Thursday, April 14, 2011

Welcome to 1 Malaysia, 2 Allahs

Dahulu luahan serta kritikan terhadap kerajaan seperti ini tidak akan keluar di media massa utama Malaysia. Hari ini juga sama?

Najib telah berjanji selama mana dia berkuasa (pentadbirannya), KDN tidak akan tahan bible dalam Bahasa Melayu di negara ini. Ingat...selagi mana Najib berkuasa! Kepada bangsa Melayu, ingatlah tarikh 13 April 2011 kerana inilah saat bermulanya, akan ramai anak muda Melayu yang jahil bakal menjadikan kristian sebagai anutan mereka.

Jika di masa hadapan, ada orang bertanya kenapa Najib benarkan bible dalam Bahasa Melayu berleluasa pengedarannya di Semenanjung, maka jawablah, Najib says Sarawak 10th elections toughest in history. Lagipun Najib ke Sarawak untuk ketahui masalah rakyat dan bukannya untuk pancing undi kristian.

Dan seandainya ada lagi yang bertanya, siapakah yang lebih berkuasa di Malaysia, sama ada umat Islam atau orang kristian, maka khabarkanlah kepada pewarismu bahawa Islam di Malaysia tunduk kepada kristian kerana pihak gereja considered the gov 10-point solution as a "statement of regret and appeal for forgiveness".

Tun Abdul Razak menghabiskan sisa hidupnya untuk menyatukan, membela dan memartabatkan Melayu.

Tapi anak sulungnya menjahanam, melukakan serta menggadai maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Wahai Najib, walau apa jua bahasa yang kristian ingin gunakan, TETAPI tidak terfikirkah anda mengapa pihak gereja tetap berkeras mahukan perkataan ALLAH dalam bible? Masih tidak jelaskah Najib akan motif sebenar paderi ini semua adalah untuk mengelirukan? Tidakkah Enakmen Agama Bukan Islam 1988 secara jelas menggariskan perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di Malaysia?

Blog ini menyahut saranan Mufti serta segelintir blogger bagi MENUNTUT Perkara 3 Islam Agama Persekutuan, Perkara 121(1A) Kuasa Mahkamah Syariah, Perkara 11, Perkara 38, Perkara 149, yang semuanya termaktub berkenaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, serta Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Mufti etc. DIHAPUSKAN terus dari muka bumi Malaysia ini.

Apalah gunanya kewujudan undang-undang untuk mempertahankan kesucian Islam di negara ini kerana hakikatnya PERDANA MENTERI MALAYSIA LEBIH BERKUASA daripada undang-undang tersebut serta tidak tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Terima kasih" Najib. Hari ini dalam sejarah, kelahiran "PEMIMPIN TERBACUL UMAT MELAYU."

Al-Fatihah buat Tun Abdul Razak. Moga rohmu tenang dek perlakuan anakmu.

"Kepada bishop-bishop semua, jangan lupa undi BN!" (Tiru ayat Lelaki Y)

12 comments:

  1. da nama pn pelbagai agama..dan mmg kepada Allah jgak rujukan agama mereka..nk bt lagu mana..takkan nk nafikan hak agama lain?

    ReplyDelete
  2. @anon 11:05 AM,...'dan mmg kepada Allah jgak rujukan agama mereka'.

    Banyak kau punya pelbagai agama.Kalau lah ko muslim jelas aqidah mu sudah hampir tersasar..Mana ayat AQ yang Allah katakan begitu...bawakan!

    Kitab mana yang mangatakan demikian.Melayu macam kau dan seangkatan kau lah yang membuatkan Islam tercemar dan akan mendatangkan musibah.

    Toleransi bukan bermakna mengadaikan aqidah.Naizubillah.

    Berbalik ketajuk mengapa mesti Najib yang dipersalahkan..kalau masih ramai lagi Melayu yang sama berpendapat dengan Anon nie.Melayu yang seharusnya sedar dengan nikmat Allah yang mereka canangkan ISLAM,agama dan bangsa resmi negara ini.Jangan lah kita menjadi kufur nikmat.Janganlah kelancangan kita bangsa Melayu dan muslim,menjadi sebab rahmat Alah keatas bangsa Melayu dan Islam dipinggirkannya di negara ini..masya'ALLAH.

    Semoga Allah memberikan sinar dan kesedaran kepada bangsa Melayu ..sebagai mana mereka ikrarkan diperlembagaan..{satu ikrar bangsa kepada Allah]terhadap agama Islam dan tuhan yang esa..[ingatlah Tuhan tidak mengharapkan sesuatu dari hambanya tapi sebaliknya]

    wallahuwa'lam

    ReplyDelete
  3. bukan isu hak agama lain...

    ini isu hak agama islam...
    kenapa malaysia nak benarkan guna Allah dalam bible...
    memanglah dah berpuluh tahun diorang guna di sarawak...itu dulu...sekarang...nak dilegalise lah pulak...

    apabila sesuatu kaum itu ingin berubah, kaum itulah yang menentukan perubahan hala tuju yg ingin dia ikut...

    kalau dah ditakdirkan malaysia jahanam...nak buat camner...sebab ramai ngaku islam tapi tak tau double meaning penggunaan kalimah Allah...

    konteks penggunaan kalimah suci ini adalah untuk memurtadkan orang islam...

    apapun TAHNIA PAS DAN PKR...
    akan kunukilkan peranan keparat kamu sehingga menjadi penyebab lemahnya islam di negara ini...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah hi rabil Alamin

    Yang bermaksud,
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

    Ada kah maksudnya Allah itu tuhan untuk Melayu dan Islam sahaja...???

    Allah itu tuhan untuk seluruh Alam
    termasuk manusia tak kira apa2 ugama, planet, haiwan, gunung, tumbuh-tumbuan dan seisi alam semesta..

    Cuma konsep tuhan bagi bukan Islam saja yang tak betul ia itu berobjek.

    Cuma kita patut promote AL quran untuk mereka faham konsep ketuhan Islam.

    Pada orang Melayu yang lemah akidah apa pasal nak dirisaukan

    Al Quran yang dah complete dan tulen pun mereka abaikan apatah lagi "bible" ciptaan manusia mereka boleh terpengaruh.

    Takan Bible lagi Attractive and appealing dari Al Quran.?

    Mana keimanan kita terhadap Al Quran ciptaan Allah SWT?

    Al Quran dalam bahasa Inggeris takde plak "Mat Salleh" melenting
    malah ramai orang barat masuk Islam akibat tertarik dengan keindahan Al Quran itu sendiri

    Apa Melayu bangang sangat ke?
    Tak tahu mana yang benar?

    ReplyDelete
  5. bodoh ke bb king atas ni? kristian nak guna nama Allah dlm bible dgn maksud trinity. maknanya ada tuhan Allah bapa, ada isteri Allah dan ada anak Allah.

    hang bb king tak payah hujah dari sudut rohaniah sbb org kristian tidak berhujah dari sudut tu. jgn jadi bangang.

    memang Allah bukan untuk orang Melayu saja, tapi kau kena ingat Allah hanya redha dgn Islam saja. bukannya redha dgn kristian sampai kristian pun ada hak guna nama Allah Bapa, Allah Ibu, Allah anak.

    "Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah". - al-baqarah, 120

    orang melayu memang tak bangang, tapi hang yang bangang tak belajar taktik licik musuh islam untuk memperdayakan umat islam.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Suka ati diaorang le nak guna allah ke, goat ke ape-ape ke, yang korang sibuk pehal..kenapa nak mengaku alim lebih dari pak arab. Kalau nak kata diri tu islam sebenar, kenapa tak berkempen untuk menhapuskan zina, maksiat, pelacuran dsb yang dibuat oleh umat ISlam. Yang riuh rendah nak berebut Nama allah ni buang masa. Kat sarawak islam dan kristian dah macam keluarga. Isu nama allah ini akan menghancurkan najib tu je. Orang islam kat sarawak tak pula riuh rendah nak berebut nama allah ni. Korang je yang lebih sudu dari kuah.

    ReplyDelete
  7. Indonesia lagi ramai Islam pun tak kecoh. Aku sokong anon kat atas dan BB King cuma orang macam Tom tem bak saja yang bangang mcm kaldai..
    Al Quran bermacam-macam bahasa pun ada..Tak pun bangsa lain kecoh


    Isu rasuah, arak, buang anak lagi patut diberi perhatian..

    ReplyDelete
  8. apa ke bangang anon atas nih...mana ada alquran pelbagai bahasa...bodoh takleh diajar...bangang takleh nak dibentuk...yg ada pelbagai bahasa adalah terjemahan Al-Quran...Al-Quran satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Arab...

    Bab penggunaan nama Allah ini isu akidah.Buang anak, minum arak & Kaki liwat & kaki langgan china doll itu isu hukum hakam.Syariah.Ada paham?!

    Akidah hancur,hancur segalanya.

    ReplyDelete
  9. kan nik ajis sesat tuhan sembahan orang-orang pas kata kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama...najib ikut cakap tok guru sesat kau orang lah...

    patutnya kau bangga lah najib ikut cakap tok guru sesat kau tu tapi jadi lain pulak kau kutuk pulak si najib nie...

    ReplyDelete
  10. Mealayu sibuk dengan akidah
    Perasan macam terbaik
    Kalau kaorang sendiri percaya bangsa lain pun ada tuhan mereka, kau orang pun syirik sebab meramai kan Tuhan
    Setakat akidah saja jaga, ahklak macam cibai. Kuat fitnah?
    Apa citer bangang. Itu pasal belajar ugama belajar kulit saja tapi isi kosong

    ReplyDelete
  11. hantu kak limah belajar betul2 syari'ah islamiyyah. jangan main sebut membabi buta. kalau aqidah tidak tertegak, akhlaq dan fiqah pun akan hancur. kalau tak faham baik diam. benar apa yang dikata pencolek angek. jika rosak aqidah rosak segalanya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. dah nama pun hantu...mana paham...nih jenis yang mendaulatkan iblis & syaitan la nih...

    ReplyDelete