Wednesday, February 15, 2012

Apa cer bas ni Yeop?


Statistik 2011 mendapati Perak adalah negeri yang paling merbahaya bagi pengguna jalan raya di Malaysia apabila mencatatkan lokasi maut atau berisiko untuk berlaku kemalangan iaitu sebanyak 35 atau 37.6 peratus daripada 93 laluan yang dikenal pasti di seluruh negara. Diikuti dengan Negeri Sembilan 23 lokasi (24.7 peratus) Johor 15 lokasi (16.1 peratus) dan Kelantan 9 lokasi (9.7 peratus).

Sesuai dengan slogan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir" oleh Dr. Zambry Abdul Kadir, kerajaan negeri Perak perlu lebih peka terhadap sistem perkhidmatan awam negeri, khususnya yang melibatkan perkhidmatan bas henti-henti walaupun ianya beroperasi di kawasan pembangkang.


Justeru kami berharap kerajaan negeri Perak dapat memantau semua perkhidmatan bas berhenti-henti di negeri tersebut terutamanya bas milik Syarikat Hup Soon Omnibus Co Sdn Bhd. Berdasarkan pengamatan Paneh Miang, bas yang digunakan syarikat itu amat daif, senget (alignment lari) dan boleh mengancam keselamatan pengguna perkhidmatan bas tersebut khususnya di kawasan Bidor-Kampar-Teluk Intan.

Harapnya kerajaan negeri Perak beri perhatian terhadap isu ini. Janganlah setelah ada kematian yang melibatkan bas henti-henti ini, barulah tindakan hendak diambil kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...

3 comments:

  1. ,
    ,
    ,
    industri bas- satu industri yang teruk ,setengah mampus
    dan dianaktirikan dek mat mat gomen
    ----------------------------------



    kalau ekau nak harap si zamri

    pemalas , mb perak nak

    buat sesuatu untuk rakyat perak-

    tunggulah . Tapi tak tahu bila

    bas rapid nak sampai ke erak.


    Industri bas sangat daif pasal

    bukan tokey bas nak untuk banyak

    tapi ianya dikawal dek jpm [mat

    nazri] hingga operator

    perkhidmatan

    bolih kais pagi untuk makan pagi

    aje!

    Jangan kau mintak bas baru bro.

    Nanti tak de operator

    perkhidmatan bas

    muncul untuk jalankan khidmat bas

    , oi


    Mesti ingat bukan semua cukong

    dapat himpit dengan mb macam

    chingkie vingkie totoh, jhi low

    airpot atau francis ytl!

    Yang himpit kaya le!

    Kalau ekau mintak mintak banyak

    sangat syarikat bungkus bro.


    Mat -mat gomen hanya naikkan

    harga tol , air dsb. Industri

    bas

    teruk dengan kenaikan diesel.



    Keluhan Drebar Bas

    -----------------


    Beberapa tahun lalu saya biasa

    naik bas cityliner klang-kl dan

    selalu dengar keluhan

    drebar bas. Mereka dibayar rm

    468/ sebulan dengan overtime rm 2 sejam, Minah indon

    kat rumah aku dulu ku bayar rm

    450 , makan pree , bilik pree .

    Bil lestrik dan air pree.

    Sekaran mat gomen dalam gomen

    dalam premier service dapat rm

    60 000.


    Dan si koliang menteri hr kita

    ada berdentum cakap pasal gaji

    minima. Tapi macam

    koliang mabuk jugak. Sampai

    sekarang ilek.


    Propeser kat u kita yang dok

    ajar bidang haram jadah pun bolih

    dibayar hingga

    rm 60 000 sebulan. Ini drebar

    bas yang membawa 60 orang di

    dalam basnya di

    bayar rm 468. Giler punya crita.


    Gambar bas tunjuk ianya hampir

    kosong. berapa agaknya tokey

    bolih

    dapat sehari rm 200? 300 atau rm

    400?

    Ini bas bukan jalan kat chow kit

    bro-bolih dapat rm 600 sehari.

    Ini bas jalan kampong.

    banyak dapat pungut rm 200-300

    sehari. Minyak sudah songlap rm

    150~200 sehari.

    Gaji pemandu tax spare part tulah

    si cukong kena korek dari sisa

    100 tuh. pada hari

    cuti - dalam base hokien- 'tak

    cukup makan le'



    bisnis susah bro.

    orang gomen aje senang pasal

    roz-najib pm paling bodoh

    1-malaysia!




    khong khek khuat

    .
    .
    .
    .

    ReplyDelete
  2. Setakat nak kondem orang lain, budak sekolah pun boleh buat sedara, cuba la bagi jalan/cadangan macam mana nak selesai masalah yang ada.. Paling tidak pun highlight kan isu yang releven macam bro AJL buat nie.. Marilah kita memartabatkan Malaysia nan satu nie bersama-sama..

    ReplyDelete
  3. apa rahhh...yeah tambi,ini industri bas for servise rakyat r,sekarang pnya teknoligi engine bukan hanya petrol sama diesel tau,lu mau ingat taw...sekarang gas pnya enginepn, ada taw utk engine kenderaan berat...di usa ha..lori sampah buang sampah sambil pump gas bersih dari sampah dlm tank dekat dumping ground sana.Sini malaysia apa tarak,semua teknologi engine semua ada,engineer semua ada,DRB,proton,lotus,tangchong pn ada...satu dunia ada pergi race..Felda skrg ada labur kanada sana...apa teknologipn mereka ada belajar...lagi ada pakar boleh pasang teknologi dari bijiran jadi minyak...ini engine gas pn tak kan boleh bikin...wa mau tanya ,sini malaysia dlm ada berapa dumping ground tempat bung sampah?

    ReplyDelete