Wednesday, May 25, 2011

Lawak Chua Soi Lek

1. Kami asalnya nak tulis artikel perihal ekonomi, tapi bila terbaca kenyataan lawak Chua Porno Lek, kami merasakan patut ada yang mengulas berkenaan isu yang diutarakan.

2. Chua dengan nada tegas meminta (atau sebenarnya mengugut?) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menganugerahkan biasiswa ke luar negara kepada 300 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa perlu melalui proses temuduga sepertimana yang diamalkan sekarang. Seterusnya, Chua menegaskan pemberian biasiswa itu haruslah berasaskan merit.

3. Apa cerita disebalik ketegasan Chua yang mahukan pemberian biasiswa berasaskan merit? Jawapannya, sebab Chua tahu jika pemberian biasiswa diberi berasaskan merit, maka sudah tentulah ramai kaum Cina yang akan dapat biasiswa kerajaan.

4. Pencapaian pelajar pribumi berbanding pelajar Cina terutamanya, tidak akan memungkinkan anak-anak pribumi ini layak memperolehi biasiswa seandainya meritokasi dijadikan sandaran. Sudah menjadi rahsia umum ramai pelajar Cina yang memperolehi markah 100% dalam hampir ke semua kertas peperiksaan utama negara, sama ada PMR, SPM, mahupun STPM.

5. Cuma statistik pencapaian akademik sebenar ini tidak didedahkan kepada umum kerana mungkin kerajaan nak bagi peluang kepada anak-anak Melayu 'perasan pandai' dan merasakan bahawa mereka selama ini sememangnya layak masuk universiti walaupun realitinya pencapaian mereka terkebelakang berbanding anak-anak Cina. Itupun masih ramai anak Melayu yang 'gembira' menentang kerajaan semenjak masih menuntut sehinggalah sesudah berkerjaya. Spesis anak-anak Melayu tak kenang budi.

6. Maaflah, menyimpang sikit.

7. Apa yang kami cuba nak sampaikan di sini, jika meritokrasi dijadikan ukuran sepenuhnya dalam pemberian biasiswa kerajaan, realitinya ramai anak Melayu tidak akan berpeluang memperolehinya, jauh sekali impian bergelar mahasiswa.

8. Jadi Chua sepatutnya tidak meminta yang bukan-bukan. Pribumi ini dijamin haknya dalam perlembagaan, Perkara 153 dan Perkara 161(A).

9. Jika dibandingkan kekuatan ekonomi yang dimiliki kaum Cina, ramai yang mampu menghantar anak mereka belajar ke luar negara tanpa memerlukan biasiswa kerajaan pun, berbanding anak Melayu yang masih ramai tidak berkemampuan.

10. Sudahlah ekonomi mereka 'sapu', biasiswa kerajaan yang sedikit untuk Pribumi itu pun masih Cina nak sakau? Berpada-padalah sikit.

11. Umum mengetahui bagaimana over protectivenya kaum Cina dalam sektor yang dikuasai mereka. Dalam dunia perniagaan, jangan haraplah Cina ni nak benarkan bangsa Melayu menguasai sektor yang telah mereka dominasi sekian lama. Syarikat-syarikat Cina masih lagi menyekat bangsa selain mereka untuk naik. Walau berdasarkan merit sekalipun, bangsa Melayu bijak yang bekerja di syarikat Cina, pasti tidak berpeluang untuk naik keperingkat yang lebih tinggi. Malah pekerja Melayu yang berijazah boleh saja diletakkan di bawah ketua Cina yang hanya memiliki diploma. Perkara sebegini masih banyak berlaku di syarikat-syarikat milik Cina. Itu belum masuk bab struktur gaji yang berbeza antara bangsa Melayu dengan kaum Cina walaupun jawatan keduanya setara. Inilah yang dinamakan diskriminasi terpimpin dalam syarikat milik Cina.

12. Itu baru cecite..cecite perihal syarikat, belum lagi masuk bab diskriminasi dalam persatuan yang dikuasai kaum Cina. Kami bagi contoh, Persatuan Renang Negeri Sembilan yang dikuasai kaum Cina. Ramai anak gadis Melayu yang berpotensi dalam sukan renang di negeri ini disekat potensi mereka hanya disebabkan pakaian. Anak gadis Melayu ini dihalang berenang menggunakan swimming suit muslimah, tetapi diarahkan berbikini jika mahu menyertai pertandingan renang. Penyudahnya, anak gadis Melayu yang berpontensi dalam sukan renang hanya mampu beraksi di peringkat kelab di sekolah, kerana hanya diperingkat itulah mereka berpeluang berenang menggunakan swimming suit muslimah. Nak pergi ke peringkat daerah atau negeri, puak-puak ultra kiasu akan menghalang dengan menggunakan alasan pakaian. Sedangkan pakaian renang muslimah ini sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

13. Perhatikanlah sekeliling anda bagaimana diskriminasi Cina menyekat peluang Melayu dalam apa jua bidang. Tetapi kadangkala pelik juga memikirkan dalam kerajaan yang dikuasai oleh bangsa Melayu sendiri pun, masih ramai orang kita yang suka beri peluang kepada kaum lain untuk naik. Penyudahnya kita pulak yang diperintah oleh kaum dia.
.
14. Tak payahlah Wee Ka Siong nak keluar kenyataan konon MCA memperjuangkan nasib para pelajar cemerlang berasaskan merit dan bukannya kaum. Buat orang gelak saja. Umum pun tahu kenyataan itu hanyalah retorika dan hipokrit semata-mata.

15. JPA perlu tegas dalam hal ini. Kepada para pegawai kerajaan dan swasta bangsa Melayu, simpanlah sedikit perasaan sayang kamu itu kepada bangsa sendiri. Takkanlah itu pun nak kena bagitau kot!

17 comments:

  1. Tak ada sesiapa ke nak warning dan minta MCA keluar dari BN?

    Dari simpan duri dalam daging, gunting dalam lipatan lebih baik UMNO berdepan dengan musuh nyata walaupun sebesar raksaksa.

    ReplyDelete
  2. SALAH ORANG MELAYU JUGAK...DAH TAHU CHUA SOI LEK TU BANGSA CINA, DAN DAH TAHU MCA TU CINA....UNDI JUGAK...KONON NAK BAGI BN MENANG!! NOW JAWABLA SENDIRI BILA MEREKA NI DAH KURANG AJAR.....MELAYU JUGAK YANG BAGI MEREKA NAIK!!

    ReplyDelete
  3. Ruhanie Ahmad suruh BN bagi kata dua pada MCA. http://kuda-kepang.blogspot.com/2011/05/mca-perlu-didisiplinkan.html

    ReplyDelete
  4. ishh.. jangan buang... kita nak lihat camana keputusan calun mca/bn dan adakah mereka akan pegang janji untuk tidak menerima jawatan dalam kabinet apabila mereka kalah kelak.

    inilah presiden mca yang paling low class pernah dipilih oleh ahli mca... tak leh cakap pasal integriti, moral, akhlak sbb diri sendiri pon takdak integriti, moral dan akhlak.

    itulah low class nyer mca...

    utk pru nanti, chua video man soi lek bukannya akan bertanding..dia nak jadi agen pecahkan undi melayu jer..

    ReplyDelete
  5. Saya semenjak dua menjak ini memang dah sangsi dengan mca dan mic. Jika dilihat dr segi peranan kedua dua parti ni... macam SOKONG BAWA REBAH AJE. Mana tidaknya.... banyak perkara atau isu yang disuarakan sudah tidak lagi bernada BN. Macam lagu dap je... UMNO sebagai tunggak BN bermati matian memperjuangkan nasib semua kaum.... tapi yang lain lainnya untuk kaum dia aje....tak hormat hak kaum Melayu pulak tu. So, elok UMNO dan parti parti lain yang mewakili kaum kaum bumiputera seluruh Malaysia sahaje yang bergabung. Yang bukan mewakili bumiputera.... biar membangkang....
    senang lah kita nak buat dasar.... tak perlu lagi dok fikir hal dia orang.

    ReplyDelete
  6. Setuju lah Paneh Miang apa yang sedaro tulis.

    Saya cadangkan elok di buat survey tentang dilema /kedudukan orang melayu pula yang bekerja disyarikat2 besar multinasinal dan local. Dari sini akan dapat statistik kedudukan orang melayu diperengkat mana sebenarnya. Kerja ini elok dibuat oleh pemuda UMNO seperti dizaman Dato'Harun dulu. Itu sebab DEB itu masih penting dan relevan dan selari dengan peruntukan Perlembagaan perkara 153 yng sedaro sebut diatas.

    Itu kekadang kita asyik melayan tuntutan mereka sahaja tetapi selalu terlepas pandang tentang nasib orang melayu sendiri. Kita asyik bergaduh sesama sendiri tentang perkara entah apa2.

    Kesimpulannya Kita mesti ada kekuatan politik dan bersatu, jgn terlalu mengalah untuk mendapatkan undi. Prinsip tetap prisip.Kita mesti ada pemimpin yang berani menjawab dengan fakta ,klu perlu sebut perlembagaan sebut lah fasal2 yng berkaitan. Kena lah baca sikit jgn main sebut je. Berhujah biarlah berfakta dan meyakinkan supaya mereka yakin.

    Mengapa dizaman TDM mereka orang yng sama tak banyak songeh pun kerana TDM cekap patahkan cakap mereka dengan fakta dan tegas.

    Dalam pada itu kita mesti kelihatan adil dimana mereka yang miskin tak kira bangsa tetapi cemerlang dalam pelajaran elok dibantu. Itu pun selari dengan DEB dalam proses membasmi kemiskinan dlm jangka panjang melalui bantuan pelajaran.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. ...spesis anak melayu tak nenag budi kerana tentang kerajaan...

    ha..ha..lawak basi yg sudah begitu byk kali diberi pejelasan oleh ramai org, tapi penulis ni tak reti2 jugak.

    asal tentang kerajaan tak kenang budi...takde modal lain ke..

    mereka bukan tentang kerajaan, mereka tentang parti yg membentuk kerajaan....

    kalu begitu rakyat Britain, Amerika, Indonesia dll lagi yg sering bertukar parti pemerintah tu semuanya spesis yg tak kenang budi la ye?

    pakya

    ReplyDelete
  8. oh pakya...pakya yg perasan hebat macam aspan alias. budaya amerika dan britain tidak sama dengan budaya melayu yang penuh dgn budi bahasa, syukur, akhlaq. tidak sesuai dibandingkan dgn britain dan amerika tu.

    indonesia juga di alam melayu ttp tgk la apa jadi pada rakyat mereka akibat melanggar budaya melayu yg penuh adab itu. jauh bezanya taraf hidup melayu indonesia dengan kita. menentang bukan yg hak sehingga menjatuhkan raja sendiri menjadikan indonesia ibarat dimakan sumpah.

    agaknya banyak sangat nikmat yang Allah beri di bumi malaysia ni sebab apa? mgkn kerana masih ramai yang tahu bersyukur dan berterima kasih. orang macam pakya lainlah. lahir2 saja terus senang agaknya. macam aspan alias yang dapat hidup sebab kontrak umno. keluar dari kemiskinan hanya dalam 2 generasi. tak macam org indon hingga 4 generasi baru dapat hidup senang. tp bila tersisih mula la menyalahkan puak itu dan ini. org kecewa memang begitu lagaknya.

    orang melayu ni tinggi akal budinya. atau pakya ni bukan melayu? seronok sangat menjilat aspan hingga terlupa akar budaya?

    ReplyDelete
  9. I love u paneh. Mmg paneh pun. Maharaja lawak punya Chua Soi Lek.

    ReplyDelete
  10. aku pun melayu.....

    tinggi sungguh akal budi hang no...

    1. perasan hebat macam aspan
    2. menjilat aspan

    he..he.. begitu rupa bahasa orang yang tinggi budaya

    pakya

    ReplyDelete
  11. terasa ke pakya? gelak dan perlekeh pendapat orang tu tinggi ke budi bahasa? lagipun bukan kamu ni suka sangat ke puji melangit tulisan aspan. spesis jilat gak ke? heh.

    ReplyDelete
  12. sape yg terasa ni?... pakya ke aku pun melayu...


    ha...ha...

    makya

    ReplyDelete
  13. sape yg bicara tentang budaya, akal budi....

    patut la org yg berakal budi tu bahasanya cantikkkkk...


    kah...kah..

    tukya

    ReplyDelete
  14. cukup la tu kroni pakya semua...
    kalu dok layan aku pun me...layu,
    tak sudah2... bagi la dia menang..

    adikya

    ReplyDelete
  15. 1 komen aku dibalas 3 anak beranak? huh. tau dah corak dan tahap fikir keluarga ya ni. kasihan melayu.

    ReplyDelete