Friday, February 17, 2012

Anugerah Rosmah

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. - Bernama.

13 comments:

  1. SURAT BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR DARIPADA SEORANG PELAJAR.

    Assalamualaikum Datin Seri.
    Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
    Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
    Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

    Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

    Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
    Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

    ReplyDelete
  2. Sambungan...

    API NERAKA!

    Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

    RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

    Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

    Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

    Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

    Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

    Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

    ReplyDelete
  3. Sambungan...

    Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
    Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
    Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

    Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

    Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

    KUASA Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  4. Sambungan...

    Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

    Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

    Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

    ReplyDelete
  5. Sambungan...

    Datin Seri,

    Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

    Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.


    Datin Seri yang dihormati,

    Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

    ReplyDelete
  6. Tak terusik langsung..luahan untuk perkara yg d perbesarkan oleh org yg dengki...dia tak menyusahkan org.

    ReplyDelete
  7. Yg menghuruharakan M'sia selama 12 thn kebelakangan ini ialah Anuar da kuncu2nya..D msia ini..bumi bertuah ..siapa rajin dan usaha ..InsyaAllah dia dpt..lihat saja Indon dan Bangla yg berpoloh2 dtg untuk mencari rezki d sini..ada yg menjadi kaya raya..d atas kemalasan rakyat Mlaysia...org tua yg menulis article berkaitan Rosmah ini tak perlu berlindung nak komen atas nama bayi...sy lihat ramai rakyat M'sia yg pergi shopping ke London . korea, vietnam. bandung / jakarta. padang. india. s'pore, bangkok...bnk lg...setiap tahun ramai yg pergi berulang kali membawa wang puluhan ribu belum termasuk tambang dan hotel..itu cuma rakyat biasa..inikan pula istri PM..mestilah dia hendakkan suatu kelainan buat dirinya,,untuk menampilkan imejnya...kalau siapa istri pemimpin yg zuhud shgt nak pakai cumpang camping..itu terpulang pd dia...ingat tak mestnya dia tak duit..mungkin hartanya bertimbun ..Wallahualam...atau tak pndai dan maku nak bergaya..nmpak sngt ada mahusia yg sengaja mengikut pergerakan Rosmah..apa tujuan ini..selain hasad dengki dan kemudian hebahkan ke serata alam..Allah suka ke manusia JENIS ini...mengapa tak ikut pergerakan Anuar anak beranak..tiap2 tahun berulang kali ke luar negara..tambang kapal tertbang untuk sekali perjalanan je da sama duit berkalix duit shopping Rosmah yg keluar negara dgn tambang yg free....tak rasional betul luahan hati org TUA ni...atau perjalanan Anuar ke luar negara d biayai oleh puak tertentu..ini lg bahaya untuk d jadikan pemimpin..lama2 negara terjual..sebab senang d beli yg akhirmya semua dasar negara ikut telunjuk org yg membiayainya...[untuk yg muslim].perlu d ingat dunia ada akhirat abadi..ada org yg menseimbangkan dunia akhirat. ada yg melebihkan dunia atau akhirat..asalkan akidah dan imannya tidak tergelicir..terpulang pd dia..Selama ini pemimpin2 msia membawa M'sia bertambah maju dan makmur..Itu semua adalah atas izin dan berkat Allah Subhanahutaala...jgn lah d ganggu gugat dgn perkara2 remeh, fitnah dan bodoh ini..kalau tak de kerja pi duduk masjid.melakukan ibadah wajib dan sunat atau pi tolong hasan Ali unytuk pemurnian akidah..jgn jd pencacai dan penskodeng..tak de faedahnya ..silap2 dpt dosa.

    ReplyDelete
  8. .
    .
    .
    .
    anon 4.20++++


    satu nukilan yang menarik esp

    tentang kecenderongan bik

    rozie tentang perhiasan mahal.

    Di dalam budaya onani [greek]

    mereka percaya rosmah-najib hidup

    bagaikan nike-hedonis

    yang memgang prinsip-

    hidup untuk enjoy

    >rumah beremas dan ada ciri

    keistanaan


    >pakaian-emas putih yang mahal

    serta

    cushion-cut belian untuk jejari

    dan pergelangan

    ciri nike- hidup untuk menang



    Inilah wawasan bangsawan melayu

    umn-apco-fbc yang terjeremus

    dengan nfc dan tertranspom ke


    umno-N(ok)-FC ,


    kalau chelsea FC satu kelab

    tekemuka

    Tapi umno-n(ok) fc bukan satu

    footbal club tetapi satu big joke

    untuk diketawakan dek musuh

    musuhnya

    ReplyDelete
  9. pkr dan pas lagi lah super big joke dowh. macam tunggu drama bersiri setiap episod ada saja bahan lawak mereka lakonkan. kesian dowh melayu pkr pas kena main dan kencing setiap episod. but the best part is mereka tak sedar pun yang rakyat sebenarnya dah lama tau yang mereka tu berlakon. cuma si pelakon je yang masih tak sedar diri lagi. hahahah...pas pkr a big joker of the century.

    ReplyDelete
  10. Juak-juak pembangkang berselindung di sebalik cyber troopers mereka yang gagal menangani isu pokok iaitu Anwar Ibrahim yang menyokong Zionis Israel. Menyerang karakter isteri PM hanyalah untuk mengalih topik perbualan yang hangat ketika ini bahawa Anwar adalah sah ejen CIA! Berani kerana benar! Allahu Akbar! Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!

    ReplyDelete
  11. Rosmah ada jugak terbukti menyumbang untuk anak bangsa. Bagaimana plak penulis2 nukilan picisan macam di atas. Apa sumbangan penulis2 ini untuk anak bangsa. Menyumbang agar orang membenci orang lain? Atau menyumbang sokongan kepada orang yang mahu menjamin keselamatan negara yahudi kot?

    ReplyDelete
  12. .

    .
    .
    .
    .

    pencerahan minda
    ----------------



    sebenarnya arak itu banyak kebaikannya untuk manusia.

    namun demikian ianya diharamkan olih Allah , maha mengetahui.


    Seperti kebaikan arak , kerja jahat rosmah lebih banyak dari

    kebaikannya.

    Olih kerana kejahatan hasil dari minum arak adalah lebih dari

    kebaikannya , ianya di haramkanlah.


    Kini ada pula mat/minah 'kureng' yang nak junjung kerja

    rosmah- yang keburukannya adalah lebih dari kebaikannya.



    Mana letak minda kamu?


    Gunakan akalmu.


    Salam 1 malaysia


    kkk

    ,
    ,
    ,
    ,

    ReplyDelete
  13. siapa ya anon yg tahu KERJA BURUK DS ROSMAH LEBIH BANYAK DRI KEBAJIKANNYA?

    MasyaAllah...

    Astaghfirullah...

    Na'uzubillah!

    manusia ka anon ni atau malaikat?

    malaikatpun kalah dgn ilmu mantiknya!!!???

    ReplyDelete