Thursday, December 1, 2011

Ijat & KJ dah menyusahkan UMNO

1. Dua hari kami berada di luar kawasan, jadi banyak perkara ketinggalan terutama yang melibatkan Perhimpunan Agong UMNO 2011. Tetapi kini kami sudah berada di kawasan acara.

2. Lembu dan RM antara topik hangat dikalangan perwakilan, walaupun tidak terucap semasa perbahasan oleh wakil negeri-negeri. Pembahas dikalangan perwakilan ramai yang play safe. Lebih ramai yang hanya cakap-cakap belakang di luar dewan, di lobi, bilik penginapan, kawasan lepak di sekitar PWTC, restoran etc. Tapi siapalah yang berani bangkitkan isu RM ni? Isu lembu mungkinlah ada perwakilan yang akan sentuh, tapi isu RM??? Kalau berani...cakaplah...nak mampus...

3. Kami turut berkesempatan mendengar sedutan ucapan 'berapi' Shahrizat dan KJ di TV bersama para pelanggan yang memenuhi ruang kedai tempat bersantap. Kami tidak memerhatikan TV langsung, tetapi lebih kepada melihat gelagat pelanggan-pelanggan lain yang menonton semasa siaran ucapan kedua pemimpin sayap UMNO itu.

4. Ada yang mencebik, ada yang ketawa, tersenyum sinis, geleng kepala, dan yang menutup telinga pun ada. Ini adalah reaksi spontan sebahagian rakyat di hadapan mata kami sendiri apabila Shahrizat dan KJ berucap. Ketika Shahrizat berteriak, "Bangun puan-puan...tanya mereka...", yang menyaksikan kesemua Wanita UMNO bangun dengan suasana hingar bingar...spontan terpacul perkataan daripada anak muda yang duduk di sebelah kami, "Beginikah kaum ibu?"

5. Wanita UMNO hari ini sudah jadi geng SARKAS?

6. Pembangkang menyerang Shahrizat dan keluarganya secara peribadi, TAPI mengapa Shahrizat mahu melibatkan UMNO? "Don't take Wanita UMNO for granted", kata Shahrizat. Apa motif Shahrizat? Nak bawak Wanita UMNO karam sekali dengan masalah keluarga dia ke? Adakah MT UMNO bersetuju untuk dibabitkan sekali dalam kemelut peribadi Shahrizat?

7. Shahrizat turut mencabar Wan Azizah meletak jawatan dengan menjadikan kes Anwar sebagai alasan membalas kenyataan Ketua Wanita PKR yang meminta Shahrizat meletak jawatan. Apa punya tur??? Bukankah ia dua isu yang berbeza? Kes Anwar meliwat itu hal peribadi dia, tapi isu suami Shahrizat melibatkan dana negara dan wang rakyat. Bukankah ianya dua perkara berlainan? Lagipun semua orang tahu PKR sememangnya mengamalkan nepotisme dan kronisme korup. Adakah Shahrizat juga cuba nak menyamakan standard UMNO dengan PKR? Jadi apa bezanya UMNO dan PKR? Jika Wan Azizah terima cabaran itu dan meletak jawatan, adakah Shahrizat juga akan ambil tindakan yang sama? Fikir semula...

8. Shahrizat juga terang-terangan menyebut dalam ucapannya, "Suami saya tak bersalah". Bagaimana Shahrizat boleh tahu suaminya tak bersalah? Apa kriteria dan benchmark yang digunakan Shahrizat apabila dengan yakinnya menyatakan suaminya tidak bersalah? Bukankah polis kini sedang menyiasat NFC? Nampaknya hasil siasatan Shahrizat mendahului polis?

9. Bab KJ dan Pemuda UMNO yang turut berhabisan mempertahankan Shahrizat, kami malas nak sentuh. Kalau kami nak bongkar boleh saja akan sebab sebenar mengapa KJ kelihatan bersungguh mempertahankan NFC. Tapi nanti pembangkang dapat C4 pulak untuk bom semula kerajaan. Kalau ada dikalangan pemuda UMNO yang nak terjun gaung sekali dengan KJ, biarkanlah. Lagipun sejak KJ menerajui kepimpinan Pemuda UMNO, kami langsung hilang hormat kepada Pergerakan Pemuda. Bagi kami Pemuda UMNO hari ini tak ubah macam pondan pencen yang diketawakan gay tua.

10. Kepada Wanita UMNO, bangkitlah segera. Jangan disebabkan Shahrizat, imej Wanita UMNO tercalar. Kembalikan maruah Wanita UMNO. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO tetap kekal. Jika Shahrizat sudah jadi liabiliti, mufarakahlah cepat. Patah tumbuh hilang berganti. Tak luak pun UMNO tanpa Shahrizat.

11. Selama ini rakyat terutama kaum ibu sangat menghormati Wanita UMNO. Jangan sampai penghormatan itu hilang sedikit demi sedikit dek semangatnya Wanita UMNO semata-mata nak mempertahankan lembu.

12. Saksikanlah (kredit to Minaq Jinggo) video 'ucapan berapi' Shahrizat. Apa yang gempak pun ucapan ni entahlah. Nampak sangat Shahrizat defenseless.

16 comments:

  1. Salam Paneh Miang

    Baru-baru ini aku pi majlis perkahwinan anak seorang pegawai tinggi kerajaan kat ampang yang bergelar dato' . Dapat duduk dekat meja VIP yang bergelar Tan Sri dan Dato' . Diantara citer paneh adalah citer LEMBU NFC . VIP-VIP ada yang masih keja dgn k'jaan gelak sakan bila timbul citer LEMBU dan FELDA dan antara menyebut PM hadapi masalah nak menang GE13 kalau tak dapat selesaikan isu-isu ni cepat .

    Bengang jugak aku bila VIP-VIP cakap gitu tapi aku terpaksa akui dua org yang bukan winnable candidates masih di pertahankan oleh PM . Dikawasan ampang ini yang aku jadi ahli UMNO hampir 20 tahun , sejak kalah pada PKR , UMNO cuma timbul bila ada mesyuarat .Tupun bendera UMNO aje yg nampak . Aku dan ahli=ahli lain sejak 2008 tak pernah dapat apa-apa berita mengenai aktiviti UMNO kawasan Ampang ni .

    Habih camno !!!

    AHLI UMNO AMPANG JAYA SEJAK 1984

    ReplyDelete
  2. Terimakasih .. kerana berani berkata apa kita percaya sebagai benar.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ada juga blog yang beri komen yang ikhlas. Salah satu peluang terbaik UMNO membaiki imej telah ada....DS Najib perlu menggugurkan kedua dua nya dari calon pilihanraya...

    ReplyDelete
  4. Paneh!

    Sobona eh den amat menyukai tulisan ko..tulisan ko amat terbuka dan realiti..bukan mcm sesetengah blog pencacai tegar umno yg hampeh...

    blog Pro UMNO yg den paling suka baco adalah Paneh Miang dan Dinturtle ( Hai Bro Din...!!singgah nampak!!komen 1:08pm di atas)
    kedua2 blog ni bagus dan tulisan mrk amat kritikal dan bernas..


    menyentuh pasal Sharizat dan KJ.kedua2 ni memang ada kaitan antara satu dgn lain, macam lah org tak tau!!!

    aku dah cakap dlm blog Dinturtle bhw kedua2 musang ni menjadikan medan PAU sbg mahkamah membela diri dgn membersihkan dosa2 masing..

    kenapa mereka heret wanita/pemuda umno?

    Ucapan sharziat amat bodoh la...idea dan emosional macam org kampung tak belajar...

    memang den setuju lah dgn Paneh bhw Sharizat, RM dan KJ lah yg akan menjatuhkan UMNO pru 13 nanti...tunggu lah masanya balaci2 dan umno ni akan dihukum rakyat!!!

    ReplyDelete
  5. Agak2lah kalau nak jadi balaci pun. Jangan sampai taik lembu ngan taik syarizat pun nampak serupa saja.

    Memang hasil didik wanita UMNO telah melahirkan ramai anak2 pondan. Mak2 kalau takat nak sorak ngan selak kain wanita UMNO cukup ramai jadi pak yait. Janji boleh makan free. Anak dirumah xmakan pun tak apo de!!

    Jadilah anak2 melayu UMNO malaih sekolah malaih membaca, malaih serba serbi.

    Bukan pakat nak bela generasi masa depan dok kira nak tenyeh mulut merah sedang bibir pun dah kerot2 tak mampu nak tampung ginju lagi.

    Antara Wan Azizah dengan syarizat waima dengan rosmah sekalipun jauh panggang dari api..macam langit dan bumi.

    Miang wanita UMNO makin menjadi2. Paneh miang hari2. Malu sungguh selisih dengan perwakilan dijalan TAR. Semuanya sah muka2 tak dak masa depan. Gigi pun pakat luruh habih dah. Yang jantan2 tua gayut pun demi UMNO ttp rambut cat hitam pekat.

    Itu lah UMNO.

    ReplyDelete
  6. Pernah keje dgn Dato Salleh dulu,
    masyaallah perangai tuhan saja yg tahu. Sombong & bongkak. Inilah balasan Allah. Mungkin dia ingat UMNO akan perintah sampai kiamat, tak tahulah.ini baru satu kes, yg belum di korek entah berapa banyak kes.gerombolan UMNO ni ingat bila nak mampus boleh taubat kot sbb tu dia org buat apa sj. dari atas sampai bawah. Betullah kata org busuk dah sampai ke usus.

    ReplyDelete
  7. PanehMiang Adakah jika Dato' Salleh bukan suami @ShahrizatJalil, dia akan dapat projek menggunakan dana kerajaan? Soalan untuk DS @NajibRazak.

    ReplyDelete
  8. paneh miang sudah baca ucapan dasar najib? so apa komen?

    ReplyDelete
  9. Selepas PAU 2011 masuk tiga hari termasuk ucapan dasar Presiden bagi tadi, bolehlah disimpulkan; UMNO belum lagi boleh atau dapat dilihat mahu berubah. Tunggulah sehingga Sabtu ini, kot-kot ada keputusan/tindakan di luar jangkaan

    ReplyDelete
  10. Tiket poei Bali, phuket, bangkok bukannya kak ijat poei. Dr poei sorang ajo abeh2 bawa anak poei cari market hingga ke saudi nak jual bahan sup gear box dan sup lidah utk pak arab, almaklumlah arab suka lombu asia dari lombu turki dan eropah. Ekau blogger yg jelous tak dapat projek "granted" kato org putih. Lagi pulak TKPN dah siasat mee segera tiada unsur rasuah. Tapi Den tergolak juga tgk kak ijat sampai terkeluar pelet india " Gedeguk gedegak "?;$$33^&&8*kari parpu parpu kari%4#@)takebeeerTomJuboq,GedoyakGedembuk" semuanya keluar marah kan org yg tohmahnya.

    ReplyDelete
  11. hompuk sudah kembali secara halus mempertahankan kj. keh keh keh.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Disuruhnya Wan Azizah letak jawatan. Wan Azizah dipilih olih rakyat. Sharizat ditolak olih rakyar. Siapa yang patut letak jawatan ????

    ReplyDelete
  13. cam cenel B4U jer video ni...hahahahaah

    ReplyDelete
  14. video ugut semcm jer pada parti...apa wanita umno bg masaalah pada parti...ada ker? tidak,tidak..jawapan nya ada lembu

    ReplyDelete
  15. kena ulas nie AP vs lembu...mana satu yg membazir duit kerajaan

    ReplyDelete
  16. Salam.Den setuju bonar oghang mcm KJ,Kak Ijat,Bung,Nazri,Noraini, Azalina,Rezal dan yg satu species dgn mereka ni, yg merosakkan, mencemar dan melemhakan sokongan kpd UMNO ni digugurkan saja.Mereka ini calon2 yg bakal mengalahkan UMNO.Gantilah dgn calon2 lain yg lebih berwibawa.Ramai lagi org lain yg lebih layak walaupun tidak menonjolkan diri.PM perlu dengar dan ambil perhatian tentang perkara ini sebelum UMNO tewas dlm PRU13.

    ReplyDelete