Sunday, July 3, 2011

Kapitan Melayu

Lama bonar disimpan perihal Sejarah Asal Masjid Kampung Ulu, Melaka. Selepas 15 tahun, kajian yang tak dapat Ijazah Doktor Falsafah (Tamadun Islam) pengkhususan Tamadun Melayu Islam, Pak Sedaro nak dodahkan Sejarah Datuk Aroom, Kapitan Melayu Melaka yang membina Masjid Kampung Ulu pada 1670 (bukannya 1728 sepertimana laporan Wikipedia).

Di riwayat secara lisan hinggalah keturunan ke-9, secara turun temurun dan berasas bukti dan fakta Peta Belanda dan Arkib Negara Holland; bahawasanya seorang pedagang dan saudagar kaya, juga seorang pelayar yang berjiwa besar telah belayar dari Wilayah Tiongkok dengan mengibarkan panji-panji putih berlambang dari Wilayah Tiongkok. Bersama insan ini ialah kain-kain sutera, tembikar, bahan letupan, kertas, dan pelbagai khazanah keluaran Tanah Besar Cina untuk ditukar dengan timah, rempah ratus, perhiasan dan sebagainya.

Setelah belayar berbulan lamanya, mereka tiba di perairan Selat Melaka yang ketika itu dalam keadaan begitu dahsyat, dek kerana ribut taufan. Akhirnya kapal dagang Tiongkok ini dipukul tsunami besar dan akhirnya tenggelam.

Berakhirnya ribut dan kembali reda seperti sediakala, penduduk kampung di pantai Klebang keluar beramai-ramai dan melihat limpahan barangan yang bertaburan di gigi pantai. Ternyata mungkin kapal-kapal yang begitu banyak di laut, musnah dek ribut yang amat dahsyat. Dalam kegamatan itu, sekumpulan anak-anak kecil menjumpai sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri dan memberitahu kepada ibu bapa mereka yang sedang sibuk mengutip hasil daripada kapal karam.

Mereka mendapati seorang pemuda Cina sedang diambang maut, lalu diangkat dan diusung tubuh ini ke rumah ketua kampung. Anak Cina ini pengsan selama 5 hari sejak dijumpai, dan kelihatan semakin pulih. Di suatu pagi, sewaktu Azan Subuh, pemuda Cina ini tersedar daripada geringnya dan terus bertanya soal suara laungan yang didengarinya. Diberitakan semasa dia tidak sedarkan diri, setiap 5 kali sehari, anak Cina ini seakan terdengar alunan suara yang sering terngiang-ngiang di teliganya. Alunan suara yang dimaksudkan ialah Panggilan Jihad AZAN. Setelah diterangkan kepada anak Cina ini, bahawa itulah kaedah memanggil dan menjemput ummah Melayu untuk bersolat, maka Allah pancarkan Nur Iman dan Islam kepadanya. Lantas, anak Cina ini memeluk Islam.

Maka diisytiharkan bahawa anak Cina yang dijumpai itu ialah Tan Seek Tiong yang dinamakan dengan nama Islamnya, Harun. Dalam banyak penulisan sejarah, manusia ini juga dikenali sebagai Haroom, Arom, Aroom, bergantung kepada siapa yang menyebutnya. Tan Seek Tiong atau Harun @ Aroom berkahwin dengan Cik Zainab setelah menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Almarhum diberikan amanah sebagai pemimpin kepada sekumpulan Melayu yang hidup waktu itu, hingga beliau pernah dinobatkan sebagai Pemimpin Orang Melayu. Datuk Aroom mempunyai 4 zuriat iaitu Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin.

Pada tahun 1641, semasa Portugis masih memerintah Melaka sejak 24 Ogos 1511, Datuk Aroom dan pasukannya dikhabarkan telah bersekutu dengan Belanda sehingga Belanda berjaya menakluki Melaka dari tangan Portugis. Sebagai tanda terima kasih Belanda kepada Datuk Aroom, penjajah Belanda telah melantik beliau sebagai Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah di Sungai Pahat dan Bukit Beruang.

Sifat pemerintahan penjajah Belanda ialah mesra Agama serta menggalak pembinaan rumah ibadah, telah memungkinkan Daruk Aroom di beri tanah untuk membina masjid yang kemudian dinamakan Masjid Kampung Ulu yang diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Apabila masjid ini siap pada 1670, maka terkibarlah BENDERA kemegahan "Gagah Perkasa" sehingga diturunkan pada 1962 yakni selepas 292 tahun. Datuk Aroom adalah Pengasas Mercu Tanda Obor Islam selepas lumpuh sejak 24 Ogos 1511.

Anaknya Datuk Samsudin bin Aroom telah dilantik sebagai Kapitan Melayu Kedua, ketika ayahnya sudah tua dan uzur. Shamsudin telah membaiki Masjid Kampung Ulu pada 1741, dengan menggantikan papan lantai serta dinding masjid daripada kayu dan batu-batan yang diperbuat di Kampung Batu Bata.

Datuk Aroom juga telah diberi tanah untuk menempatkan waris keturunannya, pegawai-pegawai masjid, para hamba, serta pengikutnya, yang kemudiannya dinamakan sebagai Kampung Ulu, Kampung Keling dan Kampung Kuli. Datuk Aroom meninggal dunia dan dikembumikan di Bukit Beruang bersempadanan Sungai Putat, dan kemudian dijadikan makam berbatu nisan dari Aceh yang dikelilingi Datuk Samsudin, Datuk Budiman, Datuk Mohamad @ Ahmad.

7 comments:

  1. Tuan, bagaimana pula versi Masjid Kg Ulu ada dikaitkan dengan seorang wali yang berketurunan Rasullullah S.A.W dan makamnya ada di sana.

    Begitu juga dikaitkan dengan wali yang seketurunan dengan Rasulullah S.A.W yang makamnya di Pulau Besar.

    Harap mendapat penjelsan.

    ReplyDelete
  2. ianya sebuah rumah yg dihuni oleh 3 keluarga yang berlainan keturunan dan agama...tuan rumah dengan baik hatinya memberikan kebenaran untuk 2 keluarga lain tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja dengan syarat tertentu menghormati hak tuan rumah dengan tidak menganggu atau mengunakan kemudahan tingkat atas yang didiami tuan rumah serta keluarganya.

    sebagai tuan rumah, tingkat atas memang agak selesa berbanding di tingkat bawah...keputusan yang di rasakan sesuai dengan haknya sebagai tuan rumah...walaubagaimanapun 2 keluarga yang mendiami di tingkat bawah menerima seadanya dan hiduplah mereka dengan rukun dan aman damai tanpa mempersoalkan hak tuan rumah.

    masa berganti masa...kehidupan berganti generasi...yang tua telah pergi, yang muda menjadi galang ganti...namun sepanjang kehidupan, kedudukan ekonomi tuan rumah tidaklah sehebat pencapaian 2 keluarga di tingkat bawah...perbandingan harta dan barangan mewah di ruang kediaman masing-masing menjadi bukti.

    tuan rumah terikat dengan perjanjian lama yang harus dihormati...memberikan kebenaran untuk 2 keluarga yang tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja cuma hanya perlu menghormati dengan syarat tertentu hak tuan rumah.

    kini, ada kalanya penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa ruang tamu tingkat atas yang agak luas hanya untuk tuan rumah dan tidak di kongsikan bersama?


    kini, penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa dapur di ruang atas tidak dikongsikan bersama?

    tambah mengusutkan keadaan, ada juga di antara segelintir cucu cicit tuan rumah yang berfikiran terbuka turut mempersoalkan kenapa tidak dkongsikan bersama?

    cuma setakat ini penghuni tingkat bawah belum lagi mempersoalkan ruang tidur tuan rumah untuk dikongsikan bersama....

    ReplyDelete
  3. Alcatraz , pandai sungguh buat cerita sejarah jadi bahan politik.

    Tak da masalah kalau Tuan rumah masih orang Melayu tulen yang masih hidup. Yang masalahnya ialah tuan rumah sekarang telah bertukar bangsa jadi Mamak dan Melayu celup.

    Ada juga mualaf Cina yang juga dah jadi Melayu celup.

    Oleh kerana masing-masing nak tingkat atas kerana alasan keturunan datuk yang lalu maka tuan rumah yang ramainya sekarang ni masing-masing nak bilik yang paling besar kat tingkat atas.

    Kesiannya kerana perebutan tu, cucu-cicit Datuk yang masih Melayu tulen tu dah terpaksa mendiami kat tingkat bawah dengan bangsa-bangsa lain kerana tak cukup bilik kat atas untuk dibahagikan.

    Keturunan bangsa-bangsa lain tu ramai dah berpindah keluar dari rumah tersebut dan membina rumah lain. Pada mereka, buat apa merebut sebuah rumah Datuk tu yang telah pun usang dan akan roboh tak lama lagi.

    Lama-kelamaan cucu-cicit Melayu tulen Datuk yang dah pandai dan berakal pun ikut bangsa lain buat rumah sendiri dari merebut-rebut dengan saudara-mara sendiri yang cukup jijik merebut-rebut harta peninggalan Datuk yang semakin kurang kerana ketirisan untuk dibahagikan dan rumah yang dah usang menunggu masa nak roboh.


    Melayu tulen.

    ReplyDelete
  4. Bro, tolong terangkan definasi dan ciri2 Melayu tulen.

    ReplyDelete
  5. saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...


    andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..


    Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya adalah keturunan hamba Allah yg membina Madji Kg Ulu. Nampak gayanya,kita masih dijajah,sekiranya kita bulat2 bersandarkn fakta2 sejarah dari belanda yg memang terkenal ingin menghapuskn ahlul bait. Eloklah kita selidik sendiri dari keturunan yg empunya diri. Saya diberitahu bahwa salasilah keluarga saya paling rapat skali dgn Habib Nuh al-Habashee yg maqamnya terletak di S'pura. Terasa mual juga bila ada cerita bahwa induk keturunan kami di Melaka adalah seorang mualaf berdasarkn 'fakta' sejarah dari belanda. Untuk menghubungi saya menerusi e-mail,alamatnya ialah buffed76@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Keluarga sy ada mghadiri prjumpaa. Keturunan datuk aroom di melaka..km juga br tahu keturunan km dr keturunan datuk aromm..saya ada buku tmtg datuk aroom masa perjumpaan tu dan km d bawa melawat makam datuk aroom dan kerabatnya di bukit beruang..tp km seperti ssh nk menyelidiki salasiah km..jika ada yg boleh berkonsi pndangan dan maklumat silalah wsapp sy di 0176114981

    ReplyDelete