Saturday, October 22, 2011

Bila Kongsi Gelap berpuisi...

Puisi yang asalnya dalam bahasa Cina ini diambil daripada sekumpulan 60 puisi kongsi gelap Hung yang digunakan pada kurun ke-19 di Tanah Melayu. Kebanyakan puisi ini mengandungi kata laluan dan pesanan rahsia. Anggota kongsi gelap perlu menghafal puisi-puisi ini bagi menyemai semangat setiakawan (bukan setiakawan KJ) dan kebanggaan, di samping mempelajari kod rahsia kumpulan. Antara contoh puisi geng kongsi gelap seperti berikut:-

Teh merah dengan benang merah,
Jantan Hung melawat hanya keluarga Hung;
Saudaraku kini jauh dari rumah,
Maka teh merah ibu saudaraku terkasih yang menghidang.

Jari ku cucuk demi sumpah,
Ini rahsia kamu dan aku pendam;
Jika keluar ia tumpah,
Sengsara kamu banyak dan dalam.

Langit terlindung awan putih tebal,
Wajib dialih ia agar langit kembali berkilat;
Hanya sang setia dapat hidup dalam cerah,
Matahari mengoyak terbelah pengkhianat.



Sumber: The Impact of Chinese Secret Societies in Malaya, Wilfred Blythe, 1969

3 comments:

  1. Sekarang kongsi gelap atau sindiket haram tak payah berpuisi lagi. Ini kerana mereka semua dah berkawan baik dengan penguatkuasa undang-undang diperingkat tertinggi. Oleh itu sekarang semua boleh buat, undang-undang pencegahan pun dah di mansuhkan.

    ReplyDelete
  2. Burung Merak Kibas2 Saya Punya Telinga Saya Punya Telinga Pun Panas.... Semua Ada Baju Tapi Perjuangan Tetap Satu..... Janganlah Cucuk Sana Sini.....Nanti Sendiri Mati......Ada Baik Semua Kongsi2 ..... Supaya Semua Sedap Hati.

    ReplyDelete
  3. Hanya satu jalan shj yg pasti : Jalan Allah swt... Yg Esa.. Al ARaf, Al A'la.
    Amiin ya Rabb

    ReplyDelete