Saturday, January 21, 2012

UMNO jangan jadi PARIAH

Pariah ialah sebuah filem Inggeris yang semakin merapati rating sebuah Negara Bangsa yang hampir melingkup. Armageddon sebuah epic tahyul tentang suasana kiamat yang dicipta oleh Freemasonary dari Hollywood.

Kenyataan di BBC oleh Anwar Ibrahim juga mirip Pariah dan Armagenddon. Inilah penyakit yang amat ditakuti oleh kumpulan ulama' semasa berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 Mac 1946. Sheikh Fahim dan Sheikh Shamsuddin Semanggol pernah bersuluq dan berbahas tentang penyakit songsang, yang mungkin menjadi epidemik atau wabak kepada rakyat Malaysia.

Lebih malang jika anak Ibrahim yang lahir di Bukit Mertajam menjadi ikon sekumpulan pengikut memBABI-BUTA di Malaysia. Anwar Ibrahim ialah spesis pemimpin paling tidak bermoral. Semua kes yang dibicarakan atas nama Anwar Ibrahim ternyata benar dan tulen. Terlepas dia daripada hukuman kerana kurang butiran keterangan dan pengukuhan hujah pertuduhan ke atasnya. 'Tahniah' kerana terlepas daripada jeriji besi.

Pemimpin tak bermoral merupakan stigma politik besar. UMNO sudah gentar dengan strategi saraf rayauan nasional Anwar ke seluruh Pusat Daerah Mengundi. UMNO belum bersedia berperang?!

Apakah UMNO masih dalam kandang BACUL dan DAYUS?

Mana Pemuda UMNO dan Pemidato Pemuda UMNO kelahiran Akademi Pemuda UMNO Malaysia? Mengapa tiada sirkit ceramah awam bermula 11 Mei 2011 lagi? 11 Mei 2012 ialah D-DAY.

Mana Ketua UMNO Bahagian yang dilihat BERSIH, CEKAP, AMANAH?! Mengapa tiada tindakan HANRUH dari akar hingga ke buah dalam lipatan diari gerakan politik kalian? Apakah semuanya menjadi MONYET dan BERUK untuk mengutip kata-kata yang acapkali dilafaz oleh Adnan Yaakob kepada ahli politik Melayu/UMNO?

Nafiri dan gendang perang sudah mula dimainkan, namun di medan peperangan masih tiada panglima-panglima perang UMNO yang berani terkorban dan berkorban!

Tiupan angin merah bersulam biru amat diidami oleh rakyat. Namun, jika terlalu ramai yang DAYUS, Pak Sedaro sarankan UMNO-BN mintalah talian hayat kepada pasukan saraf Melayu paling digeruni sejak 1969.

Hanya ada 3 Agen Melayu yang segar bugar sejak 13 Mei 1969. Siapa mereka? Jawapannya ada pada stereng YAB Presiden UMNO dan YAB Timbalan Presiden UMNO. Kumpulan ini berjawab langsung kepada mereka dan Majlis Raja-Raja Melayu.

3 comments:

  1. cukup cukup la artikel macam ni. tak paham dowh.

    ReplyDelete
  2. umno memang dah lama jadi pariahlah paneh.

    ReplyDelete
  3. Salam kasih.. Hai Pak Sedaro, semuo kito sodar sapo deh UMNO maso ni. Maso dulu2 lain. Sumo memang pejuang tulen. Nang maso ni, sumo pojuang caghi makan. Kok tak masuk fulus, mano nak buleh buek kojo. Den ghaso,kok nak selamatkan Melayu/Islam ni, Lupokanlah UMNO ni dulu. Kono caghi jalan lainlah..Bangso Melayu kono bofikir lateral sikit. Jangan lughuih bondul tak tontu pasal..

    ReplyDelete