Saturday, July 23, 2011

PAS Khawarij Moden V

Al-Qa'adiyyah adalah Propaganda Terjahat dari Propaganda Al-Khawarij

Di antara propaganda Al-Khawarij ini, ada sebuah kelompok yang dikenali dengan nama Al-Qa'adiyyah. Mereka adalah orang-orang yang keluar dari garis ketaatan (memberontak) kepada penguasa muslim dengan menggunakan lisan seraya menyembunyikan kekuatan pemberontakan bersenjata, serta memprovokasi umat untuk menentang penguasanya.

Al-lmam Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: "Kelompok Al-Qa'd adalah salah satu propaganda kelompok Al-Khawarij yang mereka dahulu tidak pernah terlihat melakukan pemberontakan dengan senjata. Namun mereka selalu berupaya menentang para penguasa yang zalim atau penguasa yang kejam semaksima kemampuan mereka, dan mengajak (umat) kepada fahaman mereka. Bersama dengan itu mereka selalu mempropagandakan penentangan." (lihat kitab beliau berjudul Tahdzibut Tahdzib VIII/114) 19).

Al-lmam Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata: "Al-Qa'adiyyah adalah orang-orang yang selalu mempropagandakan pemberontakan terhadap penguasa, namun mereka tidak melakukannya secara langsung." (Baca karya beliau yang berjudul Hadyus Sari Muqaddimah Fathil Bari hal. 459).

Slogan Al-Qa'adiyyah ini sering memprovokasi umat serta menanam kebencian di hati umat terhadap penguasa Islam, serta mengeluarkan fatwa-fatwa yang berisi penghalalan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah dengan menyimpulkan hal tersebut kononnya sebagai pengubahan kemungkaran. Slogan ini adalah slogan kelompok Khawarij yang paling jahat.

Telah diriwayatkan oleh Al-lmam Abu Dawud rahimahullah dalam kitab beliau yang berjudul Masa’il Al-Imam Ahmad rahimahullah (hal. 271) dari seorang 'ulama besar yang bernama 'Abdullah bin Muhammad Adh-Dha'if rahimahullah bahawa dia berkata: "Kelompok Qa'adul Khawarij adalah kelompok Khawarij yang paling jahat."

Al-'Allamah Asy-Syaikh Muhammad Al-'Utsaimin berkata:

"Bahkan yang anehnya kritikan tersebut telah ditujukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ketika dikatakan kepada beliau: "Berbuat adil lah, sesungguhnya pembahagian ini bukanlah pembahagian yang diinginkan dengannya wajah Allah!"

Ini semua sebagai dalil terbesar bahawa Al-Khuruj (pemberontakan) terhadap penguasa dan dibolehkan dengan mengangkat senjata, serta boleh pula dengan ucapan-ucapan.

Maksud dalam hadits di atas, tidaklah orang itu mengangkat senjata terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hanya terbatas melakukan pengingkaran kepada beliau (dengan lisan).

Kita semua tahu sudah merupakan suatu keharusan sebarang pemberontakan dengan mengangkat senjata tidak mungkin terjadi kecuali ianya dimulai dengan pemberontakan melalui lisan dan ucapan. Lagipun kaum muslimin tidak mungkin akan mengangkat senjata untuk memerangi penguasa Islam tanpa adanya suatu perkara yang memprovokasi mereka. Maka sudah pastinya wujud elemen yang telah membakar emosi kaum muslimin yang mengangkat senjata melalui ucapan-ucapan sebelumnya.

Sehinggakan tindakan pemberontakan terhadap penguasa Islam melalui ucapan-ucapan, diperlihatkan seolah ia merupakan satu tindakan pemberontakan yang 'benar', dengan memanipulasikan dalil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta yang turut dibuktikan oleh realiti. - Asy-Syaikh Al- 'Utsaimin, dinukilkan dari kitab Fatawa Al-'Ulama Al-Akabir 22) hal. 96.

Kaum Khawarij kebiasaannya tidak akan memulakan pemberontakan dengan senjata terhadap penguasa Islam, kecuali mereka terlebih dahulu mengkafirkan sang penguasa dan pentadbirannya, termasuk semua pihak yang bekerjasama dengan mereka. Rentetan itu, Al-Khawarij akan melakukan tindakan kafir-mengkafir dengan alasan penguasa melakukan dosa besar, sebelum kaum Khawarij melakukan pemberontakan dan pembunuhan.

Al-Hafizh 'Abdul Ghani bin Sa'id rahimahullah berkata: "Dua orang perawi yang terhormat namun menyandang gelar yang buruk, pertama Mu'awiyah bin 'Abdil Karim bergelar Adh-Dhal (yang sesat), karena ia pernah tersesat di jalan menuju Makkah. Kedua, 'Abdullah bin Muhammad bergelar Adh-Dha'if (yang lemah), kerana memang tubuhnya yang lemah, bukan disebabkan riwayat haditsnya yang lemah."

Sebagaimana disebutkan oleh Al-lmam Al-Mizzi dalam Kitab Tahdzibul Kamal (XVI/99) karya beliau. Al-lmam An Nasa'i rahimahullah berkata: "Beliau adalah seorang syaikh yang shalih lagi tsiqah, dha'if itu adalah gelarnya karena ia terlampau banyak beribadah hingga tubuhnya lemah."

Kitab Fatawa Al-'Ulama Al-Akabir, adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Asy-Syaikh 'Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani Al-Jazairi, yang judul selengkapnya adalah: Fatawal 'Ulama'il Akabir fima Uhdira min dima’in fil Jaza'ir [Fatwa-fatwa 'ulama besar tentang darah-darah yang ditumpahkan di negeri Aljazair]. Kitab ini membantah syubhat-syubhat kaum Khawarij di negeri Aljazair yang mengatasnamakan tindakan mereka dengan nama Ahlus Sunnah dan telah banyak berdusta dan memanipulasi fatwa-fatwa para ulama, sehingga Asy-Syaikh 'Abdul Malik, beliau adalah seorang 'ulama yang berkebangsaan Aljazair dan banyak mengerti tentang realiti sebenarnya yang terjadi di negerinya, mengeluarkan kedustaan-kedustaan tersebut dengan disertai bantahan-bantahan yang sangat ilmiah.

Di antara contoh kenyataan para pengikut Khawarij pada zaman ini ialah:

• Usamah bin Laden menyatakan kepada Al-Jazeera tanggal 5-12-1423H:

"Perbezaan pendapat antara kami dengan pemerintah (muslimin) bukanlah perbezaan dalam masalah furu' yang boleh dirunding begitu saja. Tapi yang kita permasalahkan adalah tentang masalah paling prinsip dalam Islam, iaitu dalam hal syahadat: Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah. Para pemerintah itu telah melanggar syahadatain tersebut dalam masalah yang paling prinsip. Iaitu sikap mereka terhadap orang-orang kafir, menjadikan undang-undang buatan manusia sebagai syari'at serta persetujuan mereka untuk berhukum kepada undang-undang atheis. Maka kepemimpinan mereka itu telah gugur secara syar'i sudah sejak lama, dan tidak ada lagi pemerintahan Islam setelahnya."

• Pernyataan Hizbut Tahrir:

"Kondisi kaum muslimin saat ini, yang hidup di Darul Kufur, kerana mereka menerapkan sistem hukum selain dari apa yang diturunkan Allah subhanahu wa ta’ala; maka keadaan negeri mereka serupa dengan negeri Mekah pada masa diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam." [Rujuk buku Mengenal Hizbut Tahrir Partai Politik Islam Ideologis, hal. 21]

"Ada juga di antara kaum muslimin yang (melakukan perubahan dengan) menggunakan metode kekuatan fizik, mengangkat senjata, tanpa membezakan antara Darul Islam dan Darul Kufur, dan tanpa memilih antara metod penyampaian dakwah dan menentang kemungkaran di tempat masing-masing (iaitu di Darul Islam ataukah di Darul Kufur). Padahal tempat yang kita diami saat ini adalah Darul Kufur, karena di dalamnya diterapkan hukum-hukum kufur." [lihat buku Mengenal Hizbut Tahrir Partai Politik Islam Ideologis, hal. 10]

Kini di Malaysia terdapat kelompok yang mirip dengan slogan Al-Qa'adiyyah serta menyerupai Hizbut Tahrir. Kelompok ini dengan tegas turut menyokong lawan bersenjata terhadap penguasa Islam. Dan golongan ini sering memprovokasi rakyat serta menanamkan kebencian dan permusuhan terhadap pemerintah Islam kononnya memperjuangkan slogan "amar ma'ruf nahi munkar."

Berdasarkan fakta-fakta di atas serta dari artikel sebelumnya, maka dapatlah disimpulkan bahawa sesiapa sahaja hari ini yang mempunyai ciri dan sifat seperti Khawarij, maka dialah yang layak untuk digelar Khawarij Moden. Demikian juga sebarang kumpulan/pertubuhan yang memiliki dasar dan pegangan yang sama dengan dasar dan pegangan Khawarij, maka merekalah yang layak untuk digelar puak Khawarij Moden. Semakin banyak aspek persamaan, maka semakin dekatlah mereka dengan golongan tersebut.

Meskipun mereka mungkin juga menyatakan kebencian terhadap Ibn al-Kawwa, Ibn Muljim atau tokoh-tokoh Khawarij lain, dan meskipun mereka tidak pernah mengaku mereka Khawarij, namun jika ideologi dan cirinya sama, maka mereka tetap Khawarij. Mereka adalah Khawarij dari segi amalan dan pegangan, meskipun mereka bukan Khawarij dari segi nama.

Nama Khawarij tentu tidak wujud pada mana-mana jamaah/pertubuhan hari ini, kerana tiada sesiapa pun yang akan begitu bodoh untuk menggunakan nama Khawarij yang telah disepakati sebagai sesat. Tetapi amalan dan pegangan Khawarij mungkin wujud sama ada dalam konteks individu atau kumpulan, mahupun parti.

Justeru, marilah kita bermuhasabah agar kita dapat menjauhkan diri, keluarga dan masyarakat daripada terpalit dengan sebarang ciri dan ideologi Khawarij yang sesat dan menyesatkan itu.

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Rekomendasi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majelis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 58-62; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Agustus 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida: Rujukan Dr Azwira Abdul Aziz, Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi].

Nota: Artikel PAS Khawarij Moden bahagian 1 hingga 5 adalah hasil tulisan serta pendapat seorang pembaca yang telah mengirimkan email kepada kami. Beliau merupakan petugas di Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban NSDK. Sesiapa yang berhajat untuk mengikut jejak langkah beliau agar disiarkan artikelnya di blog kami, bolehlah berbuat demikian ke panehmiang@ymail.com. Terima kasih.

3 comments:

  1. Terima kasih Paneh Miang kerana mengeluarkan artikel ini. Melalui gambaran dan fakta mengenai Khawarij ini maka jelas, terang lagi bersuluh Pas adalah Parti Khawarij moden. Parti yang menggunakan agama Islam untuk merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat Islam di negara ini.

    Pemimpinnya pula spt Hj Hadi dan Nik Aziz daripada muda sampailah tua asyik mengambarkan pemerintah dari UMNO adalah zalim walaupun hakikatnya anak cucu mereka sendiri hidup bahagia dan selesa di negara ini.

    Antara dosa dan penipuan paling agung nombor wahid Nik Aziz dan Haji Hadi ialah menjanjikan pemerintahan Islam tetapi kedua-dua pemimpin parti Pas ini sedar dan jelas mereka menipu serta memberikan harapan palsu kepada pengikutnya kerana parti ini tidak pernah bertanding separuh dari kerusi parlimen sejak pilihanraya umum 1955. Jadi sampai kiamat pun Pas tak mungkin dapat memerintah Malaysia.

    Hari ini dengan kuasa Allah s.w.t tembelang Khawarij mereka semakin terserlah dengan bergabung bersama parti sekular PKR dan parti komunis DAP untuk menjatuhkan kepimpinan yang beragama Islam dan mereka berdua tidak akan redha sama sekali sampai mati jika kepimpinan Islam yang ada hari ini tidak tumbang.

    Inilah dia sikap Khawarij Pas di Malaysia. Suka-suka mencipta musuhnya dari kalangan orang Islam dengan mentafsirkan musuh ini menentang Islam dan wajib diperangi. Padahal musuh yang nyata yang menentang Islam dan penyokong Zionis diambilnya sebagai sahabat untuk membantu menjatuhkan kepimpinan Islam yang ada sekarang.

    Pelikkan? tetapi setelah membaca artikel ini jelaslah fahaman Khawarij telah meresap jauh dalam ahli Pas. Perangi mereka? Ya dengan hikmah iaitu dengan sabar menyedarkan mereka bahawa politik Pas menjurus kepada Khawarij yang sesat lagi menyesatkan dan memecahkan ummah Islam di Malaysia.

    Pak Utih Kedai Lalat

    ReplyDelete
  2. Dulu tajuk "Negara Islam" adalah mauduk utama pemimpin PAS sama ada dalam usrah mahupun dalam ceramah2. Mauduk yg sama juga digunakan bagi menarik pelajar2 universiti menyokong PAS' TETAPI setelah 30 tahun tiba2 agenda 'negara Islam' tiada dlm perlembagaan PAS semata-mata kerana tunduk kpd DAPig....sungguh aneh pemimpin khawarij moden nie. Skg berjuang dan berjihad utk Bro. ABI jadi PM.

    ReplyDelete
  3. HARAM DAN BERDOSA BESAR JIKA MENYOKONG,MEMBANTU,MENGUNDI PAS.MEREKA ADALAH PUAK MEMPERALATKAN ISLAM UNTUK HANCURKAN ISLAM.MEREKA MENGHALALKAN SEMUA CARA HARAM DEMI MENJATUHKAN,MENGHANCURKAN ISLAM.MEREKA TAHU MEREKA TAK MAMPU MENEGAKKAN ISLAM,TETAPI MEREKA SOMBONG,ANGKUH MENGAKU MEREKA MAMPU.PAKAIAN SERBAN JUBAH MEREKA HANYA UNTUK MEMPERDAYA UMAT ISLAM.MERASUAH UMAT ISLAM DENGAN SYURGA,AKHIRAT UTK KEPENTINGAN MEREKA.MEREKALAH PUAK PALING HINA DI DUNIA DAN AKHIRAT.MEROSAKKAN PERPADUAN,MEMECAHBELAH UMAT ISLAM DAN HERO PEMBERONTAKAN.

    ReplyDelete