Monday, May 16, 2011

Najib's Do or Die

1. Artikel ini sepatutnya keluar minggu lepas. Tapi disebabkan blogspot domam, mako terpaksolah dikeluarkan hari ini. Kok raso topik ni dah basi, nasib kau la yeh.

2. Baru-baru ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau lebih dikenali sebagai UMNO telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-65.

3. Ada juga yang pertikai UMNO sekarang hanya berusia 23 tahun kerana UMNO pernah diharamkan pada 1988 dan didaftarkan semula dengan nama UMNO Baru. Orang yang mempertikaikan ini tampak seperti ingin mencari publisiti murah, seolah hanya mereka saja yang tahu sejarah.

4. Pada kami, polemik UMNO lama dan UMNO baru ini tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara pun. Lebih kelihatan seperti budak tadika yang bergaduh tentang permainan baru dan permainan lama dengan kawan-kawan.

5. Kami telah mendengar daripada kedua-dua pihak berkenaan versi pengharaman UMNO pada 1988, sama ada daripada Che Det mahupun Ku Li. Biasalah, masing-masing mesti nak membenarkan pihak sendiri.

6. Kami buat kesimpulan begini sajalah, pihak yang kalah biasanya akan kecewa, dan orang kecewa pasti senang digoda syaitan. Faktor kekalahan dan kekecewaan pasti menyebabkan seseorang itu kurang berfikir secara waras serta tidak bijak dalam tindakan. Justeru bagaimana nak melampiaskan kemarahan akibat kekecewaan? Sabotaj parti? Akhirnya UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.

7. Mustahillah pihak yang menang nak sabotaj parti sendiri sehingga diharamkan, ya tak? Hehehe. Orang Ku Li mesti 'angin' dengan kenyataan ni.

8. Baru-baru ni seorang jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu (Ketuanya Rais Yatim) mengatakan "UMNO masih kuat" dan menambah, "Yang tak kuat ialah Melayu sebab berpecah belah." Ada juga dikalangan ahli UMNO Jelebu mengatakan, "Kami tidak pernah kalah di Jelebu. Tak macam kawasan UMNO lain seperti Selangor."

9. Dato' Seri Presiden UMNO, kalau nak tahu, masih ramai ahli UMNO terutamanya Ketua dan Jawatankuasa Bahagian di Negeri Sembilan ini yang perasan diri mereka kuat dan banyak sokongan. Dan bertambah lawak lagi, mereka tidak peduli pun jika kawasan UMNO lain kalah, asalkan kawasan mereka sendiri menang. Mungkin mereka fikir walaupun hanya dengan kemenangan kawasan mereka sahaja, UMNO masih tetap berupaya membentuk kerajaan?!

10. Inilah realiti kebanyakan Bahagian UMNO yang jobor dan syok sendiri. Belum lagi masuk bab pecah belah dalam parti.

11. Walaupun dalam siri PRK dan PRN Sarawak baru-baru ini menunjukkan trend sokongan Melayu telah kembali kepada UMNO, tapi wajarkah pemimpin UMNO di peringkat bahagian begitu angkuh dan ego?...Sedangkan kawasan mereka sendiri pun belum benar-benar teruji?

12. Di Jempol, sudah ada usaha untuk menjatuhkan Ketua Bahagian oleh Timbalan dan Naib Ketuanya. Di Rasah, sayap Wanita, Pemuda & Puteri UMNO tidak sebulu dengan Ketua Bahagian mereka sendiri. Di Kuala Pilah, regu Ketua Bahagian berbalah dengan regu Timbalan Ketua Bahagian. Ahli Parlimen Kuala Pilah juga tidak sebulu dengan ADUN kawasan Kuala Pilah. Seremban tak payah ceritalah...selagi Tok Sahak jadi ketua, selagi itulah UMNO Bahagian Seremban berbalah tak sudah-sudah. Yang nampak stabil sikit ialah UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tampin dan Rembau.

13. Kajian sikap menunjukkan rakyat terutamanya Melayu berada dalam keadaan berbelah bahagi. Rakyat jelas tidak sukakan Komplot Pembangkang, tetapi pada masa yang sama rakyat turut meluat dengan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO yang tak sedar diri.

14. Rakyat kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika calon UMNO/BN di PRU akan datang tidak menepati kriteria yang disukai mereka, pilihannya sama ada mereka tidak akan keluar mengundi, atau membuat undi rosak. Namun mengundi Komplot Pembangkang tidak sesekali. Inilah pendirian kebanyakan akar umbi UMNO termasuk pengundi atas pagar.

15. Sempena ulang tahun UMNO ke-65 ini, Najib mulai sekarang wajib meneropong secara serius 'winnable candidate' di setiap kawasan yang bakal ditandingi BN, khususnya UMNO. Pemimpin-pemimpin lama yang bermasalah perlu diketepikan. Calon baru yang disukai penduduk setempat, walaupun tiada jawatan dalam parti, perlu diketengahkan dan diberi peluang seluas-luasnya.

16. Jangan terpedaya dengan kepuraan luar biasa yang ditunjukkan sebahagian besar wakil rakyat termasuk pimpinan UMNO sedia ada menjelang PRU-13 ini. Pedulikan dengan para pembodek serta ugutan sabotaj etc. Juga diharapkan Najib tidak terlalu percaya 100% dengan maklumat daripada punahsihat yang ramai disekeliling anda.

17. Najib dituntut pamer keberanian melakukan anjakan besar-besaran terhadap calon BN di PRU-13 sepertimana yang didambakan kebanyakan pengundi hari ini.

18. Memetik ucapan Dato' Onn Jaafar dalam Mesyuarat Agung UMNO di Kelab Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Mac 1947, "Darah berteriak kepada Darah dan Bangsa kepada Bangsa"; It's do or die for Najib.

2 comments:

  1. UMNO N9..PARAH DOH KELATE SAID..TUNGGU NAK ANCUR YO..ORG RASAH SAID..MAMPOIHLAH ..ORG LABU KATO..BONDO YG UNTUNG KARANG,KRONI DIO YO..KONT... KELAS F SAID..HUTAN KAYAN SEMUO ORG DIO YOO..YG KAYO CINO ANX2..DATO LEONG BAHAU..DATO ZAHA ROMBAU..PROJEK BOSAR KARANG CINO MATRIX YG PUNYO..MBI,YNS,MAINS,PKNNS DLL..DOPAN MELAYU ,BELAKANG CINO..YANG KAYO CINO,YANG DOPAN TU DAPAT 10%..JADILAH..BOLEH BOLI RUMAH,KERETO,SAHAM,ORG RUMAH BARU,DOK KAT 7 CLUB..BAHAGIAN UMNO LAIN PANDAI KAU LAH CARI DANA SENDIRI..SAPO SURUH TAK IKUT DEN..BUEKLAH SENDIRI..SIAN TOK LILAH,TOK MALEK HASAN,TOK SAHAK,TOK HASIM,TAPI ORG2 NI DAH KAYO..BERLAKON AJO TU..TAK CAYO SEMAK DUIT DAN ROTO DIORANG NI..GAJI AHLI PARLIMEN DAN ADUN BERAPO BONA..YO TAK..RASAH DAN SEREMBAN DAH TONTU KALAH PUNYO DALAM PRU 13 SOK..CINO KOMUNIS DAN KOLING PAPARIA BANYAK KAT SITU..KETUO PERHUBUNGAN UMNO N9 KAT SITU LAH DILAMBAK BANYAK2 DUIT RAKYAT..KITO KONO BOLO ORG CINO DAN PARIA NI,KAWASAN YG KITO KALAH KITO KONO AMBIK TAHU APO MASALAH DIORANG..KATO TOK MB..APO PUNYO BANGANG PUNYO MB MELAYU,PATUT NYO TOMPEK YG BN MONANG LOBIH KAN DI BOLO..SIAN NENGOK UMNO NI..ORG MUDO TAK KONANG JASO KATO AJK BAHAGIAN RASAH,TAK SODAR ,PERINTAH DEK CINO SOK TAU LAH..DIO YG TAK SODAR ,KUARI DAN PROJEK KELAS D YG DAPEK PUN CINO YG BUEK..YOLAH DAH KAYO KAN..PIKIRLAH SENDIRI WAHAI PEMIMPIN UMNO N9.LU LANGSI LU RUGI OOOO..

    ReplyDelete
  2. AKU YA AMAT SETUJULAH. DAH MENYAMPAH
    ORANG DENGAN UMNO KERANA SIKAP SEGELINTIR PEMIMPIN.

    KALAU DI PERAK IA DIPANGGIL 'GETIK'.

    ReplyDelete