Monday, August 1, 2011

Terima kasih DAP, PKR & PAS

1. Malam tadi setiap masjid dan surau di Malaysia penuh sesak dengan umat Islam yang menunaikan solat Isya' berjemaah, dan sudah tentunya turut menunaikan solat sunat Tarawikh sempena bulan yang mulia, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tapi yang peliknya, pada masa dan ketika yang sama, Giant pun sesak juga dengan umat Islam...hehehe.

2. Alangkah baiknya jika jemaah solat Subuh setiap hari di masjid dan surau menyamai jumlah jemaah yang menunaikan solat Tarawikh malam tadi. Confirm Yahudi akan mula rasa gerun dengan umat Islam.

3. Kebanyakan mereka yang menunaikan solat sunat Tarawikh semalam mengharapkan fadhilat Tarawikh hari pertama iaitu diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. Walaupun hakikatnya sepanjang tahun lalu mereka dok caci maki orang, fitnah orang, mencarut, tuduh sana, tipu sini, main bomoh, main nombor ekor, meliwat etc. tetapi masih dok khayal mengharapkan agar dosa mereka dapat disucikan hanya dengan solat sunat Tarawikh hari pertama.

4. Cuma ramai terlupa, antara dosa yang tidak terampun ialah dosa syirik dan dosa antara manusia dengan manusia selagi tidak bermaafan. Jadi kepada mereka yang selalu tuduh dan fitnah orang lain tanpa bukti tu, dah minta maaf kat orang tu ka?

5. Di bulan Ramadhan juga kita sering menyaksikan ramai insan jadi pemurah. Segala rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah anak dara mengandung, persatuan ibu tunggal, persatuan itu, persatuan ini akan dilimpahi pelbagai jenis barangan dari hujung rambut, sampai hujung perut.

6. Majlis buka puasa dan sahur untuk golongan susah dan kurang upaya diadakan hampir setiap hari. Itu tak termasuk golongan kaya yang buat majlis dok jamu orang miskin dan anak yatim lepas raya sebab nak cover bayar fidyah sebab tak puasa. Cuba check nanti orang kaya mana yang banyak buat majlis untuk jamu orang susah dan anak yatim. Mesti dah boleh agak siapa yang tak puasa.

7. Di bulan Ramadhan juga, zakat ditabur sebanyak-banyaknya, hingga golongan fakir miskin pun siap boleh demand. Beras, gula, garam, lauk pauk dan segala jenis barang dapur, fakir miskin ni dah tak pandang. Pakaian apatah lagi. Depa la ni nak cash. Lu bagi duit wa amik. Ini beras lu kasi ayam makan saja...

8. Begitulah mewahnya golongan fakir di Malaysia setiap kali Ramadhan. Kadangkala nampak macam mereka pulak yang lebih mewah berbanding kita.

9. Lari tajuk sikit, nak buat iklan percuma sat. Sahabat kami ada berniaga ikan bakar di pasar Ramadhan Jalan Sri Pulai, Sikamat Seremban, depan IPRM. Ada ikan bakar Tilapia Merah, Keli dan Patin yang diternak dalam sangkar. Ikan hanyo makan pallet dan kompom tak hanyir. Kok ado yang maleh nak masak untuk buka puaso tu, bolehlah cari ikan bakar kek situ. Bak kato si tokey, semuo eh dijamin sodap . Komisen iklan kasi lobih ya bos...

10. Kembali kepada cerita asal. Selama ini umat Islam dan bukan Islam di Malaysia bebas beribadah. Takdo sapo nak halang pergi solat jemaah di masjid dan surau. Takdo FRU yang tunggu dopan masjid, takdo roadblock nak tahan sesiapa yang nak pergi surau, walaupun ramai yang pergi surau tu tak bawak lesen dan tak pakai helmet.

11. Golongan yang kurang bernasib baik dibantu, dari miskin tegar ke taraf miskin, dari taraf miskin ke golongan berpendapatan sederhana dan begitulah seterusnya. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia, magiknya golongan miskin pun tetiba boleh jadi kaya.

12. Hakikatnya golongan susah atau kurang bernasib baik ni wujud di setiap zaman dan di mana sahaja. Hatta di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang dijamin syurga pun, tetap wujud golongan miskin tegar. Cuma menjadi tanggungjawab kita untuk membantu serta memberi sokongan dan dorongan agar golongan miskin ini tidak sampai ke tahap menghampiri kekufuran.

13. Oh ya, dengan segala kenikmatan yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini, ucapan 'terima kasih' haruslah diberikan kepada DAP, PKR & PAS kerana parti itulah yang selama ini berkorban masa, tenaga, fikiran, hatta segalanya bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dalam limpahan kemakmuran dan keamanan.

14. Lagipun memang mudah untuk mengambil alih sesuatu sedangkan ianya di bina atas pengorbanan dan usaha orang lain sejak sekian lama.

4 comments:

  1. bulan poso camni kau tunjuk lak gamba ikan bakar. ish ish.

    apo apo pun timo kasih kat dap sobab parti ekaulah di bulan poso ni rumah urut kek selangor ni bukak sampai pagi.

    lopeh terawikh gi urut yor. kakaka.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan kepada geng Paneh Miang.

    Nak tanya kenapa semakin hari semakin kurang menulis? Mandom saja nampak blog ni.

    Namanya ramai tulisnya sikit.

    Sayang dengan talent yang hebat.

    Selamat beribadah.

    ReplyDelete
  3. UmPorno AMPEH,,,,

    ReplyDelete