah berlaku sekian lama dan bayangkan RM 108 bilion cukai/wang pendapatan kerajaan lesap begitu sahaja. Jika tidak silap saya, setahun subsidi petrol oleh kerajaan RM 50 bilion.”
    Mohon pertolongan daripada Y.Bhg. Dato’ Sri Hj. Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM atau pun Y.Bhg. Datuk Mustafar Ali Pengarah Siasatan SPRM membuat kenyataan akhbar semula dan memperbetulkan kenyataan-kenyataan yang telah dilaporkan didalam akhbar-akhbar sebelum ini.
    Sesungguhnya kami dari kalangan Pegawai-pegawai Kastam seluruh Malaysia merasa amat jijik dan benci terhadap rasuah dan juga sentiasa dengan tangan terbuka menghulurkan bantuan kepada pihak yang berwajib untuk membanteras gejala rasuah. Ini seiring dengan syariat dan tuntutan agama Islam mengharamkan perbuatan rasuah seperti mana sabda Rasulullah S.A.W: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

    ReplyDelete
  9. mana ko dpt gred inspektor polis 22, for ur info... gred inspektor polis sama ngan penguasa kastam iaitu 41.. tu pasal gaji sama.. x caya tengok pekeliling perkhidmatan bil 25/2009 yg jpa keluarkan.

    ReplyDelete
  10. pendapat saya..jgn jadikan sebab gaji kecil&tak setimpal dgn kos sara hidup skrg ni..kita x boleh menghalalkan/membenarkan perkara yg terang2 haram disisi agama demi utk memenuhi kehendak nafsu kita..nak ke kita berbangga kasi anak bini kita makan dari hasil rasuah..sbb tulah rank msia dari segi intergriti makin merundum..perubahan bermula dari diri kita..ukur baju dibadan sendiri..kalau x suka pergi berniaga,ade untung pakailah apa2pon..kena ingat imam shafiee pernah berkata pada anak muridnya..Apakah benda yg paling berat didunia ini?dijwb anak muridnya bermacam2..dan semua jwpn yg dijawab oleh anak muridnya itu betul katanya..tapi yg paling berat adalah memikul AMANAH..

    ReplyDelete
  11. Saya kerja kastam...dah 15 tahun+ pun. Dari pengalaman & pengamatan saya RASUAH @ tidak sangat bergantung kpd INTEGRITI seseorang. Apa perlu bermewah2 kalau xmampu...dulu mula kerja 3 thn saya bwk moto je. Ikutkan susah memang la, so kena redho je la.lps 3 thn br mampu beli keta Wira baru tp dwnpyment terus RM12K...so bln2 xbyk sgt byr. Kata org tua2 susah2 dulu + ukur baju bdn sendiri. Xdinafikan dlm Kastam mmg ada jenis yg diragukan integritinya tp kbykn lain2 tu saya tengok ok je...so jgn le ikut yg sikit tu...wat penyakit je. Kalau xkena tngkp kat dunia sure kena kat kubur nnti.

    ReplyDelete
  12. Anggota Kastam ramai yg dah berkelulusan Diploma dan Ijazah, bila ada jawatan kosong melibatkan gred 27 dan 41 keutamaan tidak pada anggota kastam yg dah berkhidmat lama 7 atau 8 tahun,semua di beri pada freshie yg baru graduate sapa tak kecewa. Alasan beri pada graduate kesian sebab tak ada kerja. Yg baru graduate beri saja gred 17 bagi mereka rasa pula.

    ReplyDelete