Tuesday, October 25, 2011

Masjid Cantik Rakyat Buruk

Kisah benar yang berlaku pada 20 Oktober 2011 di Masjid Al-Hussin, Kuala Perlis. Masjid terapung yang diwar-war dalam akhbar sebagai antara panorama pelancongan dan bangunan ibadat tercantik di Utara, Semenanjung Malaysia.

Keindahan dan kecantikan bangunan tidak memberi wajah sebenar kepada kesantunan dan kesopanan rakyat kelilingnya. Para pemilik pondok-pondok buruk yang diguna sebagai medan letak kereta berbayar, rupanya berhati BINATANG DAN KEJAM. Dek kerana RM100 setiap sebuah motor kereta, mereka sanggup menjalan usaha KHIANAT kepada pejuang dan para syahid.

Kerja memancit tayar kereta, kerja mencalar balar badan kenderaan, kerja meletak paku di tayar, kerja membocorkan tayar dan apa sahaja kerja kianat yang berada dalam kelas KHIANAT, sanggup dilakukan walaupun dalam kawasan pagar RUMAH ALLAH dan TAMAN-TAMAN ALLAH di muka bumi.

Inilah sikap kufur nikmat yang masih bersawang dan menjadi idola kepada pelaku-pelaku khianat ini. MOHON moga ALLAH AMPUNKAN MEREKA DAN KURNIAKAN HIDAYAH KEPADA MEREKA.

Rupanya kegiatan kufur nikmat merupakan aktiviti sosial dan BIADAB yang diajar oleh keturunan awal daripada mereka. Budak-budak parking yang menjadikan profesion sebegini, turut melakukan KHIANAT yang sama di Pulau Langkawi.

Alhamdulillah, di Lumut, manusianya masih sihat, waras dan bersyukur. Begitu juga di Merang jika hendak ke Pulau Redang. Jika hendak ke Pulau Tioman dan parkir sekitar Mersing atau Rompin juga masih aman dan damai.

Semoga para pembaca budiman, sedar bahawa "langit tidak selalu cerah", "mendung tidak bererti hujan", Pak Sedaro berdoa agar Kisah Benar yang berlaku kepada sahabat qadin, moga pelaku dan pengkhianatnya dicucuri nikmat keampunan dan kekesalan dunia dan akhirat bersempena 1 Zulhijjah 1432H. Amin.

3 comments:

  1. Perangai orang Kuala Perlis memang macam tu . Saya dah 15 tahun blaklist orang kuala perlis , tak ambik bekerja di kilang saya , kontrak pun saya tak ingin nak bagi . Kalau nak ke langkawi pergi ikut Kuala Kedah.

    ReplyDelete
  2. nak parking free jangan claim ok!

    ReplyDelete
  3. Hoi paneh miang, awat tak komen pasai Laporan Ketua Audit Negara yang dah terbarai & terburai. Nak juga dengar dari pembodek macam hang.

    ReplyDelete