Thursday, December 29, 2011

1 Kurun

Azizan, MB Kedah ke lopong atau Penasihat MB Kedah yang Bahalol? Atau ini merupakan gerakan orientalis Syiah dan Wahabi yang melata dalam PAS Kedah dan PAS Kebangsaan.

Kesanggupan Kerajaan PAS Kedah meroboh sebuah lapangan solat berbumbung berumur lebih 100 tahun, berdasarkan maklumat Surau berkenaan (Madrasah Salihiah) dibina pada 1905, maka, terbukti BENAR BAHAWA:

1. PAS ialah kerajaan dan berkepimpinan anti-Tamadun Ilmu dan Sejarah Legasi Islam.

2. PAS ialah kerajaan yang sanggup MENIPU rakyat Islam dengan perdaya institusi Raja Melayu, sedangkan Institusi Raja Kedah ialah perlambangan Kerajaan Raja Islam paling tua di Bumi Melayu sejak Istana Bukit Meriam.

3. Lapangan berbumbung untuk tujuan ibadah khusus dan fardhu kifayah di Kedah setakat dikenalpasti paling tua berumur 234 tahun, dan terletak di Kuala Sungai Muda, yang hari ini cuma tinggal kesan batu binaan sahaja. PAS Kedah tak ambil peduli pun soal monumen ini.

4. PAS tidak berwibawa dalam usaha Syiar Islam secara syumul. PAS Kelantan dan Kedah tak ambil peduli pun soal kebersihan tandas Surau dan Masjid. Juga PAS yang wakil rakyatnya menang seperti contoh DUN Paroi. PAS kuasai iaitu Taufek. Bermusafirlah ke Surau Al-Ikhlas, Taman Bourgavilla hampir dengan Nasi Arab Damsyik, tandas serupa reban itik dan ayam, tidak bersih lagi menjijikkan. Di Kedah misalnya, hanya Masjid Zahir dalam Alor Setar sahaja yang tandas BERSIH GRED A, hak lain-lain, biarlah Azizan MB Kedah, jawab.

Semoga PAS sedar bahawa saudara mentadbir sebuah negeri, lambang tamadun bangsa. Bukan urus tadbir sebuah rumah usang dan sedang menyembah bumi. UMNO Kedah, khususnya sahabat qadin, Pak Sedaro, Saudara Mukhriz Mahathir kena ambil port bab ini.

1 comment:

  1. harap penjelasan yg diberikan dapat mnjernihkan salah faham (sila rujuk dri link yg diberi): http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/7299-penjelasan-isu-madrasah-salihiah-kanchut-?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=harakahdaily

    ReplyDelete