Wednesday, June 15, 2011

BERSIH 2.0: Warisan Yahudi bernama Abdullah Saba'

Demi melonjak momentum rakyat yang semakin menolak pakatan pembangkang, Harakah Edisi Isnin, Bil. 1648 bagai mengalun gendang perang untuk mengajak rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi haram Bersih 2.0. Nik Ajis menyeru seluruh ahli PAS dan pakatan untuk menyokong demonstrasi haram tersebut. Kononnya alasan diberikan tidak ada pilihan raya yang 'bersih' dan 'tulen' di Malaysia sejak dulu, walhal Nik Aziz sendiri telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun.

Kata Mat Sabu, demonstrasi haram Bersih 2.0 adalah sasaran awal PAS bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU-13. Menurut Ambiga Pengerusi Haram Bersih 2.0, demonstrasi diadakan bagi menuntut bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas, serta memanjangkan masa kempen pilihanraya hingga 21 hari.

Persoalannya, tiadakah saluran lain yang boleh digunakan? Adakah ahli parlimen pembangkang selama ini bisu untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat tanpa perlu berdemosntrasi? Adakah strategi pilihanraya yang diguna pakai pakatan pembangkang selama ini benar-benar bersih 100%? Tidakkah kemenangan 5 buah negeri yang dikuasai pembangkang telah membuktikan bahawa selama ini sistem pilihanraya di Malaysia adalah adil dan telus?

Kebebasan pemimpin pembangkang untuk berceramah tak kira siang dan malam di seluruh negara, pemberian permit media yang tak terkira banyaknya, penggunaan NGO sebagai pendesak, memfitnah melalui blog pembangkang 24/7 melalui media maya, sistem radio serta televisyen sendiri, termasuk kebebasan memanipulasi segala undang-undang serta sistem kehakiman sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihanraya; tidak dianggap BERSIH dan TELUS oleh pakatan pembangkang selama ini? Adakah semua itu bukan satu indikator keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia?

Persoalan kepada PAS yang kononnya berteraskan agama, adakah demonstrasi jalanan merupakan salah satu anjuran agama dalam menghadapi kekhilafan dan keterlanjuran pemerintah? Apakah hukum perlakuan demonstrasi di sisi Islam? Tiadakah cara lain atau kaedah syar’i dalam menegur dan memperbaiki keterlanjuran pemerintah?

Banyak kaedah-kaedah syar’i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keIslaman dan syi’ar solat. Dalam masa yang sama, amalan syar’i ini menunjukkan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, membenci kekacauan, teratur, serta penuh ketenangan.

Kita sebagai rakyat boleh mempersoalkan apakah niat sebenar demontrasi haram Bersih 2.0 ini diadakan. Adakah mereka ingin jadikan tarikh 9 Julai ini sebagai "hari rusuhan dan kekacauan" sebagaimana berjayanya teori domino di Asia Barat? Amalan demonstrasi haram Bersih 2.0 sewajarnya ditolak dan wajib diboikot oleh seluruh rakyat, termasuk ahli PAS, andai ruh agama berjaya difahami dan dihayati sepenuhnya.

Amalan demonstrasi secara ganas merupakan satu amalan baru yang diada-adakan (bid’ah) dalam agama. Lebih teruk lagi, idea berdemonstrasi sebenarnya berasal daripada seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba' yang berpura-pura masuk Islam. Dari itu, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam syi’ar kaum kuffar, kaum jahiliyyah, dan kelompok khawarij (pemberontak), kerana Nabi S.A.W. telah berpesan dengan sabdanya:

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

"Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya."

Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?"

Beliau menjawab, "Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?" (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298, no. 6775)

Di hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. mengingatkan dengan keras supaya taat kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap membangkang secara terang-terangan dengan katanya:

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

"Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemimpin walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى

"Bahawasanya orang-orang jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan (menjatuhkan) di antara satu sama lain." (Majmu’ al-Fatawa, 28/487 - Daar al-Wafaa’)

Bahkan Imam asy-Syaukani Rahimahullah (Wafat: 1250H) dengan lebih tegas menyatakan:

ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

"Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menyebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah." (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)


Di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih yang lalu ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi.

Malaysia memerlukan lebih 6 bulan untuk pulih sepenuhnya akibat demonstrasi haram Bersih sebelum ini. Sedangkan telah jelas dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, perkara-perkara seperti ini amat dibenci oleh agama.

Maka, wajarkah kita terlibat dalam demonstrasi haram Bersih 2.0 yang jelas bertentangan dengan Islam ini?

Rakyat wajib memboikot demontsrasi haram Bersih 2.0. Sebagai orang Islam, hendaklah kita kembali kepada Islam yang jelas sumber-sumber dalilnya daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang difahami melalui para ulama ahlus sunnah wal-jamaah. Jauhilah sikap serta tindakan yang dibina berteraskan emosi dan hawa nafsu semata-mata kerana terlalu dendam untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak pernah pun memaksa umat Islam di negara ini untuk berlaku kufur dan menyekutukan Allah.

Kepada orang Melayu yang pastinya Islam, "Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran."

22 comments:

  1. Paneh, apa PAS buat itu yahudi. Apa UMNO buat itu semuanya yang haq. Kepala hotak you.

    ReplyDelete
  2. In Thailang demonstration once became the order for the day but investment still flows in big sum to Thailand.

    With one demo it doesn't need six mths to recover. You are just a propagandist and you are proud of writing it.

    Don't insult us man....i have been living for 48 year by next week.

    pdg besar, perlis

    ReplyDelete
  3. Baru dua hari lepas kamu cerita pasal menjubur dan pantek. Sekarang kau cerita pasal agama.

    You are UMNO typical.

    ReplyDelete
  4. tgklah investment yang macam mana di thailand tu. kalo setakat pelacuran dan hiburan memang banyak. pastu byk pulak industri copyright dicopypaste di thailand. rosak jenama brg. tp bab tu panjang kalu nak crita bab kartel. org pdg besar selalu masuk thailand tak perasan ke? teh di pdg besar pun byk pewarna yg dtg dr thailand. pelaburan la sangat weh.

    ReplyDelete
  5. ambiga yang jelas menentang islam dan menyokong murtad pun org pas nak sokong dan bantu? apa la nak jadi dgn isle pas ni.

    ReplyDelete
  6. Paneh Miang = Abdullah Saba

    -Tom Ju Boor-

    ReplyDelete
  7. "Chua Soi Lek yang jelas menentang islam dan menyokong murtad pun org Umno nak sokong dan bantu? apa la nak jadi dgn isle umno ni"

    ReplyDelete
  8. tgklah investment yang macam mana di Malaysia tu. kalo setakat pelacuran dan hiburan memang banyak. pastu byk pulak industri copyright dicopypaste di . rosak jenama brg. tp bab tu panjang kalu nak crita bab kartel. org Hatyai selalu masuk Malaysia tak perasan ke? teh di Hatyai pun byk pewarna yg dtg dr Malaysia. pelaburan la sangat weh.

    ReplyDelete
  9. kakaka. lawak la baca komen tak membina yg lari dari tajuk ni. apa saja benda baik umno buat pun pembangkang tetap kata tak betul. nak buat lagu mano. mmg kena betul penangan yahudi.

    ReplyDelete
  10. kata anon 103pm "Chua Soi Lek yang jelas menentang islam dan menyokong murtad pun org Umno nak sokong dan bantu? apa la nak jadi dgn isle umno ni".
    tapi yang slalu sye baca blog2 pro kerajaan temasuk la blod ni banyak je yang hentam soi lek atau mana2 komponen bn yg tak betul. tapi x pernah pula sye baca blog pro pembangkang yang hentam karpal ka, kit siang ikan anak beranak ka, padahal mereka juga terang dan jelas menentang islam.
    double standard. adilkah pencacai pembangkang?

    ReplyDelete
  11. sye,

    Sape yang mengajar "Double Standard"?
    kalau Perkasa, tajaan Umno buat demo, pernah ke tembak gas pemedih mata atau water canon?

    Kalau pencacai umno buat demo kat Penang ada pernah kena kacau dengan PDRM?

    Kalau kes rasuah melibatkan Umno/Bn dibicara kat mahkamah, semuanya terlepas dengan alasan tiada bukti kukuh. Yang kena hanya lah "ikan bilis" atau Bekas, bekas menteri, ketua bahagian lah.

    Kalau kes melibatkan pembangkang siasat sampai mati.

    sye, kamu duduk dalam hutan ke atau dalam gua?

    ReplyDelete
  12. semua demo haram tapi ambiga lebih haramjadahJune 15, 2011 at 3:17 PM

    sye tu rasanya x duduk dalam hutan atau gua. cuma dia lebih waras fikir yg perkasa xde kena mengena dgn umno cuma mereka perjuang melayu. nak tggu pembangkang pejuang melayu asik ikut buntut dap je keje. dan demo kat penang yg dibuat tu hanya beberapa kerat je. tak ganggu lalu lintas pun. bagus sye. mentaliti pembangkang ni dah rosak sampai tak nampak satu apa pun yg baik dibuat kerajaan. dia ingat semua org suka ke demo bersih tu. majoriti rakyat dah pilih bn perintah sejak pru2008. cuma pambangkang je yg perasan dan takleh terima hakikat. bila rasa nak kalah next ge, mulalah buat demo itulah inilah. rascal.

    ReplyDelete
  13. Anon June 15, 2011 12:05 PM:

    If you're 48 next week and can't spell Thailand right, you're screaming to get insults.

    What investment is flowing in Thailand? Because they got IMF? Because they have a big vice business there? Sure, demonstration doesn't impact the economy right? Why don't you propose your housing area for the demo? It's much better! And you can be fucking proud about it! ass.

    Soi Lek is nobody, he can spit anything he wants but people won't lay on the tar for him. But this Ambiga the lawyer for murtad is different, pakatan riot's people will flock to be dumb and lay on the road for her. Pure-bred pakatan riot's typicals.

    ReplyDelete
  14. Karl you go and fuck spider.
    What nonsense are you screaming?
    The most advanced nation, the US, UK allow their citizen to hold demo.
    This is democratic country and every citizen is guaranteed the freedom of expression as long you don't create nuisance.

    obviously the Police will the first to start provocation as per instruction from their political master (umno)

    Any damn idiots also know that Perkasa and Perkida is umno sub-contractor.

    sama demo haram tapi ambiga lebih haramj

    Otak kau lagi haram, itu kan profession Peguam untuk mempertahankan anak guam nya. tak kira kes apa pun, murtad ke, bunuh.

    Masyarakat Islam terutama yang muda sudah CONFUSED dengan cara umno/bn memerintah. Itu pasal mereka tukar ugama.

    Mufti sibok dengan fatwa poco-poco tapi fatwa RASUAH, JUDI HALAL, FITNAH, ISA yang lagi isu besar senyap jer..

    Melayu adalah kaum tertinggi dalam penyakit sosial
    1) Buang anak
    2)Penyalahan guna dadah
    3)GRO teramai selain pedatang asing
    4)Mat rempit
    5)Rasuah

    ReplyDelete
  15. "itu kan profession Peguam untuk mempertahankan anak guam nya. tak kira kes apa pun, murtad ke, bunuh."

    huh liberalnya pemikiran. nampaknya agama pluralisme dah mula meresap dikalangan pencacai pembangkang. semua agama sama bg mereka sampai dah tak kisah bila ada kafir berusaha untuk memurtadkan umat islam. tahniah aljub (sekadar menyebut gelaran yang diberi timb presiden pas suatu ketika dulu). gerakan ifc dah tiba di negara islam termaju di dunia. agak2 kenapa malaysia jadi sasaran ya?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  16. Tolong fahami betul-betul ayat terakhir artikel ni :'Jauhilah sikap serta tindakan yang dibina berteraskan emosi dan hawa nafsu semata-mata kerana terlalu dendam untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak pernah pun memaksa umat Islam di negara ini untuk berlaku kufur dan menyekutukan Allah'.Ulang sekali lagi, fahamkan ayat ini betul-betul. kalau tak percaya pi tanya ibubapa atau datuk/nenek ada sapa-sapa sepanjang hidupnya disuruh murtad oleh kerajaan UMNO?

    ReplyDelete
  17. Anon June 15, 2011 6:20 PM:

    You have anything against spider? Typical pervert minds like yours have nothing to be expected.

    What? Are you SURE US, UK allows their citizen to hold demo? You're retarded. With US's "Patriot Act", you can't even TALK about demo against the goverment. Guaranteed freedom of expression? LoL you're dumber than I thought! Try speaking against the neo-cons or zionist in the US and for sure you'll get a pricetag on your head. Freedom of expression my ass. Like I've stated earlier, propose your housing area to hold the demo la jackass. Let's see if YOU allow freedom of expression. And heck, this demo won't create nuisance, right? ass.

    Masyarakat islam confuse dengan cara umno/bn memerintah? HAHA this is the best joke ever! Selepas 50 tahun gebang negara isle, mengkapirkan orang lain kerana negara isle, tiba2 tak sampai 3 tahun menjunjung dap, negara isle takda dalam Al-Quran. Ko ni bangang-dibangangkan lagi. Apa kata ko jadi champion dan bagi aku link "draf" hudud pas yang kene reject kat TDM dulu? Aku tunggu.

    Mufti dah lama keluar fatwa pasal halal-haram, ko tertinggal keretapi ke? champion ko si hasan ali, menyembur2 air liur cerita nak roboh kilang arak kat Selangor, kene jegil kat ronnie liu, mencicit2 pulangkan 2-3 botol arak susun cantik2 kat rack kedai. Apa barang! Judi memang haram, sapa kawan tennis big gun kat Magnum? Tak ingat? Kalau ko pikir pakai otak, mungkin ko boleh tau.

    Ko ada masalah dengan ISA? Kalau tak buat salah, nak takut apa dol? Tok Him tu pun keluar dari ISA jugak, ada dia bising pasal ISA? Ko bandingkan dengan "Most advance nation US" ko punya Guantanamo Bay pulak. Toksah jaja cakap putarbelit ko la dol.

    Bagus la ko sedar bangsa melayu banyak buat benda2 haram. Itu maknanya perkara2 tu tak disenyapkan sebab ia satu benda yang tak selari dengan Islam di Malaysia. Bangsa lain punya masalah sosial tak mendapat tempat di media sebab itu tak bercanggah dengan peribadi mereka dol.

    "itu kan profession Peguam untuk mempertahankan anak guam nya." Ironically, this is also my point. Itu MEMANG profession dia, so moral dia tolak tepi. Tapi ko yang bangang, ikut moral dia, buat apa? Sebab tu Karpal boleh cakap dalam hansard anuWar seorang peliwat dan harus bertaubat, tapi sebab profession dia peguam, dia boleh u-turn sesuka hati. Moral dia adalah duit, tapi ko yang lalang, ikut sapa2 yang hentam gomen walaupun orang tu penyokong murtad, penjaja plurarisme, penyokong khalwat dan zina. Sapa lagi bijak? Heh.

    ReplyDelete
  18. jangan dipermainkan agama dan sunnah ingat bahawa agama islam itu rasmi dan sunnah itu ikutannya....fikir2kan lah

    ReplyDelete
  19. Anonymous Padang Besar ,Perlis, you seem to forget what damages, hardships , lost of lives and income done to the Thai people, and Indonesia every time a demonstration goes awry.Any demonstration has a good chance of turning bad. Ambiga, will she take full responsibility if a single precious life is lost? I have some exclusive photos of the deaths caused in the last serious clashes between Thaksin's supporters and army troops, which you wouldn't want to watch,I am sure. Duduk rumah , tengok TV lagi bagus, demo2 ni tak main lah.
    Salam,
    Pemuda Perth.

    ReplyDelete
  20. Siapakah dalang disebalik BERSIH?, mereka adalh terdiri drp pakatan pembangkang yg berselindung disebalik nama NGO . Mereka adalah org yg tak ingin negara berada dalam keadaan aman dan makmur. Hidup Paneh Miang kerana berani menyatakan kebanaran

    ReplyDelete
  21. MARI NYANYI SAMA2 EH~
    1,2,3...
    DEE AE PEE ,
    PACAK BESAR ,
    SAMA SATU TIANG ...LA LA LA~
    ADA TULIS CINA ,
    KATEYE ISLAM ...TEKA LA LA LA~
    ADA PERKATAAN JANGAN ,
    JANGAN APA? LA LA LA~
    ADA JUGA KAT SITU PEMERINTAH DAN TEKA LA LA LA~

    AYAT PENUH DIA SAYA NAK BACA... LA LA LA~
    NT RAMAI SAKIT HATI TP SAYA NAK BACA... LA LA LA~

    JANGAN BIARKAN NEGARA INI DIPERINTAH EEEEESLLLLLAAMMMM...LA LA LA...
    SAYA ULANG LAGI KASI TAK DER LOGHAT LALALALAA~
    JANGAN~JANGAANNN~JANGAN BIARKAAANNN PEMERINTAH ISLAM TAKBIR MelayuASIAAAAAAAAARGHHHH. WOEH!!!MERDEKA YOW!

    PARTI ISLAM DISOGOK YAHUDI TUTUP MULUT JD PAK TURUT FREEMASON MUAHAHAHAHAHAHAHA.

    HABIS TU YG DAH ADA KUASA TU PN TAK RETI2 KE NAK JALANKAN AMANAH ALLAH MAUgahahadadhadga

    ReplyDelete
  22. kepada UMNO..jangan takut pas, jangan takut mca,mic, dap, pkr..takutlah kepada Allah swt.

    ReplyDelete