Tuesday, May 10, 2011

Dari Teoh Beng Hock ke Allahyarham Ahmad Sarbini

Banyak perkara yang akhir-akhir ini agak menarik perhatianku. Bermula dari kes Beng Hock ke kes Allahyarham Ahmad Sarbini, sehinggalah ke hal penjualan nasi lemak di sekolah-sekolah.

Kita cerita pasal nasi lemak dulu. Tak pasal-pasal dikaitkan dengan obesiti. Brader, orang-orang kampung dulu yang macam aku ni makan jugak nasi lemak, kadang-kadang tu menjadi sajian setiap hari. Tak nasi lemak, pulut....tak pulut, nasi lemak......takde pun timbul masalah obesiti? Sebenarnya anak-anak yang obes sekarang ni kebanyakannya salah ibu bapa itu sendiri, kononnya masa kecik-kecik dulu kalau gemuk tu comel laa...kiut la, bla bla bla. Pemakanan yang seimbang langsung tak diambil kira. Kalau boleh, KFC, tak pun McD dan pelbagai jadah fast food yang dilantak setiap hari. Jadi...mengapa nasi lemak yang menjadi mangsa?

Agaknya mungkin kerana nasi lemak itu adalah makanan tradisional orang Melayu yang boleh juga dikaitkan dengan nasib Allahyarham Ahmad Sarbini (seorang Melayu yang beragama Islam) yang diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Mana perginya pemimpin-pemimpin politik Melayu?...baik Umno mahupun Pas? Tak payahlah ambik kira PKR tu...semua kecut telur ke? Si Cina Beng Hock dibela bermati-matian oleh DAP. Sampai Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya. Tapi bila bab Melayu, semua pemimpin Melayu menikus.

Wahai pemimpin-pemimpin Umno mahupun Pas, ingatlah kemenangan anda terletak pada undi orang-orang Melayu. Jangan menganggap orang Melayu yang berdiam diri bersetuju dengan sifat pengecut engkau. Jangan cuba-cuba menafikan hak orang Melayu tanpa pembelaan, kelak akan binasa impian untuk berkuasa lebih lama. Bagi pihak orang Melayu yang lain pula bagaimana? Apakah masih lagi mahu memberikan undi kepada pemimpin-pemimpin bacul yang hanya mementingkan tembolok sendiri sahaja?

Ikut logik, sebagai seorang Melayu beragama Islam, susahlah macam manapun....namun bunuh diri takkan menjadi pilihan. Inikan pula bagi batang tubuh Allahyarham Ahmad Sarbani yang merupakan imam di kuarters Kastam. Takkanlah nak biarkan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut? Takde ke Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes ini secara terperinci? Apa yang istimewa sangat pada SPRM yang telah mengorbankan dua nyawa? Habis semua jabatan kerajaan dipantaunya, siapa pulak yang nak memantau SPRM ni? Apa salahnya semua wakil jabatan kerajaan menubuhkan suruhanjaya bagi memantau SPRM pula...barulah adil. Takdelah SPRM ni angkuh sangat. Kalau kes kematian dalam tahanan polis boleh pulak heboh satu negara. takkanlah kematian Allahyarham Ahmad Sarbini tiada pembelaan yang sewajarnya?

Sudah sampai masanya dimana orang-orang Melayu harus mengubah trend bagi memilih pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih seharusnya berani memperjuangkan hak, nasib dan agamanya sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan.

Aku juga agak tertarik dengan pandangan Tun Mahathir (Utusan Malaysia 24/4/11) tentang kecenderungan pengundi cina menyokong DAP. Bagi aku bukan cina je, malahan india pun sama. Cuba tunjukkan kawasan mana yang majoriti kaum cina atau india dimenangi oleh MIC mahupun MCA? Kebanyakan kerusi yang dimenangi mereka dikawasan majoriti MELAYU. Apa bangang sangat nak melebih-lebihkan mereka ni sedangkan yang menentukan kemenangan engkau di dalam pilihan raya ialah Melayu yang kurang terbela nasibnya?

Ingatlah...

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Lu Pikirlah Sendiri...

No comments:

Post a Comment