Thursday, September 15, 2011

Ingatan Mahathir kepada Najib

"Sekarang ini orang Melayu anggap kata layanan diberi kepada orang Cina dan mereka tak ada apa-apa. Saya harap Bajet akan datang ini, kerajaan imbangi layanan kepada orang Cina, layanan kepada orang Melayu."

"Dengan itu barulah akan hilang sedikit sebanyak perasaan marah mereka terhadap kerajaan kerana masing-masing anggap kerajaan berat sebelah."

"Salah tafsir terhadap konsep 1 Malaysia menyebabkan orang Melayu misalnya merasakan perlunya ada sekolah satu aliran manakala orang bukan Melayu mahu hak Bumiputera dihapuskan."

"Jadi dengan itu sukar bagi kita untuk memikir bahawa hanya dengan slogan itu saja maka akan berlakulah perpaduan."

"Saya harap Datuk Seri Najib sedar bahawa orang Melayu rasa terkilan, rasa mereka dianaktirikan dan dia perlu menentukan bahawa dia tidak menganaktirikan orang Melayu sementara dia juga menjaga kepentingan orang bukan Melayu."

Dr Mahathir berkata demikian dalam satu wawancara bersama Astro Awani, Selasa, 13 September 2011.

5 comments:

  1. TU DIA..MAMAK KUTY SUDAH MASUK JARUM...ALAMAT LAH NAJIB TAK PANJANG NYAWA!!!

    MACAM PAK LAH DULU...

    WAH..PANDAI2 JER MAMAK KUTTY NAK ARAH2 KAN NAJIB..NANTI NAIK HANGIN ROSMAH BARU TAU!!1

    ReplyDelete
  2. Di zaman Mahathirlah Cina naik tocang. Wincent Tan akan tahu keputusan mesyuarat MT melalui Tengku Adnan, s/usaha kerja semasa itu.

    Quek leng Chang dan ramai lagi Cina yang diperkayarayakan oleh Mahathir.

    Tan Sri Arumugam sahabat Mahathir yang membolehkan Mahathir mempunyai tanah yang luas di Amerika Selatan

    Mahathir ni torak lebih!!

    ReplyDelete
  3. Mahathir tu dah jadi 'sejarah', nak bercakap buruk tentangnya pun boleh, nak bercakap benda baik terhadapnya pun boleh, tapi dia sudah mencipta sejarahnya sendiri, yang layak diperkatakan secara umum bukannya secara satu persatu... tetapi ingatannya kepada Najib adalah relevan dan realiti semasa.

    Najib nak terima nasihatnya itupun boleh, tak nak pakai pun boleh...tetapi risiko atau bala bukan Mahathir yang tanggung.

    Jika UMNO pupus di era Najib, dia kena djawab dengan arwah bapanya..bukan dengan mahathir.

    ReplyDelete
  4. semua kata anon 103 adalah antara sekian banyak tohmahan dan fitnah kepada tdm, tapi satu pun tak pernah dibuktikan. so anon nilah yg sebenarnya torak je lebih.

    ReplyDelete
  5. tulah otak yang rase iq tinggi sangat..tun kata begitu pun masih anggap negatif... walhal dia nasihat begitu disebabkan pengalaman tun jadi pm..baik2 tun dengan bangsa lain,masih menguntungkan melayu..tapi layanan najib pada bangsa lain telah mnyebabkan melayu dianaktirikan.. agaknya kalo nuar beraham/tok ajis yang berkata begitu, konpem disembah or ditabal hero malaysia bagi pihak2 mereka..kikikiki

    ReplyDelete