Saturday, December 24, 2011

Dato Lembu Metalic

Ibarat bidalan Melayu "Habis Madu Sepah Di Buang", NFC dilihat tidak terlepas daripada binocular SPRM. Tahniah mantan Timbalan Presiden IIM, Haji Mustafar Ali (Dato') iaitu Pengarah Jabatan Siasatan SPRM. Begitu banyak aduan rakyat tentang NFC, gempita dalam Dewan Tun Hussien Onn (tidak disambut dengan insaf dan sedih oleh Shahrizat), tidak berdendang dalam Dewan Pemuda UMNO, juga tidak bersorak dalam Perhimpunan Agung UMNO Kebangsaan.

Persoalannya: UMNO tidak bijaksana dalam urusan pengurusan kemelut politik mereka? Atau NFC hanyalah wayang gambar, yang disamarkan oleh Shahrizat? Siapa wayang siapa? Siapa kena siapa? Satim Diman dalam perjumpaan Penerangan UMNO Bahagian Hulu Langat menjawab NFC dalam kaedah paling tidak bijak. Sewajarnya Satim Diman kobarkan jawapan paling bistari iaitu biarkan SPRM siasat dan kita tunggu keputusan siasatan, jika ada kes dan dibawa ke mahkamah, kita tunggu keputusan penghakiman mahkamah.

Inilah yang diterima padah oleh Khir Toyo. Sudah tak dapat cover-up lagi. Hancus UMNO Selangor. Kini, UMNO Selangor kena bijaksana mencatur permainan nombor, permainan pengurusan persepsi, dan pengurusan calon berwibawa demi masa depan BN di Selangor.

Kisah Lembu Metalic NFC belum selesai. Dengan tindakan ikhlas polis Bukit Aman, syabas PDRM dan SPRM yang sudah begitu amanah dalam urusan penolakan RASUAH, maka disumbat seekor Dato' Lembu di Lokap Tahanan Polis Bukit Aman. Tetapi khabarnya dilepaskan dengan perintah mahkamah beserta jaminan. NFC kini dicacai bersalah lebih awal disebabkan tindakan BAHALOL Dato' itu. Ontah apolah yang nak dicomehkan, andai benar NFC itu bersih sebersih sucinya.

Pelaburan pembelian Aset Tetap sebuah Apartmen Mewah di Malaysia dan Singapura merupakan bahan lelucon karya Salleh yang paling tidak bijak kerana banyak pilihan instrumen pelaburan mudah cair yang wajar dipertimbangkan seperti Pelaburan Emas, Bon Sederhana dan sebagainya.

Semakin lama Najib pendam pendirian berkenaan NFC, maka semakin berkecamuk persepsi serta polemik yang akan menjadi kemarau berantakan dikalangan akar umbi UMNO dan rakyat. Sukalah Pak Sedaro kobarkan, ramai YB UMNO yang masih tidak mahir menguasai dan menakluki ilmu bahas dan merungkai jawapan isu-isu politik, mahupun isu-isu yang dipolitikkan.

Satim Diman, Johan Aziz, Ismail Sani, ramai lagi dalam UMNO Selangor perlu di BRAIN WASH. UMNO Negeri Sembilan juga perlu di BRAIN WASH kerana begitu getik bila tidak mampu berhujah balas dengan BAIK dan BERKESAN.

1 comment:

  1. Assalam sidang Paneh,
    Lepas ni ada pulak hartanah yang sama di Australia..kita sama2 tunggu.

    Lama dah APA menyeru semua pihak supaya melakukan sesuatu yang betul pada waktu yg betul.Andaikata nasihat blogger jalanan ini diambil perhatian tidak perlulah Umno berada dalam posisi sekarang ini..Ayam terlepas tapi tangan tetap bau taik.

    ReplyDelete