Friday, October 28, 2011

Menarik tentang 'Kak Ijat Gembala'

1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki serta dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NF Corp @ Shahrizat & Family Corp) yang diberi status Projek Berimpak Tinggi telah menyasarkan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

2. Projek ini dilancarkan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kenaikan harga barang makanan yang ditanggung rakyat kesan daripada ketidakstabilan ekonomi global.

3. Sasaran yang ditetapkan oleh Pusat Feedlot Kebangsaan di tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan sebagai projek Lembah Daging Negara adalah seperti berikut;
  • Sasaran pengeluaran lembu pada 2015 = 60,000 ekor
  • Sasaran pengeluaran lembu setiap tahun bermula 2008 = 8,000 ekor
  • Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran = 350 ekor sehari
4. Maklumat awal yang diperolehi menjelaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd setakat ini hanya mencapai sasaran seperti berikut:
  • Jumlah pengeluaran lembu setakat tahun 2010 = kurang 3,500 ekor setahun
  • Anggaran purata lembu disembelih setiap hari = 10 ekor
  • Pasaran daging lembu hanyalah di Hypermarket dalam negara
  • Anggaran purata daging lembu dikeluarkan sehari = 1,500 kg
  • Anggaran pengeluaran daging lembu setahun = 41.1%
5. Selain aktiviti pengeluaran lembu, National Feedlot Corporation juga dilantik kerajaan untuk melakukan perkara berikut TETAPI masih belum dilaksanakan:
  • Membangunkan 130 penternak kecil dengan konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
  • Membangunkan pengeluaran makanan lembu berkualiti
  • Membangunkan pengeluaran baja melalui operasi penternakan lembu


Nampaknya, bukan Shahrizat saja yang kena jawab perihal 'keluarga lembu'nya, malah mantan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 2008 juga perlu sama menjelaskan BAGAIMANA projek NFC ini boleh dikurniakan kepada keluarga Menteri Kabinet. Bab kegagalan projek bolehlah bagi pelbagai alasan, tapi bab nepotisme ni payah la sikit. Nilai projek RM73.64 juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit.

Rasanya Wanita UMNO bakal dapat Ketua Wanita baru akan datang; dan Najib bolehlah mula usya 'winnable candidate' baru di Lembah Pantai.

Mengapalah agaknya akhir-akhir ini barisan kabinet Najib suka terkentut di tahiyat akhir...

7 comments:

  1. kenkadang den kesian gak ngan najib ni sobab tepakso kaber macam2 hal yg dibuek dek paklah maso merintah. tapi bilo ngonang an najib bulih lak sokong namebabi, pehtu slalu jek cino juta2, trus den jadi nyampah. terutamo bab gilo glem rosmah yang dio nampak na takleh control. nasib kau lah labuuuuuuu. kok kau boto boto ikhlas insyaallah parti yang kau pimpin tu monang.

    ReplyDelete
  2. bengali bela lembu 1000 ekor pun tak pakai ceo

    ReplyDelete
  3. Awak nak, idapkan lah......Hidup UMNO !!!!

    ReplyDelete
  4. Biasolah tiap jaman pm adolah ketua dapur dapek kontrek secara kebetulan. Dulu jaman mahashit ada yg terang2 menantu dapek saham pun terlopas.

    ReplyDelete
  5. bukan lembu yang sihat dan gemuk tapi kak jat nye nasi lemak tu yang "gemuk" n "sihat"....

    ReplyDelete
  6. Keluarga politikus cina n India berniaga juga tetapi tidak lah segagal kakijat ni, mungkin ni tulah kakfidah, kakijat Kena banyak belajar dgn kakfidah bagaimana nak uruskan wanita, bisnes n keluarga. UMNO Sudah pasti kehilangan pejuangnya nanti bagi menghadapi PRU13 yang Sudah pasti kakijat hanya layak sebagai penerima pencen Menteri n Ahli Parlimen sahaja. Jika takmau jaga perjuangan Takpa tp kena la jaga periuk nasi, pepatah cina ada kata " jgn berak itu periuk nasi yang mau masak nasi " ( tertarik ada penulis yang kaitkan " Nasi Lemak " ).....gelak sorang...

    ReplyDelete